Friday, May 3, 2024

FAKTA PILIH AIR KELAPA TUA ATAU MUDA (Pt 2)

TANAMAN KELAPA
(Cocos nucifera) merupakan tanaman pelbagai guna yang meluas di tanam di beberapa negara tropika termasuk di Malaysia. Dilaporkan ada lebih dari 82,000 hektar taaman kelapa di Malaysia mana dahulu tanaman ini telah menjadi salah satu program utama penanaman kelapa oleh kerajaan melalui Jabatan Pertanian Malaysia. Penulis blog masih ingat bagaimana Program Rancangan Pemulihan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) yang mana menumpukan penanaman kelapa di kawasan penanaman kelapa sedia ada seperti di Johor, Selangor, Perak dan bebeberapa negeri lain dengan varieti Malayan Tall (CN1). Kini jenis kelapa yang di popularkan adalah termasuk Kelapa Hibrid MATAG (CN13, CN14, CN15), Kelapa Pandan (CN6) dan juga beberapa varieti kelapa renek (MRD, MYD dan beberapa lagi). Kelapa di Malaysia ditanam bagi menghasilkan kelapa tua dan juga kelapa muda. Kelapa tua biasanya di tuai apabila umur biji kelapa melebihi 12 bulan (sama ada ia akan gugur sendiri atau di tuai dengan alat khas atau khidmat monyet). Hasila dari Kelapa Muda pula di tuai iaitu buah kelapa sudah berumur 7 bulan dan di turunkan dengan teliti agar tidak pecah. Dari aspek penerimaan pengguna di Malaysia umumnya mereka suka meminum air kelapa muda semasa berbuka puasa atau pun bila kehausan waktu tengahari sudah terbayang akan keenakannya dan juga kesegarannya. Pada penulis blog dimana ramai rakyat atau Malaysia pengguna lebih terdedah untuk membeli air kelapa muda berbanding dengan air kelapa tua. Ini kerana air kelapa tua hanya boleh dikomersialkan oleh pihak pengilang yang ada memproses buah kelapa menjadi santan dan pelbagai produk laian. Pernah membuat tinjauan teknologi kebeberapa buah kilang kelapa yang bersaiz besar dimana mereka menghasilkan minuman air kelapa tua yang sungguh eanak di minum. Sila baca artikel saya berkaitan salah satu produk air kelapa tua yang dipasarkan terutama ke USA dan Eropah (Sila klik disini) dan (Sila Klik Disini). Walau pun pada mulanya semasa saya ujirasa memang kurang suka tetapi lama kelamaan sudah menjadi suka. Apa pun memang air kelapa muda dan air kelapa tua ternyata mempunyai karakteristik dan kandungan gizi yang berbeza. Kelapa muda mempunyai kandungan air lebih banyak dibanding kelapa yang tua. Kanian menunjukkan dimana didalam segelas air kelapa muda terdapat 3 gram serat, 46 kalori, serta kandungan elektrolit tinggi terutama kalium. Dilaporkan juga air kelapa muda juga mengandung zat besi dan vitamin C dimana ada sebanyak 94% dari air kelapa merupakan air dan kandungan lemaknya sangat sedikit. Bagi ciri tersebut ia membuatkan air kelapa sangat baik untuk mengembalikan cairan tubuh selepas beraktiviti sukan. Air kelapa muda baik dalam melancarkan sistem pencernaan dimana hasil kajian menyatakan bahwa air kelapa muda mengandungi bahan antioksidan dan mampu menangani unsur radikal bebas. Bagi minuman air Kelapa Tua masih tetap mengandung gula, vitamin, mineral, asid amino dan juga fito-hormon. Perbezaan air kelapa muda dengan air kelapa tua terletak pada kandungan gula dan proteinnya. Kandunagan bahan elektrolit di dalam kelapa yang tua adalah cukup tinggi. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta memilih air kelapa tua atau muda untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam portal berita mediaprima.com dilaporkan bagaimana kaedah untuk '
Memanfaatkan air kelapa tua' yang menarik untuk ditulis semula dan sering dibincangkan. Dilaporkan dimana kelapa tua sudah sememangnya sinonim dengan mana cara penggunaan isinya yang menghasilkan santan atau kerisik dalam makanan. Malah biasanya ada juga menjadikan isi kelapa tua sebagai pemanis termasuk produk 'jeli pejal' atau mudahnya dipanggil sebagai 'nata de coco'. Jika bercerita mengenai air kelapa pula, biasanya air kelapa muda menjadi pilihan kerana rasanya yang lebih sedap untuk diminum berbanding air kelapa tua. Air kelapa tua biasanya menjadi bahan buangan apabila isinya digunakan untuk dijadikan bahan makanan seperti dinyatakan di atas. Melihat kepada pembaziran air kelapa tua dimana sekumpulan penyelidik Mardi dikenali sebagai Mohd Izwan telah mencetuskan idea untuk cara menjadikan air kelapa tua sebagai minuman bermanfaat kepada manusia atau minuman berfungsi. Dinyatakan dimana aktiviti penyelidikan berkenaan yang dijalankan dalam tempoh tiga tahun bermula 2018 hingga 2020 itu dilaporkan telah berjaya menghasilkan produk air kelapa tua sebagai minuman berfungsi yang diberikan nama 'Air Kelapa Di Fermentasi'. Ia adlah hasil kajian yang mendapati air kelapa tua sebenarnya mampu menjadi air minuman tenaga semula jadi. Apa pun dengan penggabungan dua jenis kultur mikroorganisma dan ramuan formulasi memberi nilai tambah air kelapa tua dengan peningkatan kandungan sebatian bioaktif seperti Asid Organik serta Asid Amino melalui proses fermentasi bakteria Asid Laktik. Proses fermentasi ini menghasilkan kandungan asid laktik yang tinggi dan bertindak sebagai bahan pengawet semula jadi dalam produk tanpa menggunakan bahan pengawet sintetik yang lain. Formulasi yang dihasilkan juga meningkatkan rasa produk yang lebih astringen dan sedap. Kini kalangan penyelidik membangunkan satu pendekatan melalui proses fermentasi yang optimum dan terkawal bagi menghalang berlakunya kontaminasi daripada bakteria yang tidak diingini. Kini di Malaysia terdapat sekitar 15 hingga 20 kilang memproses buah kelapa (banyak gua kelapa biji tua import dari Indonesia dan ada juga kelapa tempatan) untuk dijadikan pelbagai produk terutama berasaskan isinya. Walau pun bekalan kelapa diperoleh dari Indonesia melalui permit import (AP) yang dikawal Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dimana selalunya dianggarkan kuota import tahunan kelapa tua kira-kira 120 hingga 150 juta biji. Bakinya sebanyak 38 juta biji kelapa pula diperoleh daripada pembekal tempatan. Kebanyakan kilang atau industri memproses buah kelapa tua untuk menghasilkan santan dan produk asas lain seperti minyak kelapa dara serta kerisik. Sebanyak dianggarkan 180,000 liter air kelapa tua dulu dibuang industri ini dan tidak banyak kajian dilakukan untuk nilai tambah air kelapa tua selain daripada penghasilan produk jeli serta cuka sahaja. Kini dengan adanya maklumat kajian dan permintaan air kelapa tua mempunyai nilai khasiat yang tinggi sesuai untuk ianya dapat menghasilkan produk minuman baharu. Antara cabaran dalam pembangunan produk ini kerana air kelapa ini dimana ia mudah berubah sifatnya dan cepat rosak. Kini dengan adanya teknologi fermentasi ia membantu meningkatkan kandungan sebatian bioaktif dan memanjangkan tempoh jangka hayat produk berkenaan. Pada penulis blog mendapati dimana air kelapa tua difermentasi yang dibangunkan ini boleh dipelbagaikan formulasi mengikut cita rasa dan keperluan pengguna. Penting kempen kesedaran bagaimana air kelapa tua mampu menjadi produk air tenaga baharu yang baik den berikan gaya hidup aktif terutama dalam bidang sukan. Hasil kajian dilaporkan penerimaan pengguna melalui uji rasa dimana responden nyatakan sebanyak 93% pengguna sudah bersedia untuk menjadi pembeli. Apa yang penulis blog tahu permintaan minuman isotonik dari air kelapa tua mendapat pasaran baik di USA, Eropah, Jepun, China dan sebagainya.

 
Jika anda tinggal di Malaysia rasanya sudah tidak keliru agi dengan persoalan asas sama ada memilih Air Kelapa Muda atau Air Kelapa Tua. Ini kerana bagi mendapatkan minuman air kelapa muda terutama kelapa pandan (CN6) memang mudah dimana-mana sahaja sama ada di pasar malam, restoren, hotel, kompleks membeli belah, gerai tepi jalan dan sebagainya mudah di dapatkan. Selain faktur harganya yang murah dan berpatutan dimana kesegaran kelapa muda yang di hidangkan juga mengandungi sedikit pejal dan ianya juga mengenyangkan. Dalam beberapa kajian yang dilakukan dilaporkan dimana
baik air kelapa muda atau air kelapa tua memiliki khasiat yang hampir sama untuk aspek kesihatan cumma ada kelainan dari segi citarasa, aroma dan juga mungkin warna. Secara asasnya pada penulis blog dimana asas perbezaan diantara kedua minuman ini hanya pada jumlah kandungan air dan aspek rasanya. Dilaporkan dimana hampir sebahagian besar dari bahagian kelapa muda terdiri dengan kandungan air dengan sedikit daging isi buah yang selalunya masih lembut. Sementara itu dalam sebiji  kelapa tua akan mengandungi sedikit air dan lebih banyak isi daging buahnya yang selalunya keras. Kepada peminat yang mana mereka lebih menyukai minuman yang tidak terlalu manis maka pilihan meminum air kelapa tua sesuai dijadikan pilihan. Pada penulis blog pasti disebabkan kandungan bahan gulanya akan berkurang seiring bertambahnya umur buah kelapa dan tahap kematangan kelapa. Kelapa muda seesuai di petik ketika berumur 6-7 bulan iaitu jangkamasa selepas proses pendebungaan sedangan kelapa tua selalunya matang pada umur 12 bulan keatas. Sejak turun temurun dikalangan masyarakat lokal yang mempunyai luas tanaman kelapa dimana mereka percara meminum air kelapa muda dan air kelapa tua adalah baik untuk kesihatan. Bagaimana pun ada kepercayaan dimana bagi ibu-ibu yang sedang hamil atau mereka yang mengidap penyakit kronik sebaiknya mendapatkan nasihat doktor jika ingin meminum air kelapa dengan banyak. Ada beberapa laporan yang mana mendakwa dimana setelah minum air kelapa (tua atau muda) mereka mengalami isu seperti mual, muntah, sakit erut, ciirit birit dimana ia mungkin berlaku disebabkan air kelapa telah tercemar atau sudag berlaku kontaminasi. 


Kawasan pelancongan di kawasan pantai atau tepi laut selalu dikaitkan dengan minuman air kelapa sambil bersantai di tepi kolam mandi menghadap laut atau berada diatas kerusi berjemur di pantai. Ia dijadikan promo dimana m
inuman yang identik dengan pantai dan suasana terik matahari iaitu buah kelapa dilihat dari aspek lain sebagai pproduk bermanfaat luar biasa. Apa lagi bagi air kelapa muda maupun tua ternyata memiliki manfaat kesehatan yang sama dan saangat bergaya sekali (Sila lihat foto disebelah). Beberapa pembaca mungkin sudah faham akan perbezaan asasnya hanya pada jumlah kandungan air dalam kelapa dan rasanya. Kelapa tua dilihat ia biasanya memiliki sedikit air dan lebih banyak isu daging pada buahnya dimana ia mempunyai tekstur yang lebih keras. Pada minuman ini peminatnya faham dimana ia biasanya memiliki kandungan gula yang akan berkurang selepas berlaku proses kematangan kelapa bertambah. Apa pun jika sesiapa lebih suka minuman yang tidak terlalu manis maka air kelapa tua sesuai menjadi pilihan minuman sihat. Ada dakwaan dimana minum air kelapa akan meningkatkan kesihatan jantung dimana kajian melaporkan dimana air kelapa bermanfaat untuk mengurangkan risiko penyakit jantung disebabkan ia akan kurangkan hipertension yang dapat memicu penyakit jantung. Ia dilihat minuman ini dapat mencegah tekanan darah tinggi berkaitan dengan menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik secara signifikan. Air kelapa akan melindungi tubuh dari radikal bebas dengan bahan antioksidan yang membantu melindungi dari radikal bebas. Antioksidan dapat membantu untuk melawan kerusakan sel, meningkatkan imun tubuh, serta menurunkan risiko mengidap penyakit kronik. Air kelapa didakwa bermanfaat air kelapa untuk menyihatkan kulit dengan cara meningkatkan kelembapan dan aspek iaitu elastisitiknya, adalah manfaat minuman ini. Sebaiknya jangan cuman diambil sebagai minuman tetapi menyapukan ke kulit juga memberikan manfaat signifikan. Ia akan membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, kedutan halus dan juga proses pigmentasi. Siapa sangka jika air kelapa akan dapat untuk menyeimbangkan elektrolit tubuh dimana aspek keseimbangan elektrolit ini memengaruhi fungsi otot dan juga produktiviti tubuh. Disebabkan air minuman ini mengandungi bahan natrium, kalium, kalsium, dan magnesium. Semuanya adalah elektrolit yang penting bagi kesehatan tubuh. Sudah ramai mungkin tahu jika air kelapa akan membantu didalam menghilangkan mual semasa kehamilan sebab bahan elektrolit dalam minuman ini boleh membantu menggantikan rasa mual di pagi hari. Nutrisi di dalamnya juga bermanfaat bagi janin yang sedang berkembang. Sebaiknya ibu hamil amalkan mengambil air kelapa sebagai minuman wajib. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog ani agro technology kali ini.  Wasallam!!!...
AIR KELAPA...KINI MENJADI MINUMAN...
KELAPA MUDA... SERING JADI JUALAN...
AIR KELAPA TUA... RAMAI KENA UJIKAN...
APA YANG PASTI...MINUMAN KESIHATAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Ramadan 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.