Saturday, December 23, 2023

PERTANIAN REGENARATIF - APA DIA?

PERTANIAN REGENARATIF (Regenerative Agriculture atau Regenrative Farming) dima ia merupakan satu konsep dimana maksudnya adalah pertanian yang berprinsip dalam usaha meningkatkan kualiti di kawasan pertanian dengan pentingkan aktiviti rehabilitasi dan revitalisasi keseluruhan ekosistem termasuk menjaga kepentingan tanah dan air. Sejak lama dimana amalan pertanian memang telah menitikberatkan kepada usaha dalam pengurusan air, penggunaan baja dan mempertahankan kepelbagaian aktiviti biologi untuk dapat menyediakan keadaan tanah pertanian pertanian yang sihat. Kesannya dimana dengan meningkatkan kesihatan tanah dan menjaga kesuburan tanah maka kadar karbon dan biomass tanaman yang di hasilkan menjadi lebih banyak dimana ini akan menjadikan kualiiti hasil pertanian meningkat dan seterusnya mendapat harga jualan produk lebih tinggi. Ada banyak aspek dalam pertanian regenaratif yang boleh di amalkan bagi tujuan ini. Bagi penulis blog dimana pertanian regeneratif adalah dimaksudkan juga dengan bagaimana pendekatan amalan pertanian dijalankan yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan kesuburan tanah bersamaan dengan melindungi sumber sedia ada dan keanekaragaman pelbagai hidupan dan persekitaran sedia ada. Apa pun aktiviti memulihkan kesihatan tanah perlu dilakukan demi membantu mengurangkan kadar karbon dimana tanah yang lebih sihat  biasanya ia mampu meningkatkan hasil penuaian hasil serta membantu meningkatkan pendapatam petani. Kepada semua pembaca blog maksud pertanian regenaratif ini boleh dimaksudkan dengan basaha mudah sebagai 'Pertanian Penjanaan Semula' yang bermaksud sejenis pertanian yang mengembangkan konsep dan yang objektif utamanya adalah menjalin hubungan antara petani dan peternak untuk mereka mengarahkan kegiatan ekonominya ke arah sesuatu yang lebih lestari (sustainable). Apa pun lazimnya dalam banyak proses amalan agronomi yang telah dilaksanakan melalui pertanian moden dilaporkan cara konvensional ini akan menyebabkan kehilangan kesuburan tanah. Maka dengan alasan tersebut maka pendekatan pertanian regeneratif akan menjadi semakin penting dimasa akan datang untuk menjamin penghasilan lebih baik untuk bekalan makanan dunia. Dalam pada itu memandangkan evolusi teknologi dan peningkatan pengeluaran dan permintaan makanan penduduk dunia terus meningkat maka kepentingan menjaga agar tanah pertanian terus subur perlu di fikirkan. Sejak dulu amalan pertanian sudah menjalankan proses konvensional yang menggunakan unsur-unsur bahan kimia yang merosakkan tanah. Kini kesannya dimana ini bukan sahaja menyebabkan jumlah hasil pengeluaran yang dapat dilakukan menurun tetapi sumber asas sedia ada termasuk tanah semakin tercemar. Kualiti Air dan juga kualiti tanah dalam kawasan yang paling banyak terjejas kerana ia telah dipengaruhi oleh amalan pertanian moden yang menyebabkan kehilangan kesuburan tanah, berlaku penurunan kehadiran mikrobiologi, mineral dan bahan organik dimana faktur ini amat mempengaruhi prestasi kesuburan tanaman dan penghasilan pertanian. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kupas mengenai apakah dia pertanian regenaratif untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Dilaporkan dimana kaedah 
pertanian regeneratif akan memainkan peranan lebih penting untuk mengembalikan komponen dinamik ini ke tanah. Asas sistem pertanian dan penternakan ini adalah sistem eko-pintar sepenuhnya. Ia juga di maksudkan sebagai usaha bagi mencampurkan perkembangan terbaik teknologi moden dengan keperluan pembangunan yang lebih lestari. Jika ada kumpulan holistik yang dibentuk oleh pertanian, penternakan dan perhutanan disebut kemudian sebagai 'kitaran sistem makanan lestari' dimana objektif pertanian regeneratif adalah untuk ianya dapat mencapai keseimbangan dengan cara yang semakin sihat. Keseimbangan ini mesti membolehkan sumber semula jadi akan tidak habis dimana asasnya tanah dapat menghasilkan semula pada kadar yang lebih cepat daripada sumber yang diekstrak keluar oleh tanaman dan cara lain. Sememangnya penulis blog faham dimana perkara ini cukup mencabar pakar-pakar sains diseluruh dunia. Manusia akan terus bertambah dimana keperluan makanan juga terus meningkat sedangkan kawasan tanah sesuai untuk pertanian semakin berkurang disebabkan oleh pembangunan. Tanah pertanian sedia ada juga dilaporkan semakin berkurangan dan sudah tercemar atau kurang subur lagi akibat penggunaan bahan kima yang berlanjutam. Objektif lain dari pertanian degeneratif adalah menjadikan semua operasi pertanian dan aktiviti ternakan akan lebih menguntungkan. Ini juga bertujuan untuk petnai dapat mengurangkan kos pengeluaran setersunsya juga petani dapat malakukan hubungan simbiosis antara haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sisa biomass di tanah dengan cara yang luar biasa termasuk membuat kompos. Sekiranya petani terus menerus bertania secara konvensional dengan menggunakan bahan kimia ianya akan merendahkan kualiti tanah yang mana ini akan menyebabkan tanah kehilangan kesuburannya. Sejak dulu sudha dilaporkan mula berlaku apa yang dikatakan sebagai 'Proses Penggurunan' atau dalam bahasa Inggeris ebagai 'desertification'. Desertification ini adalah proses buatan manusia yang mana ia menyebabkan pengurangan kesuburan dan penggurunan tanah dimana dulu tanah tersebut merupakan kawasan pertanian dengan tanah yang subur. Pa pun kemudian jika berlaku isu dimana tanah kehilangan kesuburan sebenarnya ia sudah kehilangan asas keupayaan untuk menghasilkan tanaman dengan produktif. Selalunya apa yang berlaku adalah tanah mula terhakis dan setiap masa ia memerlukan kewujudan mikrob dalam tanah  yang menjadi sedikit jumlahnya. Amalan untuk menjadikan cadangan pertanian regeneratif menjadi kaedah didalam usaha untuk menjalankan pertanian di seluruh dunia perlu dilakukan.


Penulis blog kongsikan penjelasan iaitu bagaimana pendekatan p
ertanian regeneratif boleh dijalankan iaitu ia merangkumi beberapa amalan pertanian terpilih. Pendekatan pertama adalah Amalan Penanaman Karbon dimana amalan bagi meningkatkan karbon tanah dengan meningkatkan struktur dan juga tahap kesuburan tanah serta melalui pengurangan pelepasan gas rumah hijau. Seterusnya adalah amalan Pembajakan Minimal atau Tiada Pembajakan di lakukan diatas tanah. Cara ini akan seterusnya dapat mengurangkan atau menghapuskan pembajakan mekanikal yang selalunya amalan seperti ini akan mengurangkan kehilangan karbon, berlaku hakisan tanah dan kes gangguan struktur tanah. Amalan ketiga adalah berkaitan dengan Penggiliran Tanaman (Crop Rotation) dimana secara baiknya petani akan menanam dengan pelbagai jenis tanaman dan tanaman berlainan antara baris untuk mengelakkan ada patogen perosak dan penyakit serta mengelakkan kes-kes hakisan tanah, membantu mengawak rumpai, memelihara kelembapan dieskeliling tanaman dan dapat memperbaiki struktur atau kesuburan tanah. Perlu juga diamalkan apa yang dikatakan sebagai Pemulihan dan Perlindungan Ekosistem dimana peru sentiasa dijaga akan aktiviti pemulihan landskap semula jadi seperti hutan, sumber bekalan air dan keadaan tanah lembap untuk mengekalkan biodiversiti dan kelestarian alam sekitar. Sejak lama sudah diperkenalkan Amalan IPB atau Pengurusan Perosak Bersepadu dimana penggunaan kaedah biologi dan musuh semulajadi dan bukannya racun kimia untuk mengawal perosak dan penyakit tumbuhan perlu dilakukan oleh petani. Penggunaan racun kimia yang dibuat berterusan akan menyebabkan serangga dan patogen lain akan menjadi kebal. Seterusnya amalan Pemulihan Pastura Bersepadu terutama bagi pengurusan padang rumput yang luas dengan melakukan penggiliran ternakan dan pusingan kawasan ragutan bersepadu bertujuan untuk mengekalkan ekosistem dan biodiversiti kawasan pastura yang sihat. Penulis blog ada banyak membincangkan mengenai Amalan Menggunakan Sungkupan dimana penggunaan sungkupan yang diperbuat daripada sisa tanaman atau bahan organik lain untuk melindungi tanah daripada hakisan, memperbaiki lagi struktur tanah, mengekalkan kelembapan dan akan menyekat pertumbuhan rumpai agar dibuat dengan baik. Kini lebih ramai petani suka menggunakan sungkupan plastk sivershine dimana sebenarnya untuk jangkamasa panjang ia seterusnya menyebabkan tanah menjadi toksik dan tanaman tidak mampu tumbuh dengan subur. Sila baca tulisansaya mengenai isu ini dnegan pautan berikut (Sila Klik Disini). langkah seterusnya dengan Amalan Agroforestry iaitu pendekatan yang mana ia menggabungkan tumbuhan pokok hutan berkayu bersama dengan aktiviti tanaman atau ternakan di tapak yang sama untuk meningkatkan hasil tanaman, mengurangkan hakisan, meningkatkan biodiversiti dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Seterusnya amalan pertanian regenaratif adalah dengan mengamalkan Penggunaan Kompos dan juga Sisa Organik dimana penggunaan kompos, baja hijau dan bahan organik lain bertujuan untuk meningkatkan kesuburan tanah, memperbaiki struktur tanah dan membolehkan kepelbagaian mikrobiologi berada dalam tanah. Akhir sekali adalah dengan cara pendekatan termasukaktiviti seperti Pemulihan dan Pemuliharaan Kepelbagaian Genetik yang berkait dengan keperluan untuk menanam jenis tumbuhan tempatan dan tradisional serta amalan memulihara benih untuk mengekalkan kepelbagaian genetik dan sistem pertanian yang lebih mampan.


Tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) merupakan tanaman yang terluas di tanam di Malaysia dan Indonesia dimana ia telah menjana pendapatan penting kepada KDNK negara. Menyentuh mengenai kepentingan 
pertanian regeneratif bagi tanaman sawit meskipun tidak ada definisi yang diterima secara universal dimana pertanian regeneratif dimaksudkan dengan penggabungan amalan pertanian yang bertujuan untuk mempertahankan kesihatan tanah dan tidak menghabiskan akan sumber alam sedia ada seperti air dengan kaedah sesuai untuk tetap mengurangkan kesan emisi gas rumah kaca. Selain itu juga pertanian regeneratif dapat meningkatkan pendapatan petani dengan memberikan produktiviti hasil yang lebih baik dan meningkatkan bekalan makanan melalui cara penanaman berbagai jenis tanaman. Secara asas dimana menjaga persekitaran amat penting kepada 3 faktur dalam pengeluaran iaitu Iklim, Tanah, Keanekaragaman Hayati dan Air. Bagi iklim perlu di ketahui akan kepentingan penyerapan karbon serta aspek pengurangan pengeluaran (emission) gas rumah kaca. Sumber tanah pula berkait dengan kaedah bagaimana untuk mempertahankan kesihatan tanah dan mencegah degradasinya. Keanekaragaman Hayati bermaksud sebagai bagaiman cara mempromosikan dan kaedah untuk  mempertahankan keanekaragaman hayati dilapangan. Bagi sumber Air pula adalah bagaimana cara meningkatkan perkolasi air, filtrasi dan retensi air. Saintis laorkan dimana sektor pertanian menyumbang lebih dari 1/4 emisi1 gas rumah kaca dunia, sementara pertumbuhan populasi dunia juga terus meningkatkan tekanan pada industri pertanian. Saintis diseluruh dunia perlu fikirkan bagaimana pertanian dapat terus maju tanpa merosakkan kawasan tanah tempat ia tumbuh dan sesuai dengan iklim yang juga berubah. Jika amalan pertanian dilanjutkan secara konvensional maka ia akan merosakkan tanah melalui proses hakisan tanahm pencemaran bahan kimia dan penggurunan. Bekalan makanan dunia akan terjejas apabila lapisan tanah atas kehilangan nutrien dan kesuburan. Menyentuh mengenai tanaman sawit dimana permintaan minyak sawit terus meningkat diseluruh dunia. Kelapa sawit adalah tanaman tahunan (perennials) yang ekonomik sehingga sekitar 20-25 tahun berbeza dengan tanaman untuk minyak masak lain yang ditanam setahun sekali seperti jjagung, rapeseed dan sebagainya. Tanaman tahunan seperti kelapa sawit sangat sesuai untuk mengamalkan pertanian regeneratif dengan mudah. Amalan Tanaman Giliran dilakukan untuk mencegah degradasi lapisan tanah atas lebih dapat diterapkan pada tanaman setahun dengan tanaman penutup bumi kekacang. Sistem akar tanaman penutup bum ini telah berkembang baik membolehkan ia menyimpan karbon lebih efektif dan meningkatkan kapasiti menahan air dan infiltrasi, retensi nutrisi, dan mengurangkan hakisan tanah (yang meningkatkan kehidupan mikrob dalam tanah).  


Dalam perladangan sawit ada beberapa perkara sesuai dilakukan pertamanya adalah menyentuh kilang sawit. Kini sisa kilang sawit telah di sesuaikan dengan kaedah pengurusan sisa POME yang dijaga dengan baik. POME kini telah pun 
diproses dan di proses menjadi baja kompos atau baja organik yang sesuai dikitar semula untuk tanaman makanan. Jika ia dilakukan maka kebergantungan kepada baja kimia dapat dikurangkan dengan ekonomik. Dalam mengawal masaalah serangan tikus di ladang sawit kini diperkenalkan pemasangan rumah Burung Hantu (Tyto alba) dalam ladang sawit sebagai sangat berkesan. Perosak tikus selalunya akan merosakan tanaman kelapa sawit muda dan memakan buah sawit yang masak menyebabkan kerugian. Pada masa ini sudah di laksanakan apa yang dikatakan sebagai amalan prinsip Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) yang dipatuhi oleh semua pengusaha tanaman sawit. 
Tanaman sawit di kawasan tropika dengan menerima curahan hujan yang tinggi perlu mematuhi RSPO untuk tujuan pasaran eksport keseluruh dunia. Pada penulis blog dimana tanaman monokultur seperti kelapa sawit kurang mendokong cara bagaimana keanekaragaman semulajadi jika hendak ianya dibandingkan fauna didalam hutan tropika sedia ada. Ada ekempen dari negara barat menyatakan beberapa negara pengeluar minyak sawit telah memusnahkan hutan dan haiwan termasuk orang hutan sebagai kempen anti-minyak sawit. Bagaimana pun dilihat isu ini dimainkan oleh mereka yang kurang faham dimana penanaman sawit sebenatnya adalah membolehkan ia seperti penghutanan semula cuma sawit mampu memberikan hasil. Kini banyak negara rantau ini amalkan pendekatan keanekaragaman hayati selama 10 tahun terakhir dengan hasil yang sebenarnya. Pertanian regeneratif menjadi sangat penting dalam meningkatkan kelestarian sektor pertanian termasuk untuk kelapa sawit. Meningkatnya permintaan akan makanan yang ditambah dengan menipisnya tanah yang subur memang ia memerlukan sistem pertanian baru termasuk Penjanaan Semula Pertanian atau Regenaratif Pertanian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
REGENERATIF PERTANIAN... APA DIA...
JARANG DI BINCANG... DI MALAYSIA....
BANYAK FAKTUR... PERLU DI CERNA...
KURANG FAHAM...SILA BACA SEMULA...  

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1926, Hotel Pullman,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(2 RabiulAkhir 1445H).
Published from,
Room 8, Tanjung Uda Resort,
Kg Sitiawan Setiawan, Perak.
A family gathering day....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.