Sunday, October 13, 2024

KELAPA SEBAGAI MAKANAN 'SUPERFOOD' (Part 3)

PRODUK KELAPA (Coconut) sudah boleh dia dijadikan salah satu makanan superfood?. Perkara ini mungkin boleh dibincangkan dalam artikel kali ini kerana pada penulis blog tanaman kelapa merupakan 'Tree for Life' yang mana ia merujuk kepada semua bahagian tanaman kelapa boleh digunakan. Pembangunan Tanaman Kelapa di Malaysia bagi sektor pekebun kecil sejak merdeka lagi sudah diterajui oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Salah satu program didalam usaha pembangunan kelapa yang sangat berjaya adalah Rancangan Pembangunan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) yang berjaya membangunkan ribuan hektar tanaman kelapa terutama dibeberapa kawasan tumpuan di negeri Johor, Selangor, Perak dan negari-negeri lain. Projek ini telah berjaya menanam kelapa jenis Malayan Tall (CN1) yang mampu menghasilkan sekitar 7,000 - 8,000 biji kelapa sehektar setahun. Bagaimana pun program RPSKK ini telah dihentikan pada tahun 1981 setelah peruntukkan bagi program tersebut dihentikan. Persaingan dengan penanaman kelapa sawit dikalangan pekebun kecil juga menyebabkan tanaman kelapa terus tidak menarik minat petani berbanding dengan pulangan dari tanaman sawit. Pada penulis blog yang telah menulis lebih 500 artikel mengenai kelapa dalam blog ini memang sangat memahami industri kelapa di Malaysia dan dunia amnya. Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman yang keempat terpenting di negara kita selepas tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah (Hevea brazilliensis) dan Padi (Oryza sativa). Kelapa telah kini menjadi penting apabila negara perlu mengimport jutaan biji kelapa tua dari negara jiran Indonesia untuk membolehkan permintaan kelapa tempatan dipenuhi. Industri kelapa masih merupakan industri penting kepada negara kerana ia juga menyumbang kepada sosioekonomi negara khususnya dalam pembasmian kemiskinan dikalangan pekebun kecil kelapa. Disamping itu industri kelapa penting untuk memenuhi keperluan industri kelapa segar dan pemprosesan prodik asas kelapa negara disamping berkeupayaan menjana sumber pertumbuhan baru saperti industri terkini seperti pengeluaran produk minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil (VCO). Penulis blog dapati dimana pada tahun 2021, Malaysia mempunyai kira-kira 84,228 hektar kelapa melibatkan 80,000 keluarga tani yang menghasilkan lebih kurang 566,595 metrik tan biji berdasarkan kepada hasil purata kelapa sebanyak 3,500 biji/hektar/tahun (Sumber: Booklet Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Sebahagian besar dari varieti yang ditanam sedia ada adalah dari jenis tradisional seperti Malayan Tall (80%), manakala bakinya adalah dari jenis hibrid komersil seperti MATAG (15%), pandan (4%) dan MAWA (1%). Dilaporkan dimana data semasa menunjukkan dimana sekitar 61% dari keluasan kelapa Malaysia terletak di Semenanjung Malaysia. Kawasan utama tanaman kelapa adalah Hilir Perak, Sabak Bernam, Samarahan, Batu Pahat sementara di Sabah banyak kelapa dikawasan Kudat dan Tawau. Industri penanaman kelapa semakin merosot sepanjang tahun disebabkan oleh banyak faktor terutama penggantian tanaman kelapa dengan tanaman kelapa sawit. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu tajuk bagaimana produk dari kelapa sesuai dijadikan sebagai 'Superfood' dimasa akan datang bagi menjadi rujukkan pembaca blog semua.


GULA MELAKA
atau CCoconut Palm Sugar merupakan sejenis gula berwarna coklat yang dibuat daripada air manisan kelapa (Cocos nucifera) atau Nira Kelapa yang dimasak sehingga pekat dan ianya kemudian akan membeku apabila sejuk (Sila lihat foto disebelah). Gula Melaka merupakan sejenis 'superfood' yang dihasilkan dari pokok kelapa. Biasanya b
unga kelapa yang di sadap mampu menghasilkan Air Nira yang sesuai menjadi superfood tersendiri. Cecair manis dari pokok kelapa mempunyai kandungan glikemik yang rendah dapat dihasilkan dengan penuaian ‘sap’ dari kelapa yang mengalir keluar daripada bunga kelapa muda apabila dipotong dan dikumpulkan. Proses menyejatkan cecair ini dalam masa yang singkat menggunakan api yang perlahan bagi tujuan untuk menghasilkan gula yang di kenali sebagai Gula Melaka. 
Gula Melaka merupakan sejenis produk yang sangat popular dikalangan Masyarakat Malaysia dan Asia Tenggara lain kerana ujud khasiatnya dan kegunaannya dalam menyediakan beberapa juadah makanan tradisional. Antara juadah daripada jenis kuehmueh yang menggunakan gula melaka seperti Kueh Buah Melaka (Orang Muar panggil 'Kelepon'), Kueh Bingka, Apam Gula Melaka, Kueh Badak Berendam, Lempeng Berinti Kelapa dan Gula Melaka, Cendol, Bubur Nasi merah, kueh koci dan banyak lagi. Masakan asam pedas, tumis pedas dan bubur kacang jika dibubuh gula melaka lebih lazat. Gula Melaka merupakan satu daripada produk daripada tanaman kelapa yang banyak tumbuh diseluruh dunia. Indonesia, India dan banyak kepulauan di Asia Pasifik dan Kawasan Tropika yang lain banyak menanam kelapa.


Gula Melaka didapati bermula dengan menanam kelapa sehingga sesuai mengeluarkan bunga dan buah. Kelapa MAWA, Kelapa MATAG, Kelapa Tinggi Malaysia dan beberapa vatieti lain adalah diantara varieti kelapa yang boleh diambil nira. Tangga atau kaedah memanjat pokok kelapa kebahagian mayang bunga kelapa dan ia perlu dilenturkan setiap hari selama seminggu sehingga ianya membengkok kebawah. Apabila sesuai maka dibuang seludang mayang bunga dipotong tirus menggunakan pisau yang dipanggil 'Penyadap'. Masukkan hujung mayang dipotong dengan Bekas Tabung (Container) untuk mengutip air nira yang mengalir keluar dari mayang yang dipotong. Ada yang bubuh kapor untuk elakkan kemasaman. Kutip air nira setiap pagi dan petang dan dikumpulkan dari setiap pokok. Kajian mendapati kuantiti air nira yang dihasilkan bergantung kepada kaedah memotong, saiz pokok, varieti kelapa, musim (Panas atau redup) dan lain faktor lagi. Air nira yang dikumpulkan dalam bekas perlu segera di proses untuk mengelakan kemasaman. Kuali atau kawah besar diletakan diatas tempat masak atau 'Sabak' yang dipasang api menggunakan kayu atau bahan bakar lain yang sesuai (Gas Masak jarang digunakan kerana kos mahal). Tuang air nira dalam kuali dan biarkan sehingga mendidih dan selepas 4 jam dan sentiasa dikacau supaya tidak mendak atau hangus dibawah kuali. Kawal api agar tidak terlalu kuat dan ada pengusaha masukan serbuk kulit manggis untuk menambahkan warna coklat yang menarik dan mengurangkan buih dalam kuali. Apabila pekat maka kuali diturunkan dan dikacau perlahan-lahan sehingga pekat seperti gula halus.Tanda kepekatan adalah apabila buih cukup panas dan berbentuk seperti 'bunga sena'.


Terdapat industri masak gula pasir yang dijual sebagai gula melaka oleh beberapa usahawan. Pada penulis blog produk Gula Melaka Tiruan ini yang tidak asli (tidak tulen) ini adalah tidak baik untuk kesihatan. Ketika harga gula pasir murah dahulu maka ada 'towkey' akan hantar gula pasir dan dimasak sehingga cair dan dicampur dengan beberapa bahan lain kemudian dibekukan sama seperti gula melaka. Mereka yang pakar sahaja dapat membezakan gula melaka asli dengan gula melaka tiruan. Gula Melaka asli adalah lembut, mudah dipecahkan dan berwarna coklat sederhana sementara gula melaka tituan agak keras, susah dihancurkan dan berwarna coklat gelap sedikit. Industri gula melaka di Malaysia semakin berkurangan kerana kekurangan tenagakerja untuk memanjat, menyadap, mengutip nira yang agak rumit dan proses memasak gula melaka yang lama dan memenatkan. Harga gula melaka juga tidak begitu tinggi kerana persaingan gula pasir yang harganya dikawal oleh kerajaan sebagai bahan keperluan asas harian setiap keluarga. Persaingan dengan gula melaka tiruan juga ujud kerana pengusaha tidak perlu panjat pokok kelapa untuk dapatkan bahan mentah (Gunakan gula pasir sahaja). Permintaan gula melaka juga tidak meningkat dan hanya untuk pasaran khusus sahaja (niche marketz) berbanding dengan permintaan gula pasir. Diharap industri pembuatan gula melaka asli akan terus ujud dinegara kita dimasa akan datang. Beberapa teknologi yang lebih baik perlu ada bagi mempastikan kerja membuat gula melaka asli menjadi lebih mudah dan kompetetif.


Kebanyakan daripada pengguna terkejut buat kali pertama apabila mengetahui bahawa gula dari kelapa memang tidak mempunyai rasa kelapa ini kerana ia dihasilkan daripada sap bunga pokok kelapa yang telah disejatkan dan bukan daripada buah kelapa. Pakar diet serta tukang masak (chef) selalu akan cuba mengesyorkan gula ini sebagai alternatif yang lebih sihat bagi menggantikan kesemua gula putih dan gula perang yang diproses serta pemanis yang ada di dalam dapur. Indek glikemik di dalam Gula dari Bunga Kelapa hanya sebanyak 35 (sama dengan lobak merah) dimana gula lain seperti pemanis dari tebu, gula putih yang ditapis, gula perang, ‘molasses’, dan pemanis jus tebu yang dihidrasi mempunyai indek glikemik yang tinggi di antara 55 ke 100. Sebab kenapa gula kelapa sebagai 'superfood' kerana ia memang mempunyai indek glikemik yang rendah disebabkan oleh molekul gula terikat secara padat yang kaya dengan mineral dan nutrien yang hanya memecahkan molekul ini secara perlahan di dalam usus dan tidak mengakibatkan kenaikan yang mendadak bagi insulin serta kemerosotan gula dalam darah. Jadi, makanan yang berasaskan indek glikemik yang rendah sememangnya penting bagi diabetik dan bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. Jangan keliru antara gula kelapa asli dengan gula perang komersial ataupun Gula Melaka dimana gula ini dicampur dengan bahan lain dan dalam proses terakhir pemprosesannya ditambah gula putih. Pada penulis blog dimana r
asa gula kelapa sama seperti gula perang dengan sedikit rasa karamel dan boleh digunakan bagi menggantikan gula putih dalam kesemua resepi sebagai asas 1:1 di dalam minuman, kek dan pencuci mulut. Gula kelapa ini boleh didapati dalam dua bentuk; gula pasir dan sirap madu dan kedua-duanya digunakan bersilih ganti. 
 Artikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
TANAMAN KELAPA... LUAS DI MALAYSIA...
VARIETI HIBRID MATAG...RAMAI SUKA...
KELAPA...MAKANAN SUPERFOOD DIA...
SELAPAS MEMBACA... FAHAM ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8.8.2023 bersamaan 
21  Muharram 1445H).
Updated on October 2024.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.