Wednesday, August 14, 2024

SISTEM BIOFLOK - APA DIA? (Part 2)

TEKNOLOGI BIOFLOK
(Biofloc Technology - BFT) agak jarang didengar di Malaysia akan tetapi ia banyak di buat atau laksanakan di negara jiran Indonesia dan Thailand. Apa pun dilaporkan yang Sistem Teknologi bioflok dilihat merupakan salah satu dari teknologi yang terkini dan ia dikembangkan dalam industri akuakultur yang bertujuan untuk memperbaiki kualilti air dan meningkatkan efisiensi pemanfaatan nutrient. Apa pun dilaporkan yang teknologi ini berasaskan kepada pertukaran unsur Nitrogen Anorganik (conversion of N) terutama dari bentuk Ammonia (NH3) oleh bakteria jenis heterotrof menjadi biomass microbe yang kemudiannya ia dapat di ambil oleh haiwan ternakan. Pernah di bincangkan dimana-mana iaitu ada teknologi ternakan yang tidak perlu guna air yang banyak dan ekonomik. Antaranya adalah teknologi yang libatkan akan penggunaan probiotik atau bakteria untuk dapat menghuraikan Ammonia natrite dah ia akan membentuk flok dan flok itu pula kemudian akan menjadi makanan ikan yang di ternak. Antara ternakan akuakultur termasuk ikan tilapia, ikan keli, ternakan udang dan spesis lain di mana lazimnya bagi ikan talapia dalam masa 4 bulan sahaja ia sudah boleh dituai. Teknologi atau sistem Bioflok ini dilihat ia boleh menjimatkan masa untuk ternakan, ia juga dapat menjimatkan kos penggunaan air dan juga ia dapat jimat pemberian makanan pellet. Dalam pada iatu sistem ini dilihat ia mampu hasilkan pengeluaran ikan dengan jadual tetap seperti di rancang walau pun ada masaalah isu air, cuaca yang tidak baik serta harga pasaran yang tidak menentu. Di Malaysia dilihat ada tawaran beberapa pihak kerajaan dan swasta menawarkan kursus asas dan kursus lanjutan untuk menternak ikan melalui sistem bioflok ini kepada mereka yang berminat dengan teknologi tersebut. Merujuk kepada FAO dimana industri akuakultur merupakan salah satu sektor pengeluaran makanan yang amat laju dan tertinggi kadar pertumbuhannya di dunia iaitu mencapai 8.7% setahun sejak dari tahun 1970. Sumbangan industri akuakultur terhadap pengeluaran perikanan dunia juga terus menunjukkan peningkatan sebanyak 47% di seluruh dunia. Isu pengurangan kes tangkapan ikan liar yang ditangkap di laut, tasek dan sungai terus berkurangan dimana industri akuakultur moden perlu di cari. Kini Teknologi Bioflok merupakan salah satu alternatif baru dalam mengalasi masalah kualiti air dalam industri akuakultur yang diadaptasi dari teknik pemprosesan sisa domestik secara konvensional. Artikel pada pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat mengenai sistem Bioflok untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Hasil-hasil kajian mengenai amalan sistem bioflok dalam kegiatan akuakultur secara langsung juga menunjukkan bahwa kualiti media pemcliharaan, tahap pertumbuhan dan kecekapan (efisiency) makanan bagi udang harimau yang dipelihara dengan peningkatan ratio C/N secara signifikan lebih baik daripada kolam kawalan. Apa pun dilaporkan dimana kes peningkatan efisiensi makanan  juga ditunjukkan oleh beberapa jes kajian aplikasi bioflok. Keadaan ini dilihat ia menunjukkan bahwa keberadaan bioflok sebagai suplemen dalam makanan ternakair ini telah meningkatkan efisiensi pengambilan nutrien dari makanan iaitu secara keseluruhannya. Apa pun kajian lain menunjukkan bahawa bioflok dapat digunakan iaitu pemberian secara langsung maupun sebagai produk tepung untuk bahan asas makanan ternakan adalah disyorkan. Kandungan nutrisi bioflok pada umumnya beragam pada setiap hasil kajian namun semuanya akan dapat mememenuhi keperluan organisma akuatik iaitu secara amnya. Kajian mendapati dimana makanan ikan juga sebaiknya mengandungi komposisi 18 - 50% protein, 10 - 25% lemak, 15 - 20% karbohidrat, lebih dari 8.5% fiber dan pastinya adalah sejumlah vitamin dan bahan mineral. Kajian lain juga melaporkan pengambilan nitrogen bioflok oleh ikan tilapia dengan menggunakan isotop N menunjukkan bahawa ikan ini dapat mengambil sebanyak 240 mg N bioflok/kg ikan atau setara dengan 25% dari protin yang ditambahkan dalam bahan makanan ternakan. Dari segi analisa teknologi ini bermakna bioflok juga telah dijadi pembuatan tepung bioflok yang telah diujicuba pada udang putih dan hasilnya dimana udang yang diberi makanan gantian ada bioflok menunjukkan kadar pertumbuhan yang lebih baik dari plot kawalan. Di kajian lain dilaporkan jika diamalkan ia kurangkan kis sekitar 20% dengan FCR kurang dari 1.1 dimana penjimatan ini boleh ianya mengurangkan kos letrik yang digunakan untuk jalankan motor sistem pengudaraan. Penjimatan ini dikaitkan juga dengan var amenuai berjadual yang berperingkat-peringkat.


Hasil kajian menunjukkan dimana kadar pertumbuhan bioflok dalam sistem akuakultur dipengaruhi oleh fakior kimia, fizikal dan faktor biologi di dalam air. Beberapa faktor yang perlu diperhatikan untuk mendorong pembentukan bioflok dalam sistem ternakan ini diantaranya adalah cara penggantian air paling minima jik aboleh sehingga tidak perlu menukarnya sama sekali dalam satu pusingan ternakan. Apa pun sistem iaitu pengudaraan (aeration system) perli kukuh serta peningkatan rasio C/N akan dikawal. Kritetia dimana 
sistem bioflok adalah bagaimana keperluan oksigen yang tinggi akan membantu dalam menghasilkan biomas bakteria yang tinggi dalam kolam ternakan. Itulah sebabnya dalam sistem ini diperlukan satu sistem pengudaraan dan sistem kitaran yang kuat untuk menjamin keperluan unsur oksigen baik bagi kehidupan semua organisma atau pun biomas bakteria serta untuk ianya mempastikan bahawa bioflok tetap terapong dalam air dan tidak turun menjadi mendapan (sedimented). Apa pun intensiti oksijan dan aspek kandungan oksigen juga mempengaruhi struktur dan komposisi bioflok didalam kolam. Apa pun perlu diastikan yang intensiti kandungan O2 yang yang terlalu tinggi dapat mempengaruhi ukuran bioflok sedangkan kandungan oksigen yang terlalu rendah dapat menyebabkan dominasi bakteria ber filamen pada bioflok yang akan menyebabkan bioflok cenderung akan terapung. Pemberian bahan makanan jenis buatan yang digunakan dalam kegiatan akuakultur pada umumnya mengandungi tinggi bahan protein yang cukup iaitu sekitar 18 - 50%  dimana dengan ratio C/N kurang dari 10 dimana perkara ini tentunya berikan kesan kepada kadar keseimbangan rasto C/N dalam medium ternakan terebut. Apa kesannya juga menyebabkan teknologi bioflok dan faktur ratio C/N perlu ditingkatkan lagi. Peningkatan ratio C/N dalam air untuk menstimulasi pertumbuhan bakteria heterotrof dilihat ia dapat dilakukan dengan mengurangkan kandungan protein dan meningkatkan kandungan karbohidrat dalam makanan ternakan atau debga cara menambahkan sumber karbohidrat secara langsung ke dalam gula pasir atau molases. 


Bahan lain yang sesuai digunakan juga termasuklah bahan-bahan pati seperti tepung ubikayu, tepung jagung, tepung gandum dan produk dari sorgum dimana cara penambahan kandungan unsur karbohidrat dalam makanan ikan ini  tentunya akan merubah komposisi nutrisi secara keseluruhan. Ini akan dikira ia membolehkan adanya penyesuaian bahan-bahan tertentu dalam bahan makanan ini termasuklah isu seperti peningkatan kadar vitamin dan mineral. Apa pun jumlah karbohidrat yang ditambahkan untuk mebantu proses pembentukan bioflok agar dapat di kira formulasinya dengan menggunakan rumusan iaitu Karbohidrat (kg)= Makanan Ikan (kg) x % N dalam makanan  x % ekskresi N (0.05). Apa pun penggunaan sumber karbon juga perlu diperhatikan termasuk beberapa faktor diantaranya kecepatan pengambilan karbohidrat oleh bakteria, kandungan protein dalam sumber karbohidrat itu sendiri, kecernaan karbohidrat oleh organisma dalam kolam ternakan serta harga belian setiap unit karbohidrat. Selain sistem oengudaraan atau aerasi dan pengadunan di kolam dimana perlu ada penambahan karbon, pembentukan dan struktur bioflok juga dipengaruhi oleh faktor kimia, fizikal dan biologi lain seperti tahap kelajuan proses pengumpulan (accumulation) bahan organik, suhu dan pH air. Selain melalui penglihatan secara visual dan menggunakan alat mikroskop dimanacara pembentukan dan keberadaan bioflok dalam sistem akuakultur dapat diketahui melalui pengukuran dengan beberapa parameter kimia dan fizikal air. Parameter kimia yang sering digunakan sebagai indikator utama adalah termasuk ciri keberadaan bioflok iaitu ia meliputi 'Chemical Oxygen Demand (COD)' atau jumlah oksigen yang mana ia diperlukan untuk mengoksidankan seluruh bahan organik dalam sampel secara kimiawi. Apa pun 'Biological Oxygen Demand (BOD)' atau jumlah oksigen yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk mengubah (conservation) bahan organik melalui proses biokimia untuk berlaku. Pada industri akuakutur dengan sistem bioflok perlu diketahui dimana keperluan oksigen akan meningkat terutama disebabkan oleh tingginya kepadatan bakteria jenis heterotrof di dalam air dan tentunya ia dipengaruhi oleh nilai COD mahupun nilai BOD. Parameter fizikal yang dapat digunakan untuk mengesan keberadaan bioflok adalah 'Suspended Solids (SS) dan juga bahan Volatile Suspended Solids (VSS) serta keberadaan Floc Volume Index (FVI). Salah satu ciri penting yang utama sistem bioflok adalah tingginya kepadatan pengapungan atau kadar tersuspensi terutama VSS yang merupakan indikator tingginya bahan organik tersuspensi dalam air di kolam ternakan.


Pada penulis blog fikir bagaimanakah t
eknologi bioflok ini dapat di kembangkan di masa depan di Malaysia. Apa pun dalam dua artikel bersiri ini dimana ada banyak kelebihan yang telah dijelaskan dan jelas bahawa teknologi bioflok merupakan salah satu alteraatif teknologi untuk kegiatan akuakultur yang ramah lingkungan dan mesra alam serta lestari. Namun demikian dalam aplikasi langsung dalam industri ternakan secara akuakultur iaitu bagi sistem intensif masih ujud beberapa masalah dan aspek kajian yang perlukan kajian lanjutan. Antaranya adalah seperti isu keperluan tenaga letrik terutama untuk sistem pengudaaraan (aeration system) dan sistem lain. Penting di ketahui bagaimana bekalan eletrik ini mestilah sentiasa stabil (tiada masaalah blackout atau power supply failure). Masaalah ain seperti bagaimana kandungan nutrisi bioflok serta pengaruh bioflok terhadap transmisi dan kesannya kepada serangan dan infeksi penyakit. Kepadatan bakteria yang tinggi dalam air akan menyebabkan keperluan oksigen yang lebih tinggi sehingga aerasi untuk penyediaan oksigen dalam penggunaan teknologi bioflok merupakan salah satu kunci untuk meningkatkan pendapatan pengusaha. Apa pun selain ia berperanan dalam penyediaan oksigen dimana sistem aerasi juga berfungsi untuk mengaulkan (mixing) air agar bioflok yang terapong (suspended) dalam kolam air tidak jadi mendap. Pemendapan bioflok di bahagian bawah kolam ternakan mesti diellakan atau dihindari bagi tujuan mencegah terjadinya keadaan anaerobik di dasar kolam akibat proses mendapan dan akumulasi bioflok. Masaalah dimana aktiviti pemeriksaan secara rutin mesti dilakukan bagi memastikan bahawa bioflok tetap dapat di ambil oleh organisma ternakan dalam kolam. Sistem Aeration ini dimana cara yang paling tepat untuk sistem bioflok perlu dikaji lebih dalam lagi baik dari segi teknikal maupun aspek ekonomik. Selalunya isu seperti isu pembentukan bioflok merupakan mekanisma penting yang kompleks iaitu ia melibatkan berbagai aspek fizikal, kimia dan biologi sehinggakan jika berlaku pproses penambahan pada salah satu parameter akan mempengaruhi parameter lain. Ada kajian menyatakan dimana kualiti air dalam kolam ternakan ini jika mengamalkan sistemm bioflok bagi menternak ikan tilapia ia cenderung tidak stabil. Tingginya aktiviti respirasi microbe dalam sistem bioflok juga menyebabkan terjadinya fluktuasi pada pH dan alkalinitas. Meningkatnya kekeruhan air boleh terjadi akibat tingginya kandungan kepadatan tersuspensi juga ia mempengaruhi kemampuan melihat beberapa jenis ikan dan kesan kepada jumlah makanan yang dimakan. Kelajuan akumulasi bahan organik, kelajuan pengambilan bioflok oleh organisme ternakan serta kelajuan peningkatan bahan biomas bakteria merupakan faktor mesti di periksa dan disesuaikan. Apa yang penting adalah kawalan kepekatan air dan flok yang optimum dalam air. Jika kadar kelajuan proses akumulasi bahan organik tinggi maka kelajuan peningkatan biomas bakteria akan tinggi juga. isu ini jika tidak diikuti dengan kadar kelajuan pengambilan bioflok oleh ikan maka akan terjadi akumulasi bioflok yang berlebihan dan kesannya akan membuat sistem penternakan ini menjadi tidak stabil. Salah satu cara penyelesaian alternatif dari dua masalah di atas adalah dengan memisahkan reaktor bioflok dengan kolam penternakan. Cara ini dilihat dimana bioflok dapat berfungsi sebagai biofilter scperti juga dalam sistem 'Recirculation'. Bioflok yang dihasilkan dari reaktor ini kemudian dapat digunakan langsung sebagai makanan untuk ikan dan juga ternakan dalam kolam. Pada penulis blog sesiapa yang berminat dengan sistem bioflok sebaiknya hadir kursus teori dan hands-on bagaimana sitem ini sesuai di lakukan di Malaysia secara komersil. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
TEKNOLOGI BIOFLOK... APA BENDA....
KURANG DI FAHAMI... DI MALAYSIA...
LAPORAN KAJIAN.. RUJUKAN KITA...
KURANG FAHAM... TIDAP MENGAPA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandr Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.