Friday, July 19, 2024

KENAPA POKOK DURIAN TIDAK BERBUAH? (Pt 1)

KENAPA POKOK DURIAN MATANG TIDAK BERBUAH?... Itulah diantara soalan-soalan yang ditanyakan kepada penulis blog paling lazim di terima. Kalangan penanam durian dan peminat durian memang suka bertanya bila pokok yang lama di tanamnya untuk berbuah dan peminat durian pula tanya bila nak 'pekena' buah durian. Apa pun pada penulis blog memang seringkali kita jumpa pokok durian yang tidak berbuah bila tiba musim. Tanaman Durian (Durio zibethinus Murr.) merupakan satu bidangusaha yang sangat popular di Malaysia terutama dengan penanaman varieti durian premium masa kini. Kalau dahulu penanaman durian dilakukan secara tradisional dan pengurusan yang konvensional akan tetapi kini industri ini telah jauh berkembang apabila ia di komersilkan dengan cara baru dan menggunakan pakej amalan teknologi moden. Apa pun saya yang telah menulis dalam blog ini lebih dari 580 buah artikel mengenai durian tetap percaya bahawa industri ini akan terus berkembang dimasa akan datang. Kini keluasan tanaman durian terkini pada tahun 2023 adalah seluas 78,365 hektar dengan jumlah pengeluaran hasil sebanyak 471,672 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2024). Beberapa varieti durian premium kini menggantikan varieti durian kampong atau varieti tradisional yang semakin kurang penanaman baru. Jabatan Pertanian telah mengenal pasti dan mengumpul koleksi klon durian semenjak tahun 1934 dan sehingga sekarang telah mendaftarkan lebih dari 250 varieti yang penulis blog pernag terlibat sama. Antara beberapa varieti durian premium yang kini sangat popular termasuk Durian Musang King (D197), Durian Duri Hitam atau Black Thorn (D200), Durian Udang Merah (D175), Durian Tekka (D160), Durian Bukit Merah (D24), Durian Hajah Asmah (D168) dan beberapa lagi. Walau pun terdapat lebih daripada 250 varieti durian yang telah didaftarkan dalam Jadual Senarai Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia akan tetapi hanya sebahagian sahaja varieti yang masih ditanam dan dikomersilkan. Pada penulis blog durian merupakan antara spesies buah-buahan yang sangat popular dan masih banyak ditanam di Malaysia. Secara tradisional pula lazimnya pokok durian ditanam daripada baka biji benih di kawasan dusun di kampung dimana lazimnya buah durian dari pokok anak baka biji menghasilkan buah yang tidak seragam, tidak pasti akan kualitinya dan sebahagian besar tidak mendapat pasaran yang baik. Durian merupakan salah satu daripada 11 jenis buah-buahan yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Agro Makanan (2011-2020) yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi menampung permintaan tempatan dan eksport. Kalau dahulu pasaran durian adalah untuk pasaran domestik sahaja tetapi ia kemudian di eksport terutama ke Singapura. Kini durian Malaysia sudah di eksport ke China, Jepun sehingga pernah sampai ke Eropah dan negara lain. Apa pun tetap berlaku persaingan yang hebat dari negara Thailand yang merupakan pengeksport durian terbesar dunia. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai beberapa perkara kenapa pokok durian tidak berbuah sebagai salah satu isu untuk dijadikan bahan rujukkan bagi semua pembaca.


Situasi pokok durian tidak berbuah 
adalah ia berpunca dari banyak sebab antaranya dimana ladang durian yang tidak dijaga rapi (kebun terbiar) atau dalam bahasa mudahnya pemilik pokok durian tersebut mungkin tidak menggunakan kaedah yang betul masa menanam. Salah satu yang penulis blog fikir logik adalah pokoknya tidak berjaga dan petani tersebut juga tidak mengamalkan amalan penanaman atau amalan agronomi dengan baik. Lebih malang apabila anakbenih atau baka yang ditanam adalah tidak ada jaminan kualiti atau benih yang tidak di sahkan di bawawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SBBT) yang di sahkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Ada baka durian yang memang tidak mampu melakukan proses pendebungaan berpunca daripada varieti yang tidak serasi (non-compitable clones). Apa pun pada penulis blog dimana secara umumnya pokok durian tidak berbuah disebabkan oleh beberapa faktor termasuk viabiliti debunga yang rendah, kadar pendebungaan yang rendah, persenyawaan yang gagal, tidak dilakukan pembajaan, sifat pendebungaan silang pokok durian kurang serasi, kadar keserasian yang rendah antara baka, kekurangan air, serangan perosak, masaalah cuaca dan sebagainya. Apa pun kajian teknikal dan lawatan pemeriksaan kepada pokok durian yang tidak berbuah perlu di lakukan dan datanya mesti di analisa. Bagaimana pun disebabkan oleh faktor baka yang tidak baik sebaiknya di lakukan program khas 'Cantuman Dewasa' dengan baka dari durian premium. Penulis blog sudah melihat bagaimana ramai pemilik dusun durian berjaya melakukan penanaman semula pokok durian yang tidak produk dengan pokok durian baru dari varieti premium seperti Musang King, Black Thorn, Raja Tupai dan sebagainya. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai cantuman dewasa durian dengan antaranya boleh di akses melalui pautan (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. Cantuman dewasa durian dengan betul membolehkan pemilik dusun durian yang pokoknya tidak berbuah akan pulih dengan varieti durian premium. Jabatan Pertanian ada profgram untuk mencantum pokok durian kampong atau durian yang tidak produktif dengan melakukan penanaman semua dan program cantuman durian dewasa.


Merujuk kepada pertemuan dengan beberapa penanam durian di Pahang dan di Johor mendapati dimana ha
mpir 70% bunga dan putik durian yang telah terbentuk didakwa ia akan gugur disebabkan oleh banyak sebab. Diantaranya adalah disebabkan oleh proses pendebungaan yang tidak berjaya, hujan lebat dan juga cuaca panas selain daripada amalan agronomi seperti kesan pembajaan ataupun kesan meracun. Bunga durian yang gugur adalah satu fenomena lazim bagi pokok durian akan tetapi jika putik buah durian gugur dengan teruk merupakan ada masaalah dengan pokok durian tersebut jika tiada sebab teknikal yang logik. Bagaimana pun ada beberapa testimoni dan petua atau amalan agronomi yang boleh di amalkan oleh pemilik pokok durian bagi mendapatkan hasil dengan baik. Pertama dimana perlu dipastikan yang sinaran atau pancaran matahari adalah mencukupi. Pokok durian yang terlalu tinggi atau tidak dipangkas semasa dalam proses pembesaran atau bercampur dengan pokok hutan lain yang melindungi pokok durian dari sinaran matahari adalah salah satu punca pokok durian di kawasan tersebut tidak berbuah. Sebaiknya dahan yang kurang produk (sama ada pada pokok durian atau pokok lain) dilakukan pangkasan agar cahaya matahari sampai ke pokok durian. Penulis blog melihat bagaimana pokok durian di kawasan tanaman getah yang di dedahkan kepada matahari dengan membuang dahan getah mampu menghasilkan buah. Dalam pada itu sifat tanah dan juga kadar saliran memainkan peranan sampingan kepada isu pokok durian tidak berbuah. Laporan penelitian dilaporkan dimana jika situasi suhu yang terlalu sejuk pada waktu malam ianya akan merosakkan debunga. Ini antara diantara sebab dimana pokok pokok durian matang tidak berbuah. Apa pun disebabkan oleh kerana faktor semula jadi selalunya kalangan pekebun durian konvensional tidak ada cara lain untuk memeegang bunga disebabkan faktor cuaca. Apa pun sebagai petua dan amalan agronomi terbaik disyorkan agar pekebun durian melakukan sembur foliar dengan bahan Calcium boron atau GA3 kepada pokoknya. Fakta penting lain dimana jika kadar pendebungaan sendiri pada pokok durian amat rendah laitu ke bawah 10% maka kebanyakan baka durian memerlukan pendebungaan silang untuk pokok berjaya menghasilkan buah. Konsep 'Cross pollination' atau kaedah 'pendebungaan silang' bagi pokok durian bermaksud debunga dari satu baka varieti durian lain boleh ianya untuk didebungakan dengan bunga betina durian varieti yang lain. Salah satu syor dengan menanam sama setiaps satu barisan tanamnan varieti premium di tanam atau mesti ada baka durian varieti D99 dengan jarak tanaman 8 meter jaraknya. Apa pun penulis blog faham jika memang sifat pokok durian akan ia berbuah banyak dalam setiap 2 tahun (selang tahun) yang mana ia selalunya menyebabkan hasil tahun kedua bertambah kurang. Adalah disyorkan agar tinggalkan tinggalkan 3-7 biji buah di dahan berukuran 1 meter. Petua ini didakwa ia akan dapat membantu pokok durian sembuh lebih cepat daripada pembuahan genting itu supaya terus memberikan buah pada tahun-tahun berikutnya. Paling penting amalan agronomi bagi pokok durian adalah aktiviti Pembajaan dan Pengairan dimana keduanya amat penting kerana ketidakseimbangan yang wujud akan menyebabkan bunga durian tidak akan terhasil dan juga pokok tidak berbuah.


Diantara m
asalah pokok durian matang tidak berbuah walau pun dilihat kelihatan sihat dari luaran tetapi tidak mahu lagi ia berbuah sering menimbulkan perasaan hampa dalam hati pekebun durian. Gejala ini boleh berlaku di kebun durian yang tidak dijaga dengan baik dari segi agronomi atau tidak mengamalkan penanaman baka atau varieti campuran di tempat yang sama. Masalah bagi pokok seumpama ini  mungkin ia disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah viabiliti debungan yang lemah, kadar pendebungaan yang rendah, kekurangan nutrien, sifat semula memang menjadi keperluan pendebungaan bersilang pokok durian, kadar keserasian yang lemah di antara baka-baka yang ditanam bersama, masaalah kekurangan air, kerosakan bunga oleh serangga perosak, jangkitan penyakit serta gangguan cuaca semasa proses pembungaan dan pembuahan. Apa pun diantara gejala awal pokok durian tidak berbuah ialah pokok tidak berbunga atau hanya mengeluarkan bunga yang sedikit sahaja. Jika bunga yang ada di atas pokok tidak dapat dikekalkan maka ini akan mengakibatkan pokok tiada buah nanti. Kedua-dua aspek ini adalah berbeza isunya iaitu faktor penyebabnya adalah berlainan. Sebaiknya teknik merangsang pembungaan dan kemudian mengekalkan putik buah yang masih kecil kekal sehingga ke peringkat buah matang amat penting bagi pekebun supaya dapat memperkasakan pembuahan yang sewajarnya. Secara teknikalnya dimana aspek penerimaan cahaya matahari sama ada cukup atau tidak juga mampu mengakibatkan masalah tersebut. Keadaan ini biasa berlaku di kebun durian yang ditanam dengan terlalu rapat ataupun tidak menjalankan pangkasan pelepah semasa pokok di peringkat belum matang sehingga dahan dan ranting berlebihan mengganggu penerimaan pancaran dari cahaya matahari oleh pokok-pokok yang ada di situ. Isu lain yang mungkin menyebabkan pokok durian tidak berbuah mungkin disebabkan oleh keadaan tanah yang mungkin kurang sesuai jugalah faktor sampingan yang menimbulkan masalah tersebut. Dilaporkan secara saintifik dimana kalau tiada cuaca kering selama 7 - 14 hari secara berturut-turut ataupun ketiadaan kesejukan tertentu pada waktu malam ianya akan menyebabkan pokok durian juga susah untuk berbunga kerana pokok durian memerlukan cuaca seumpama ini untuk merangsang pembungaan. Ada kenyataan dimana dalam keadaan tertentu jika proses pendebungaan sesama baka ataupun sesama pokok walaupun boleh berlaku sehingga menghasilkan buah akan tetapi selalunya putik buah akan mengalami kadar guguran yang tinggi ataupun menghasilkan buah yang tidak normal seperti buah yang tidak betul dari segi bentuk malahan juga akan menjejaskan kualiti isi buah.  Apa pun dilaporkan dalam mengurangkan gejala berbuah lebat selapas 2 tahun semula maka amalan penjarangan buah di musim genting telah dipraktikkan oleh sesetengah pekebun khususnya pekebun di negara Thailand dengan mengekalkan sebiji putik buah sahaja di setiap jambak. Amalan lakukan penjarangan buah durian dan kehilangan sumber makanan dalam pokok di samping membantu pokok dapat pulih dengan kadar lebih cepat selepas kutipan hasil supaya terus berbuah dengan baik pada tahun berikutnya. Amalan penjarangan buah juga dapat meningkatkan kualiti buah durian. Apa pun lazimnya pokok durian yang matang dan tidak berbuah tentunya ia ada masalah ataupun faktor penghalang di sebaliknya. Dipercayai puncanya mesti dikesan kemudian disusuli dengan amalan agronomi sesuai dengan cara penyelesaian jika punca itu dapat diperbaiki jika petani beremampuan. Antaranya membuat amalan pembajaan dan pengairan dijalankan dengan sewajarnya mengikut apakah rekomesdasi pakar. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen yang sesuai di baca semuanya. Wasallam!!!..
POKOK DURIAN... TIDAK BERBUAH DIA...
BANYAK SEBABNYA... JUGA PUNCANYA...  
PERLU DI SIASAT... DAN PULIHKANNYA...
JANGAN KECEWA...ADA TEKNOLOGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 5014, Savanna Hill Resort,
Sungai Tiram, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(10 Muharram 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.