Sunday, October 20, 2024

SEMBANG INDUSTRI WALIT DI MALAYSIA (PART 1)

INDUSTRI BURUNG WALIT
kini yang menjadi 'kegilaan' ramai pengusaha di Malaysia dan Indonesia. Industri ini telah berkembang dengan begitu pantas dimana dulu tahun 2010 sahaja direkodkan terdapat sebanyak 6,050 premis telah dikenalpasti yang melibatkan sebanyak 3,750,000 buah sarang (Sumber: Laporan Statistik Tahunan Agromakanan MOA, 2010) dimana kini jumlahnya semakin bertambah pada tahun 2024. Apa pun dilaporkan dimana jumlah penghasilan produk burung walit dilaporkan mencecah sebanyak 30,000 metrik tan dan kalau purata harga sarang burung ialah RM 4,500 - RM 6,000 sekilogram maka boleh agak berapa nilai pengeluaran industri ini dan mungkin mencapai kasarnya RM 1.8 billion (2010) sudah capai tahun 2024 sebanyak RM4.5 billion. Apa pun industri ini mendapat perhatian khusus dari Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan bajet beberapa tahun dahulu. Sesiapa yang ada minat, ada modal, ada kawasan sesuai maka mereka boleh mendapatkan ilmu bagaimana hendak menceburi bidang ini dengan berkursus dan menjadi usahawan burung walit. Tanpa disedari dan diketahui umum, industri sarang burung walit kini mencecah RM1 bilion setahun selepas migrasi besar-besaran spesies burung itu dari Indonesia selepas Tsunami di Aceh. iaitu kira-kira 10 tahun lepas. Jumlah itu dijangka meningkat ekoran jumlah permintaan berterusan dari negara China di mana sup sarang burung sangat popular dalam kalangan rakyatnya selain turut menjadi "pengukur" kepada status individu di China. Malaysia kini saya dapat laporan merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan. Artikel subuh Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bersembang mengenai beberapa kemajuan industri burung walit di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. 



Merujuk kepada beberapa laporan media pada tahun 2024 dimana kerajaan mengenal pasti industri sarang burung walet sebagai cabang berpotensi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang membantu menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) kepada RM4.5 bilion. Perkara ini dinyatakan oleh  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Datuk Seri Mohamad Sabu dimana industri itu juga dijangka sudah mewujudkan 20,800 peluang pekerjaan. Dilaporkan dimana s
atu kilogram sarang burung walit yang berkualiti kini ia boleh mencecah RM5,000 tetapi pemprosesan bahan mentah tersebut boleh memberikan pengendali sebanyak RM15,000 atau lebih bagi setiap kilogram. Dilaporkan juga dimana kini komoditi ini kekal kukuh dengan jumlah eksport sebanyak 7,838 tan metrik membabitkan nilai RM1.9 bilion pada 2022. Malaysia perlu banyak mewujudkan perusahaan ini kerana berpotensi sebagai makanan tambahan, peluang pekerjaan dan dieskport ke China. Kementerian Pertanian menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan terus membantu pemain industri dalam meningkatkan penghasilan dan juga pengeluaran sarang burung walet yang berkualiti tinggi. Apa pun penulis blog merujuk kepada pihak DVS yang sentiasa memberi galakan dan khidmat nasihat supaya pengusaha mengamalkan amalan perladangan yang baik untuk mendapatkan Pensijilan MyGAP bagi semua rumah burung walet serta memastikan produk yang berkualiti tinggi dan selamat digunakan. Sehingga kini dilaporkan ada sebanyak 14,636 premis rumah burung walet berdaftar dengan DVS selain 2,314 rumah burung walet telah mendapat pensijilan MyGAP, manakala 56 loji pemprosesan sarang burung walet mendapat sijil Veterinary Health Certificate Malaysia (VHM) dan 36 mendapat Good Veterinary Hygiene Practice (GVHP). Pihak DVS juga maklumkan dimana ada 41 loji burung walet di Malaysia diluluskan General Administration of Customs of People's Republic of China (GACC) iaitu 38 loji sarang burung walet tidak bersih (EBN-RC) dan tiga loji sarang burung walet mentah belum bersih (EBN-RUC).


Dilaporkan dimana sejarah dalam i
ndustri sarang burung walit terus berkembang di negara kita Malaysia disebabkan oleh nilai eksotik dan kepercayaan bahawa sarang burung walit berkhasiat untuk bantu dapat memulihkan tenaga, meningkatkan daya tahan penyakit, melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai agen antipenuaan. Kepercayan masyarakat Cina tentang khasiat dan nilai eksotik sarang burung bermula semenjak penemuan sarang burung dan penggunaannya oleh pedagang Cina semasa pelayarannya ke nusantara untuk mencari produk tropika sebagai bahan perubatan tradisional Cina pada abad ke-15. Rekod terawal hubungan dagangan Sino-Borneo telah bermula sekitar tahun Masihi 631 apabila rekod dagangan sarang burung walit dipercayai dicatat semasa pelayaran Laksamana Cheng Ho sekitar tahun 1405 ke Kepulauan Sulu. Suku kaum Idahan mengakui bahawa nenek moyang mereka merupakan etnik asal di Kepulauan Sulu dan Borneo yang memulakan penuaian dan perdagangan sarang burung walit dengan pedagang China di Laut Sulu. Penglibatan penjajah British dalam perdagangan sarang burung walit juga bermula sekitar kurun ke-17 dan 18 selari dengan penerokaan Barat ke negara Asia untuk mencari rempahratus di samping mengadakan perdagangan dengan China. Penubuhan penal penempatan British di Kepulauan Andaman pada tahun 1858 bertujuan untuk mengendalikan urusan eksport sarang burung walit. Manakala di bawah perjanjian British dan Kesultanan Sulu, hak penjagaan dan penerokaan Borneo Utara iaitu Sabah telah diberikan kepada British. Pihak British telah melantik Syarikat Bersekutu Borneo Utara untuk tujuan bagi menguruskan pentadbiran di Borneo Utara yang telah mengurus tadbir sistem pengutipan kesemua hasil hutan di Borneo Utara dan bagi menguatkuasakan sistem pemilikan dan percukaian maka Ordinan Sarang Burung telah berjaya diwartakan pada 1914. Ordinan ini memberi hak warisan penuaian sarang burung walit secara sah di empat gua utama di Sabah kepada etnik Idahan. Kepercayaan mengenai akan khasiat dan kesukaran mendapatkan bekalan sarang burung menyebabkan komoditi ini menjadi makanan yang eksotik dan mendapat nilai yang tinggi di pasaran. Namun begitu, khasiat sarang burung ini masih belum dibuktikan secara saintifik dan permintaan di kalangan pengguna adalah berasaskan tanggapan dan kepercayaan sematamata. 


Kajian saintifik pada umumnya hanya membuktikan bahawa sarang burung mempunyai nilai protein yang tinggi, mengandungi nilai perubatan, merawat penyakit dan juga ia menjadi agen antipenuaan. Penerokaan secara saintifik mendapati ekstrak daripada sarang burung walit mampu mengekang virus selesema. Kajian ini merujuk kepada penemuan awal yang mendapati tonik sarang burung menggalakkan proses mitosis hormon dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit serta sistem imunisasi. Walau bagaimanapun, penerokaan yang lebih mendalam dari segi aplikasi kepada manusia masih di peringkat awal. Buat masa ini banyak syarikat pengeluar mengeksploitasi keyakinan pengguna terhadap sarang burung terutamanya syarikat pengeluar perubatan tradisional Cina dengan mempelbagaikan produk berasaskan sarang burung untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Antara produk berasaskan sarang burung ialah tonik sarang burung termasuk makanan kesihatan untuk ibu mengandungi dan pelbagai minuman serta tonik untuk kesihatan. Bagi memperkasa usaha pembangunan industri ini, kerajaan melalui Dasar Agromakanan Negara (DAN) telah berjaya menggariskan empat strategi penting dalam memastikan industri ini berkembang dengan mematuhi piawai yang ditetapkan. Strategi berkenaan merangkumi pengukuhan keupayaan pengeluaran negara, penguatkuasaan, pematuhan garis panduan pengeluaran, memperluas amalan pengeluaran baik dan penumpuan aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Kesemua strategi yang disusun adalah untuk menjadikan industri ini berdaya saing dalam keseluruhan rantaian pengeluaran produk. Di pasaran sudah ada banyak produk dan jenama nerasaskan sarang burung walit untuk kita cari dalam internet. Ia juga ada dijual sevcara tas talian seperti dalam Lazada, 
Shopee dan pelbagai pautan lain. Bagaimana pun dakwaannya akan twtapi pembeli perlu berhati-hari sebelum membelinya. Walaupun masih terlalu awal bagi kita membuat tuntutan klinikal sarang burung walit pada peringkat ini bagaimana pun jika dilihat dari sudut lain dimana dakwaan dan testimoni khasiat dan kesihatan sarang burung walit bukan sahaja telah dilaporkan dalam catatan Perubatan Tradisional Cina sejak beberapa ratus tahun dahulu. Dakwaan tersebut kini ada yang terbukti dan disokong oleh dapatan kajian saintifik yang semakin meningkat melalui kajian yang dijalankan ke atas kultur sel dan haiwan. Dengan itu, boleh dikatakan fungsi kesihatan sarang burung walit adalah jauh berbeza daripada telur. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI WALIT...BERKEMBANG DIA...
RM4.5 BILLION...NILAI INDUSTRINYA...
PELBAGAI PRODUK... BANYAK JENAMA...
UNTUNG PENTERNAK...PENGGUNA SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 RabiulAkhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.