Saturday, October 19, 2024

SEMBANG KELAPA SAWIT DI MALAYSIA (PT 2)

INDUSTRI KELAPA SAWIT
di Malaysia merupakan salah satu industri yang berkembang sejak dulu sehingga menjadi penyumbang kepada KDNK Malaysia yang sigifikan. Apa pun dari segi sejarah dimaa perladangan kelapa sawit yang pertama adalah di Estet Tennamaran, Selangor yang telah pun menggunakan benih Elaeis guineensis dari Afrika Barat, pada tahun 1917. Sejak itu dilihat yang industri kelapa sawit telah mengubah lanskap Malaysia secara ekonomi, sosial dan alam sekitar dimana selepas lebih daripada 100 tahun kini industri ini sudah banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Apa pun sekitar tahun 50an dilaporkan terdapat tiga buah syarikat perladangan utama yang merupakan syarikat milik asing iaitu Guthrie, Golden Hope dan Sime Darby untuk menanam sawit. Pada tahun 60-an pula kemudian diujudkan satu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan untuk mengendalikan penempatan semula penduduk luar bandar ke kawasan yang baru dibangunkan untuk menganjurkan aktiviti pertanian pekebun kecil, khususnya dalam tanaman kelapa sawit dan getah. Pada 2019, terdapat 44 syarikat perladangan yang tersenarai di Malaysia. Nilai modal pasaran mereka ialah RM113 bilion berkedudukan nombor lima di Bursa Malaysia iaitu selepas sektor perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan media, utiliti dan perkhidmatan industri. Dilaporkan dimana ia turut menyumbangkan RM38 bilion kepada KDNK pada 2018 (38%) daripada sumbangan pertanian (7.3%). Pada tahun 2023 sektor kelapa sawit menyumbangkan sebanyak 2.97% atau bernilai RM95 billion. Selain itu sektor perladangan kelapa sawit juga menyumbang kepada 5.6 juta pekerjaan termasuk kategori petani pekebun kecil, pengilang, pengusaha, pemasar, pedagang dan lain-lain. Apa pun kini minyak sawit adalah minyak sayuran yang paling produktif iaitu kini dengan kadar pengeluaran 4.5 tan sehektar jika hendak dibandingkan dengan minyak sayuran lain seperti kacang soya, bunga matahari, jagung, minyak zaitun dan rapeseed. Ia menunjukkan bahawa kelapa sawit mempunyai produktiviti yang tinggi untuk setiap hektar tanah. Bagi tujuan memastikan pengeluaran kelapa sawit adalah mampan dan tidak merosakkan alam sekitar kini terdapat beberapa jenis pensijilan untuk dipatuhi oleh pemain industri minyak kelapa sawit. Antara pensijilan utama ialah Roundtable Sustainable Palm Oil (RSPO), International Sustainability and Carbon Certification (ISCC), Indonesian Sustainable Palm Oil (ISPO) dan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). Sijil ini disasarkan untuk mengesahkan rantaian nilai industri minyak sawit termasuk pekebun kecil. Pelbagai usaha dibuat untuk merealisasikan sasaran ini sehingga Malaysia sebagai pelopor menghasilkan produk sawit yang terkenal masa kini. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka sembang secara baik mengenai industri sawit di Malaysia untuk jadi bahan rujukkan pembaca semua.


Industri kelapa sawit mengalami turun naik harga di pasaran bergantung kepada banyak faktur. Bagaimana pu menyentuh keadaan h
arga pasaran kelapa sawit di Malaysia ia pernah merudum dan juga pernah melonjak keparas tinggi dimana asasnya adalah harga pasaran kelapa sawit di Malaysia berkait dengan jumlah permintaan pasaran dunia. Pernah dilaporkan dimana harga dari negara-negara di benua Eropah mendekati USD27 setong. Dilaporkan dimana di sektor ladang minyak sawit di Malaysia meningkat pada awal 2016  dimana masa itu harga jualan minyak sawit mentah (Crude Palm Oil atau CPO) terus meningkat. Kenaikan harga CPO dipengaruhi oleh jangkaan inventori yang lebih rendah selepas aktiviti pengurangan bekalan minyak sawit di pasaran dunia. Bnyak pihak akan gembira apabila harga minyak sawit mentah meningkat 0.2% kepada RM2,400 setiap tan pada awal 2016. Merujuk kepada MPOB dimana harga CPO Malaysia pada 9 Oktober 2024 bernilai RM4,378 iaitu pada paras tinggi yang di capai. Media lokal laporkan dimana harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal stabil melebihi RM4,000 satu tan pada Oktober 2024 walaupun didalam persekitaran ketidaktentuan pasaran yang berlanjutan, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC). Selain ketidaktentuan pasaran, MPOC mengaitkan kenaikan harga itu disebabkan penurunan ketara tahun ke tahun dalam inventori minyak sawit Malaysia. Faktor utama yang mempengaruhi penawaran dan permintaan minyak sawit menjelang ke suku akhir 2024 termasuk tahap inventori minyak sawit India, dasar biodiesel B40 Indonesia dan trend pengeluaran dan penggunaan global bagi empat minyak sayuran utama pada 2025. Pihak MPOC memberi amaran bahawa harga tenaga yang lemah, lebihan bekalan minyak kacang soya dan premium harga minyak sawit berbanding minyak campuran mungkin mengehadkan kenaikan harga selanjutnya. MPOC dakwa bahawa prestasi eksport yang kukuh dan musim puncak pengeluaran awal di Malaysia telah menyumbang kepada harga yang mana ini menggalakkan bagi minyak sawit, mencecah setinggi RM4,400 setan metrik pada bulan Oktober 2024. Musim puncak pengeluaran minyak sawit Malaysia adalah pada Ogos tahun 2024 ini iaitu dua bulan lebih awal daripada tiga tahun lepas. Pengeluaran minyak sawit pada September merosot 3.8% kepada 1.82 juta tan metrik dengan jumlah pengurangan bermusim selanjutnya dijangka sehingga akhir tahun.  Walaupun pengeluaran menurun namun eksport minyak sawit Malaysia kekal kukuh dengan mencatatkan peningkatan sederhana sebanyak 0.9 peratus kepada 1.54 juta tan metrik. Eksport pada September mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 27.3% dimana ia adalah satu lagi pencapaian memberangsangkan. Dilaporkan dari Januari - September 2024 dimana pengeluaran minyak sawit Malaysia meningkat sebanyak 1.15 juta tan metrik (8.7%) manakala eksport melonjak sebanyak 1.41 juta tan (12.9%. Pertumbuhan eksport melebihi pengeluaran sebanyak 260,000 tan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024 yang menyebabkan penyusutan tahun ke tahun dalam inventori minyak sawit, berjumlah 2.01 juta tan pada September 2024. MPOC berkata stok minyak sawit di pelabuhan India jauh lebih rendah pada 321,000 tan metrik pada September 2024 berbanding purata 534,000 tan tahun lepas. MPOC berkata keputusan Indonesia untuk meningkatkan mandat biodieselnya daripada B35 kepada B40 dijangka meningkatkan penggunaan minyak sawit sebanyak dua hingga 2.5 juta tan metrik pada 2025 dan ini seterusnya mengetatkan ketersediaan eksport.


Menyentuh aspek penanaman kelapa sawit dimana beberapa negara d
i Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia perlu kaedah bagaimana mengatasi kesan negatif daripada cuaca El Nino supaya pengeluaran minyak sawit terus bertambah baik.  Dilaporkan harga minyak sawit mentah (MSM) pada 2024 dijangka lebih kukuh berbanding tahun sebelumnya dengan purata satu tan antara RM3,900 hingga RM4,200. Pihak MPOB dakwa keadaan cuaca panas ketika ini memberi kesan kepada pengeluaran buah tandan segar (BTS) dan seterusnya memberi kesan kepada bekalan minyak sawit dunia. Cuaca panas atau El Nino sememangnya memberi kesan kepada hasil sawit namun kesan El Nino terhadap hasil bergantung kepada intensiti El Nino itu sendiri. El Nino yang kuat seperti berlaku pada 1997/98 memberi kesan ketara kepada hasil sawit manakala El Nino lemah hingga sederhana tidak begitu memberikan kesan kepada pengeluaran sawit. Dalam kes penilaian oleh Pusat Ramalan Iklim iaitu Climate Prediction Center/ NCEP/ NWS dan International Research Institute for Climate and Society melalui laporan berkala pada Januari dan Februari 2024 menunjukkan El Nino yang berlaku ketika ini dicirikan sebagai kuat dan matang, menunjukkan intensiti signifikan dengan kesan yang ketara terhadap corak cuaca dan keadaan laut. Fenomena ini dilihat mula melemah dan peralihan daripada El Nino kepada El-Nino Southern Oscilation (ENSO) neutral dijangka berlaku pada April hingga Jun 2024 ini. Ketika ini purata hasil BTS bagi Januari hingga Februari masih menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama 2023. Peningkatan purata hasil BTS bagi dua bulan pertama ini menyokong dapatan kajian yang mengatakan El Nino tidak memberikan kesan serta-merta kepada isu iaitu pengeluaran sawit kerana suhu panas melampau lebih menjejaskan proses pendebungaan. Pokok sawit yang ada mengalami tekanan terutama dari segi cuaca menghasilkan lebih banyak bunga jantan dan ini akan mengurangkan hasil pengeluaran sawit. Sebenarnya kesan terhadap pengeluaran BTS akibat cuaca panas dijangka hanya dapat dilihat pada suku keempat tahun semasa. Jangkaan bekalan terhad akibat cuaca ini akan mendorong kenaikan harga MSM. Satu lagi faktor mempengaruhi kenaikan purata harga MSM tahun ini adalah jangkaan bekalan minyak sawit dunia yang terhad lanjutan daripada pelaksanaan mandat biodiesel B35 di Indonesia. Dicadangkan agar Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk melaksanakan model kluster pekebun kecil adalah satu idea yang baik ke arah memodenkan sektor pekebun kecil. Ia boleh dilaksana dan memerlukan sedikit masa memandangkan kebun milik pekebun kecil adalah berselerak. Ia juga memerlukan usaha bersepadu antara agensi berkaitan. Pembentukan estet mini membolehkan kebun milik pekebun kecil diurus secara berkesan dengan penekanan kepada amalan pengurusan baik dan adaptasi mekanisasi bagi meningkatkan pengeluaran BTS dimana ini seterusnya menambah pendapatan pekebun kecil. Apa pun kaedah pembentukan estet mini ini berjaya dimana MPOB akan memperluaskan ke lokasi lain.


Penanaman kelapa sawit memerlukan aktiviti pembajaan yang kelak akan menentukan hasil tandan. Dipasaran s
ebenarnya ada pelbagai jenis baja untuk kelapa sawit yang terbaik dan boleh dibeli di kedai pertanian atau agennya. Membaja adalah aktiviti utama bagi petani supaya pokok sawit cepat besar dan berbuah banyak. Pokok kelapa sawit yg mendapatkan baja cukup akan dianya mempunyai hasil yang memuaskan sasaran kebun lebih 1 tan sehektar. Ramai pekebun sawit sering menuai hasil kurang kerana tanahnya sudah kehilangan tahap kesuburan, ancaman oleh serangan serangga perosak dan faktur cuaca juga. Perosak dan penyakit yang menganggu tanaman sawit seterusnya mengurangkan hasil tanaman dan merosakkan buah sawit. Memang sangat penting untuk membaja dengan jenis baja yang betul dan berkualiti untuk pokok sihat dan buah yang banyak dan besar. Asasnya dimana jenis baja untuk pokok kelapa sawit yang baik ia perlu mengandungi unsur Urea, NPK, atau N, 5 P2O5, K2O, MgO, B2O3 dan lain-lain. Boleh aplikasikan jenis baja tunggal atau baja sebatian atau baja organik untuk tanaman sawit. Antara kelebihan jenis baja campuran untuk kelapa sawit kerana ia lebih berkesan cara penggunaannya. Aktiviti membaja perlu dijadualkan dimana kadar sebanyak 2 kilogram baja sepokok kelapa sawit dalam setahun diberikan dilakukan dengan kekerapan iaitu sebanyak 2 kali setahun atau 6 bulan sekali walau pun amalan lain dimana boleh juga ditabur baja 3 bulan atau 4 bulan sekali. Dari aspek teknikal dimana masa membaja yang terbaik adalah apabila tiada hujan kerana air hujan akan membuat baja hanyut terbawa air. Petani boleh membaja dengan cara membuat lubang kecil di sebelah pokok dan kemudian mengisi baja dalam lubang. Menarik di Malaysia apabila ada sekumpulan penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) diketuai Ahmad Afandi Murdi menghasilkan inovasi formulasi baja yang mengandungi nutrien seimbang yang dapat meningkatkan pengeluaran hasil buah sawit. Menurut MPOB dimana inovasi baja sebatian yang dikenali MPOB F3 ini adalah dalam bentuk butiran padat dan ianya diformulasi dengan nisbah seimbang nitrogen, fosfat, kalium, magnesium dan borate yang dirumus khas untuk pokok sawit yang ditanam di tanah mineral. Formulasi baja MPOB F3 mengandungi nutrien seimbang juga sesuai untuk kelapa sawit yang ditanam di pelbagai jenis tanah. Pokok sawit perlu pembajaan yang sempurna termasuk kandungan nutrien seimbang untuk pengeluaran hasil yang tinggi. Walaupun keperluan nutrien adalah khusus mengikut keadaan setempat, penggunaan nisbah nutrien yang seimbang dalam baja sebatian akan memberikan input nutrien yang bersesuaian pada lokasi yang berbeza. Penggunaan baja secara sistematik akan meningkatkan pengeluaran buah tandan sawit dan menjana pendapatan yang lebih tinggi bagi pengusaha ladang dan pekebun kecil. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI SAWIT... LAMA DI MALAYSIA...
IA PENGEKSPORT UTAMA.. DI DUNIA...
PAING LUAS DI TANAM.. DI INDONESIA..
PALING TINGGI HASIL...KINI DI BANGGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 RabiulAkhir 1446H).
Bersamaan 17 Oktober 2024.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.