Saturday, July 20, 2024

KENAPA POKOK DURIAN TIDAK BERBUAH? (Pt 2)

KENAPA POKOK DURIAN MATANG TIDAK BERBUAH?
... Itulah diantara soalan-soalan yang ditanyakan kepada penulis blog paling lazim di terima. Kalangan penanam durian dan peminat durian memang suka bertanya bila pokok yang lama di tanamnya untuk berbuah dan peminat durian pula tanya bila nak 'pekena' buah durian. Apa pun pada penulis blog memang seringkali kita jumpa pokok durian yang tidak berbuah bila tiba musim. Tanaman Durian (Durio zibethinus Murr.) merupakan satu bidangusaha yang sangat popular di Malaysia terutama dengan penanaman varieti durian premium masa kini. Kalau dahulu penanaman durian dilakukan secara tradisional dan pengurusan yang konvensional akan tetapi kini industri ini telah jauh berkembang apabila ia di komersilkan dengan cara baru dan menggunakan pakej amalan teknologi moden. Apa pun saya yang telah menulis dalam blog ini lebih dari 580 buah artikel mengenai durian tetap percaya bahawa industri ini akan terus berkembang dimasa akan datang. Kini keluasan tanaman durian terkini pada tahun 2023 adalah seluas 78,365 hektar dengan jumlah pengeluaran hasil sebanyak 471,672 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2024). Beberapa varieti durian premium kini menggantikan varieti durian kampong atau varieti tradisional yang semakin kurang penanaman baru. Jabatan Pertanian telah mengenal pasti dan mengumpul koleksi klon durian semenjak tahun 1934 dan sehingga sekarang telah mendaftarkan lebih dari 250 varieti yang penulis blog pernag terlibat sama. Antara beberapa varieti durian premium yang kini sangat popular termasuk Durian Musang King (D197), Durian Duri Hitam atau Black Thorn (D200), Durian Udang Merah (D175), Durian Tekka (D160), Durian Bukit Merah (D24), Durian Hajah Asmah (D168) dan beberapa lagi. Walau pun terdapat lebih daripada 250 varieti durian yang telah didaftarkan dalam Jadual Senarai Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia akan tetapi hanya sebahagian sahaja varieti yang masih ditanam dan dikomersilkan. Pada penulis blog durian merupakan antara spesies buah-buahan yang sangat popular dan masih banyak ditanam di Malaysia. Secara tradisional pula lazimnya pokok durian ditanam daripada baka biji benih di kawasan dusun di kampung dimana lazimnya buah durian dari pokok anak baka biji menghasilkan buah yang tidak seragam, tidak pasti akan kualitinya dan sebahagian besar tidak mendapat pasaran yang baik. Durian merupakan salah satu daripada 11 jenis buah-buahan yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Agro Makanan (2011-2020) yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi menampung permintaan tempatan dan eksport. Kalau dahulu pasaran durian adalah untuk pasaran domestik sahaja tetapi ia kemudian di eksport terutama ke Singapura. Kini durian Malaysia sudah di eksport ke China, Jepun sehingga pernah sampai ke Eropah dan negara lain. Apa pun tetap berlaku persaingan yang hebat dari negara Thailand yang merupakan pengeksport durian terbesar dunia. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai beberapa perkara kenapa pokok durian tidak berbuah sebagai salah satu isu untuk dijadikan bahan rujukkan bagi semua pembaca.


Ada kalangan mereka yang menanam pokok durian 'untuk suka-suka' bertanya kenapa pokok durian yang di tanam ada perangai ikut suka berbuah tetapi banyak kali ia tidak berbuah. Memang ada banyak jawapan, sebab dan punca apabila pokok durian yang sepatutnya berbuah akan tetapi ia tidak berbuah. Bagi mereka ini akan merasa kecewa atau s
edih apabila melihat kebun durian dikebun orang lain atau di keliling rumah jirannya ada berbuah lebat sedangkan pokok durian miliknya tidak berhasil. Ada juga kalangan pemilik pokok durian membelanjakan ribuan ringgit untuk menjadikan pokok duriannya subur dengan harapan berbuah dengan banyak dan berkualiti. Akan tetapi mengapa tidak juga pokok duriannya masih tidak berbuah?. Kalau setiap kali masuk musim buah durian tiba orang lalin yang lalu lalang memungut hasil sampai membuat pondok menjaga buah durian gugur sebelum menjualnya akan tetapi ada pemilik pokok duriannya yang 'sepi'. Beberapa maklumat mengenai isu ini boleh di baca didalam blog, facebook, wasap group, youtube, instragram dan banyak sumber lain kenapa susah sangat hendak pastikan pokok durian matang berbuah saban tahun. Pada penulis blog memang banyak sebab untuk ianya menjelaskannya akan tetapi dibincangkan secara teknikal dan logik akal sahaja kerana untuk kepastian kena buat analisa secara saintifik mengikut data yang di kutip. Apa yang penting di lakukan penjagaan sebaik mungkin agar pokok duriannya berbuah setiap musim dengan banyak. Pertama mungkin BERPUNCA DARIPADA ANAKBENIH pokok durian yang di tanam. Kalangan petani mungkin suka makan durian yang di jumpainya atai dibeli dan kemudian mengambil bijinya dan disemai sehingga menjadi anakbenih dan ia kemudian di tanam. Setelah pokok itu membesar didapati buahnya (jika ada) tidak sama dengan buah yang dimakan bijinya dahulu. Ini kerana buah durian terbentuk hasil daripada apa yang dikatakan sebagai proses pendebungaan silang (cross pollination) yang makan kesannya menyebabkan bijinya tidak akan sama dengan ciri pokok induknya. Ini merupakan diantara kesilapan asas yang paling ramai orang buat iaitu cara pemilihan anakbenih pokok durian yang salah sebelum menanam. Paling malang jika ada yang menanam pokok durian dan tidak berbuah kerana ia bercirikan seakan 'pokok durian jantan' sahaja. Sebaiknya sebelum menanam durian jika hendak membeli anakbenih pastikan daripada pembekal atau sesiapa juga yang menjual benih dengan ada Sijil Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) dikelolakan oleh Jabatan Pertanian. Benih yang ada sijil SPBT ini di sahkan ketulinan varietinya setelah dilakukan prosedur pemeriksaan oleh pakar di jabatan tersebut. Ciri anak benih tersebut jika di beli di nuseri sebaiknya sudah berusia lebih enam bulan, batang utamanya tegak, lurus dan mempunyai dahan yang banyak, tumbuh secara melintang atau sekurang-kurangnya lebih 45 darjah dari batang utama. Elakkan guna benih durian yang di buat sendiri dari biji buah durian yang di beli atau yang dijual di premis.


Pokok durian merupakan pokok saka yang perlu dijaga baik pertumbuhannya termasuk aktiviti CANTASAN (pruning). Dari peringkat awal penanaman durian sebaiknya di lakukan beberapa peringkat amalan cantasan daripada cantasan pembentukkan, cantasan pengurusan dan cantasan dewasa. Sila baca tulisan saya dalam blog ini (Sila Klik DIsini). 
Penting dilakukan seperti pemangkasan penjagaan iaitu dengan membuang tunas-tunas air yang tidak produktif, mati dan berpenyakit serta mampu untuk mengurangkan penggunaan racun kimia. Ini kerana diantara tujuan pemangkasan ini ialah bagi membentuk dan mengawal pembentukan pokok, membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati, memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok serta mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik. Ini kerana hanya pokok durian yang mampu hasilkan durian berkualiti termasuklah adalah dengan mempunyai satu batang utama (batang utama tidak bersifat co-dominant) iaitu mempunyai dua batang utama atau lebih yang saling bersaing untuk mendapatkan makanan dan tidak mempunyai batang utama, berbilang atau banyak batang, yang dikenali sebagai multiple leaders. Kesannya pokok mudah tumbang apabila ditiup angin yang kencang. Sebaiknya juga dahan-dahan utamanya tidak bersentuhan atau bergesel dengan batang utama pada pokok durian. Jika diperiksa bukan dahan yang berada dibahagian bawah sahaja tetapi dahan dibahagian tengah pokok tau atas perlu dibuang jika menghalang sinaran cahaya matahari. Pokok duirn yang mempunyai dahan-dahan yang bersaiz dua pertiga lebih kecil berbanding saiz diameter batang utama pada pokok durian perlu dilatih corak untuk pembentukkannya. Dahan-dahan tersusun kemas dan tidak terlalu rapat antara satu sama lain. Sebaiknya bagi jenis dahan mendatar dan kemas dan ia tidak bersentuhan serta mendapat cahaya matahari yang cukup untuk mengelak kulat bersarang pada pokok. Jika kurang pengudaraan dan lembab maka klat boleh datang dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanker batang dan sebagainya. Kedapatan pokokk 'duit-duit' pada batang pokok dan dahan mesti dibuang selalu sebab tumbuhan tersebut adalah sejenis 'parasit' yang ambil nutrien daripada pokok durian.


Pokok durian mungkin tidak berbuah di sebabkan oleh faktur termasuk KURANG KEPERLUAN ASAS dikawasan kebun penanaman pokok durian tersebut. Antara amalan agronomi penanaman durian adalah mempastikan pokok durian apabila dewasa akan mendapat Cahaya Matahari, Pengudaraan dan Ruang yang cukup untuk proses tumbesaran, pembungaan dan penghasilan buah. Bagi petani dan peminat menanam pokok durian walau pun men
anam pokok durian di hadapan rumah sekalipun sebaiknya jangan lupa pokok durian perlukan ketiga-tiga elemen ini untuk pokok durian membesar. Jangan tanam pokok durian rapat-rapat dengan pokok buah lain kerana ia boleh membantutkan proses tumbesaran pokok. Ini kerana jika pokok durian ini baru di tanam dan terlindung dari cahaya matahari daripada pokok-pokok besar di sekelilingnya maka ia akan lambat tumbuh dan tidak sempurna tumbesarannya. Apa pun kemudian jika pokok tersebut membesar juga dan ia matang maka kemungkinan besar untuk pokok durian tersebut mampu berbunga dan berbuah amat tipis sekali kerana lazimnya ia akan terus berpotensi menjadi 'pokok durian vegetatif'. Penulis blog banyak kali melihat bagaimana pokok durian yang sudah lebih 5 tahun tetapi masih belum ada tanda ia berbuah kerana ia terlindung dari sinaran matahari yang mencukupi untuk mampu berbunga dan berbuah. Asasnya dimana jarak yang paling sesuai di antara pokok durian adalah 10m x 10m atau lebih jaug secara monokrop (kecuali boleh di tanaman tanaman kontan semasa pokok muda). Pastikan selepas menanam anakpokok ini disiram secukupnya dan seterusnya dipasang sistem pengairan (sistem pengaran titis) adalah pilihan terbaik estet atau kebun durian komersial di Malaysia. 


Antara punca pokok durian tidak berbuah adalah kerana ia tidak mendapat cukup air terutama semasa kritikal. Di antara sistem pengairan yang sering digunakan bagi tanaman durian adalah Sistem Pengairan Titis (drip irrigation), Sistem Pengairan Mikro (micro irrigation) dan Sistem Pengairan Renjis (sprinkler irrigation). Merujuk kepada beberapa kajian yang dimana bagi pokok baru ditanam perlukan 1 unit penyebar setiap pokok dengan kadar air setiap penyebar sebanyak 5 liter satu jam untuk jangkamasa pengairan selama 1 jam. Bagi pokok durian ditanam diperingkat belum matang diperlukan dua (2) penyebar sepokok dengan kadar air setiap penyebar sebanyak 5 liter sejam untuk jangkamasa pengairan selama 2 jam. Bagi pokok durian matang pula (sudah berbunga dan berbuah) maka dipasang 2 penyebar setiap pokok dengan kapasiti air sebanyak 5 liter sejam untuk jangkamasa pengairan selama lima (5) jam. Bagaimana pun kajian menyatakan dimana jangkamasa pengairan setiap hari untuk tanaman durian bergantung kepada keluasan zon akar, faktor tanaman, isi padu akar, keupayaan pegangan air bagi tanah, jenis tanah, jumlah penyebar setiap pokok, kadar alir air setiap penyebar dan peringkat pertumbuhan pokok. Ada juga faktor pokok durian tidak berbuah disebabkan oleh masaalah Tanah Tidak Subur. Ta
nah adalah kunci utama dimana nutrien dapat disalurkan kepada pokok durian yang ditanam. Pokok durian amat sukakan tanah yang subur, dalam dan gembur. Durian amat sensitif dengan keadaan air bertakung dan disebabkan masaalah seperti di tanah bris, tanah asid sulfat dan jenis gambut mrmng jenis tanah ini adalah tidak sesuai untuk tanaman durian. Durian memerlukan nilai pH antara pH5.5 - pH6.5 untuk pertumbuhan yang optimum. Penanam durian disyorkan untuk menggunakan pH meter untuk menyukat kadar keasidan tanah. Ilmu bagaimana teknologi didalam menyuburkan semula tanah yang keras, mati atau berasid melalui amalan membuat kompos termasuk menggunakan  teknologi nano daripada sisa ladang boleh dilakukan.  Kesuburan tanah berkait dengan kekurangan nutrien dalam tanah. Pokok durian adalah pokok yang mudah sekali dijaga tetai tidak boleg 'tanam tinggal' sahaja. Bagi mempastikan pokok durian berbuah sebaiknya di bubuh nutrien secukupnya. Nutrien terbahagi kepada makro (N, P, K) dan mikro (TE = Mg, S, Fe, Mn, Cu) kerasas asasnya nutrien ini penting dan boleh didapati secara organik walaupun tanpa bahan kimia sintetik. Periksa pokok untuk melihat simptom kekurangan nutrien pada pokok dan di berikan baja yang sesuiai.


Sejak kebelakangan ini banyak diperkatakan dimana f
aktor iklim menyebabkan pokok durian tidaj berbuah atau pun berbuah sedikit sahaja. Di Malaysia apa yang penulis blog tahu dimana iklim tropika yang panas dan lembab bersuhu 27-37 darjah celsius dan kadar purata hujan 1400-1800mm didakwa ia menjadi antara faktor utama durian boleh berbuah. Pada peringkat matang azimnya pokok durian perlukan kelembapan tanah yang rendah dan satu jangka masa musim panas sekitar 1-3 bulan untuk ianya mengeluarkan bunga dan buah. Pengudaraan yang baik juga amat penting untuk pendebungaan agar pokok boleh berbuah. Pendedahan cahaya matahari yang penuh diperlukan pokok durian sepanjang tahun. Selalunya bagi dapat menghasilkan buah durian dimana isu faktor iklim amat memainkan peranan yang penting setiap tahun. Paling senang menjawab isu ini adalah dengan berikan kemungkinan iaitu 'Pokok Durian tersebut Belum Tiba Masanya Berbuah'.  Berdasarkan beberapa penelitian dimana selalunya pokok durian yang ditanam dari biji hanya mula berbuah pada usia 8 -10 tahun, manakala pokok durian yang ditanam secara tampang atau benih cantum boleh berbuah seawal usia 5-6 tahun. Musim buah di sekitar utara Semenanjung Malaysia adalah sekitar Jun hingga Ogos manakala selalu juga berlaku situasi iaitu pokok durian ini akan mempunyai dua musim iaitu Jun-Ogos (musim utama) dan November-Disember (luar musim) pada setiap tahun. Apa yang penulis blog pernah terlibat dalam menyediakan kalendar buah-buahan dulu sei Bahagian Hortikutur Jabatan Pertanian Putrajaya dimana bunga dan buah durian di Semenanjung Malaysia dimana ia akan bermula dari Daerah Pontian di Johor dan naik ke Melaka, Pahang dimana selalunya akan berakhir di Kelantan. Perlis dan Kedah. Lazimnya dimana setiap negeri ada musim buah durian yang tersendiri (micro climate cause) dimana sering berlaku keadaan ada negeri yang duriannya berbuah dua kali setahun dan ada juga kawasan atau negeri yang hanya sekali setahun. Jadi kita tidak boleh pukul sama rata. Sekiranya musim durian telah tiba, kita tidak perlu terlalu cemburu sekiranya pokok masih tidak berbuah lagi. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen yang sesuai di baca semuanya. Wasallam!!!..
POKOK DURIAN... TIDAK BERBUAH DIA...
BANYAK SEBABNYA... JUGA PUNCANYA...  
PERLU DI SIASAT... DAN PULIHKANNYA...
JANGAN KECEWA....ADA TEKNOLOGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 5014, Savanna Hill Resort,
Sungai Tiram, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(10 Muharram 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.