Friday, January 12, 2024

ISU KETERJAMINAN MAKANAN - LAPOR MEDIA

MAKANAN (Foods)
merupakan salah satu keperluan asas manusia sebagai satu keperluan untuk hidup. Manusia umumnya memang ia memerlukan makanan seimbang bagi mendapatkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bergerak aktif. Makanan yang baik bukan sahaja mengambil kira kandungan zat yang terkandung malahan keselamatan daripada segi bahaya kimia, fizikal dan biologi di dalam makanan juga perlu diberi penekanan menjadikan makanan berkualiti dan mencukupi di perlukan. Penulis bloh merujuk kepada perkara Global Food Security Index (GFSI) dibangunkan oleh The Economist Intelligence Unit (EIU) yang berpusat di London, United Kingdom. EIU melaksanakan kawalan editorial sepenuhnya ke atas semua kandungan, termasuk pengumpulan data, analisis dan ramalan bagi laporan ini. Pihak EIU mendapat sokongan kewangan daripada Corteva Agriscience iaitu syarikat pertanian global yang menjalankan aktiviti perdagangan secara terbuka bagi membantu petani di seluruh dunia dalam memaksimumkan produktiviti untuk meningkatkan hasil dan keuntungan. Apa pun dimyatakan dalam laporan GFSI ini dikeluarkan dengan penglibatan panel pakar dalam pelbagai bidang sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2012. Laporan ini bertujuan untuk menilai tahap kerentanan negara terhadap sekuriti makanan dengan penglibatan 113 negara yang dibahagikan kepada enam (6) rantau iaitu Asia Pasifik, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika Utara, Sub-sahara Afrika dan Amerika Utara. Dalam laporan tersebut dinyatakan dimana ada terdapat 58 indikator dengan ukuran kualitatif dan ukuran kuantitatif yang dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu perkara berkaitan Affordability; Availability; Quality & Safety; dan Natural Resources atau Resilience. Bagi setiap laporan yang dikeluarkan, pihak EIU dimana ianya akan menggariskan faktor-faktor yang perlu diberi perhatian dan mempengaruhi senario semasa dalam memacu sekuriti makanan. Justeru, indeks dalam laporan semasa tidak boleh dibandingkan secara terus dengan indeks yang dikeluarkan dalam laporan tahun sebelumnya. Namun begitu, pihak EIU telah membuat pelaras. Isu peningkatan penduduk dunia saban tahun telah memberi tekanan terhadap permintaan pelbagai jenis keperluan. Namun apa yang berlaku di seluruh dunia dimana sumber yang terhad dan kehendak manusia yang tiada sempadan menyebabkan tidak semua keperluan asas dapat dipenuhi sekiranya tidak dapat ia diurus dengan baik. Oleh itu keperluan makanan merupakan salah satu keperluan asas yang perlu diberi perhatian dalam memastikan pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara kekal progresif dan berdaya saing. Apa pun dalam sistem makanan negara perlu diperkukuh supaya lebih berdaya tahan dan mampan. Ini termasuklah meningkatkan prestasi rangkaian di semua aktiviti yang berkaitan pengeluaran, pemprosesan, pengedaran, penyediaan, dan termasuklah keselamatan makanan serta pemakanan. Kerajaan Malaysia mempunyai beberapa strategi dan kluster dimana antaranya adalah Kluster Ketersediaan (KTS) diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan diselaraskan oleh Sekretariat Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN), MAFI. KTS dianggotai oleh kementerian atau agensi kerajaan, ahli akademia dan pertubuhan bukan kerajaan. Kluster ini berfokuskan kepada dimensi ketersediaan bagi menjamin bekalan makanan yang ditentukan oleh pengeluaran tempatan, stok penimbal dan juga perdagangan. Ada juga apa yang dinamakan sebagai Kluster Kebolehcapaian (KBC) diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan diselaraskan oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL). KBC dianggotai oleh kementerian/agensi kerajaan, ahli akademia dan pertubuhan bukan kerajaan. Kluster ini berfokuskan kepada dimensi kebolehcapaian kepada makanan yang mana kemampuan penduduk untuk mendapatkan makanan yang sihat, selamat dan menepati kehendak gaya hidup sama ada melalui pembelian mahupun ekonomi sara diri. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas beberapa maklumat penting bagi memahami dengan lebih baik akan apa dia maksud keterjaminan makanan sebagai salah satu bahan rujukkan kepada semua pembaca.


Media tempatan nstp.com laporkan '
KSP RMK12: Usaha keterjaminan makanan diperkukuh' amat berkaitan dengan tajuk ini. Dilaporkan dimana kini jumlah permintaan beras dijangka meningkat kepada 3.2 juta tan pada 2025 daripada daripada 2.9 juta tan pada 2020. Kini dilaporkan dimana tumpuan sektor pertanian negara akan beralih kepada memperkukuhkan lagi keterjaminan makanan serta meningkatkan akan daya saing subsektor agrikomoditi dengan menggiatkan aktiviti pertanian pintar merentasi semua sektor. Usaha itu termasuk perlu untuk mempercepat penerimagunaan teknologi, menarik penyertaan minat bakat, penyedia teknologi serta memperluas saiz ladang bagi meningkatkan pengeluaran domestik. Menurut laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 (KSP RMK12) yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi, perhatian khusus juga diberi untuk menerima pakai amalan mampan dan menerima guna mekanisasi serta automasi dalam subsektor perladangan bagi menggalakkan aktiviti yang menggabungkan kemampanan dan produktiviti. Apa pun data Kajian Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara menunjukkan usaha guna tanah untuk aktiviti agromakanan di Semenanjung Malaysia adalah 0.9 juta hektar pada 2021. Keluasan terbabit adalah 16.3% daripada 5.4 juta hektar tanah pertanian di Semenanjung Malaysia manakala baki 4.5 juta hektar adalah untuk subsektor agrikomoditi. Kawasan penanaman padi dan buah-buahan meliputi lebih 70% daripada jumlah guna tanah untuk agromakanan. Guna tanah bagi agromakanan dianggarkan meningkat sebanyak 1.2% menjelang 2025 dimana ia juga disumbangkan terutamanya oleh peningkatan kawasan penanaman sayur-sayuran dan akuakultur. Bagaimanapun bagi kawasan penanaman padi dianggarkan berkurangan sebanyak 1.4% dalam tempoh sama. Laporan itu juga ada mengunjurkan bahawa permintaan beras dijangka meningkat kepada 3.2 juta tan pada 2025 daripada daripada 2.9 juta tan pada 2020. Pengeluaran beras pula dijangka melebihi tiga juta tan metrik menjelang 2025 dengan keluasan sawah berjumlah 427,894 hektar. Apa pun langkah akan diambil untuk ia dapat menyatukan petak-petak sawah kecil dan juga memastikan infrastruktur pengairan dan saliran yang mencukupi serta memperkenalkan varieti baharu yang berhasil tinggi dan subsidi berasaskan prestasi. Kini usaha pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran akan ditingkatkan bagi memenuhi permintaan pasaran domestik dan eksport dengan tumpuan terhadap buah-buahan tidak bermusim serta sayur-sayuran tanah tinggi. Purata kadar sara diri (SSR) buah-buahan dijangka mencapai 106.5% pada 2025 berbanding 100.2% pada 2020 manakala purata SSR bagi sayur-sayuran dijangka mencapai 95.1% pada 2025 berbanding 90.9% pada 2020. Apa pun tumpuan diberikan kepada peningkatan produktiviti melalui pembangunan kluster buah-buahan dan sayur-sayuran, pemulihan ladang, pengukuhan pengurusan ladang kontrak dan peluasan penerimagunaan teknologi moden. Dilihat dimana strategi ini akan memastikan bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran yang konsisten. Membabitkan sektor perikanan pula dilaporkan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) maka tumpuan diberikan untuk mengurangkan tekanan terhadap Sektor Perikanan marin dengan meningkatkan sumbangan akuakultur dalam jumlah pengeluaran ikan daripada 20 peratus pada 2020 kepada 30 peratus atau 650,000 tan pada 2025. Bagi tujuan mencapai sasaran itu, penekanan diberikan untuk menerima guna peralatan moden seperti sistem pemberian makanan secara elektronik, sensor dan sistem pemantauan.  Ini akan membolehkan keputusan dibuat secara cepat dan tepat, mengurangkan pembaziran input dan mencegah penyebaran penyakit yang seterusnya meningkatkan produktiviti secara keseluruhan tanpa menjejaskan kualiti hasil ikan. Sektor Ruminan, pula dilaporkan domana ia perlu ada usaha bagi meningkatkan produktiviti subsektor ruminan yang masih menjadi cabaran berikutan aspek seperti kalangan iaitu penerimagunaan teknologi yang rendah, kos operasi tinggi dan ekonomi bidangan yang terhad. Strategi akan ditumpukan untuk meningkatkan SSR daging lembu daripada 27.7 peratus pada 2020 kepada 5% pada 2025, daging kambing daripada 16.1% kepada 30% manakala susu segar daripada sekitar 64% kepada 100%. Fokus turut membabitkan aspek dengan mempergiat penyelidikan dalam peningkatan genetik dan teknik pembiakan, menambah baik formulasi makanan ternakan, memperkukuh kemudahan tenusu serta menyatukan ladang ruminan berskala kecil. Laporan menyatakan dimana perlu ada penyusunan semula subsektor agromakanan menuntut bukan hanya perubahan amalan pertanian, penerimagunaan teknologi termaju dan peningkatan produktiviti tetapi juga pengukuhan ekosistem bagi memudah cara transformasi ini. Apa pun dimana matlamat akhir adalah untuk mewujudkan subsektor agromakanan yang berdaya tahan, inklusif, berdaya saing dan mampan bagi menangani sebarang krisis keterjaminan makanan pada masa hadapan.


Portal lain nyatakan dimana 'Semua agensi perlu atur strategi pastikan keterjaminan makanan' dimana ia jelas berkait dengan konsep keterjaminan makanan. Ada dilaporkan banyak t
anah terbiar di kawasan luar bandar perlu dimanfaat dan dimajukan menjadi tapak industri baharu pertanian. Aspek dalam keterjaminan makanan kini menjadi kebimbangan baharu bagi negara. Pasca pandemik Covid-19 menyaksikan kenaikan harga bekalan makanan bukan sahaja di Malaysia, malah global. Dasar kerajaan membenarkan import makanan dari negara pengeluar khususnya India, Australia, Brazil, New Zealand, Pakistan, Turki serta negara ASEAN, mengakibatkan tahap kebergantungan negara kepada sumber bekalan import semakin tinggi dan terus menunjukkan kenaikan signifikan hampir setiap tahun. Isu ini dapat dilihat berdasarkan data dikeluarkan pihak Jabatan Perangkaan yang mana jumlah import agromakanan dan hasil pertanian terpilih Malaysia pada 2022 meningkat kepada RM144.4 bilion daripada RM120.5 bilion tahun sebelumnya. Ada dilaporkan dimana jumlah import makanan terkumpul Malaysia secara keseluruhan bagi tempoh lima tahun sejak 2018 hingga 2022 pula berjumlah RM296.4 bilion, meningkat 31.8 peratus berbanding lima tahun sebelumnya (2013-2017) berjumlah RM224.9 bilion. Sungguhpun aspek bekalan makanan, khususnya bagi keperluan tempatan sentiasa terjamin dan mencukupi pada masa ini, cabaran dihadapi kerajaan kini bukan kepada bekalannya semata-mata, sebaliknya harga produk import di pasaran, sering berdepan tekanan kenaikan berterusan. Pernah sebagai contoh apabila negara India menyekat eksport gandum beberapa bulan lalu disebabkan perang Ukraine-Russia dimana ia memberi kesan besar kepada harga pasaran tepung di Malaysia. Kenaikan ini mengakibatkan pengguna serta peniaga terbeban dan ini memaksa harga barangan naik. Sekatan sama oleh India terhadap beras putih turut mengakibatkan sistem rantaian pengeluaran beras putih tempatan pula terganggu. Situasi ini diburukkan, apabila wujud pula 'sabotaj' pihak 'kapitalis' cuba mengambil kesempatan menuntut kenaikan harga beras putih tempatan di pasaran. Dalam mendepani situasi dan cabaran berkaitan isu keterjaminan makanan ini, Dasar Keterjaminan Makanan sudah digubal kerajaan pada 2021, dengan pelaksanaannya berjalan bagi tempoh lima tahun berakhir 2025. Ia menggariskan empat tonggak utama iaitu ketersediaan, akses, penggunaan dan kestabilan dan kemampaman ekosistem. Pelbagai pelan tindakan dan inisiatif dilaksana bagi mengatasi isu keterjaminan makanan ini, termasuk usaha meningkatkan pengeluaran bekalan makanan tempatan, disamping penggunaan teknologi tinggi bagi menggandakan pengeluaran hasil serta menyelesai isu sumber buruh sering menghimpit sektor perladangan dan pertanian negara. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sering kali dirujuk sebagai peneraju dalam mendepani isu berkaitan bekalan makanan negara apa pun ia sebenarnya melibatkan banyak kementerian lain juga. Apa pun peranan ini tidak seharusnya hanya terhad dipikul satu kementerian, memandangkan aspek keterjaminan makanan adalah isu mendesak dan membabitkan kepentingan ramai. Dilaporkan biarpun diakui ada usaha berterusan diambil KPKM dalam meningkatkan hasil pengeluaran pertanian, penternakan dan perladangan negara, hasilnya belum benar-benar dirasai, apatah lagi meredakan keresahan trend kenaikan harga. Dalam memastikan tindakan lebih serius kerajaan mendepani isu keterjaminan makanan ini, peranan dan upaya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) harus juga digandakan. Semua strategi dan inisiatif digariskan dalam Dasar Keterjaminan Makanan mesti dipikul bersama KKDW serta agensi di bawahnya, bukan semata-mata hanya bertumpu kepada KPKM. KKDW sesuai dan boleh memikul sebahagian tanggungjawab ini, memandangkan mereka mempunyai akses agak luas kepada infra pertanian diperlukan khususnya ladang dan tanah di seluruh negara, termasuk kawasan luar bandar. Agensi di bawah seliaan KKDW contohnya seperti FELCRA, RISDA, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) serta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), boleh diperluas peranannya. Sebagai contoh dimana dalam usaha menghasil dan mengeluarkan bekalan produk makanan haiwan skala besar untuk negara. Usaha mengenal pasti lebih banyak tanah terbiar di kawasan luar bandar berpotensi untuk dimanfaat dan dimajukan menjadi tapak industri baharu boleh menjadi fokus kepada KKDW dan agensinya ketika ini. Tanah terbiar itu tidak sekadar dijadikan tapak pertanian, penternakan dan pembukaan ladang baharu, sebaliknya dibangunkan kilang berskala besar berupaya membekal serta menjadi pengeluar makanan untuk haiwan dan baja pertanian. KKDW dan agensinya boleh diberi satu tanggungjawab menyusun, memperkemas serta memperkasa program latihan sedia ada. Sekurang-kurangnya, ia bagi menggalakkan penyertaan, meningkatkan kefahaman serta kesedaran masyarakat luar bandar kepentingan bagaimana membangunkan industri seumpama ini bagi menyokong rantaian pengeluaran makanan negara. Program latihan sedia ada yang menjurus kepada pembabitan aktiviti tanaman sara diri masyarakat luar bandar, boleh diperluas kepada latihan dan bimbingan berkaitan penyelidikan dan penghasilan produk keluaran industri ini. Sekurang-kurangnya perlu ada usaha ke hadapan untuk melihat Malaysia berusaha menjadi peneraju dalam pengeluaran produk makanan haiwan dan baja pertanian, yang mana usaha ini didukung sepenuhnya masyarakat luar bandar, berbanding hanya mengharapkan import jagung bijiran dari China dan baja kompos dari Russia. Dalam usaha memastikan keterjaminan makanan di Malaysia, ia satu usaha memerlukan pembabitan pelbagai pihak. Bukan semata-mata dipikul dan dipertanggungjawabkan kepada KPKM, sebaliknya diperluas kepada agensi dan kementerian lain. Dilaporkan indikator keterjaminan makanan negara bukan semata-semata melihat berapa tan sayur dan daging dihasilkan dan tersedia dijual di pasaran, sebaliknya kos rantaian pembekalan yang mempengaruhi harga pasaran perlu diambil perhatian kerana rakyat akhirnya akan mencongak berapa harga dibeli, bukan berapa banyak bekalan tersedia di pasaran.


Media bharian.com melaporkan dimana '
KPKM pantau lapan komoditi makanan utama' dalam cara memantau status bekalan lapan komoditi makanan utama agar dapat meningkatkan keterjaminan dan mengurangkan kebergantungan import makanan. Dilaporkan diantara bahan makanan itu ialah beras, sayur, buah, daging lembu, daging ayam atau itik, telur ayam atau itik, susu segar dan ikan sebagai makanan penting. Dalam usaha menambah baik Kadar Sara Diri (SSR) dan meningkatkan keterjaminan makanan dilaporkan KPKM akan memfokuskan kepada empat komoditi tanaman dan ternakan. Pertama adalah padi dengan mempertingkatkan produktiviti tanaman padi (Oryza sativa)  menerusi inisiatif SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) menerusi Model Mini Sekinchan dan projek rintis penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun.  Matlamat pelaksanaan program SMART SBB adalah untuk mencapai SSR beras negara kepada 75% menjelang tahun 2025 dan 80 peratus pada tahun 2030. KPKM turut fokus kepada ternakan ruminan dalam penghasilan daging dan susu. Projek ini dilaksanakan dengan meningkatkan jumlah bilangan ternakan ruminan bagi penghasilan daging lembu atau kerbau ke tahap SSR 50 peratus (111,000 tan) dan 30 peratus (14,200 tan) bagi daging kambing atau bebiri.


Dalam portal berita bernama.com ada tajuk yang menarik '
Tumpu perkukuh keterjaminan makanan, daya saing subsektor komoditi' juga berkaitan dengan artikel ini. Dilaporkan dimana tumpuan sektor pertanian negara akan beralih kepada usaha memperkukuh keterjaminan makanan serta mampu bagi meningkatkan daya saing subsektor agrikomoditi dengan menggiatkan aktiviti pertanian pintar merentasi semua sektor. Usaha ini termasuk mempercepat penerimagunaan teknologi, menarik penyertaan minat bakat, penyedia teknologi serta memperluas saiz ladang bagi meningkatkan pengeluaran domestik. Menurut laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 (KSP RMK12) yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi, perhatian khusus juga diberi untuk menerima pakai amalan mampan dan menerima guna mekanisasi serta automasi dalam subsektor perladangan bagi menggalakkan aktiviti yang menggabungkan kemampanan dan produktiviti. Dalam merujuk data Kajian Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara menunjukkan usaha guna tanah untuk aktiviti agromakanan di Semenanjung Malaysia adalah 0.9 juta hektar pada 2021. Keluasan terbabit dilapor merupakan 16.3 peratus daripada 5.4 juta hektar tanah pertanian di Semenanjung Malaysia manakala baki 4.5 juta hektar adalah untuk subsektor agrikomoditi, kata laporan itu.  Kawasan penanaman padi dan buah-buahan meliputi lebih 70 peratus jumlah guna tanah untuk agromakanan. Guna tanah bagi agromakanan dianggarkan meningkat sebanyak 1.2 peratus menjelang 2025, disumbangkan terutamanya oleh peningkatan kawasan penanaman sayur-sayuran dan akuakultur. Bagaimanapun kawasan penanaman padi dianggarkan berkurangan sebanyak 1.4% dalam tempoh sama. Sektor tanaman padi dimana laporan itu juga telah pun mengunjurkan bahawa permintaan beras dijangka meningkat kepada 3.2 juta tan metrik pada 2025 daripada daripada 2.9 juta tan metrik pada 2020. Pengeluaran beras pula dijangka melebihi tiga juta tan metrik menjelang 2025 dengan keluasan sawah berjumlah 427,894 hektar. Langkah akan diambil untuk menyatukan petak-petak sawah kecil, memastikan lebih tersedia infrastruktur pengairan dan saliran yang mencukupi serta memperkenalkan varieti baharu yang berhasil tinggi dan subsidi berasaskan prestasi. Bagi kompponen buah-buahan dan sayur-sayuran sebaiknya usaha pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran akan ditingkatkan bagi memenuhi permintaan pasaran domestik dan eksport dengan tumpuan terhadap buah-buahan tidak bermusim serta sayur-sayuran tanah tinggi. Kini purata kadar sara diri (SSR) buah-buahan dijangka mencapai 106.5 peratus pada 2025 berbanding 100.2 peratus pada 2020 manakala purata SSR bagi sayur-sayuran dijangka mencapai 95.1 peratus pada 2025 berbanding 90.9 peratus pada 2020. Tumpuan diberikan kepada peningkatan produktiviti melalui pembangunan kluster buah-buahan dan sayur-sayuran, pemulihan ladang, pengukuhan pengurusan ladang kontrak dan peluasan penerimagunaan teknologi moden. Strategi ini akan memastikan bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran yang konsisten. Bagi sektor perikanan pula menurut laporan itu, selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0), tumpuan diberikan untuk mengurangkan tekanan terhadap perikanan marin dengan meningkatkan sumbangan akuakultur dalam jumlah pengeluaran ikan daripada 20 peratus pada 2020 kepada 30 peratus atau 650,000 tan metrik pada 2025. Bagi mencapai sasaran itu, penekanan diberikan untuk menerima guna peralatan moden seperti sistem pemberian makanan secara elektronik, sensor dan sistem pemantauan. Ini didakwa akan seterusnya membolehkan keputusan dibuat secara cepat dan tepat, mengurangkan pembaziran input dan mencegah penyebaran penyakit yang seterusnya meningkatkan produktiviti secara keseluruhan tanpa menjejaskan kualiti hasil ikan. Bagi sektor ruminan pula dimana laporan itu turut menyentuh usaha meningkatkan produktiviti subsektor ruminan yang masih menjadi cabaran berikutan aspek seperti penerimagunaan teknologi yang rendah, kos operasi tinggi dan ekonomi bidangan yang terhad. Strategi akan ditumpukan untuk meningkatkan SSR daging lembu daripada 27.7 peratus pada 2020 kepada 50 peratus pada 2025, daging kambing daripada 16.1% kepada 30% manakala susu segar daripada 64% kepada 100%. Fokus turut membabitkan aspek mempergiat penyelidikan dalam peningkatan genetik dan teknik pembiakan, menambah baik formulasi makanan ternakan, memperkukuh kemudahan tenusu serta menyatukan ladang ruminan berskala kecil. Penyusunan semula subsektor agromakanan menuntut bukan hanya perubahan amalan pertanian, penerimagunaan teknologi termaju dan peningkatan produktiviti tetapi juga pengukuhan ekosistem bagi memudah cara transformasi ini. Apa pun matlamat akhir adalah untuk mewujudkan subsektor agromakanan yang berdaya tahan, inklusif, berdaya saing dan mampan bagi menangani sebarang krisis keterjaminan makanan pada masa hadapan.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology. Wasllam!!!...
KETERJAMINAN MAKANAN...DI PERKATA...
ADA LAPORAN... DALAM BANYAK MEDIA....
KURANG PASTI... APA STATUS SEMASA...
ADAKAH TERLAKSANA... MACAM DIJANGKA?..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka Bersejarah,
Hang tUah Jaya, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.