Saturday, April 6, 2024

AGROVOLTAIC - BAGAIMANA DI MALAYSIA

SISTEM AGROVOLTAIC
merupakan satu terminologi baru yang juga di panggil 'Sistem Agrivoltaik' atau juga 'Sistem PhotoVoltaic Pertanian' yang mana sistem ini kini sedang dibangunkan bersama kawasan tanah yang sama untuk kedua-dua kuasa fotovoltaik suria (solar panel) dan juga untuk aktiviti pertanian. Pada penulis blog dimana teknologi baru ini menjanjikan dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan mengurangkan penggunaan air, di samping memperolehi tenaga dan juga akan memberikan pendapatan tambahan. Ia adalah konsep baru yang menghubungkan tiga elemen paling asas dalam kehidupan moden iaitu MAKANAN (food), AIR (water) dan TENAGA (energy). Di laporkan dimana kaedah bagi penggunaan 'Panel Suria' atau 'Panel Solar' kini semakin popular bagi menghasilkan tenaga untuk pelbagai kegunaan dengan teknologi melibatkan 'tenaga yang boleh diperbaharui' atau 'renewable energy'. Panel suria boleh ia diletakkan tinggi sesuai untuk membolehkan jenis tumbuh-tumbuhan tertentu yang hanya perlukan jumlah cahaya matahari yang betul dan kemudian cahaya matahari yang berlebihan boleh dituai untuk tenaga elektrik. Kaedah ini dilihat sebagai satu cara pendekatan terbaik di Malaysia yang mempunyai sinaran matahari lumayan sepanjang tahun untuk di laksanakan. Pada penulis blog walau pun pernah melihat projek seperti ini di beberapa lokasi mendapati ia boleh dijadikan salah satu pendekatan dimasa akan datang dengan lebih meluas. Kaedah ini mampu dalam menghasilkan lebih banyak pendapatan negara berbanding dengan jika tanpa aktiviti tanaman di bawahnya. Agrivoltaics ialah hubungan simbiotik di mana kedua-dua panel solar dan tanaman mendapat dimanfaatkan kerana ia membantu antara satu sama lain untuk berprestasi lebih baik melalui amalan agronomi yang selamat dan cekap. Pada zaman ini mungkin sudah ramai di antara pengguna yang mahukan lebih banyak tenaga boleh diperbaharui dapat dilaksanakan dalam negara akan tetapi di manakah kawasan yang sesuai bagi tujuan meletakkan semua panel solar perlu di lakukan berdasarkan perundangan sedia ada. Ini kerana apabila pemasangan solar semakin berkembang maka ia mungkin boleh menganggu kelestarian penduduk yang berhampiran untuk jangkamasa panjang. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis untuk memahami apakah dia kehebatan sistem 'Agrovoltaic' dan bagaimana kemajuannya di Malaysia yang sudah mula di sebut umum iaitu sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua. 


Masa ini sektor pertanian semakin berkembang lagi dimana ia sudah menggabungkan industri pertanian dengan industri tenaga. Bagi memahami sistem dengan gelaran Agrovoltaic atau Agricvoltaic yang mana ia merupakan satu inovasi yang mana agrovoltaic merupakan inovasi di sektor pertanian yang muncul sekitar tahun 1980-an secara kecil-kecilan. Selain dapat meuai hasil dari aktiviti pertanian dimana kalangan petani juga dapat menuai tenaga letrik dimana boleh disimpan pada bateri di kawasan ladang. Inovasi ini merupakan konsep menggabungkan penggunaan kawasan pertanian dengan penghasilan tenaga letrik (agriculture + photovoltaics). Di beberapa negara ASEAN dimana inovasi ini telah di mulakan dengan pendekatan 3 konsep model Agrivoltaic. Antaranya adalah dimana agrivoltaics sesuai di bina dikawasan yang mana jenis tanamannya adalah toleran terhadap kesan dari naungan cahaya matahari akibat ada panel solar. Apa pun kajian menunjukkan dimana ada beberapa jenis tanaman yang sesuai termasuk jenis tanaman Tomato (Solanum lycopersicum), Arugula (Eruca sativa), Sawi (pelbagai jenis sawi), Pasterli, Sorell, Kailan, Bayam, Kucai, Daun bawang (Allium cepa), Brokoli (Brassica oleracea var italia), Kohlrabi (German Turnip), Kobis (Brassica oleracea var capitata), Kacang tanah (Arachis hypogea) , Alfalfa (Medicago sativa), Ubi keledek (Impomea batatas), Keladi (Colocasium spp). Ubi Kayu (Manihot esculenta) dan benyak jenis herba. Tanaman lain termasuklah Cili Besar (Capsicum annum), Cili Padi (Capsicum frustecens) Lobak Putih (Raphanus sativus), Timun (Cucumis sativus), Lobak Merah (Daucus carota), Paprika, Labu Air dan Labu Manis serta beberapa lagi. Jenis buah-buahan pula termasuk tanaman tembikai, melon, strawberri dan sebagainya. Apa pun bagi tanaman tropika masih banyak diperlukan kajian terutamanya mengenai amalan agronomi dan pemilihnan verieti yang sesuai. Ini kerana jika menanam secara sistem fertogasi berlainan dengan cara menanam diatas tanah atau kaedah yang ditentukan mengikut kehendak tumbuhan dan keperluan pasaran.


Di Malaysia dimana 'Projek Agrovoltaic UPM terima Malaysia Book of Records' wajar dijadikan bahan rujukkan dalam artikel ini. Beberapa media utama di negara ini melaporkan dimana Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini menerima sijil Malaysia Book of Records (MBR) sempena penanaman Agrivoltaic herba terbesar untuk mekanisme penyejukan semula jadi. Dilaporkan Naib Canselor UPM, Prof. Dato' Dr. nyatakan projek Agrivoltaic UPM menempatkan 25,000-unit herba berpotensi tinggi Misai Kucing yang ditanam secara terus di ladang solar yang menggunakan teknologi solar fotovoltaik (PV) di Puchong. Penyelidikan itu memfokuskan kepada mengoptimumkan penggunaan ruang dan membantu menyejuk panel bagi meningkatkan keberkesanan janaan tenaga ke grid Tenaga Nasional Berhad (TNB). Adalah disrankan kepada penyelidik agar bukan hanya tumpukan pada tanaman herba Misai Kucing sahaja akan tetapi ia ada  menumpukan tanaman herba lain pada masa akan datang. Apa pun dilaporkan projek yang diketuai Ir. Dr. Md Effendy itu dimana projek tersebut merupakan satu projek tanaman terbesar yang memanfaatkan ladang solar di Malaysia. Malaysia kini mengalami ketandusan tanah agrikultur apabila banyak tanah tersebut telah ditukar taraf dari pertanian kepada tanah pembangunan. Dilaporkan projek berskala besar ini juga selari dengan hala tuju Kampus Hijau UPM dan memperkukuhkan kedudukan UI Green Metric dalam kalangan universiti di seluruh dunia. Selain 25,000 pokok Misai Kucing dimana didakwa ada beberapa jenis pokok lain sedang dikaji mengikut kesesuaian untuk ditanam di bawah panel solar tersebut. Media laporkan di majlis unik dimana menandatangani dokumen MoU bagi projek solar Agrivoltaic berskala besar bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Syarikat Tesdec Green Energy Sdn Bhd.


Dalam paparlan lain yang bertajuk 'UPM Perkenal Inovasi Hybrid AgriVoltaic System (HAVs)' yang dilakukan di Serang juga menarik dikongsikan. Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), berjaya membangunkan rak yang membolehkan aktiviti pertanian dan pengeringan hasil tuaian dijalankan di rak yang diletakkan di bawah struktur Photovoltaics (PV) di ladang-ladang Solar PV. Alat penanaman yang dipanggil ‘A Retractable Drying and Planting Rack for AgroPhotovoltaics Farm’ itu diperbuat daripada keluli tahan karat (stainless steel) dan mempunyai dua rak, dengan rak bahagian bawah untuk penanaman manakala rak atas untuk pengeringan hasil tuaian. Bagi memastikan tiada gangguan terhadap penghasilan tenaga elektrik (DC) oleh penjana PV, hanya tanaman yang sesuai seperti Misai Kucing dan Hempedu Bumi digunakan untuk tujuan pertanian. Melalui inovasi ini dimana para petani hanya perlu menyusun polibeg tanaman di atas rak bawah dan kemudian menyorong alat yang mana ia mempunyai roda itu ke bawah solar PV, tanpa perlu untuk petani masuk ke bawah struktur solar PV. Bagi tujuan penuaian pula, petani hanya perlu menarik alat ini keluar untuk menjalankan proses tuaian. Hasil tuaian akan diletakkan di rak atas dan disorong kembali ke bawah solar PV untuk proses pelayuan dan pengeringan. Ketua kumpulan penyelidik itu, Ir. Dr. Mohammad Effendy Ya’acob daripada Fakulti Kejuruteraan UPM nyatakan proses in-situ withering/drying itu menggunakan haba terbebas (dissipated heat energy) dari bahagian permukaan bawah panel PV. Hasil tuaian yang telah kering akan dibawa ke kilang untuk proses menjadikannya seperti teh dan pembungkusan untuk jualan. Beliau berkata, ‘A Retractable Drying and Planting Rack for AgroPhotovoltaics Farm’ adalah kaedah pertanian menggunakan ruang yang telah sedia ada yang tidak digunakan di Ladang Solar PV bagi mengoptimumkan penggunaan tanah. Kos pembinaan struktur boleh diabaikan atau pada nilai yang sangat minimum kerana ia hanya menggunakan infrastruktur yang telah tersedia di ladang PV. Menurutnya, struktur PV itu secara relatifnya akan menjadi mekanisme penghadang sinaran langsung cahaya matahari (direct sun shading mechanism) yang dapat melindungi tanaman daripada kesan buruk perubahan iklim seperti kekeringan, ribut dan hujan lebat. Bagaimanapun ia bergantung kepada ketahanan tanaman serta toleransi cahaya matahari yang diterima tanaman itu. Proses serapan haba oleh tumbuhan hijau secara alami (natural) yang diletakkan di bawah struktur PV juga dapat mengurangkan suhu sel PV seterusnya meningkatkan efisyensi penjanaan tenaga elektrik. Antara kelebihan alat itu ialah tiada kos tambahan untuk struktur PV, memberikan pulangan kewangan untuk tanah yang sebelum ini tidak digunakan, manakala pemasangan dan operasinya adalah mudah, serta berinovasi hijau. Konsep Ladang AgroPV juga mempromosikan inisiatif tenaga hijau dalam membantu pengurangan pelepasan karbon. Inovasi ini mula dibangunkan pada 2015 iaitu kajian yang dilaksanakan di bawah projek Hybrid AgriVoltaic System (HAVs) dan telah menghasilkan produk sampingan iaitu Java Tea PV dan HAVs TEY. Projek ini turut mendapat sokongan syarikat Pekat Solar Sdn Bhd yang telah pun menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan memberikan bajet RM60,000 kepada UPM bagi membangunkan lagi inovasi itu.


From thestar.com reported 'Agrovoltaic project to drive green initiative' report about this technology. An ambitious billion-ringgit agrovoltaic farm that will integrate a large solar plant with sustainable animal feed economics (Safe) involving Malaysian-China companies has been planned for Sarawak. The project in the northern region of Baram will be undertaken jointly by Planet QEOS Sdn Bhd and China Machinery Engineering Corp (CMEC) Investment and funding in the project could go up to RM10bil. The Safe agrovoltaic complex project will be powered by technologically advanced 1,000 megawatt hour (MWh) solar plant, and will carry out mass production of carbon neutral animal feed and broiler chickens. Planet QEOS and CMEC said in a joint statement: “The patent-applied technology powering the Safe agrovoltaic farm will enable the energy farm to generate annually 1,430 GWh of energy, 170,000 tonnes of carbon neutral feed and 25 million carbon neutral broiler chickens at fixed, pre-determined and sustainable prices for 30 years. This noval concept will ensure that Sarawak markets will have access to both sustainable energy and poultry prices for decades to come. Planet QEOS is a subsidiary of QEOS LED Sdn Bhd, whose goal is to disrupt traditional supply chain and defy traditional growing seasons by enabling local farming at commercial scale all-year around. Furthermore, the Safe agrovoltaic farm will enable 24-hour, grid scale, day-and-night energy supply operations, allowing solar-powered energy to play a competitive role as a major and stable energy source. It will, according to the statement, have the biggest energy storage complex in the world at up to 2,000MWh capacity. “The implementation of this project will allow green solar energy to directly substitute energy generated by natural gas power plants, resulting in a reduction of greenhouse gases by 640,000 MTCO2eq per year or equivalent to removing the emission from 140,000 road vehicles. Baram alone has more than 200,000MW capacity of solar energy potentials spread over more than 10,000 sq km of agriculture land. This is according to 20 years of continuous data compiled by Solargis, a database funded and provided by the World Bank Group, Baram’s solar irradiance is among the best in Sarawak and the region – receiving 4.8 to 5.2KWh/m2 of global horizontal irradiance (GHI) per day on average. The Safe Agrovoltaic will incorporate a major 100 ha solar site integrated with planting of high-yield rice,a staple food for the population in the region, with new solar technology designs. The Safe Sgrovoltaic complex is expected to create some 1,200 jobs, including 250 highly-skilled engineering jobs in renewable energy, production, agriculture and veterinary while supporting thousands of local farms and agro-entrepreneur businesses. The statement said the Safe Agrovoltaic Technology and resulting investment commitment by CMEC are the brainchild and results from the tireless efforts of three local tech entrepreneurs, including two Sarawakians, namely Dino Bidari, Dr Gabriel Walter and Lam Poh Liam. The project is in line with Sarawak’s green initiative and Abang Johari’s vision of making Sarawak a regional hub for renewable energy and a major food producer and exporter by 2030. The premier had persistent efforts on green energy are now recognised globally, has systematically sounded the clarion call to transform the economy of Sarawak into a green one with emphasis on green energy generation, modern sustainable agriculture and methodising the distribution of wealth to the population,” added Planet QEOS and CMEC. Sarawak aims to play a leading role in green energy by tapping and developing renewable resources, such as solar and bioenergy, in addition to its huge hydro power resources. The state’s many rivers and abundant sunshine could be harnessed to generate solar power. Sarawak government is working on large-scale production of animal feed from palm oil waste to address the costly imported animal feeds and reduce the imports. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SISTEM AGROVOLTAIC... INOVASI ADA...
GABUNG PERTANIAN... DAN TENAGA...
SESUAI DI GUNA... DALAM MALAYSIA...
TENAGA DIJANA... MAKANAN DISEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.