Thursday, May 30, 2024

FAKTA KETERJAMINAN MAKANAN DAN ISU BERKAIT

KETERJAMINAN MAKANAN
(food security) kini sudah pun menjadi satu 'tagline' di banyak negara didunia termasuk di Malaysia. Pada penulis blog dimana 'Keterjaminan Makanan' memang sudah menjadi kebimbangan di peringkat nasional dan juga di peringkat global. Menurut Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) diman dilaporkan iaitu pada tahun 2022 sahaja sudah dilaporkan antara 691 - 783 juta orang di seluruh dunia mengalami isu kelaparan dimanan majoritinya merupakan penduduk di kawasan Asia, manakala 425 juta orang di Asia dianggarkan mengalami kes termasuk kekurangan zat makanan. Apa pun di Malaysia meskipun ia merupakan antara negara pengeluar minyak sawit dan beras tertinggi di Asia namun penulis blog dapati ia masih lagi ada menunjukkan arah aliran yang tidak stabil dalam keterjaminan makanan. Berdasarkan Indeks Makanan Keterjaminan Global (GSFI), pada tahun 2022 Malaysia menduduki tempat ke- 41 daripada 113 negara iaitu penurunan sebanyak tujuh tangga (7) berbanding kedudukan tahun 2021. Kerajaan sudah pun merangka beberapa dasar komprehensif dimana salah satu yang ada pada nama adalah bagaimana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) telah lama di tukar namanya kepada nama yang berkait dengan isu ini iaitu menjadi nama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan terkini adalah sebagai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Penjenamaan ini adalah untuk menangani isu keterjaminan makanan dimana kemuidan pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memperkenalkan dua dasar iaitu Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2021-2025 dan Dasar Agro-Makanan Negara 2021-2030. Dilaporkan dimana kedua-dua dasar yang ada tersebut menekankan tiga aspek penting yang boleh meningkatkan keterjaminan makanan Malaysia iaitu dengan cara mengurangkan tahap import dan eksport makanan, meningkatkan pertanian domestik dan meningkatkan pengeluaran komoditi. Walaupun Malaysia melaksanakan dua dasar yang komprehensif untuk menangani isu atau masalah keterjaminan makanan namun dilaporkan Malaysia masih mengalami penurunan tujuh anak tangga daripada tahun sebelumnya dalam penarafan GSFI sebanyak 7 anak tangga kepada kedudukan ke 41 dunia. Mengikut laporan oleg GFSi dimana ada terdapat tiga aspek penting untuk menambah baik GSFI Malaysia dan mengurangkan isu keterjaminan makanan. Dinyatakan dimana strategi pertama ialah mengurangkan import makanan pada produk terpilih. Sebagai contoh, produk ayam. Nisbah sara diri (SSR) telur ayam Malaysia adalah lebih daripada 100 peratus dimana hampir 100 peratus untuk daging ayam. Meskipun mempunyai SSR yang tinggi akan tetapi jumlah ayam yang diimport meningkat sebanyak 30% daripada 7,800 tan pada Mei kepada 10,200 tan pada Jun 2022 selepas permit kebenaran import dimansuhkan. Dalam erti kata lain dilaporkan dimana memang  rakyat Malaysia makan ayam lebih dari yang sepatutnya. Artikel pada tengahari Jumaat ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta dan isu berkait dengan tajuk keterjaminan makanan di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.


Dalam isu mengenai urusniaga import termasuk import bahan makanan dimana ia akan melibatkan mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) dan mata wang asing dimana berlaku situasi yang kadar pertukaran mata wang bakal meningkat. Apabila Malaysia aktif melakukan urusniaga import maka akan berlau kes pertukaran mata wang yang tinggi juga berlaku dimana aliran mata wang Ringgit Malaysia keluar adalah lebih tinggi. Perkara ini akan mengakibatkan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia secara berperingkat iaitu berbanding semua mata wang lain. Antara barang makanan yang diimport termasuk jagung bijirin dan soya (diguna untuk makanan ternakan), Bawang (bawang merah dan bawang besar), Kentang, Susu, Daging, Sayuran Temperate, Beras (Beras kualiti import premium), input pertanian (baja kimia dan racun) serta pelbagai makanan siap proses. Malaysia perlu pastikan kebergantungan produk import ini dapat di kurangkan dengan cara menanam atau menghasilkannya dalam negara dengan apa juga cara malahan kelak akan mampu untuk dapat mengeksport barang-barang ini. Kemudian strategi kedua ialah mengurangkan eksport makanan. Ia berkait dengan beberapa jenis barang makanan yang di eksport termasuk ke SIngapura dan beberapa negara jiran lain. Walau pun ini baik untuk menjana kemasukkan matawang asing akan tetapi aspek kecukupan dan keterjaminan makanan dalam negara perlu di perkukuhkan. Sebagai contoh apabila bagi tanaman padi penting untuk keterjaminan makanan Malaysia kerana nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia perlu kurangkan memakan beras premium yang mahal dan diimport seperti beras wangi, beras basmati dan sebagainya dan menggunakan beras tempatan atau beras biasa sahaja. 


Hasil kajian pihak Institut Penyelidikan Khazanah dilaporkan rakyat Malaysia mengambil purata 2.5 pinggan nasi setiap hari. Akibatnya laporan tersebut nyatakan dimana sejak dari tahun 2000 hingga 2016 didapati dimana status pengeluaran beras negara hanya meningkat sebanyak 1.6 peratus. Bagaimanapun dilaporkan yang penggunaan beras Malaysia sentiasa mengatasi pengeluaran beras. Pengalaman penulis blog semasa mempengerusikan Mesyuarat JK CCS Padi dulu mendapati dimana nisbah SSR bagi produk beras di Malaysia juga menunjukkan penurunan iaitu 62.90% pada tahun 2022 berbanding 71.60% pada tahun 2014. Apa pun dilaporkan yang Malaysia masih mempunyai jumlah eksport padi yang tinggi iaitu sekitar USD41.6 juta. Semasa kerajaan Malaysia memperkenalkan Rancangan Malaysia Ke-8 yang memberi tumpuan kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan dimana arah aliran pengurangan pengeluaran padi menjadi lebih ketara. Ini mengakibatkan keterjaminan makanan berada pada paras yang kurang memuaskan dimana negara Malaysia terpaksa mengurangkan eksport untuk tujuan meningkatkan pengeluaran padi bagi memenuhi penggunaan tempatan. Apa pun strategi ketiga tertumpu kepada sistem bandar dan teknologi tinggi untuk meningkatkan produktiviti makanan. Berdasarkan GSFI dilaporkan negara Singapura berada pada kedudukan ke-28 walaupun keluasan tanahnya yang jauh kecil berbanding Malaysia. Sebagai perbandingan dan analisa dimana walau pun keluasan Singapura hanyalah 719 kilometer persegi sahaja iaitu lebih kecil daripada keluasan negeri Perlis yang mempunyai keluasan 819 kilometer persegi. Namun pada 2019 dimana di Singapura mereka telah melancarkan kempen 30 hingga 30. Ini adalah satu usaha untuk meningkatkan kapasiti sektor makanan pertanian bagi memenuhi 30 peratus permintaan pemakanan global secara mampan menjelang 2030. Matlamatnya adalah untuk dapat menubuhkan pusat teknologi pertanian bandar. Antara strategi dalam inisiatif 30 hingga 30 adalah pencahayaan LED berbilang tingkat dalaman dan sistem akuakultur peredaran semula, Ladang Ikan Terapung Pintar Teknologi Akuakultur Singapura yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan pertumbuhan dan kesihatan ikan, dan Sky Greens yang menggunakan sistem berasaskan peringkat berputar yang mengoptimumkan penyerapan cahaya dan air untuk menghasilkan sayur-sayuran berdaun. Dengan adanya sistem bandar berteknologi tinggi ini boleh meningkatkan pengeluaran agromakanan.


Kalau membaca media arus perdana dimana di Malaysia turut meluncurkan inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran agromakanan mengunakan teknologi tinggi. Dalam satu majlis peluncuran Ekonomi Madani dimana PMX telah menyatakan komitmen kerajaan untuk menyediakan geran sebanyak RM200 juta melalui Agrobank bagi membantu menyediakan kemudahan pembiayaan khususnya bagi aplikasi teknologi moden pertanian. Dilaporkan juga bagaimana pihak Khazanah Nasional Bhd menganjurkan Cabaran Impak Inovasi Khazanah (KIIC) 2023 yang bertemakan, “Menangani Cabaran Iklim demi Keterjaminan Makanan di Malaysia”. Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd berkata melalui KIIC 2023 ini, Khazanah Nasional dapat menawarkan sokongan yang diperlukan dan ini merupakan salah satu platform bagi menarik modal untuk menjana penyelesaian yang inovatif dan mampan. Sebaiknya dalam menangani isu keterjaminan makanan di Malaysia, kerajaan harus mengkaji semula dasar keterjaminan makanan semasa dan mempertimbangkan bagaimana import, eksport dan sistem teknologi tinggi bandar boleh membantu. Apa pun sebagai tambahan kepada tiga aspek utama dilihat adalah penting untuk menarik pakar yang juga komited mengenai sektor pertanian. Tanpa pakar yang hebat bagi membuat pelaburan untuk setiap sektor memang ia akan gagal dimana isu ini sama seperti pelaburan yang lain. Pada umumnya kerajaan perlu memberi inspirasi dan menarik minat generasi muda supaya mereka bekerja bersama dan mengenali potensi sektor pertanian. Apabila lebih ramai petani mendapat keuntungan daripada operasi pertanian mereka, mereka akan meningkatkan produktiviti pertanian dan seterusnya menangani masalah keterjaminan makanan. Dilihat dimana d
i sebalik pengukuhan dan kerjasama strategik giat dijalankan kerajaan dalam mempromosikan minyak kelapa sawit secara global ada isu keterjaminan makanan yang mana ia berkait dengan bahan makanan utama rakyat Malaysia seperti beras, buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan dan hasil laut masih kurang diberi perhatian. Isu kekurangan bekalan makanan diligat menunjukkan dimana negara masih berdepan isu keterjaminan makanan. Semua perlu sedar isu keterjaminan makanan wujud apabila rakyat tidak mempunyai akses fizikal dan ekonomi kepada makanan selamat serta berkhasiat mencukupi selain memenuhi keperluan diet untuk kehidupan aktif lagi sihat. Terkini selain harga beras naik dimana didapati harga sayur-sayuran dan buah-buahan di pasaran meningkat antara 50 sen hingga RM4 sekilogram (kg). Penjual menyatakan kenaikan harga ini berikutan kekurangan pengeluaran sehingga tidak dapat menampung permintaan tinggi. Jabatan Perangkaan menggunakan petunjuk kadar sara diri (SSR) untuk melihat keupayaan sesuatu pengeluaran bahan makanan bagi sesebuah negara mencukupi bagi memenuhi keperluan domestik. Apa pun dilaporkan dimana trend penurunan SSR untuk tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai nilai penggunaan per kapita tinggi di Malaysia seperti limau nipis (2021 atau 82.4% kepada 2022 - 75.9%), sawi (2021 dari 97% kepada tahun 2022 - 95.9%), Pisang (2021 -102.6% kepada 2022 - 99.3%), Nanas (2021 -104.3% kepada 2022 - 102.5%), Betik (2021 - 146.9% kepada 2022 - 142.3%) dan buah Tembikai (2021 - 139.5% kepada 2022 -131.9%). Apabila berlaku penurunan SSR dimana pengeluaran domestik tidak dapat menampung permintaan domestik dan ia mengakibatkan kenaikan harga di pasaran, seterusnya memberi impak kepada rakyat. Jika status SSR ini berterusan menunjukkan ketidakstabilan dalam jangka panjang ia akan memberi impak kepada permintaan domestik dan seterusnya menyebabkan rakyat kekurangan zat serta makanan.


Sebaiknya perlu di t
ambah baik dasar kejertaminan makanan di Malaysia dimana sudah ada tiga strategi penting boleh digunakan untuk menambah baik dasar keterjaminan negara dalam usaha meningkatkan SSR dan seterusnya mengurangkan isu keterjaminan makanan Malaysia. Pertama adalah meningkatkan penanaman dan ternakan bersasar untuk produk tanaman, ternakan dan hasil laut mempunyai nilai purata penggunaan per kapita tinggi, seperti limau nipis, daging lembu dan ikan tenggiri. Usaha meningkatkan tanaman bawang merah mempunyai nilai purata penggunaan 17kg setahun. Namun peningkatan tanaman dan ternakan produk bersasar lain seperti limau nipis, sawi, pisang dan nanas juga perlu dilakukan untuk menampung permintaan domestik. Kaedah  kedua perlu ada sistem pelarasan tanaman dan pengaktifan tanah ladang perlu dilakukan. Dengan wujudnya sistem ini, petani akan lebih fokus dan teratur menyusun tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran untuk setiap musim. Maka, tanah hasilan petani tidak akan terbiar untuk musim tertentu dan sentiasa aktif dalam penanaman. Mengambil contoh negara Taiwan dimana ada sistem ini yang dipanggil 'Adjusting the Cropping System and Revitalizing Farmland'. Dalam sistem ini para petani mereka diwajibkan memenuhkan tanaman untuk satu tahun musim penanaman dan mereka hanya dibenarkan mengosongkan tanah tanaman mereka selama satu musim tanaman untuk tempoh setahun. Dengan wujudnya sistem ini pada 2011 dimana negara Taiwan telah mendapati pengurangan sebanyak 41% untuk tanah terbiar tanpa tanaman pada 2015. Strategu yag ketiga adalah dengan memberi penekanan kepada pembinaan kapasiti untuk penyimpanan hasil tanaman dan ternakan supaya ia dapat menampung permintaan domestik. Pelan pembinaan kapasiti silo untuk bijirin telahpun dilaksanakan China dan Taiwan. Dilaporkan di negara China mereka guna pakai konsep 'menyembunyikan bijirin dalam tanah dan menyembunyikan bijirin dalam teknologi'. Yakni, mereka menekankan kepentingan pembinaan kapasiti simpanan tanaman dan bukan hanya menumpukan pada sasaran pengeluaran bijirin. Dengan itu tiada permasalahan dari segi penyimpanan hasil tanaman atau kekurangan pengeluaran sewaktu musim banjir. Dilaporkan di Taiwan meereka ada guna pakai silo bersuhu rendah untuk menyimpan bijirin menunjukkan peningkatan simpanan bijirin sebanyak 7.8% setahun. Sebaiknya bagi isu bagaimana cara untuk menangani isu keterjaminan makanan di Malaysia, kerajaan harus mengkaji semula dasar keterjaminan makanan semasa dan mempertimbangkan peningkatan tanaman serta pengeluaran untuk produk bersasar mempunyai nilai purata penggunaan per kapita tinggi, mewujudkan sistem pelarasan tanaman dan pengaktifan tanah ladang dan memberi penekanan kepada pembinaan kapasiti untuk penyimpanan hasil tanaman dan ternakan. Sebagai tambahan kepada tiga strategi utama dilihat adalah penting untuk melihat faktor pertumbuhan populasi rakyat Malaysia. Menurut Jabatan Perangkaan dimana jumlah penduduk Malaysia pada 2023 ialah 33.4 juta dimana jika dibandingkan dengan 2022 ialah 32.7 juta. Kajian menunjukkan pertumbuhan populasi memberikan impak kepada keterjaminan makanan Malaysia. Salah satu faktor menyebabkan pertumbuhan populasi rakyat Malaysia adalah disebabkan peningkatan bilangan bukan warganegara sebanyak 20 peratus pada 2023, berbanding tahun sebelumnya. Apa pun dalam menangani isu keterjaminan makanan, menyekat pertumbuhan populasi adalah satu langkah tidak wajar, tetapi rakyat perlu mengubah cara penghasilan dan pengambilan makanan. Diet berasaskan tumbuhan dapat mewujudkan populasi lebih sihat dan membantu menangani perubahan iklim serta persekitaran. Pihak kerajaan juga perlu mengambil kira aspek pertumbuhan populasi akan meningkatkan permintaan domestik. Justeru, peningkatan SSR adalah penting bagi mencapai permintaan domestik dan seterusnya menangani isu keterjaminan makanan Malaysia. Kerajaan dan institusi berkaitan perlu berganding bahu menyelesaikan isu ini. Semuga tulisan ini ada info berguna untuk pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
KETERJAMINAN MAKANAN... APA BENDA....
BANYAK STRATEGI... MEMANG DI RANGKA...
MAKANAN MENCUKUPI... MURAH HARGA....
CUKUP MAKAN... RAKYATNYA SEJAHTERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Syawal 1445H).
Posted from,
Desaru, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.