Tuesday, August 20, 2024

PLASTIK DAN FAKTA SEMASA

PRODUK PLASTIK
kini memang sudah di kenali ramai kerana penggunaanya yang meluas dalam kehidupan manusia. Terdapay terlalu banyak produk yang berasaskan plastik dalam semua lingkunga kehidupan manusia. Apa pun bagi penulis blog mendapati dimana 
Plastik (Plastic) adalah istilah umum umum untuk pelbagai jenis bahan pepejal amorf organik sintetik atau semisintetik yang sesuai dalam proses pembuatan produk industri. Plastik biasanya polimer dengan berat molekul tinggi dan ia mungkin mengandungi bahan lain untuk meningkatkan prestasi dan bagi mengurangkan kos. Perkataan Plastik berasal daripada bahasa Yunani (plastikos) yang bermaksud 'sesuai untuk acuan' dan juga dari perkataan 'plastos' yang bermaksud 'acuan'. Pada penulis blog faham dimana ia juga merujuk kepada 'kebolehtempaan' atau pun bermaksud 'keplastikan semasa pembuatan' mana ini berna produk plastik ini membolehkannya dibuang, ditekan atau diekstrusi ke dalam pelbagai bentuk yang sangat besar. Bentuk ini selalunya adalah seperti filem, gentian, plat, tiub, botol, kotak dan banyak lagi. Perkataan biasa bagi produk plastik tidak boleh dikelirukan dengan plastik kata sifat teknikal yang selalu digunakan pada mana-mana bahan yang boleh mengalami perubahan bentuk kekal (ubah bentuk plastik) apabila tegang melepasi titik tertentu. Berlainan dengan bahan dari  Aluminium dimana sebagai contoh produk plastik dalam pengertian ini akan tetapi bukan plastik dalam pengertian biasa dan sebaliknya jika di baca dalam bentuk siapnya maka ada sesetengah plastik akan pecah sebelum berubah bentuk dan perkara ini dikategorikan sebagai bahan bukan plastik dalam erti kata teknikal. Apa pun sebenarnya ada terdapat dua jenis plastik iaitu Termoplastik dan juga jenis Termoset. Termoplastik akan melembutkan dan ia juga mencairkan jika haba yang mencukupi digunakan; contohnya ialah bahan Polietilena, Polistirena dan PTFE. Sementara itu jenis Termoset tidak lembut atau cair tidak kira berapa banyak haba yang digunakan seperti bahan Micarta, GPO dan juga G-10. Secara umumnya dimana produk plastik boleh jiga ia dikelaskan mengikut struktur kimianya iaitu unit molekul yang membentuk tulang belakang polimer dan rantai sisi. Beberapa kumpulan penting dalam klasifikasi ini ialah termasuk bahan atau produk jenis Akrilik, Poliester, Silikon, Poliuretana dan Plastik Terhalogen. Plastik juga boleh dikelaskan mengikut proses kimia yang digunakan dalam proses sintesisnya dan sebagai contoh adalah Proses Pemeluwapan, Politambah, Pemautan silang dan sebagainya. Pengelasan lain adalah berdasarkan kdpada kualiti yang relevan untuk pembuatan atau reka bentuk produk. Contoh kelas tersebut ialah seperti jenis termoplastik dan termoset, elastomer, struktur, boleh terbiodegradasi, pengalir elektrik dan beberapa jenis lagi. Apa pun plastik juga boleh disenaraikan mengikut pelbagai sifat fizikal seperti ciri ketumpatan, ciri kekuatan tegangan, ciri suhu peralihan kaca, ciri rintangan kepada pelbagai produk kimia dan sebagainya. Disebabkan kos membuat plastik adalah agak rendah dimana ada kemudahan pembuatan dan ciri serba boleh dan tahan air maka produk plastik digunakan dalam rangkaian produk yang sangat besar dimana ia terus berkembang sehingga kepada teknologi di kapal angkasa. Para saintis memang telah memindahkan banyak bahan tradisional termasuk bahan seperti kayu, batu, tanduk dan tulang serta kulit kepada produk plastik. Bahan seperti kertas, logam, kaca dan seramik kini fungsinya sudah boleh digantikan dengan bahan plastik secara berperingkat. Apa pun selalunya penggunaan plastik dikekang terutamanya oleh kimia organiknya dimana secara serius menghadkan tahap kekerasan, ketumpatan dan keupayaannya untuk menahan haba. Selain itu plastik disesuaikan dengan kesan pelarut organik, pengoksidaan dan sinaran mengion. Kebanyakan plastik akan cair atau reput apabila dipanaskan hingga tahap beberapa ratus darjah celsius. Walaupun plastik boleh dibuat secara elektrik konduktif sedikit sebanyak akan tetapi plastik sebenarnya ia masih tiada tandingan untuk logam seperti tembaga atau aluminium. Plastik masih terlalu mahal untuk menggantikan kayu, konkrit dan seramik dalam barang besar seperti bangunan biasa, jambatan, empangan, turapan, hubungan kereta api dan sebagainya sebagai bahan binaan. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai produk plastik dan beberapa fakta untuk di kongsikan dan dijadikan bahan rujukkan.


Memahami akan struktur kimia dimana jenis plastik 'Termoplastik' biasa ia berjulat antara 20,000 hingga 500,000 dalam jisim molekul manakala  bagi jenis 'Termoset' dilaporkan ia mempunyai berat molekul tidak terhingga. Rantaian ini dilaporkan ia terdiri daripada banyak unit molekul berulang dengan dikenali sebagai unit ulangan yang diperolehi daripada bahan monomer dimana setiap rantai polimer akan mempunyai beberapa ribu unit ulangan. Sebahagian besar plastik terdiri daripada bahan polimer karbon (C) dan hidrogen (H) sahaja atau dengan oksigen (O), nitrogen (N), klorin (Cl) atau sulfur (S) dalam tulang belakang. Dalam industri plastik dilaporkan dimana ada sesetengah kepentingan komersial adalah terdiri darpada bahan asas silikon (Si). Tulang belakang plastik ialah salah satu bahagian rantai pada "laluan" utama yang mana fungsinya adalah ia menghubungkan sejumlah besar unit ulangan bersama-sama. Untuk mengubah sifat plastik lazimnya perlu ada di kedua-dua unit ulangan dengan kumpulan molekul berbeza "tergantung" atau "loket" dari tulang belakang. Ia dilaporkan dimana biasanya ia "digantung" sebagai salah satu atau sebahagian daripada monomer sebelum seterusnya ia akan menghubungkan monomer bersama untuk membentuk rantai polimer. Penyesuaian oleh struktur molekul unit ulangan ini telah membolehkan plastik menjadi bahagian yang sangat diperlukan dalam kehidupan abad yang ke 21 dengan menala halus sifat polimer. Apa pun dilaporkan dimana ada sesetengah plastik adalah separa hablur dan sebahagiannya amorfus dalam struktur molekul dimana ini akan memberikan kedua-dua takat lebur (suhu di mana daya antara molekul yang menarik diatasi) dan satu atau lebih peralihan kaca (suhu di atasnya tahap fleksibiliti molekul setempat meningkat dengan ketara) . Plastik Separa Kristal dikenali juga sebagai bahan termasuk polietilena, polipropilena, poli (vinil klorida), poliamida (nilon), poliester dan beberapa poliuretana lain. Banyak jenis plastik adalah amorfus sepenuhnya iaitu sama seperti polistirena dan copolimer, poli (methy metacrilate) dan semua bahan termoset. Menarik juga jika dikongsikan akan bagaiman asejarah plastik ini sebagai rujukkan. Dilaporkan dimana plastik buatan manusia pertama telah dicipta oleh Alexander Parkes pada tahun 1855 apabila dia memanggil plastik ini sebagai 'Parkesine' yang kemudian dipanggil 'seluloid'. Apa pu kemudian berlaku perkembangan plastik yang telah datang daripada penggunaan bahan plastik semula jadi (seperti produk gula-gula getah, shellac dan sebagainya) kepada penggunaan bahan semula jadi yang diubahsuai secara kimia (termasuk produk getah, nitro-celulose, colagen, galalit) dan akhirnya kepada molekul sintetik sepenuhnya (seperti produk bakelit), epoxy, polivinil klorida dan juga polietilena.


Terdapat beberapa jenis-jenis plastik yag dicipta untuk kegunaan industri dan sebagainya. Pertama adalah Jenis Plastik yang berasaskan bahan selulosa. Dilaporkan pada tahun 1855 terdapat seorang lelaki Inggeris dari Birmingham bernama Alexander Parkes membangunkan pengganti sintetik untuk gading yang dipasarkannya di bawah nama dagangan 'Parkesine' dan beliau telah memenangi pingat gangsa pada pameran Dunia 1862 di London. Produk Parkesine diperbuat daripada bahan selulosa (komponen utama dinding sel tumbuhan) dirawat dengan asid nitrik dan pelarut. Keluaran proses (biasanya dikenali sebagai selulosa nitrat atau pun pyroxilin) boleh dilarutkan dalam alkohol dan mengeras menjadi bahan lutsinar dan elastik yang boleh dibentuk apabila dipanaskan. Kemudian dengan memasukkan pigmen ke dalam produk maka dia boleh dibuat menyerupai gading yang sebenar. Kemudian ada Jenis Plastik Bakelite® iaitu jenis plastik pertama berasaskan polimer sintetik dibuat daripada fenol dan formaldehid yang dicipta dengan kaedah sintesis yang berdaya maju dan murah pertama dicipta pada tahun 1909 oleh Leo Hendrik Baekeland isitu seorang warga Amerika kelahiran Belgium yang tinggal di New York. Apa pun dilaporkan dimana Baekeland sedang mencari bahan 'shellac penebat' untuk menyalut wayar dalam motor elektrik dan penjana. Beliau mendapati bahawa bahan campuran fenol (C6H5OH) dan formaldehid (HCOH) membentuk jisim melekit apabila dicampur bersama dan dipanaskan dimana jisim menjadi sangat keras jika dibiarkan sejuk. Dia meneruskan penyiasatannya dan mendapati bahawa bahan itu boleh dicampur dengan tepung kayu, asbestos, atau habuk batu tulis untuk menghasilkan bahan 'komposit' dengan sifat yang berbeza. Kebanyakan komposisi ini adalah kuat dan tahan api. Satu-satunya masalah ialah bahan itu cenderung berbuih semasa sintesis dimana hasilnya produk yang dihasilkan adalah kualitinya yang tidak boleh diterima. Baekeland kemudian membina bekas tekanan untuk mengeluarkan buih dan menyediakan produk yang licin dan seragam. Dia secara terbuka mengumumkan penemuannya pada tahun 1912 telah pun menamakannya produk tersenut sebagai 'Bakelite'. Ia pada asalnya digunakan untuk bahagian elektrik dan mekanikal dan akhirnya mula digunakan secara meluas dalam barangan pengguna pada tahun 1920-an. Apabila proses mempaten Bakelite tamat pada tahun 1930 dilaporkan dimana konglomerat Catalin Corporation memperoleh paten tersebut dan mula mengeluarkan plastik Catalin menggunakan proses berbeza yang membenarkan rangkaian pewarnaan yang lebih luas. Bakelite ialah rupa produk 'plastik sebenar' pertama. Ia adalah dihasilkan dari bahan sintetik semata-mata dimana memang ia tidak berasaskan mana-mana bahan atau molekul yang terdapat dalam alam semula jadi. Ia juga merupakan plastik termoset pertama. Produk 
Termoplastik konvensional boleh dibentuk dan kemudian dicairkan semula akan tetapi plastik termoset membentuk ikatan antara helai polimer dan apabila diawet ianya akan mewujudkan matriks kusut yang tidak boleh dibuat asal tanpa memusnahkan plastik. Plastik termoset adalah tahan lasak dan tahan suhu. Kos produk plastik Bakelite® adalah murah, kuat dan tahan lama diman asehingga kini ia telah dibentuk ke dalam beribu-ribu bentuk. Antaranya seperti produk radio, telefon, jam dan bola biliard. Plastik fenolik telah banyak digantikan dengan plastik yang lebih murah dan kurang rapuh, tetapi ia masih digunakan dalam aplikasi yang memerlukan sifat penebat dan tahan habanya. Sebagai contoh, beberapa papan litar elektronik diperbuat daripada kepingan kertas atau kain yang diresapi dengan resin fenolik. 


Antara fakta yang ramai kurang tahu adalah dimana jumlah penggunaan bahan 
plastik dianggarkan menghasilkan 19% gas rumah hijau global menjelang 2040 seterusnya menghalang dunia daripada memenuhi komitmen 'Perjanjian Paris' untuk tujuan mengehadkan kenaikan purata suhu permukaan bumi kepada 1.5 darjah Celsius iaitu paras yang melebihi paras pra-industri. Menurut Inger Andersen iaitu Pengarah Eksekutif Program Alam Sekitar PBB (UNEP) dilaporkan kaedah bagaimana cara plastik dihasilkan serta cara menggunakan plastik kalangan orang ramai cara melupuskannya mengakibatkan apa yang di dakwa sebagai pencemaran ekosistem. Ia dilihat telah lama menimbulkan risiko kepada kesihatan manusia serta sudah menggugat kestabilan iklim. Dilaporkan dimana di seluruh dunia ada satu juta botol plastik dibeli setiap minit, manakala sehingga lima (5) trilion beg plastik digunakan di seluruh dunia setiap tahun. Pengeluaran plastik terus berkembang dengan separuh daripada semua plastik yang dihasilkan direka untuk tujuan sekali guna. Kira-kira 36% daripada semua plastik yang dihasilkan adalah digunakan dalam pembungkusan dimana ini termasuk produk plastik sekali guna untuk bekas makanan dan minuman. Dianggarkan 85% daripada plastik ini berakhir di tapak pelupusan sampah atau sebagai sisa tidak terkawal (Sila lihat foto disebelah). Secara kasar dilaporkan separuh plastik yang dilupuskan tidak diselenggara dengan betul dengan kebanyakannya dibuang di persekitaran atau dibakar. Dilaporkan juga pada 2020 ada sekitar 238 juta tan metrik sampah adalah plastik sekali guna seperti bungkusan yang dibuang dan ini berlaku di serata dunia. Apa pun penulis blog percaya jika tidak ada perubahan ketara pihak UNEP juga menjangka setiap tahun sejumlah sampah plastik ini akan mencecah 408 juta tan metrik menjelang 2040. Hasil dari jabatan perangkaan global mendapati bahawa lima (5) trilion beg plastik digunakan setiap tahun dimana 13 juta tan daripadanya dibuang ke laut. Dianggarkan sejuta botol plastik dibeli setiap minit dan 100,000 hidupan laut terbunuh yang disebabkan plastik pada setiap tahun. Di Malaysia ada laporan dimana dianggarkan secara purata sebanyak 9 bilion plastik digunakan oleh rakyat Malaysia pada setiap tahun dimana sebahagian besarnya berakhir di lautan. Hasil dari kajian terbitan ahli akademik Belanda bernama Lourens JJ Meijer pada 2021 menunjukkan kedudukan Malaysia kini berada di tempat ketiga senarai 10 negara teratas menjadi penyumbang utama pencemaran plastik di lautan. Kemudian dilaporkan oleh World Wildlife Fund (WWF-Malaysia) pada 2022 dimana Malaysia mencatatkan pembungkusan plastik per kapita tahunan bagi setiap orang adalah 16.8 kilogram. Kempen untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai semakin kerap dijalankan. Apa pun faktanya dimana bahan plastik mengambil masa lama untuk mereput dan tempohnya bergantung kepada lokasi bahan itu berada. Apabila bahan ini susah mereput ia akan menambahkan lagi bilangan plastik sedia ada hingga menjadi beban kepada alam sekitar. Isu pencemaran plastik akan menjadi kritikal dalam beberapa tahun akan datang. Sebaiknya dunia perlu kempen mengurangkan hingga separuh penggunaan plastik sekali pakai dan mengurangkan pembuangannya untuk mencegah pencemaran alam sekitar. Bagi tujuan membendung kes-kes pencemaran plastik sebanyak 80% dengan mengurangkan separuh pengeluaran plastik sekali pakai menjelang 2040, fokus utama harus diberi kepada penggunaan semula, kitar semula dan mempelbagaikan bahan yang digunakan. Jika ini dapat dilakukan, maka sebahagian punca pencemaran dan punca bahaya akan dapat dielakkan. Apa pun dengan adanya 'perubahan sistem' maka angka pencemaran itu bolehlah dikurangkan menjadi 41 juta tan metrik. Penggunaan semula dikenal pasti sebagai langkah paling berkesan dan dapat mengurangkan pencemaran plastik sehingga 30% menjelang 2040. Kaedah kitar semula apa pun jika dilaksanakan dengan baik dapat mengurangkan pencemaran plastik sekitar 20%. Sebagai hakikatnya dimana fakta mengenai ancaman senyap daripada penggunaan barangan plastik membimbangkan banyak pihak. Natijahnya, ramai tidak menyedari plastik adalah musuh ‘senyap’ kepada manusia dan boleh ‘membunuh’. Bahan plastik mengandungi pelbagai jenis bahan kimia termasuk yang toksik, dan apabila dikitar semula bahan toksik ini mungkin berakhir dalam mainan dan barangan pengguna yang boleh mengancam kesihatan awam. Sehingga beribu-ribu bahan kimia berbahaya yang digunakan dalam plastik dihapuskan, pengitaran semula akan kekal toksik.


Beberapa kajian saintis mendapati kesan bahaya plastik kepada manusia hanya dapat dilihat selepas 40 tahun. Memang kemungkinan besar berlaku peningkatan penyakit kanser yang berlaku mutakhir disebabkan penggunaan plastik secara berleluasa dan berterusan sejak sekian lama. Penyelidik dari Universiti Lund, Sweden dalam hasil penyelidikan juga mendapati 'bahan nanoplastik' yang terkumpul dalam tisu otak ikan menyebabkan perubahan tingkah lakunya dan menjadi seperti tidak aktif. Senario itu menunjukkan betapa bahayanya kesan plastik terhadap alam sekitar, manusia dan hidupan lain diseluruh dunia. Sebenarnya p
engurusan sisa plastik yang tidak sistematik adalah faktor utama yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Di semua negara diseluruh dunia cara pengurusan sisa plastik yang baik perlu dilakukan secara lebih menyeluruh mencakupi setiap peringkat industri, sama ada industri kecil, sederhana dan besar. Lebih banyak aktiviti kempen dan kajian tentang pencemaran plastik perlu digerakkan dengan lebih aktif bagi mengenal pasti usaha-usaha yang lebih berkesan dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik dan meneroka alternatif yang lebih mesra alam bagi menggantikan plastik agar beban pencemaran ke atas alam sekitar dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum. Penulis blog percaya dimana kebanyakan kaedah pembungkusan makanan direka bentuk untuk kegunaan sekali sahaja dan tidak dikitar semula. Justeru itu kempen kesedaran teruts,s oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) hendaklah melaksanakan tanggungjawab dalam mewujudkan satu mekanisme yang berkesan untuk mewujudkan ekosistem pengurusan sisa plastik. Di Malaysia seperti di WP Putrajaya sudah mula di lakukan Pengurusan Sisa Plastik bagi tujuan meminimumkan impak pencemaran plastik dengan dari setip rumah sudah di sedikan tong-tong khas untuk membuang bahan plastik dan bahan lain untuk kitsr semula. Beberapa negeri lain seperti di Ulau Pinang pihak PBT yang bertindak sebagai pelaksana dasar dengan melihat kepada pendekatan pengurusan dan kawalan terhadap kitaran hayat produk plastik dari peringkat pengeluaran sehingga proses pelupusan yang turut mengambil kira kepentingan pemegang taruh secara menyeluruh termasuk rakyat, pengilang, alam sekitar serta kerajaan. Di Malaysia sudah dilancarkan “Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030” dimana kerajaan menyasarkan untuk seterusnya mengharamkan penggunaan beg plastik untuk pembelian runcit merentasi semua sektor perniagaan di seluruh negara menjelang 2025. Langkah ini adalah dialu-alukan tetapi kita memerlukan tindakan yang lebih segera dan lebih banyak produk plastik sekali guna diharamkan. Diharapkan apabila semua pihak menyokong usaha kerajaan menangani isu pencemaran plastik dengan mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian dan bebanan plastik kepada ekosistem dan alam sekitar. Penggunaan plastik perlu diperangi habis-habisan dan fikir semasak-masaknya sebelum memilih untuk menggunakan plastik sama ada ia keperluan atau sebaliknya. Cara yang paling mudah untuk bersama-sama melindungi alam sekitar ialah dengan mengubah gaya hidup kita dan mengurangkan kadar kebergantungan terhadap plastik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PRODUK PLASTIK... DI MANA SAHAJA...
BOTOL PLASTIK...PEMBUNGKUS JUGA...
MENJADI MASAALAH...SELURUH DUNIA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Syawal 1445H).
Kemaskini pada 12 Safar 1446H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.