Sunday, April 7, 2024

VARIETI BAWANG MERAH DI INDONESIA (Pt 1)


TERDAPAT BEBERAPA VARIETI PADI UNGGUL
yang di tanam oleh jutaan pesawah dan jutaan hektar tanaman padi di Indonesia bagi menghasilkan jutaan metrik tan padi setiap tahun. Begitu juga dengan industri tanaman bawang merah dimana ada ratusan ribu petani dan ratusan ribu hektar tanaman bawang merah yang menghasilkan sekitar 2 juta metrik tan setahun. 
Bawang Merah (Allium cepa L.) dilihat merupakan salah satu komoditi penting dalam kategori Tanaman Pangan (tanaman makanan) yang kini semakin diberi penekanan kerana harga komoditi tersut sudah naik mendadak masa ini. Walau pun negara tersebut ada terus menanam dan menghasilkan bawang merah sendiri akan tetapi mereka masih mengimport 20% bawang merah daripada Vietnam,Thailand dan beberapa negara lain tetapi juga mengeksport 20% bawang mereka keluar. Dilaporkan dimana Kabupaten Brebes di Jawa Tengah merupakan kawasan terluas menanam bawang merah di Indonesia sejak dahulu dan di jadikan komoditi penting di lapangan. Bawang Merah dilaporkan menjadi tanaman utama di kalangan pesawah yang dijalankan sebagai tanaman bergilir dengan tanaman padi semenjak dahulu lagi. Merujuk Badan Pusat Statistik (BPS sama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia) dimana di Indonesia mereka mampu menghasilkan bawang merah sebanyak 1.97 juta metrik tan pada tahun 2022. Apa pun jumlah tersebut menurun sebanyak 1.51% dibandingkan pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2021 yang mencapai pengeluaran sebanyak 2.00 juta metrik tan. Di laporkan dimana Pulau Jawa sendiri sejak duliu dimana ia memberikan sumbangan sebesar 75% dari jumlah pengeluaran bawang merah. Sementara kawasan penanaman utama bawang merah (penghasil utama bawang merah) adalah di Jawa Barat (Indramayu, Kuningan, Garut, Cirebon dan Majalengka), Jawa Tengah (Brebes, Tegal, Boyolali, Pemalang, Magelang, Rembang, Kebumen dan Pati), sementara di Jawa Timur (Malang, Probolinggo, Nganjuk, Banyuwangi, Mojokerto, Magetan, Tuban, Pamekasan dan Sampang). Sementara di luar Jawa terdapat di Sumatera Utara (Tapanuli, Samosir, dan Dairi), Sumatera Barat, Sumatera Selatan (Ogan Komering Ulu, Lahat, dan Palembang), Bali, NTB (Lombok Timur, Bima, Lombok Tengah, Sumbawa, Lombok Barat, dan Dompu), Sulawesi Selatan (Enrekang). Bawang merah adahan komoditi unggul yang menjadi salah satu komoditi nasional yang selalu turun naik teutama dari segi harga dan pengeluarannya. Ini kerana ada kalangan petani yang gagal menghasilkan bawang merah di sebabkan banyak faktur seperti banjir, kemarau, serangan perosak dan penyakit di kebun. Artikel pada subuh ini di bilik 806, Royal Hotel, Bogor, Jawa Tengah, Indonesia saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai beberapa varieti bawang merah utama di Indonesia untuk dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Di laporkan dimana permintaan bawang merah terus naik dimana isu ini seiring dengan peningkatan penduduk dan pada masa sama pengeluaran dan ketersediaan benih bermutu di lapangan menjadikan ia seimbang. Penanaman bawang merah kini dilakukan pada keadaan agroklimatik yang ideal. Di antaranya berpunca dari ketinggian lokasi penanaman bawang merah yang sesuai iaitu pada ketinggian diantara 0 - 1,000 meter dari paras laut dengan ciri tanah jenis aluvial (nilai pH tanah pH5.6 - pH6.5), mempunyai tahap kelembapan udara 50 - 70%, suhu 25 - 32⁰C. Bagaimana pun aktiviti penanaman bawang merah banyak bergantung kepada minat petani dalam memilih varieti bawang tertentu. Ini kerana bukan semua varieti bawang merah yang disenaraikan sesuai untuk semua lokasi diatas faktur mikroklimat seperti jenis tanah, suhu, kelempapan, cara pengurusan dan sebagainya yang melibatkan faktur seperti 'location specific'. Terdapat beberapa varieti bawang merah yang diminati oleh petani mengikut kawasan tertentu iaitu ia berdasarkan kepada pengalaman dan penghasilannya serta amalan agronominya. S
sebagai contoh dimana kawasan seperti Solok-Sumatera Barat (sesuai varieti SS Sakato), Parigi Moutong- Sulawesi Tengah (varieti Tinombo) dan bagi kawasan di Sigi- Sulawesi Tengah (sesuai varieti Lembah Palu). Varieti tersebut merupakan varieti yang unggul dan ia spesifik lokasi dimana kemudian diistiharkan menjadi varieti unggul terbaik nasional. Selain wilayah tersebut dimana ada terdapat pula wilayah di provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) yang mempunyai varieti unggul lebih khusus atau varieti bawang merah spesifik lokasi dimana ia memang banyak ditanam atau diminati oleh petani setempat. Varieti bawang merah yang dimaksudkan adaah seperti Varieti Tiron, varieti Crok Kuning dan varieti Srikayang. Para saintis di Indonesia memang sentiasa membuat kajian dan penyelidikan mengenai industri bawang sejak lama dahulu dan di berikan kepada petani untuk menanamnya termasuk kajian biakbaka (plant breeding), kajian amalan agronomi, kajian kawalan perosak sehingga kepada aktiviti lepas tuai. Berikut adalah beberapa varieti popular bawang merh di Indonesia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


(1) VARIETI 'BIMA BREBES'
Dilaporkan dimana varieti bawang merah  Bima Brebes kini ia merupakan varieti bawang merah lokal dari Brebes yang sesuai untuk ditanam di kawasan tanah pamah (kawasan sawah) dan juga sesuai untuk ditanam dikawasan tanah dataran tinggi. Hasil tinjauan penulis blog di Brebes mendpati dimana ciri-cirinya di laporkan dimana ia mempunyai jenis daun berwarna hijau selinder (cylindrical shape) yang berlubang ditengahnya berwarna hinau sederhana. Bawang ini mempunyai ciri umbi berwarna merah muda dengan bentuk umbinya lonjong dan bercincin kecil pada lehernya (disc area). Memunyai ukuran umbi tidak terlalu besar tetapi selalunya ia banyak jumlahnya dimana pada setiap rumpun tanaman matang mampu untuk dapat menghasilkan sebanyak 7-12 umbi atau dinilai sebagai mempunyai denngan potensi hasil sekitar 10 - 20 metrik tan sehektar (10,000 - 20,000 kg/ha). Paling unggul mengenai varieti bawang merah Bima Brebes adalah ciri khasnya yang mana ia boleh dituai pada umur 50 - 60 hari selepas di tanam dengan penjagaan yang baik. Bagaimana pun dilaporkan yang varieti bawang ini susah untuk berbunga secara semulajadi dan bagi mengeluarkan bunga (untuk dijadikan biji benih) maka kalangan petani perlu membantu dengan melakukan pendebungaan (penyerbukan) untuk menghasilkan bunganya. Kehebatan varieti ini adalah ia cukup tahan terhadap masalah busuk umbi atau serangan dari penyakit sehinggakan dikalangan petani suka menanamnya.


(2) VARIETI 'KUNING'
Bawang merah varieti Kuning juga sejenis bawang lokal dari kawasan Brebes, Jawa Tengah yang selalu di tanam di kalanga petani disna. Bawang varieti ini mempunyai ciri-ciri daun yang berbentuk selinder dimana ia agak besar seperti paip yang mana ia berwarna hijau tua dan berlubang ditengahnya. Ciri bagi umbinya berbentuk bulat besar dengan pada bahagian hujung adalah meruncing (tirus) dan berwarna merah gelap. Bawang varieti kuning ini selalunya akan dituai pada umur 70 hari selepas di tanam (lebih lama 10 hari dari varieti Bima Brebes) dengan potensi produktiviti sebanyak 7 mt sehektar. Bagaimana u[un diantara kelemahan bagi varieti kuning ini adalah isu dimana ia mudah terserang penyakit Fusarium (berpunca dari kulat) dan serangan Alternaria porri yang menyebabkan penyakit tompok-tompok atau bintik (bercak) berwarna ungu yang sering menyerang jenis tanaman bawang untuk umbi serta jenis bawang daun. Dilaporkan dimana selain dari kalangan petani di Brebes iaitu varieti ini ada di tanam di kawasan Maja, Cirebon, Tegal dan Probolinggo. Keluasan tanaman bawang jenis ini tidak seluas tanaman varieti Bima Brebes di lapangan.


(3) VARIETI 'MAJA CIPANAS'

Bawang merah varieti Maja Cipanas merupakan varieti tempatan atau varieti lokal dari Cipanas yang ditanam dikalangan petani. Melihat akan cirnya dimana ia tumbuh dengan purata ketinggian 34.1 cm dengan potensi hasil bawang (kering) sebanyak 10.9 mt sehektar. Kehebatan varieti ini kerana ia mempunyai kemampuan untuk mudah berbunga. Varieti ini memang ia dilaporkan cukup tahan dari serangan terhadap masaalah Busuk Umbi yang disebabkan oleh patogen Botrytis allii. Apa pun kelemahan varieti ini adalah dimana ia mudah pula diserang oleh Penyakit Reput Hujung Daun yang disebabkan oleh patogen Phytophthora parri pula. Ciri lainnya dimana ia m
empunyai daun berbentuk selinder berwarna hijau tua dan berlubang ditengahnya. Mempunyai ciri umbi yang berbentuk gemuk bulat dan leper yang berwarna merah tua berkedut (keriput). Selalunya mempunyai sebanyak 6 -12 umbi bagi setiap rumpun. Varieti yang cukup mudah untuk berbunga sendiri secara semulajadi ini boleh dituai pada umur 60 hari selepas ditanam dengan produktiviti antara 9 - 11 mt sehektar.


(4) VARIETI 'MENTES'

Bawang merh Indonesia yang bernama Mentes ini merupakan varieti klon iaitu hasil kacukan silang dari dua jenis varieti bawang merah iaitu varieti B 3117 dan varieti B 3155. Dilaporkan dimana diantara ciri khasnya adalah ia dilihat mempunyai umbi berwarna merah pucat yang mana selalunya mempunyai bentuk pipih agak bulat. Dari segi saiznya ia berukuran kecil dengan ukuran diameter sekitar 1.0 - 2.3 cm, ukuran tinggi 1.5 - 2.25 cm dimana purata berat setiap umbi pula sekitar 5 -10 gram. Bawang ini selalunya sesuai untuk di tuai setelah pokonya sudah berumur 50 - 58 hari setelah ditanam. Ciri unik lain yang penulis blog di maklumkan semasa tinjauan teknologi di Brebes oleh Ibu Yuliana pemilik syarikat pengeluar benih bawang di Brebes adalah dimana setelah di tuai dimana ia boleh bertahan antara 3 - 4 bulan semasa penyimpanan. Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan PArt 2 yang sesuai dibacaa semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agr technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN BAWANG MERAH... BAGAIMANA...
BANYAK VARIETI... DI NEGARA INDONESIA...
TINJAUAN TEKNOLOGI... PERGI KESANA...
DI TULIS ARTIKEL.. RUJUKKAN SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 806, Tingkat 8,
Royal Hotel, Jl. Ir Hj Juanda No 16,
Peledang, Kacamatan Bogor,
Jawa Barat, 16122,
Indnesia.
(8 Mac 2014).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.