Saturday, March 2, 2024

SEPERTI EMBUN DIHUJUNG RUMPUT

Peribahasa SEPERTI EMBUN DIHUJUNG RUMPUT pada penulis blog merupakan satu peribahasa yang sangat berkaitan dengan pertanian. Kedua-dua perkataan 'embun' dan 'rumput' memang terkait kerana embun selalunya berkait dengan air untuk tanaman dan rumput merupakan tumbuhan yang sangat berfaedah. Peribahasa ini dianggap menyamai dengan peribahasa lain iaitu 'Seperti Abu Dihujung Tunggul'.  Apa pun peribahasa yang direka oleh nenek moyang kita dulu memang sangat ouitis dan teknikal analisanya. Peribahasa 'embun di hujung rumput' membawa maksud 'Sesuatu yang tidak kekal' atau 'Sesuatu yang lama kelamaan akan hilang juga'. Dalam buku teks dibuat ayat seperti 'Perkahwinan antara Halim dengan Salmah yang kurang serasi bertahan cuma sebulan sahaja seperti embun di hujung rumput'Ujud Air Embun merupakan fenomena alam yang sering terlihat di pagi hari atau di malam hari. Apa pun Rumput atau 'Rumpai' atau dalam bahasa Inggeris dipanggil 'Weeds' pula  merupakan spesies tumbuhan renek sama ada ia rendah atau tinggi dan sama ada ia tumbuh menegak, melata mahupun yang menjalar bebas dan muncul di tempat-tempat yang tidak dimaksudkan untuknya. Rumpai pula pada penulis blog bukanlah tanaman yang sengaja ditanam tetapi muncul secara sendiri atau dibawa oleh pelbagai vektor (pembawa) tanpa disedari dimana ia menganggu petani. Semasa belajar di universiti dahulu, subjek rumpai menjadi salah satu subjek kegemaran penulis blog kerana ia melibatkan banyak aktiviti mengutip banyak jenis rumpai untuk dijadikan koleksi. Umumnya rumpai boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu RUMPAI PEROSAK, RUMPAI BERSIFAT NEUTERAL dan RUMPAI BERGUNA. Namun biasanya kualiti sifat-sifat rumpai ini akan berubah mengikut keadaan tertentu. Kesan dari pertumbuhan rumpai menganggu pertumbuhan tanaman kerana ia bersaing dengan tanaman dari segi sumber makanan, ruang tumbuh, persaingan cahaya matahari dan paling tidak baik kerana ia boleh menjadi perumah kepada patogen yang menyebabkan serangan perosak dan penyakit. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas kaitan diantara peribahasa seperti embun dihujung tanduk dengan penjelasan teknikal dari aspek pertanian untuk dijadikan bahan rujukan semua.


Apakah dia EMBUN?. Air Embun merupakan fenomena alam yang sering terlihat di pagi hari atau di malam hari. Penulis blog selalu jumpa air embun ini di berbagai tempat dan habitan seperti didalam hutan hujan tropika sehingga dikawasan perumahan dibandar pada keadaan tertentu. Apa pun lebih mudah melihat embun dikawasan yang banyak tumbuhan dengan lelembapan tinggi.  Terbentuknya air embun adalah hasil dari proses pemampatan wap air di udara. Ini terjadi ketika udara sejuk dan lembap bertemu dengan  permukaan dingin. Wap air dalam udara yang lembap akan mengalami pemampatan (condensation) sehingga ia menjadi cairan (embun) ketika menyentuh permukaan dingin ini. Apa pun proses terbentuknya air embun ini dapat terjadi dimana-mana dan diberbagai tempat dan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti suhu, kelembapan, dan kecepatan angin. Air embun bukan hanya sekadar air yang membasahi tanaman atau permukaan benda-benda. Dilaporkan memang ada kajian untuk mengetahui manfaat air embun yang tersembunyi di dalam titisan yang menyejukkan ini. Pada penulis blog baik memahami bagaimana proses terbentuknya Air Embun. Cara terbentuknya air embun adalah hasil dari pemampatan (condensation) wap air di udara. Proses ini terjadi ketika udara sejuk dan lembap bertemu dengan udara yang hangat dan kering. Wap air dalam udara yang lembap kemudian akan mengalami kondensasi menjadi cairan ketika menyentuh permukaan sejuk. Proses terbentuknya air embun dapat dibagi menjadi tiga peringkat. Peringkat pertama adalah proses pembentukan awan dimana awan terbentuk ketika udara yang panas naik dan mengalami pendinginan. Udara yang mana ia sebelumnya tidak mengandungi wap air dan kemudian ia mulai mengandungi wap air yang akan mengalami kondensasi dan membentuk awan. Peringkat ke 2 adalah dikenali proses pemampatan wap air dimana wap air dalam awan mengalami kondensasi dan menjadi titisan air. Ia boleh terjadi kerana suhu dalam awan mengalami penurunan di bawah titik beku air, sehingga uap air menjadi cair. Peringkat ke 3 adalah dimana berlaku proses Pembentukan Embun dimana titisan air yang termampat ini melekat pada permukaan sejuk seperti pada daun, ranting, sarang labah-labah atau jendela rumah menjadi embun (Sila lihat foto disebelah). Antara faktor yang dapat memengaruhi proses terbentuknya air embun meliputi suhu udara, kelembapan udara dan tahap kecepatan angin. Semakin dingin suhu udara selalunya akan semakin tinggi kelembapan udara dimana semakin rendah kecepatan angin, semakin besar kemungkinan terjadinya air embun.


Pada penulis blog tidak banyak menjumpai artikel mengenai manafaat Air Embun untuk ianya dibincangkan di Malaysia secara umumnya. Bagaimana pun terkini sudah ada beberpa faedah daripada air embun sesusi dibincangkan iaitu ia mampu untuk mengatur suhu, menjaga kelembapan, mengawal kialiti udara, mengawal keseimbangan ekosistem dan juga ia adalah sebagai sumber air. Kewujudan air embun mampu me
ngawal suhu persekitaran. Kelembapan air embun bagi persekitaran mampu untuk mengatur suhu. Air embun dapat membantu mengawal suhu persekitaran dengan ia akan menyerap panas matahari dan mengeluarkan wap air yang sejuk. Air embun yang jatuh ketanah juga akan dapat menurunkan suhu permukaan tanah sekitar 5 -10 Celsius. Dalam sektor pertanian perkara ini adalah sangat penting bagi kebaikan tumbuhan dan haiwan yang hidup dihabitat yang sangat panas. Memang air embun membantu mengawal kelembapan persekitaran dimana ia akan meningkatkan tingkat kelembapan di lokasi. Apa pun dengan kelembapan yang tinggi dapat membantu menjaga tumbuh-tumbuhan dilokasi akan tetap sihat dan mengurangkan risiko kekeringan. Pada penulis blog keadaan ini penting bagi tumbuhan yang sangat sensitif terhadap kekeringan seperti tumbuhan yang berada di hutan hujan tropika. Seterusnya air embun akan mengawal Kualiti Udara dengan ia dapat menangkap debu dan partikel-partikel lain yang ada di udara sehingga ianya akan membantu menjaga kualiti udara tetap bersih. Udara yang bersih akan beri kesan positif bagi kesihatan manusia dan haiwan yang hidup di daerah tersebut. Ke 4 dimana air embun mampu menjaga Keseimbangan Ekosistem kerana ia akan menyediakan habitat yang baik bagi berbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Dengan habitat yang terjaga maka ini  akan beri peranan penting bagi berbagai jenis organisma halus yang hidup di lokasi berembun tersebut. Ia juga beri kebaikan kepada semua hidupan termasuk pokok-pokok hutan, burung dan haiwan lainnya. Ke 5 dimana manfaat air embun bagi persekitaran adalah ia sebagai Sumber Air. Adalah rasional jika air embun dapat menyediakan sumber air yang penting bagi berbagai jenis organisme, termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia dimana keadaan ini adalah dikawasan yang memang selalu kekurangan air. Akhir sekali secara tidak langsung dimana air embun yang jatuh juga dapat menambah air di air tanah. Air tanah merupakan sumber air yang penting bagi lingkungan dan menjadi sumber penting bagi tumbuhan dan hewan yang hidup di daerah tersebut.


Lazimnya tumbuhan rumput apa yang penulis blog lihat dimana i
a merupakan tumbuhan renek atau herba yang ditanam untuk kegunaan ternakan ruminan. Rumput Napier adalah jenis rumput paling lazim di komersilkan bagi dipotong dan kemuidan diberikan kepada ternakan ruminanRUMPUT NAPIER (Pennisctum purpureum) atau juga dalam bahasa lain dipanggil 'Napier Grass' atau ada yang panggil sebagai 'Rumput Gajah' merupakan sejenis rumput yang mudah untuk ditanam untuk makanan ternakan. Kini tanaman rumput napier yang juga merupakan tumbuhan rumput yang berperanan mempastikan bahawa sumber tanah dan air dikawasan tanaman mendapat tumbuhan dioptimakan penggunaanya disamping membantu mencegah hakisan tanah. Rumput Napier dari jenis tertentu yang dijaga baik mampu hidup subur menjadi bahan hijauan untuk diberikan kepada ternakan ruminan seperti lembu, kambing, kerbau dan sebagainnya. Rumput Napier jenis Pak Chong 2 dari Thailand kini juga ada yang panggil rumput gajah adalah merupakan alternatif yang sesuai untuk ditanam. Ada banyak artikel mengenai rumput napier yang saya tulis untuk dibaca antaranya pautan ini (Sila klik disini).  Secara umumnya tumbuhan rumput boleh hidup di darat, sungai atau laut. Rumpai dikelaskan mengikut cara hidup dan fisiologinya dimana pada kebiasaannya rumpai dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu Rumpai Daun Tirus, Rumpai Daun Lebar dan Rumpai Rusiga. Rumpai daun tirus biasanya di dalam keluarga Poaceae (dahulu dikenali sebagai Graminae) contohnya Echinochloa crus-galli. Rumpai jenis ini biasanya mempunyai batang yang bulat dan berdaun tirus. Rumpai daun lebar pula mudah dicam dengan sifat daunnya yang lebar dan besar. Terdapat banyak keluarga di dalam kumpulan ini, seperti Asteraceae, Amaranthaceae dan Rubiaceae. Contoh rumpai di dalam kumpulan ini ialah rumput tahi ayam (Ageratum conyzoides) dan bayam duri (Amaranthus spinosus). Manakala rusiga pula mudah dikenali dengan bentuk batangnya yang segi tiga. Kebanyakan rumpai kumpulan ini adalah di dalam keluarga Cyperaceae. Contoh mudah spesies yang tergolong di dalam keluarga ini ialah rumput halia hitam (Cyperus rotundus). Di dalam bidang pertanian ia biasanya dikaitkan sebagai "tumbuhan perosak" dan selalunya di hapuskan dengan beberapa kaedah kawalan rumpai samada kaedah mekanikal, kimia, kultur dan biologi.  Dalam bidang penternakan, rumpai boleh dijadikan makanan haiwan ternakan terutaman lembu, kambing dan biri-biri. Ia juga mempunyai banyak kegunaan didalam bidang perubatan moden atau perubatan tradisional. Sesetengah rumpai boleh dijadikan makanan atau ulam serta sumber ubatan penting. Pucuk paku dan pucuk pegaga misalnya boleh dijadikan sayur atau ulam. Misai kucing pula terkenal sebagai ubatan dalam mencegah kencing manis dan darah tinggi. Peribahasa seperti embun dihujung rumput merupakan bagaimana sesuatu itu yang tidak kekal memang selalu berlaku dalam kehidupan kita. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim technology kali ini. Wasallam!!!...
AIR EMBUN... PAGI HARI SELALU ADA...
DIHUJUNG RUMPUT...LIHA BERADA...
MUDAH JATUH... BILA-BILA MASA...
BANYAK MAKLUMAT... BOLEH BACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Rejab 1444H).
 
Kemaskini pada 2 Mac 2024.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.