Saturday, April 20, 2024

TEKNOLOGI BAWANG MERAH INDONESIA (PT 2)

TANAMAN BAWANG MERAH
(Allium cepa L.) di Indonesia adalah merupakan salah satu komoditi penting dalam kategori Tanaman Pangan (tanaman makanan) yang kini semakin diberi penekanan kerana harga komoditi tersut sudah naik mendadak masa ini. Walau pun negara tersebut ada terus menanam dan menghasilkan bawang merah sendiri akan tetapi mereka masih lagi mengimport 20% bawang merah daripada Vietnam, Thailand dan beberapa negara lain tetapi juga mengeksport 20% bawang mereka keluar. Dilaporkan dimana Kabupaten Brebes di Jawa Tengah adalah merupakan kawasan terluas menanam bawang merah di Indonesia sejak dahulu dan di jadikan komoditi penting di lapangan. Bawang Merah dilaporkan menjadi tanaman utama di kalangan pesawah yang dijalankan sebagai tanaman bergilir dengan tanaman padi semenjak dahulu lagi. Merujuk Badan Pusat Statistik (BPS sama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia) dimana di Indonesia mereka mampu menghasilkan bawang merah sebanyak 1.97 juta metrik tan pada tahun 2022. Apa pun jumlah tersebut menurun sebanyak 1.51% dibandingkan pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2021 yang mencapai pengeluaran sebanyak 2.00 juta metrik tan. Di laporkan dimana Pulau Jawa sendiri sejak duliu dimana ia memberikan sumbangan sebesar 75% dari jumlah pengeluaran bawang merah. Sementara kawasan yang luas penanaman utama bawang merah (penghasil utama bawang merah) adalah di Jawa Barat (Indramayu, Kuningan, Garut, Cirebon dan Majalengka), Jawa Tengah (Brebes, Tegal, Boyolali, Pemalang, Magelang, Rembang, Kebumen dan Pati), sementara di Jawa Timur (Malang, Probolinggo, Nganjuk, Banyuwangi, Mojokerto, Magetan, Tuban, Pamekasan dan Sampang). Sementara di luar Jawa terdapat di Sumatera Utara (Tapanuli, Samosir, dan Dairi), Sumatera Barat, Sumatera Selatan (Ogan Komering Ulu, Lahat dan termasuk Palembang), Bali, NTB (Lombok Timur, Bima, Lombok Tengah, Sumbawa, Lombok Barat, dan Dompu), Sulawesi Selatan (Enrekang). Bawang merah adahan komoditi unggul yang menjadi salah satu komoditi nasional yang selalu turun naik teutama dari segi harga dan pengeluarannya. Ini kerana ada kalangan petani yang gagal menghasilkan bawang merah di sebabkan banyak faktur seperti banjir, kemarau, serangan perosak dan penyakit di kebun. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai amalan teknologi penanaman bawang merah di Indonesia untuk ianya dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Aspek penting dalam penanaman bawang merah di Indonesi adalahh dikaitkan dengan pemilihan varieti. Dilaporkan ada banyak varieti bawang merah di Indonesia yng sesuai di tana mengikut lokaliti yang berlainan. Sila baca tuisan saya mengenai varieti bawang dengan pautan (Sila Klik Disini) dan (Sila klik disini) serta tulisan beberapa lagi. Daripada 
beberapa varieti atau kultivar yang berasal dari daerah tertentu seperti varieti Sumenep, Bima, Lampung, Maja dan sebagainya dimana ada ciri khusus setiap varieti. Pihak Balai Penelitian Tanaman Sayuran Lembang (BALITSA) telah mengesyorkan ada beberapa varieti bawang merah seperti varieti Kuning, Kramat 1 dan Kramat 2 untuk di komersialkan. Perbezaan produktiviti dari setiap varieti atau kultivar tidak hanya cuma bergantung pada sifatnya, namun juga banyak dipengaruhi oleh situasi dan keadaan persekitaran, tanah, amalan agronomi, Iklim, pebajaan, pengairan dan tanah merupakan faktor penentu dalam produktiviti bawang nerah. Ia juga berkait dengan aspek kualiti umbi bawang merah yang akan dihasilkan kelak. Kualiti umbi bawang merah ditentukan oleh beberapa faktor seperti aspek warna, kepadatan, rasa, aroma, dan rupabentuknya. Bawang merah yang warnanya merah, umbinya padat, rasanya pedas, aromanya wangi semasa ia digoreng dan bentuknya lonjong lebih menarik dan disukai oleh pengguna. Penilaian awal penulis blog dalam ujirasa beberapa varieti bawang merah di Pusat AV Argo di Brebes mampu menilai yang mana varieti cili yang harga jualannya lebih baik daripada yang lain.


Penyediaan benih bawang merah merupakan salah satu komponen paling tinggi didalam penanaman bawang merah. Apa tidaknya keperluan umbisi benih bawang merah mencecah sehingga 600 - 1,200 kilogram sehektar. Penanaman bawang merah di Indonesia pada umumnya dibiakkan dengan menggunakan umbi sebagai benih tanaman. Kualiti umbi benih bawang ini merupakan salah satu faktor yang menentukan tinggi rendahnya hasil pengeluaran bawang merah. Umbi yang baik untuk dijadikan benih tanaman harus berasal dari tanaman yang sudah cukup tua umurnya atau ia mencapai sekitar 70 - 80 hari setelah ditanam. Umbi untuk biji benih ini sebaiknya berukuran sedang (5-10 g). Penampilan umbi benih ini mesti segar dan sihat, bernas (padat, tidak keriput) dengan ia mempunyai warnanya cerah (tidak kusam). Umbi beih ini sebaiknya ia sudah sedia untuk ditanam apabila telah disimpan selama 2 - 4 bulan sejak proses penuaian dan tunasnya sudah kelihatan jelas di hujung umbi. Cara terbaik bagi tujuan penyimpanan umbi benih bawang merah adalah menyimpannya dalam bentuk ikatan di atas para-para dapur atau disimpan di gudang khusus dengan pengasapan. Faktor yang cukup menentukan kualitas umbi bibit bawang merah adalah ukuran umbi. Berdasarkan ukuran dimana saiz benih bawang ada 3 kategori iaitu Benih Besar (Saizlebih 1.8 cm atau beratnya lebih dari 10 gram), Benih Sedang (1.5 cm - 1.8 cm atau beratnya 5 - 10 gram) dan Benih Kecil (saiz kurang 1.5 cm atau beratnya kurang dari 5 gram). Apa pun secara umum kualiti benih umbi yang baik adalah umbi yang berukuran sedang. Umbi benih ini yang berukuran sedang merupakan umbi ganda dimana lazimnya ia mempunyai atau terdiri dari 2 siung umbi, sedangkan umbi benih yang mana ia berukuran besar rata-rata terdiri dari 3 siung umbi jumlahnya. Umbi benih yang besar dapat menyediakan bekalan makanan yang banyak untuk proses sepanjang pertumbuhan di dalam kebun sebelum hidup subur. Hasil kajian mendapati lazimnya biji benih bersaiz besar
 (>1.8 cm) akan tumbuh lebih vigor dan selalunya akan menghasilkan daun-daun lebih panjang, saiz daun lebih besar sehingga dihasilkan jumlah tuaian umbi bagi setiap rumpun paling tinggi. Namun jika dianalisa berdasarkan beratnya benih tersebut dan aspek harga dimana benih bersaiz besar adalah mahal sehingga pilihan petani selalunya gunakan benih berukuran sedang. Balam pada itu jika gunakan benih bersaiz kecil pula (< 1.5 cm) selalunya ia addalah lemah proses pertumbuhannya dan hasilnya pun rendah. Penggunaan benih bawang yang besar tidak juga akan meningkatkan peratus bakal benih bawang berukuran besar yang dihasilkan walau pun asasnya jumlah hasil setiap plot tanaman adalah lebih tinggi. Sebelum ditanam amalan sebaiknya dengan membuang kulit luar benih yang mengering untuk dibersihkan. Untuk benih yang umur simpannya kurang dari 2 bulan biasanya dilakukan pemotongan dihujung benih tersebut sekitar kurang lebih ¼ bagian dari seluruh umbi benih. Tujuannya untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan tunas dan merangsang tumbuhnya umbi sisi. Banyaknya benih yang diperlukan dapat dikira berdasarkan jarak tanaman yang dibuat dan berat umbi benih. Keperluan benih bawang merah untuk setiap hektarnya berkisar antara 600 - 1200 kg dimana kawasan seluas 1 meter persegi dengan jarak tanam 15 cm x 20 cm dapat ditanam 40 tanaman dimana untuk kawasan kebun seluas sehektar dengan kepadatan 65% diperlukan benih 6,500 x 40 umbi iaitu sebanyak 260,000 biji benih atau jika di timbang iaitu 260,000 x 5 gram menjadi sebanyak 1,300 kg bersih. Maka untuk 1 ha tanaman bawang merah perlu disediakan benih kiraan kasar sebanyak 1,500 kg.


Aspek Kepadatan Tanaman adalah aspek penting didalam penanaman bawang merah. Ini kerana s
elain dair ukuran saiz benih, jarak tanaman dan kepadatan tanaman atau kerapatan tanaman berpengaruh terhadap hasil umbi bawang merah. Apa pun petani perlu bijaksana dalam menentukan jarak tanaman yang pada dasarnya adalah memberikan kemungkinan tanaman untuk tumbuh dengan baik tanpa mengalami persaingan dalam kes pengambilan air, unsur nutrien makanan dan persaingan berkaitan dengan cahaya matahari serta memudahkan amalan agronomi dan kerja di lapangan. Penggunaan jarak tanam yang kurang tepat dapat merangsang pertumbuhan masaalah rumpai sehingga dapat menurunkan hasil dengan amat ketara. Secara umum hasil tanaman bagi satu kawasan penanaman adalah dilaporkan tertinggi diperoleh pada kepadatana sederhana sedangkan kalau kerapatan tanaman tinggi ada persaingan dimana hasilnya akan menurun. Kajian mendapati dimana ada pelbagai pilihan bagi petani emenanam bawang merah jika menggunakan benih segar atau benih yang kurang segar atau benih sudah agak kering. Jika menggunakan benih bawang merah yang bersaiz besar (lebih 1.8 cm diameter) adalah disyorkan agar menanam dengan kepadatan tanaman iaitu  178 pokok/meter paersegi. Bagaimana pun hasilnya akan menurun jika jarak tanaman atau kepadatan tanaman bawang merah ini di naikkan. Sebagai gambaran bahawa dengan cara peningkatan kerapatan tanam dari 44 ke 100 benih/m2 maka didapati hasil bawang merah lebih tinggi dibandingkan dengan peningkatan kerapatan tanam dari 100 ke 178 benih/m2. Hasil analisis ekonomi pada berbagai situasi harga benih bawang  merah dimana anggara keperluan menunjukkan bahawa kerapatan tanam optimum dengan gross margin tertinggi adalah pada kadar 50 tanaman/m2 (atau dengan jarak tanam 10 cm x 20 cm). Hasil kajian lain menunjukkan bahawa hasil bawang merah tertinggi diperolehi pada penggunaan benih bawang besar (beratnta lebih 10 g) dengan jarak tanam 20 cm x 15 cm akan tetapi secara statistik tidak banyak perbezaan jika menggunakan benih bawang erah berzaiz sedang (5 - 10 g) dengan jarak tanam 20 cm x 15 cm. Penanam nawang merah yang berpengalaman mahir dengan kiraan kepadatan benih yang digunakan. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN BAWANG MERAH...DI INDONESIA...
TEKNOLOGI DISEDIAKAN... IA AMAT BERGUNA...
MEMILIH LOKASI... ADA VARIETI POPULARNYA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT TEKNOLOGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.