Sunday, June 2, 2024

KOSTING TANAMAN HALIA BARA 2023

KOSTING TANAMAN HALIA BARA
(
Zingiber officinale var rubrum) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Tanaman Halia (termasuk halia bara) dari keluarga Zingiberaceae di Malaysia pada tahun 2023 dilaporkan cuma seluas 980 hektar dengan hasil sebanyak 11,420 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Kajian penulis blog mendapati tanaman halia termasuk halia bara adalah didalam kategori 'Tidak Popular' untuk di tanam petani untuk dikomersialkan dimana jumlah keluasannya yang amat sedikit berbanding dengan tanaman herba yang diperlukan. Kebanyakan halia tempatan di tanam di Bentong dan Sabah dan ada yang diimpot dari luar negara terutama dalam industri serbuk kari dan lain-lain industri berkaitan. Dalam analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakuna wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting tanaman halia bara semoga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan cara pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


HALIA BARA merupakan sejenis halia daripada keluarga Zingiberaceae yang sering dikaitkan dengan dunia perubatan tradisional dalam alam Melayu dan Nusantara. Halia bara juga digunakan sebagai ramuan penting didalam masakkan kita yang menyedapkan rasa pada makanan. Semasa pameran MAHA dan HPPNK yang diadakan setiap tahun, Jabatan Pertanian ada membuat pameran mengenai tanaman nadir dan herbatermasuk halia bara dimana ramai pengunjung yang bersungguh-sungguh minta anak benih halia bara untuk dibawa balik kerana katanya memang amat sukar untuk mendapatkan benih tersebut. Namun mereka kecewa kerana bahan pameran tersebut hanya sedikit untuk tujuan pameran sahaja. Tinjauan saya mendapati Halia Bara juga kadang-kadang dipanggil sebagai Halia Merah, Halia Udang atau di Indonesia dipanggil Halia Emprit. Halia Bara memang tanaman yang dicari oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiat perubatan yang ada didalam tanaman tersebut. Kepada mereka yang tidak kenal dengan halia bara memang agak sukar untuk membezakannya dengan halia biasa atau Halia Makan seperti varieti Halia Bentong atau varieti Halia Sabah. Penulis blog dapati halia bara mempunyai saiz umbisi yang lebih kecil, berwarna kemerahan (merah tua), mempunyai bau yang lebih kuat dan saiz umbisi lebih kecil. Pada daunnya pula didapati halia bara mempunyai saiz daun lebih kecil dengan bahagian hujung yang meruncing. Apa pun pada penulis blog dimana t
umbuhan Halia Bara sama seperti pokok halia biasa yang mempunyai bentuk berumpun. Ketinggian tumbuhan ini diantara 15-30 cm dari paras tanah bergantung kepada kesuburan tanah dan pengurusan tanaman. Daunnya adalah kelihatan seperti pokok halia biasa, halia padi atau bonglai. Kini kaedah penanam halia bara lebih sering di lakukan dalam polibeg secara Sistem Fertigasi (Sila lihat foto disebelah). Batang halia keluar dari perdu pokok dan mempunyai batang yang sederhana lembut naik menegak keatas dengan beberapa helai pelepah daun. Halia ini memiliki rizom bersaiz kecil daripada halia biasa dan berwarna kemerahan. Saiz rizom seakan halia padi tetapi ia berwarna merah dengan isi kekuningan dan memang terasa lebih pedas. Keunikan rasa pedas ini membezakan dengan halia biasa dan menjadikan ia amat sesuai digunakan oleh pengamal perubatan. Semasa penanaman halia bara lazimnya adalah daripada rizom yang telah matang dan sihat serta mempunyai mata tunas. Sila baca tulisan saya mengenai halia bara dengan pautan (Sila Klik Disini). Ia boleh ditanam diatas batas atau dalam pasu atau polibegs secara fertigasi dimana selalunya jangkamasa penuaian juga hampir sama dengan halia biasa iaitu sekitar 1 tahun untuk rizomnya cukup matang.



KOSTING TANAMAN HALIA BARA (1 HEKTAR)


1. Nama Tanaman : HALIA BARA 

2. Varieti Ditanam : VARIETI TEMPATAN

3. Kepadatan Pokok : 13,000 pokok/hektar

4. Jarak Tanaman     : 0.75 m x 0.6 m

5. Jangkahayat tuai  : 8 bulan

6. Intensiti tanaman setahun : 1 kali (8 bulan)


ALIRAN WANG MASUK (Semusim / 3 tahun):

                                              TAHUN 1      3 TAHUN

7. Hasil Tanaman (Kg/ha)        18,000          26,000

8. Harga Ladang (RM/kg)          8.00            8.00

9. Pendapatan Kasar (RM)      80,000         208,000

10. Pendapatan Bersih (RM)    5,527.50     49,136.50


ALIRAN WANG KELUAR (Semusim / 3 tahun):

                                                TAHUN 1        3 TAHUN

11. Kos Pembangunan (RM)     18,320             0          

12. Kos Bahan Input (RM)         8,496.20        52,746.20

13. Kos Tenaga Kerja (RM)       16,800           69,736.40

14. Kos Pelbagai (RM)              1,380             5,640

15. Kos Luar Jangka (10%)      3,546.50        7,564.60 

16. Jumlah Kos Pengeluaran    74,472.50    158,863.50


ANALISA KEWANGAN (UNTUK 3 TAHUN):

17. IRR (Internal rate of Return)     : 68%

18. NPV (Net Present Value)          : RM 34,775.00

19. BC Ratio (Benefit Cost)            : 1.30

20. Titik Pulang Modal                    : RM 6.11

21. Tempoh Pulang Modal              : Tahun ke 2


Beberapa media utama tempatan ada dan pernah laporkan bagaimana '
KADA teroka potensi halia bara sebagai tanaman kedua selepas padi' untuk dijadikan bahan rujukkan. Pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sedang meneroka potensi halia bara sebagai tanaman kedua selepas padi dalam usaha meningkatkan pendapatan petani di kawasan kelolaannya. Pihak KADA menyatakan dimana projek rintis tanaman itu akan dijalankan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Puri, Kota bahru, Kelantan. Halia bara dapat diolah sebagai satu produk hiliran dan pada hari ini sudah ada satu syarikat yang menandatangani aku janji perjanjian untuk memasarkan produk tanaman ini. Projek ini yang dilaksanakan menerusi konsep ‘Satu PPK Satu Produk’ berkenaan melibatkan 263 peserta. Halia bara diketahui umum sebagai tanaman yang mempunyai khasiat untuk kesihatan dan perubatan dimana didakwa setiap peserta menerima 10 polibeg benih halia bara yang akan mengambil masa lapan bulan untuk membuahkan hasil. Dalam satu polibeg boleh menghasilkan satu hingga lima kilogram halia bara dan setiap kilogram pula berharga RM20 hingga RM30. PPK itu merancang untuk memastikan peserta terbabit menambah lima polibeg setiap bulan sehingga penghujung tahun ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM HALIA BARA...IA PELABURAN...
BERMULA ...BENIH MESTI DIADAKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... MENJADI PANDUAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Zulkaedah 1445H).

Posted from
Room 202, Rompin Beach Resort,
Rompin, Pahang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.