Saturday, May 4, 2024

MAKANAN POPULAR DI JOHOR (Part 1)

MAKANAN JOHOR
ada banyak jenis dan pilihan dimana ia kini sudah banyak yang mencapai ke tahap makanan nasional pula. Malaysia memang unik dari segi kuliner dimana ada makanan yang popular di sesebuah negeri sehingga sudah di jadikan sebagai ikon untuk hidangan dalam jamuan rasmi, hidangan istimewa di hotel, hidangan dalam majlis-majlis rasmi dan juga jualan di restoren atau pasar malam. Saya yang berasal dari Johor sudah ujirasa kebanyakkan jenis makanan popular sejak kecil dahulu kerana ia mudah di dapati di persekitaran di kampong Muar sana dan selama bertugas lebih dari 16 tahun di merata daerah di Negeri Johor. Pada penulis blog cara penyediaan makanan orang Johor amat berbeza dengan cara penyediaan makanan orang Melaka sehinggakan ada rakan yang dakwa makanan orang Johor agak manis berbanding dengan masalan orang Melaka. Siapa yang tidak kenal dengan beberapa nama masakan Johor seperti Beriyani Gam, Mee Bandung Muar, Laksa Johor, Mee Rebus Johor, Kacang Pool, Sate Pagi Muar, Asam Pedas Johor, Lontong Johor, Ayam Ungkep, Burasak, Botok-botok, Mee Racun, Mee Siput, Basi Ambeng, Otak-otak Kempas, Pecal atau Pecel, Rojak Petis Muar, Pisang Salai, Soto, Roti Kirai dan banyak lagi. Sama dengan beberapa jenis makanan popular daripada beberapa negeri lain dimana sesiapa yang tinggal di kawasan Lembah Kelang memang amat mudah mendapatkannya dari pelbagai lokasi. Inii kerana jangan terkejut kalau penjual makanan popular Johor ini sudah di masak atau dijual oleh orang atau mereka yang bukan lagi berasal dari Johor atau termasuk dalam kategori 'Bangsa Johor'. Sehinggakan di Melaka penulis blog sering kunjungi restoren yang di tulis dengan nama 'Restoren Selera Johor' dan memang berbaloi menikmati juadahnya. Ada didakwa iaitu nama sejenis makanan untuk sarapan pagi dengan nama 'Murtabak Singapore' yang popular di Johor walau pun ia sebenarnya merupakan sejenis makanan asal Johor. Dalam menilai situasi dimana 'pola pemakanan' rakyat Malaysia (termasuk Bangsa Johor) ini berubah akibat banyaknya jenis makanan dari luar negara sudah di minati ramai namun makanan popular Johor masih terus dapat dinikmati dimana sahaja. Artikel subuh ini sambil melihat ombak laut di Desaru, Kota Tinggi, Johor saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis makanan popular di Johor untuk dijadikan bahan bacaan can rujukkan semua.


Apa pun bagi mereka yang memang suka menikmati pelbagai jenis makanan yang popular di sesebuah negeri sebaiknya pergi ke negeri tersebut dan memburu makanan khas tersebut. Penuis blog boleh kata sering ke Bandar Muar untuk menikmati sarapan Sate Pagi, Lontong, Mee Rebus dan Kopi Panas di beberapa buah gerai sate pagi tang viral. Dalam pada itu tidak ketinggalan juga untuk menikmati asam pedas dan rojak petis di Tanjung Asas, Muar yang memang berbaloi enaknya. Sesekali bertukar lokasi menikmati asam pedas di Jeti Nelayan Parit Jawa. Dalam pada itu penulis cukup merindukan makanan asal Terengganu iaitu 'Nasi Dagang Mersing' yang terletak di sebuah gerai di Taman Nelayan di Mersing yang memang 'superb' rasa pedasnya (tidak sama dengan rasa asli yang manis kuahnya). Tidak ketinggalan untuk ujirasa Nasi Beriyani Gam Batu Pahat yang memang sudah lama viral di kalangan pemcinta makanan popular Johor. Dari segi sejarah dilaporkan dimana hasil daripada proses pertemuan pelbagai masyarakat seperti Arab, Bugis, Jawa, Hakka dan Hokkien telah menjadikan negeri Johor yang terletak di selatan tanah air dengan terkenal pasukan bola sepak JDT yang legend masih unggul sebagai salah satu negeri yang kaya dengan adat, tradisi dan adaptasi budaya serta makanannya. Selain daripada banyak jenis makanan Jphpr yang di komersialkan sebenarnya di mana sahaja akan di jumpai dalam beberapa majlis rasmi dan jamuan serta musim perayaan dimana makanan popular Johor ini akan di sediakan untuk dihidangkan kepada ahli keluarga dan para tetamu. Zaman ini dimana banyak acara 'Rumah Terbuka' yang menjadi satu budaya dimana makanan Johor lazimnya di sediakan bagi mereka yang berasal dari Johor atau keluarga pasangannya berasal dari Johor. Marilah kita kenali dan ujirasa 8 jenis makanan popular Johor sebagai bahan bacaan.


(1) NASI AMBENG
Makanan Nasi Ambeng pada penulis bog paling istimewa kerana hidangan inilah yang di tunggu-tunggu saban tahun di kampong untuk majlis kenduri 'unggahan' dalam bulan puasa di kampong. Nasi ambeng secara tradisinya di sediakan dalam sebuah dulang dan ada nasi di tengahnya dengan beberapa lauk pauk di atas dan disekelilingnya (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun sejarah menyatakan makanan nasi ambeng ini sebenarnya adalah makanan kebanggaan masyarakat Jawa yang amat popular di Johor (ada ramai juga komuniti Jawa di Selangor dan di Perak juga). Nasi Ambeng ialah makanan yang selalunya dihidangkan ketika kenduri dan majlis keramaian dimana ia dihidangkan di dalam dulang bersama aneka lauk-pauk seperti mee goreng, serunding kelapa, sayur goreng jawa, ayam atau daging (Masak Kicap, Rendang atau sebagainya), sambal goreng jawa dan ikan masin goreng (selalunya adalah Ikan Bulu Ayam). Semasa kenduri di surau nasi ambeng dalam dulang ini akan di jamah sedikit oleh 4 orang dan kemudian di bahagikan kepada 4 bahagian dan di bungkus untuk di bawa pulang dengan nama bungkusan ini adalah 'Berkat'. Sampai di rumah seluruh ahli keluarga akan menikmati nasi ambeng ini dengan enak sekali. Apa pun di zaman moden sekarang ini sangat mudah mendapatkan nasi ambeng kerana ia ada di jual untuk sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan makan larut malam. Selain daripada sudah banyak restoren nasi ambeng dimana-mana sebenarnya ia paling popular semasa jualan di Bazaar Ramadan, Jualan nasi ambeng di pasar malam dan pasar tani ada juga tetapi tidak sehebat semasa bazaar ramadan. Bagaimana pun kini mudah membeli nasi ambeng dengan membuat pesanan melalui on-line dan akan di hantar oleh Grabfood atau Panda Food dan lain-lain cara. Harga sebungkus nasi ambeng di Bazar Ramadan Precint 11, Putrajaya pada Ramadan 1445H bulan lepas adalah RM10 sebungkus. Ada yang menjua sehingga lebih daripada RM12 sebungkus di kawasan lain. Makanan ini adalah berkhasiat dan enak dimakan bila-bila masa sahaja.


(2) NASI BERIYANI GAM
Nasi Beriani Gam atau masakan nasi beriani Melayu merupakan satu variasi daripada nasi beriani yang merupakan masakan berasaskan nasi yang dicampur rempah, beras (biasanya basmati) dan ayam, daging kambing, ikan, telor atau sayur-sayuran. Nama beriani di ambil dari bahasa Parsi dari perkataan beryā(n) yang bererti goreng atau panggang. Apa pun kemudian cara ejaan disesuaikn menjadi biriani, biriyani, buriyani, beryani atau biryani. Kuliner ini dipercayai dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang dari Selatan India sehingga car amasaknya dan bahan ramuannya di sesuaikan menjadi resepi pipular iaitu 'Beriyani Gam'. Asasnya nasi beriani dimasak menggunakan beras panjang bersama rempah ratus yang digoreng sebelum ditanak berasnya. Nasi Beriani Gam di masak dengan cara memasukkan ketulan daging yang telah diperap semalaman di dalam periuk bersama 'lapisan' beras. Hasilnya dimana nasi beriani gam berasa herba rempah serta ada pati lemak dan 'manis' daging. Penulis blog kini tidak perlu lagi berkunjung ke Batu Pahat Johor untuk makan Nasi Beriani Gam kerana sudah banyak restoren yang menyediakan makanan ini sama seperti di Batu Pahat yang viral sejak lama dulu. Sebenarnya apakah dia 
yang dimaksudkan dengan gam?. Apa yang penulis blog sering lihat dimana ia merupakan teknik yang membungkus nasi separuh masak dengan kain putih dan diletakkan di atas lauk separuh masak dan di bubuh tepong lembik untuk gam keliling periok agar wapsnya meresap masuk kedalam nasi. Antara lauk yang popular ialah daging kambing (my favorite), daging lembu atau ayam yang telah diperap dengan pelbagai rempah seperti jintan, ketumbar, buah pelaga dan sebagainya. Sesesuai dimakan dengan dalca, acar sayur atau buah dan rendang. 


(3) LONTONG KERING
Makanan Lontong kering menjadi kegemaran penulis blog sama seperti makanan lontong berkuah. Apa pun di laporan dimana Lontong Kering merukapan sejenis makanan tradisi dari Johor yang kini sudah mengapai keperingkat nasional. Apa tidajnya dimana penulis blog sering menikmati sarapan lontong kering ini di Bandar Melaka, Nilai id Neger Sembilan dan juga di Ipoh, Perak dimana ia adalah sajian yang setaraf kelazatanya dengan apa yang di sediakan di Johor. Sejak dulu dimana makanan lontong kering ini sebenarnya memang sudah menjadi pilihan dan antara jenis makanan sarapan yang amat popular dalam kalangan masyarakat Johor. Walau pun ada dakwaan dimana makanan dan perkataan 'Lontong' itu ia berasal dari Indonesia akan tetapi lontong yang ada di Malaysia pada penulis bloh jauh lebih sedap. Lontong ini dibuat dari beras yang dikukus atau direbus selepas dibungkus dengan daun pisang secara tradisional akan tetapi kini mudah untuk mendapatkan paket lontong dai pasaraya didalam bungkusan plastik. Lontong Kering merupakan gabungan lontong yang dipotong kecil dan ia kemudian dihidangkan dengan aneka lauk seperti sambal kacang, rendang ayam atau rendang daging, serunding dari kelapa, sambal tumis dan sambal goreng Jawa. Pada penulis blog makanan enak yang menyenyangkan ini memang sesuai untuk di nikmati saban waktu. Jangan terkejut kalau penulis bloh menikmati hidangan sepinggan lontong kering di sebuah restoren viral dengan harga RM23.50 sepinggan!. Apa pun memang berpuashati dengan kuantiti dan rasanya yang enak.  Artikel ini di bahagikan kepada tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya.Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN JOHOR... BANYAK JENISNYA....
RASANYA ENAK... BERBALOI NIKMATINYA...
BOLEH DI CARI ... DI MANA-MANA SAHAJA...
DIBUAT SENDIRI..,ATAU DIBELI MUDAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pantai Desaru, Kota Tinggi,
Johor, 
Malaysia.
(23 Syawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.