Thursday, January 11, 2024

APA DIA KETERJAMINAN MAKANAN?

MAKANAN
(Foods) merupakan salah satu keperluan asas manusia sebagai satu keperluan untuk hidup. Manusia umumnya memang ia memerlukan makanan seimbang bagi mendapatkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bergerak aktif. Makanan yang baik bukan sahaja mengambil kira kandungan zat yang terkandung malahan keselamatan daripada segi bahaya kimia, fizikal dan biologi di dalam makanan juga perlu diberi penekanan menjadikan makanan berkualiti dan mencukupi di perlukan. Penulis bloh merujuk kepada perkara Global Food Security Index (GFSI) dibangunkan oleh The Economist Intelligence Unit (EIU) yang berpusat di London, United Kingdom. EIU melaksanakan kawalan editorial sepenuhnya ke atas semua kandungan, termasuk pengumpulan data, analisis dan ramalan bagi laporan ini. Pihak EIU mendapat sokongan kewangan daripada Corteva Agriscience iaitu syarikat pertanian global yang menjalankan aktiviti perdagangan secara terbuka bagi membantu petani di seluruh dunia dalam memaksimumkan produktiviti untuk meningkatkan hasil dan keuntungan. Apa pun dimyatakan dalam laporan GFSI ini dikeluarkan dengan penglibatan panel pakar dalam pelbagai bidang sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2012. 
Laporan ini bertujuan untuk menilai tahap kerentanan negara terhadap sekuriti makanan dengan penglibatan 113 negara yang dibahagikan kepada enam (6) rantau iaitu Asia Pasifik, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika Utara, Sub-sahara Afrika dan Amerika Utara. Dalam laporan tersebut dinyatakan dimana ada terdapat 58 indikator dengan ukuran kualitatif dan ukuran kuantitatif yang dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu perkara berkaitan Affordability; Availability; Quality & Safety; dan Natural Resources atau Resilience. Bagi setiap laporan yang dikeluarkan, pihak EIU dimana ianya akan menggariskan faktor-faktor yang perlu diberi perhatian dan mempengaruhi senario semasa dalam memacu sekuriti makanan. Justeru, indeks dalam laporan semasa tidak boleh dibandingkan secara terus dengan indeks yang dikeluarkan dalam laporan tahun sebelumnya. Namun begitu, pihak EIU telah membuat pelaras. Isu peningkatan penduduk dunia saban tahun telah memberi tekanan terhadap permintaan pelbagai jenis keperluan. Namun apa yang berlaku di seluruh dunia dimana sumber yang terhad dan kehendak manusia yang tiada sempadan menyebabkan tidak semua keperluan asas dapat dipenuhi sekiranya tidak dapat ia diurus dengan baik. Oleh itu keperluan makanan merupakan salah satu keperluan asas yang perlu diberi perhatian dalam memastikan pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara kekal progresif dan berdaya saing. Apa pun dalam sistem makanan negara perlu diperkukuh supaya lebih berdaya tahan dan mampan. Ini termasuklah meningkatkan prestasi rangkaian di semua aktiviti yang berkaitan pengeluaran, pemprosesan, pengedaran, penyediaan, dan termasuklah keselamatan makanan serta pemakanan. Kerajaan Malaysia mempunyai beberapa strategi dan kluster dimana antaranya adalah Kluster Ketersediaan (KTS) diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan diselaraskan oleh Sekretariat Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN), MAFI. KTS dianggotai oleh kementerian atau agensi kerajaan, ahli akademia dan pertubuhan bukan kerajaan. Kluster ini berfokuskan kepada dimensi ketersediaan bagi menjamin bekalan makanan yang ditentukan oleh pengeluaran tempatan, stok penimbal dan juga perdagangan. Ada juga apa yang dinamakan sebagai Kluster Kebolehcapaian (KBC) diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan diselaraskan oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL). KBC dianggotai oleh kementerian/agensi kerajaan, ahli akademia dan pertubuhan bukan kerajaan. Kluster ini berfokuskan kepada dimensi kebolehcapaian kepada makanan yang mana kemampuan penduduk untuk mendapatkan makanan yang sihat, selamat dan menepati kehendak gaya hidup sama ada melalui pembelian mahupun ekonomi sara diri. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas beberapa maklumat penting bagi memahami dengan lebih baik akan apa dia maksud keterjaminan makanan sebagai salah satu bahan rujukkan kepada semua pembaca.


Dilaporkan dimana kerajaan Malaysia telah merancang beberapa strategi yang akan menjadi panduan kepada perlaksanaan konsep keterjaminan makanan di negara ini. Bagi jenis 
Kluster Keselamatan Makanan dan Pemakanan (KMP) dimana kluster ini diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diselaraskan oleh Sekretariat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) melibatkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan serta Bahagian Pemakanan di KKM. KMP dianggotai oleh kementerian atau agensi kerajaan, ahli akademia dan pertubuhan bukan kerajaan. Di bawah Dasar Sekuriti Makanan Negara, kluster ini berfokuskan kepada dimensi utilization merentasi sepanjang rantaian nilai makanan yang meliputi aspek keselamatan makanan dan pemakanan bagi menjamin sekuriti makanan yang selamat dan berkhasiat. Dilaporkan dalam aspek Sub Kluster Keselamatan dan Kualiti Makanan dimana kluster ini akan bertanggungjawab merancang, melaksanakan, memantau dan menilai aktiviti keselamatan dan kualiti makanan bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan, makanan serta memudahkan perdagangan makanan. Mandat untuk kawalan ini diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan yang berkaitan di bawahnya. Kedu dalam Sub Kluster Pemakanan dimana kluster ini dilaporkan akan bertanggungjawab merancang, melaksanakan, memantau dan menilai aktiviti keselamatan dan kualiti makanan bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan, makanan serta memudahkan perdagangan makanan. Mandat untuk kawalan ini juga telah diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan yang berkaitan di bawahnya. Strategi seterusnya adalah mengenai berkaitan Kluster Kestabilan dan Kemampanan (KSM) yang mana kluster ini diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan diselaraskan oleh Sekretariat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC). KSM dianggotai oleh kementerian/ agensi kerajaan, ahli akademia dan pertubuhan bukan kerajaan berfokuskan kepada dimensi stability bagi menjamin sistem makanan negara. Apa pun di Malaysia dimana Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025 telah dibangunkan bagi memperkukuh sekuriti makanan negara dengan mengambil kira isu dan cabaran di sepanjang rantaian bekalan makanan bermula daripada input pertanian hingga ke sisa makanan. Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 yang merangkumi 5 teras strategik, 15 strategi dan 96 inisiatif ini dijangka akan dapat memastikan kesinambungan bekalan makanan negara pada setiap masa, khususnya dalam menghadapi situasi di luar jangkaan. Berdasarkan keterangan diatas rasanya agak jelas dari segi strategi dan pihak yang bertanggungjawab terhadap keterjaminan makanan di Malaysia untuk di jadikan rujukkan.


Merujuk beberapa dasar dan strategi mengenai keterjaminan makanaan yang mana isu ini m
enjadi kebimbangan di peringkat nasional dan global. Menurut Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WHO/FAO) dimana telah berlaku iaitu pada tahun 2022, antara 691 sehingga 783 juta orang di seluruh dunia mengalami kelaparan dimana majoritinya merupakan penduduk di kawasan Asia manakala 425 juta orang di Asia dianggarkan juga dilaporkan ada mengalami kekurangan zat makanan. Dalam pada itu negara kita Malaysia merupakan antara negara pengeluar minyak sawit dan beras tertinggi di Asia dan juga negara kita masih menunjukkan arah aliran yang tidak stabil dalam keterjaminan makanan. Berdasarkan Indeks Makanan Keterjaminan Global (GSFI) dilaporkan dimana pada tahun 2022 Malaysia menduduki tempat ke-41 daripada 113 negara iaitu penurunan sebanyak tujuh tangga berbanding kedudukan tahun 2021. Dalam pada itu perlu ada dasar komprehensif mengenai isu keterjaminan makanan ini dengan mana demi mengatasi masalah di atas dimana  ada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dimana dia telah menjenamakan semula Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Dicadangkan bagi menangani isu keterjaminan makanan dimana pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memperkenalkan dua dasar iaitu Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2021-2025 dan Dasar Agro-Makanan Negara 2021-2030. Apa pun dilihat dimana kedua-dua dasar tersebut ada menekankan tiga aspek penting yang boleh meningkatkan keterjaminan makanan Malaysia iaitu dengan cara mengurangkan tahap import dan eksport makanan, meningkatkan pertanian domestik dan meningkatkan pengeluaran komoditi. Walaupun Malaysia melaksanakan dua dasar yang komprehensif untuk dijangka akan menangani masalah keterjaminan makanan akan tetapi dilaporknan dimana Malaysia masih lagi mengalami terus penurunan tujuh anak tangga daripada tahun sebelumnya dalam penarafan GSFI sehingga kini. Justeru itu dijelaskan dimana ada tiga strategi penting untuk menambah baik GSFI Malaysia dan mengurangkan isu keterjaminan makanan. Sebagai strategi pertama ialah mengurangkan import makanan pada produk terpilih. Sebagai contoh dimana bagi jenis produk ayam dimana dilaporkan nisbah sara diri (SSR) telur ayam Malaysia adalah lebih daripada 100 peratus atau pun sudah hampir 100 peratus untuk daging ayam. Meskipun mempunyai SSR yang tinggi namun dilihat dimana jumlah ayam yang diimport meningkat sebanyak 30% daripada 7,800 tan pada Mei kepada 10,200 tan pada Jun 2022 selepas permit kebenaran import dimansuhkan. Dalam erti kata lain dimana dilihat rakyat Malaysia didakwa mereka makan ayam lebih dari yang sepatutnya. 


Dalam pada itu selalunya u
rusniaga import akan melibatkan mata wang tempatan (RM = Ringgit Malaysia) dan mata wang asing dimana ujud isu berkaitan kadar pertukaran mata wang yang mana ia bakal meningkat. Apabila Malaysia aktif melakukan urusniaga import dimana proses pertukaran mata wang yang tinggi juga berlaku dan aliran mata wang Ringgit Malaysia keluar adalah lebih tinggi daripada sebelumnya. Perkara ini akan mengakibatkan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia secara berperingkat berbanding semua mata wang lain dan ini perlu di berbaiki keadaannya. Strategi kedua ialah mengurangkan eksport makanan dimana sebagai contoh di Malaysia tanaman padi (Oryza sativa) adalah penting untuk keterjaminan makanan Malaysia kerana nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Kajian yang di keluarkan oleh pihak Institut Penyelidikan Khazanah yang laporkan dimana rakyat Malaysia mengambil purata 2.5 pinggan nasi setiap hari. Akibatnya dimana semenjak dari tahun 2000 hingga 2016 jumlah pengeluaran beras meningkat sebanyak 1.6 peratus. Bagaimanapun dilaporkan dimana isu penggunaan beras Malaysia sentiasa mengatasi pengeluaran beras. Merujuk rekod dimana nisbah SSR bagi kecukupan  beras di Malaysia juga menunjukkan penurunan iaitu 62.90% pada tahun 2022 berbanding 71.60% pada tahun 2014. Bagaimana pun dilaporkan dimana Malaysia masih lagi ianya mempunyai jumlah eksport padi yang tinggi sekitar bilai iaitu USD41.6 juta. Ketika Malaysia memperkenalkan Rancangan Malaysia Ke-8 dahulu (masa itu penulis blog masih bertugas lagi dimana apa yang memberi tumpuan kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan iaitu arah aliran pengurangan pengeluaran padi menjadi lebih ketara. Ini mengakibatkan keterjaminan makanan berada pada paras yang kurang memuaskan. Dilaporkan Malaysia terpaksa mengurangkan eksport untuk meningkatkan pengeluaran padi bagi memenuhi penggunaan tempatan. Strategi ketiga tertumpu kepada sistem bandar dan teknologi tinggi untuk meningkatkan produktiviti makanan. Berdasarkan GSFI dimana negara Singapura berada pada kedudukan ke-28 walaupun keluasan tanahnya yang jauh kecil berbanding Malaysia. Sebagai perbandingan dimana keluasan Singapura hanyalah 719 kilometer persegi iaitu lebih kecil daripada keluasan negeri Perlis yang mempunyai keluasan 819 kilometer persegi. Dilaporkan dimana pada tahun 2019 di Singapura mereka melancarkan kempen 30 hingga 30 yang merupakan satu usaha untuk meningkatkan kapasiti sektor makanan pertanian bagi memenuhi 30% permintaan pemakanan global secara mampan menjelang 2030. Apa pun dilaporkan tujuannya adalah untuk menubuhkan pusat teknologi pertanian bandar. Antara strategi dalam inisiatif yang ujud adalam pendekatan konsep 30 hingga 30 adalah pencahayaan LED berbilang tingkat dalaman dan sistem akuakultur peredaran semula, Menyediakan konsep 'Ladang Ikan Terapung' yang dianggap sebagai satu teknologi pintar Teknologi Akuakultur Singapura yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan pertumbuhan dan kesihatan ikan dan Sky Greens yang menggunakan sistem berasaskan peringkat berputar yang mengoptimumkan penyerapan cahaya dan air untuk hasilkan menghasilkan sayur-sayuran berdaun (Sila lihat foto paling bawah yang penulis blog hadi di Singapura). Apa pun dengan adanya sistem pertanian bandar berteknologi tinggi ini boleh meningkatkan pengeluaran agromakanan asalkan mempunyai teknologi, modal, kepakaran dan sebagainya untuk perlaksanaannya. Dilaporkan dimana Malaysia juga turut ada meluncurkan inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran sektor agromakanan mengunakan teknologi tinggi. Perdana Menteri kini sudah menyatakan komitmen kerajaan untuk dapat meraka menyediakan geran sebanyak RM200 juta melalui Agrobank bagi membantu menyediakan beberapa kemudahan pembiayaan khususnya bagi aplikasi teknologi moden dalam sektor pertanian. Pada penulis blog dimana bagi tujuan untuk dapat menangani isu keterjaminan makanan di Malaysia dimana sebaiknya kerajaan harus mengkaji semula dasar keterjaminan makanan semasa dan mempertimbangkan bagaimana import, eksport dan sistem teknologi tinggi bandar boleh membantu. Sebagai tambahan kepada tiga aspek utama yang dinyatakan diatas dimana memang penting untuk menarik pakar-pakar yang juga komited mengenai sektor pertanian untuk dilibatkan sama dengan komitment. Tanpa disediakan khidmar pakar, pelaburan untuk setiap sektor akan gagal iaitu sama seperti pelaburan yang lain. Sebaiknya pihak  kerajaan perlu memberi inspirasi dan menarik minat generasi muda supaya mereka bekerja bersama dan mengenali potensi sektor pertanian. Apabila lebih ramai petani mendapat keuntungan daripada operasi pertanian mereka, mereka akan meningkatkan produktiviti pertanian dan seterusnya menangani masalah keterjaminan makanan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology mengenai apa dia info keterjaminan makanan yang ditulis dalam blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KETERJAMINAN MAKANAN ... APA DIA...
BANYAK DI TULIS... RAMAI TIDAK BACA....
MACAM TIDAK TAHU.. BETULKAN CARA...
MAKLUMAT PENTING...STRATEGI ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.