Saturday, June 1, 2024

KAITAN INDEKS HUJAN DAN PERTANIAN

INDEKS HUJAN PERTANIAN
atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai Agriculture Rainfall Index (ARI) adalah merupakan satu maklumat yang disediakan untuk digunakan didalam analisa penentuan kedapatan air hujan untuk aktiviti pertanian disuatu kawasan. Di Malaysia penulis blog ada mendengar akan ARI ini semenjak masuk kerja pada awal tahun 1980'an dimana petunjuk ini digunapakai untuk saya tentukan aktiviti penanaman mangga Cokanan (Melaka Delight - MA224)di Melaka pada tahun 1989 dahulu. ARI ini sebenarnya boleh digunakan sebagai petunjuk didalam menentukan kedapatan air hujan untuk pertanian di sesuatu kawasan. Ia disedakan oleh satu pasukan daripada J+Jabatan Pertanian dan MARDI yang mana mereka telah pun memperkenalkan konsep ARI (Ghazalli dan N euwolt, 1981) yang data ini menunjukkan trend taburan hujan bagi tempoh selama 25 tahun. Pihak MARDI juga merujuk kepada Peta Agroclimatic Regions bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 1982. Kerja kemaskinii data ARI diteruskan lagi pada 1989 dengan kerjasama antara Jabatan Pertanian Malaysia dan Jabatan Metereologi Malaysia. Kerjasama dengan agensi MetMalaysia ini melibatkan data taburan hujan selama 25 tahun serta libatkan 209 stesen kajiuaca yang lebih mudah dibaca. ARI ini juga ditakrifkan sebagai nisbah taburan hujan bulanan pada 80% kebarangkalian terhadap evapotranspirasi bulanan didharabkan dengan 100.  Memang agak lama saya perlu membuat banyak rujukkan daripada Jabatan Pertanian serta agensi lain dan beberapa pegawai pakar yang masih bekerja dan yang telah bersara untuk menulis artikel ini sehingga ianya berjaya disiapkan. 
Artikel hebat pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kaitan Indeks Hujan Pertanian (ARI) dengan isu pertanian iaitu seperti dilaporkan media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan teknikal semua pembaca.


Sektor pertanian merupakan antara sektor ekonomi yang terawal yang mendapat tumpuan meluas dalam banyak jenis kajian-kajian berkaitan impak perubahan iklim. Pada penulis blog dimana perkara ini adalah ia didorong oleh banyak perkara termasuk kemudahterancaman sektor pertanian terhadap perubahan iklim selain kepentingan sektor ini dalam menjamin kelangsungan kehidupan manusia. Perbincangan berkaitan magnitud impak perubahan iklim ke atas sektor pertanian dibincangkan dalam negara dan di peringkat global dan masih terus giat diperdebatkan sehingga ke hari ini. Sehingga kini apa yang penulis blog tahu dimana terdapat pelbagai kaedah dan model yang telah diaplikasikan bagi menilai impak perubahan iklim terhadap perlaksanaan amalan teknologi sektor pertanian di pelbagai negara. Semuanya dilakukan bagi mempastikan manusia akan mendapat makanan mencukupi dan berkualiti selaras dengan dasar keterjaminan makanan (food security) seluruh dunia. Diantara model yang lazim digunakan oleh penyelidik ialah Model Simulasi Pertumbuhan Tanaman atau dalam bahasa Inggeris di panggil sebagai Crop Growth Simulation (CGS). Model ini mempunyai matlamat  untuk meninjau impak perubahan iklim yang berlaku ke atas sektor pertanian di seluruh dunia melalui sorotan literatur kajian lepas yang telah menggunakan model CGS. Secara keseluruhan hasil daripada aktiviti tinjauan ini menyimpulkan bahawa tanaman pertanian antara negara di seluruh dunia menunjukkan sensitiviti iklim yang berbeza-beza mengikut lokaliti. Kanian mendapati dimana ada impak perubahan iklim dimana ia dijangka menjejaskan hasil pengeluaran pertanian (bahan makanan) di negara-negara yang sedang membangun dan berpendapatan rendah iaitu akan berlaku terutamanya di banyak negara yang berada di iklim tropika atau berada dalam kedudukan di latitud yang rendah. Memandangkan apa yang berlaku berpunca dari terdapatnya kesan seperti heterogen perubahan iklim ke atas sektor pertanian maka dilaporkan iaitu amat penting sekali bagi setiap saintis dan petani yang ingin mengkaji perhubungan antara iklim dan pertanian pada masa hadapan untuk memberi tumpuan terhadap aspek geografi iklim. Perubahan cuaca atau isu 'global warming' dilihat adalah salah satu ancaman kepada sektor pertanian.


Malaysia sudah menyediakan sebanyak e
nam langkah khusus telah diambil oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menangani isu dan kesan perubahan iklim dan memastikan bekalan agromakanan tidak terjejas. Pihak KPKM nyatakan dimana 6 langkah tersebut adalah (a) menggalakkan penggunaan teknologi berasaskan iklim dan automasi termasuk pendekatan dengan pertanian pintar iklim dengan mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk industri. Antara teknologi berasaskan iklim yang sedia ada adalah penanaman dalam persekitaran terkawal seperti kilang tanaman (plant factory). VEGGIE FACTORY (Kilang Pengeluaran Sayuran) mungkin satu konsep pertanian moden yang sesuai dilaksanakan dinegara kita seperti mana yang telah dijalankan dibeberapa negara maju. Anda boleh baca tulisan saya dengan pautan (Sila Klik DIsini). Teknologi ini dilaporkan mampu untuk mengatasi masalah kekurangan tanah yang sesuai untuk aktiviti pertanian. Perkataan 'Vege Factory' mungkin sesuai digunakan untuk generasi muda dalam menghasilkan beberapa jenis sayuran berkualiti yang selamat dimakan dan lebih segar kepada pengguna. Penulis bloh amat setuju dengan pendapat yang menyatakan isu kekurangan tanah pertanian dapat diselesaikan melalui teknologi 'Veggie Factory'. Perkembangan industri makanan semakin rancak diperkatakan pada masa ini berikutan pertambahan bilangan penduduk yang kian meningkat dan keprihatinan kepada makanan sihat serta kesedaran terhadap pencemaran alam sekitar. Kini semakinramai pengguna yang mampu untuk mendapatkan bekalan makanan berkualiti walau pun pada kos yang agak tinggi sedikit dengan teknologi pengeluaran sayuran konvensional diatas tanah terbuka. Keadaan global berkaitan dengan perubahan iklim dunia dan faktor cuaca seperti kemarau, hujan, banjir, jerebu dan pencemaran udara yang sering berlaku di negara ini banyak memberi kesan kepada penurunan hasil tanaman sayur-sayuran secara konvensional. Kedua (b) adalah mempergiatkan aktiviti Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) dalam amalan pertanian alternatif yang berpotensi untuk meningkatkan pengeluaran tanaman yang dapat beradaptasi dengan perubahan iklim seperti varieti padi MR 297 berpotensi ditanam dalam keadaan air yang lebih minima manakala varieti MRQ 76 mempunyai pencirian tahan kemarau. Antara penyelidikan yang sedang dilaksanakan adalah pembangunan varieti padi yang tahan kemarau dan banjir serta kajian pembangunan baka akuakultur yang mempunyai daya tahan kepada perubahan cuaca. Ketiga (c) adalah dengan penyediaan kemudahan bekalan air paip dan sistem tangki sebagai sumber air utama di kawasan penternakan untuk kegunaan kandang dan siraman pastura bagi mengurangkan tegasan haba dan memastikan kelangsungan bekalan makanan ternakan pada musim kemarau yang berpanjangan. Keempat (d) adalah penuaian air hujan dan telaga tiub merupakan teknologi bagi mengatasi masalah kekurangan sumber air semasa musim panas. Kelima (e) adalah dengan pembuatan silaj dan hay bagi sektor ternakan bertujuan sebagai konservasi makanan di musim terdapat banyak rumput. Silaj dan hay ini akan menjadi sumber bekalan makanan utama ternakan apabila berlaku kekurangan rumput segar semasa kemarau melanda dan ke 6 (f) adalah dengan pembinaan kelengkapan infrastruktur amalan pengairan sawah secara Alternate Wetting and Drying (AWD) bagi menggantikan pengairan secara “banjir” untuk mengoptimumkan penggunaan air dan meningkatkan kecekapan infrastruktur pengairan. Semua langkah ini selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.


Dalam pada itu portal bernama dan portal sinarharian laporkan '
El Nino beri kesan kepada hasil pertanian' sesuai dijadikan bahan rujukkan. Fenomena El Nino yang sedang berlaku beberapa kali memberikan kesan kepada hasil pertanian dan negara perlu bersedia menghadapi kesan cuaca lebih panas pada tahun 2025. Pihak kementerian KPKM nyatakan agensi pertanian berkaitan seperti MARDI disaran mencari langkah bagi mengatasi perkara berkenaan seperti kaedah pembajaan, jadual tanaman dan benih pertanian baharu. Fenomena panas El-Nino dilihat memberikan kesan apabila pengeluaran padi negara kekal pada kadar 62% dan negara perlu mengimport 38% lagi beras import bagi menampung permintaan. Apabila berlaku fenomena dan kesan cuaca panas El Nino ini ada macam-macam masaalah dihadapi sekarang terutama kesan cuaca panas pada tahap melampau. Diramalkan oleh MET dimana ramalan 2025 akan berlaku keadaan suhu yang paling panas dimana MADA, KADA dan IADA lain perlu bersedia menghadapi isu tersebut secara terancang dan berkesan. Masa ini dilaporkan yang hasil padi Malaysia masih kira-kira 62% lagi diman a pada umumnya keadaan cuaca panas ini sudah berlarutan tiga tahun melibatkan hasil padi dilaporkan semakin tidak memberangsangkan walau pengeluaran padi masih ada akan tetapi hasilnya pada jumlah pertengahan sahaja. Di laporkan dimana masa ini kerajaan sedang kuat berusaha memastikan pengeluaran padi negara dapat mencapai pada tahap 10 tan per hektar seperti yang dicapai di Sekinchan, Selangor dan Lot 1,000 di Perlis. Jika ada lebih banyak kawasan tanaman baharu padi perlu dibuka seperti di Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak bagi mencapai sasaran berkenaan. Laporan CCS padi mendapati kawasan sawah di Lot 1,000 dimana pesawah berjaya hasilkan 10 mt/ha keatas dan di Sawah Gulau pula pesawah mampu hasilkan 7 mt/ha. Walaupun ada pesawah yang memang sudah mencapai matlamat tersebut akan tetapi sasaran kerajaan adalah agar semua kawasan tanaman padi di Malaysia dapat keluar hasil lebih 7mt/ha negara boleh menvukupi bekalan beras dan kemudian mampu untuk mmengeksport beras. Isu keperluan air hujan dan indeks hujan perlu di kenalpasti agar penanaman padi dan tanaman lain akan kekal terus mampu menghasilkan bahan makanan mencukupi dan selamat dimakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KEPERLUAN HUJAN...PENTING SEKALI....
KEMARAU DAN EL-NINO...JEJASKAN PADI...
PERLU DI KAHI... BUATKAN STRATEGI...
TANAMAN SUBUR... HASIL DIMAKAN NANTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Desaru Utama, Bandar Penawar,
Kota Tinggi, 
Johor,
Malaysia.
(24 Syawal 1445H).
Posted from:
Room 202, Rompin Beach Resort,
Rompin, Pahang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.