Wednesday, August 21, 2024

DAUN PANDAN - AMALAN DAN PETUA MENARIK

DAUN PANDAN
(Pandanus amaryllifolius Roxb syn Pandanus odorus) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Pandanaceae yang tumbuh di Malaysia dan beberapa negara lain di Asia Tenggara. Keluarga Pandan mempunyai banyak spesis dan terdapat pandan biasa dan pandan wangi. Nama lain bagi pandan adalah Pandan bau ; Pandan jelingkeh ; Pandan Rampeh ; Pandan Wangi ; Pandan Rampai (Melayu), Qi Yi Lan (China), Kenr (Hindi), Nioi Tako No Ki (Jepun), Pandanasu (Korea), Bai Toei ; Bao Toey Hom (Thailand) dan Dura Thom (Vietnam). Pandan ditanam di kawasan rumah khususnya orang-orang Melayu sebagai satu tanaman penting yang mesti ada setiap rumah sama ditanam dalam pasu atau daiatas tanah. Tidak ada laporan rasmi mengenai keluasan tanaman pandan di Malaysia dicatitkan akan tetapi penulis telah membuat anggaran sekitar 500 -600 hektar CHE jika diambilkira tanaman monokrop dan tanaman keliling rumah. Pandan wangi mempunyai saiz daun dan tumbuhan lebih kecil dari pandan biasa. Pandan Wangi digunakan untuk buat sirap yang memberikan aroma dan rasa lazat minuman sirap tersebut. DAUN PANDAN ni dah sinonim dengan masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu. Apa boleh buat dengan daun pandan ni? Banyak sangat kegunaannya dengan daun pandan ni. Daun pandan juga dikenali sebagai "VANILLA OF THE EAST" yang telah digunakan secara tradisional sebagai pewarna dan perisa makanan seperti buat nasi lemak, kuih muih yang memerlukan warna hijau pandan dan ia juga dijadikan sebagai herba tradisional. Paa penulis blog dimana tumbuhan Pandan adalah jenis monokot yang mempunyai lebih dari 600 spesis. Hanya pandan wangi yang banyak ditanam untuk digunakan dalam masakan dan ekstrak pati minyaknya. Pandan jenis lain digunakan untuk membuat anyaman tikar, pokok hiasan ornamental dan juga dalam industri lain yang berkaitan. Pokok pandan tidak mempunyai batang kayu keras tetapi mempunyai akar udara yang mudah tumbuh dalam semua keadaan jenis tanah. Daunnya keluar dari pangkal rumpun menegak keatas berwarna hijau gelap. Lebar daun sekitar 2-3 cm dan panjang daun 30-60 cm bergantung kepada kesuburan pokok. Ketinggian pokok pandan wangi dalam 0.5 -1.5 meter. Pandan boleh hidup subur diatas tanah lapang atau dikawasan yang agak bernaung dari cahaya matahari. Ramai menanam pandan didalam pasu dan diletakkan dikeliling rumah walau pun mereka yang tinggal dirumah pangsa. Ramai kalangan orang kenal akan pokok pandan di mana ia mudah di tanam di sekeliling rumah atau di beli dipasar untuk pelbagai kegunaan termasuk memasak, majlis-majlis tertentu dan juga dijadikan pelbagai produk. Artikel pagi Raya Qurban 1445H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa petua dan amalan menarik yang semua mengkin ingin tahu berkaitan daun pandan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Menarik fakta di media hmetro.com bertajuk '
Rumah segar, wangi' untuk dikongsikan kali ini. Semua orang boleh menghasilkan wangian asli daripada herba dan bunga-bungaan yang boleh didapati di sekitar kediaman. Apa pun bagi penulis blog dimana rumah yang bersih, segar dan diserikan dengan haruman seperti aromaterapi secara tidak langsung menambahkan keselesaan buat penghuni dan tetamu. Ia penting kerana sekurang-kurangnya bau-bauan dari bahagian dapur atau bilik air dapat dihindari dengan haruman segar yang anda pilih. Malah kita juga maklum bahawa persekitaran segar juga mampu memberikan kesan positif kepada mood seseorang. Bau yang harum turut didakwa yang ia boleh menghidupkan suasana ceria di samping memberikan ketenangan sepanjang masa. Semua boleh manfaatkan tanaman di sekeliling kediaman tanpa perlu mengeluarkan belanja besar. Caranya dengan meletakkan hirisan buah dan kulit oren, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang dalam periuk berisi air secukupnya. Didihkan di atas api yang sederhana dan dalam beberapa minit, ruang dapur iaitu terutamanya dipenuhi aroma hangat, bersih dan ianya akan menyegarkan. Semua juga boleh menggunakan daun pandan. Selain dimasukkan dalam masakan untuk aroma wangi, pandan juga boleh dijadikan wangian semula jadi di dalam rumah. Hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh kira-kira dua minggu. Selain itu, kelopak bunga mawar yang diracik halus dan dicampur bersama daun pandan menjadi bunga rampai. Masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpuri semula jadi. Dalam pada itu bahan daun serai wangi iaitu selain menghalau nyamuk dan serangga juga mampu menghasilkan aroma segar. Adalah perlu luangkan masa untuk menyediakan lidi bulu, balang dan minyak pati pilihan dimana isikan balang dengan minyak pati pilihan dan selebihnya dengan minyak bayi. Ia akan menyerap ke dalam lidi buluh dan meninggalkan bilik anda bau yang cukup nyaman. Bagi tujuan aromaterapi dimana dengan haruman aromaterapi yang tidak dinafikan memberikan tindak balas positif kepada penghuninya. Pa pun pada ruang mana sekali pun memang ia secara tidak langsung membuai emosi untuk lebih tenang dan selesa sepanjang masa. Kalau ujud persekitaran yang kemas dengan gaya penataan eksklusif di ruang tamu umpamanya lebih bermakna jika diserikan dengan haruman aromaterapi. Kini terdapat juga lilin dengan haruman aromaterapi yang secara tidak langsung mencipta keindahan tersendiri di segenap ruang. Begitu juga dengan aneka minyak pati aromaterapi yang ditawarkan di pasaran. Situasi itu membawa gambaran, tiada alasan untuk anda mengabaikan penataan ruang dengan penyerinya haruman aromaterapi. Pati minyak bunga mawar dikatakan membantu menghilangkan tekanan dimana bunga lavender membantu membangkitkan semangat dan kekuatan sementara lemon pula memberikan ketenangan dan menyegarkan suasana.


Menarik dikongsikan info dari satu sumber yang menyatakan dimana 'Rumah jika berbau busuk akibat masakan maka boleh diselesaikan dengan pelbagai cara' semuai di kongsikan. Pertama yang sering digunakan adalah 'ARANG' yang
 sering digunakan sebagai alatan membakar tetapi ia juga mampu menghilangkan bau busuk di dalam rumah. Cara penggunaannya mudah sahaja iaitu ambil beberapa ketul arang dan letakkan di sudut rumah. Bau busuk pasti akan hilang. Ke dua etuanya adalah dengan petua iaitu menggunakan  KULIT LIMAU dan KULIT KAYU MANIS dimana caraya dengan mendidihkan air bersama kulit limau. Kemudian masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis dan biarkan sehingga naik bau beraroma. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam botol spray. Sembur di ruang dapur dan rumah untuk menghilangkan bau busuk. Ke 3 adalah dengan cara gunakan DAUN PANDAN yang boleh digunakan untuk bahan bagi mengharumkan rumah. Caranya mudah sahaja iaitu simpulkan daun pandan dan letak di dalam bekas. Apa pun penulis blog yang perah buat dirumah dapati kalau hendak lebih wangi sebaiknya daun pandan ini boleh hiriskan dan letak di dalam bekas yang terbuka. Ke 4 adalah dengan cara menggunakan LIMAU KASTURI dengan cara hanya perlu menghiris limau kasturi dan letak ke dalam bekas berisi air dan alau hendak cantik maka di letak di dalam bekas kaca dan boleh dijadikan dekorasi ruang tamu. Ke 5 adalah dengan menggunakan SODA BIKARBONAT yang juga membantu menghilangkan bau busuk di rumah. Hanya perlu letakkan soda bikarbonat di dalam bekas kecil dan letakkannya di sudut rumah. 


Menarik bagaimana di laporkan iaitu 'Daun pandan cegah kelemumur' untuk penulis kongsikan. Dilaporkan dimana daun pandan adalah diantara tumbuhan popular yang digunakan dalam masakan. Ia bukan sahaja memberikan aroma yang enak untuk masakan, bahkan banyak khasiatnya yang ramai tidak tahu. Selain bagus untuk kesihatan, ia sebenarnya mampu mencegah kepala anda daripada berkelemumur. Caranya memang cukup mudah iaitu hanya kisar 10 helai daun pandan yang segar bersama 100ml air. Kemudian lumur pada kulit kepala anda dan urut. Jangan lupa balut kepala anda dengan tuala selama 30 minit. Akhir sekali pengguna perlu membasuh kepala dengan air atau syampu. Anda akan rasai sendiri kesegarannya. Perlu diingat dimana ia perlu dilakukan secara konsisten dimana kelemumur tidak akan mengganggu kepala semua. Dalam pada itu amalan yang unik adalah fakta akan 'K
elebihan Minum Air Rebusan Pandan' untuk kesihatan wajar di kongsikan. Daun pandan merupakan antara bahan wajib ada apabila setiap kali masak nasi lemak. Aromanya yang memukau dan menjadikan nasi lemak tersebut lebih enak dimakan bersama lauk-pauk yang lain. Namun, selain digunakan untuk nasi lemak, tahukah anda bahawa air daun pandan juga mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Selain melazatkan makanan, air rebusan daun pandan ini secara tradisionalnya mempunyai banyak khasiat yang ramai dalam kalangan kita kurang ketahui. Daun pandan dilaporkan ia boleh 'Mengawal tekanan darah' dimana air rebusan daun pandan sangat berguna untuk membantu mengawal tekanan darah. Jika anda mengalami sakit kepala akibat tekanan darah tinggi, rebus sahaja daun pandan sehingga airnya berkurangan sedikit kemudian boleh minum. Ia juga menjadi 'Air Detoks' iaitu apabila bercakap tentang detoks, sudah tentu anda tidak akan lari dari makanan atau minuman yang mengandungi bahan antioksidan. Antara bahan yang selalu digunakan dalam air detoks adalah buah lemon tetapi kalau anda bosan, boleh cuba air rebusan daun pandan. Daun pandan Boleh Bantu Meredakan Demam kerana kandungan airnya yang cukup semasa badan anda tidak sihat adalah amat penting. Jadi, selain dari minum air kosong, air teh dan air halia semasa demam, boleh cuba pula air rebusan pandan untuk menurunkan suhu demam dengan cepat. Setersnya ia juga mampu Memantu kurangkan insomnia dengan cara meminum air pandan suam pada waktu malam boleh membuatkan badan lebih relaks dan lebih mudah untuk mengantuk. Air rebusan daun pandan boleh menjadi pilihan bagi anda yang tidak berapa gemar minum susu suam kerana mungkin terlalu mengenyangkan. Ia juga membantu mengurangkan rasa sakit kepala dimana meminum air masak pandan dipercayai dapat melegakan kesakitan. Ini merupakan salah satu rawatan tradisional orang lama bagi menyembuhkan sakit kepada berdenyut-denyut. Ia juga didakwa mampu Menurunkan risiko kanser kerana kanser adalah penyakit multifaktorial (banyak faktor lain juga yang menyebabkannya), anda perlu mengimbanginya dengan rawatan doktor dan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk amalan minum air rebusan pandan ini. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAUN PANDAN... BANYAK GUNANYA...
DALAM MAKANAN,,. PELBAGAI GUNA...
MUDAH DI TANAM...HEBAT KHASIATNYA...
MEMBACA ARTIKEL... RASA TERUJA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Dzulhijjah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.