Dalam pada itu air nira kelapa juga boleh di jadikan Cuka. Cuka Kelapa dapat dibuat dengan melalui proses penapaian secara semulajadi. Gula yang terhasil secara semulajadi dari bunga pokok kelapa dan spesies Arecaceae yang lain selalu dijadikan ia sebagai bahan asas yang boleh didapati di seluruh Asia Tenggara khususnya digunakan di dalam manisan dan pencuci mulut yang dapat dinikmati semasa musim perayaan sahaja. Makan ini selalu terhasil lah diet yang sihat secara tradisional dengan menggunakan produk berasaskan kelapa. Lazimnya jenis diet berasaskan tradisional lebih bagus jika dibandingkan makanan pada zaman sekarang yang lebih menyumbang ke penyakit kronik dan obesiti disebabkan keterlaluan dalam penggunaan gula putih yang telah diproses serta minuman manis, minyak sayuran lemak poli-taktepu dan bijirin di mana tidak wujud pada zaman dahulu. Pembaca blog dapat melihat minat masyarakat yang mula ditanam terhadap produk yang diperbuat dari pokok kelapa dan bermodenkan teknologi yang ada dapat menghasilkan ‘superfoods’ yang berasaskan kelapa seperti minyak kelapa tanpa bau, dinikmati di negara bertropika serta seluruh dunia. Khasiat cuka kelapa ada banyak dimana ia dilaporkan baik kepada para penderita diabetes dan mereka yang ada masaalah kesihatan. Cuka kelapa yang diambil dilaporkan terbukti menurunkan risiko penyakit jantung dimana didalamnya banyak kandungan Asid Amino. Cuka kelapa juga didakwa memang mampu menurunkan berat badan dan juga mampu menguatkan sistem imuciti atau kekebalan tubuhbadan. Mengambil cuka kelapa didakwa boleh membantu meningkatkan fokus dan meningkatkan mood seseorang. Memang tidak asing jika cuka kelapa sebagai 'superfood' digunakan didalam penyediaan pelbagai jenis makanan dan kehebatannya juga dimana ia sering digunakan untuk mengatur gula darah.
Sejak dulu dilaporkan dimana cuka telah digunakan secara meluas dalam proses penyediaan makanan dan juga sebagai makanan tambahan yang mempunyai nilai-nilai pemakanan yang tinggi. Beberapa jenis bahan mentah dari hasil pertanian tempatan dan bahan sampingan pertanian telah dipilih untuk tujuan penghasilan cuka asli melalui proses penapaian. Bahan-bahan mentah tersebut adalah air kelapa matang, nira kelapa, jus nanas dan nira nipah. Cuka yang terhasil, bukan sahaja kaya dengan asid asetik tetapi juga sebatian bioaktif lain seperti sebatian polifenolik, sebatian meruap dan asid-asid organik. Pengeluaran cuka telah dijalankan sebagai industri kecil dan sederhana di kebanyakan negeri di Malaysia menggunakan pelbagai jenis bahan mentah berasaskan pertanian sebagai substrat. Banyak kelemahan yang telah diperhatikan semasa tinjauan dibuat di beberapa kawasan di MADA, Terengganu dan Kelantan yang berkaitan dengan penyediaan cuka secara tradisional. Proses pembuatan cuka boleh mencapai 3-6 bulan dan kualiti cuka yang dihasilkan mempunyai kadar keasidannya yang berbeza-beza. Cuka, perlu sekurang-kurangnya mempunyai kualiti piawaian yang sama dengan produk cuka komersil (4% keasidan minima, seperti yang ditetapkan oleh Peraturan Makanan Malaysia, 1985) untuk dipasarkan. Kini cuka telah menjadi semakin popular dalam penggunaannya dan dihasilkan dalam berbagai bentuk campuran serta diformulasi sebagai produk-produk khusus. Produk cuka diberi nafas baru dengan formulasi yang inovatif yang memberi manfaat kesihatan serta memenuhi citarasa dan keperluan semasa pengguna telah mula memasuki pasaran.
Proses pembuatan cuka kelapa adalah melalui proses penapaian cuka pada dasarnya terdiri daripada dua proses. Proses yang pertama dimana penapaian gula kepada etanol oleh Yis (contoh: Saccharomycessp) dan kemudian ia diikuti dengan pengoksidaan etanol kepada asid asetik oleh mikroorganisma bakteria asid asetik (contoh: Acetobactersp). Dari tinjauan pihak penyelidikan dimana ada sebuah makmal perintis telah dibangunkan oleh kerajaan untuk penghasilan cuka menggunakan air kelapa matang iaitu dengan cara menggunakan pendekatan ‘backslopping’. ‘Backslopping’ atau produksi secara berulang secara suapan berkelompok (fed-batch) adalah proses inokulasi bahan mentah dengan residu dari produksi cuka sebelumnya. Dilaporkan dimana kaedah ini mampu mempercepatkan proses penapaian dengan mempromosikan pertumbuhan dan perubahan yang diinginkan. Apa pun nilai tambah kepada kandungan sebatian fenolik cuka buah kelapa matang melalui kaedah infusi menggunakan bahantumbuhan (contoh; roselle, lemon myrtle dan teh hijau) atau buah-buahan telah dilakukan. Melalui proses infusi ini, ia dapat meningkatkan kandungan sebatian fenolik dan mampu memenuhi kepelbagaian produk cuka dari yang biasa kepada cuka khusus yang mempunyai ciri-ciri organoleptik dan sensori yang lebih baik. Produk cuka gabungan baru dan khusus ini muncul sebagai produk baru berinovatif yang bermanafaat kepada kesihatan yang boleh dipasarkan untuk pelbagai kegunaan. Apa pun kini cuka kelapa adalah produk sebagai ubat mujarab dengan pelbagai manfaat kesihatan. Cuka Kelapa Organik mungkin produk yang kurang mendapat sambutan berbanding produk berasaskan kelapa yang lain. Keseimbangan pH yang unik di dalam asid asetik menyerap gula kelapa (dari air kelapa organik) yang menyokong fungsi pencernaan yang sihat, gula dalam darah, penurunan berat badan, keseimbangan kolesterol, detoksifikasi dan banyak lagi faedahnya. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8.8.2023 bersamaan 21 Muharram 1445H).
Updated October 2024.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.