MARDI atau Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia telah melancarkan hibrid baharu nanas MS16 yang disifatkan terbaik pernah dihasilkan negara pada 16 Disember 2023 menjadikan ia bakal menambah lagi koleksi varieti nanas untuk di komersilkan di Malaysia. Penulis blog yang dijemput tetapi tidak dapat hadir dalam majlis pelancaran tersebut mendapati dimana Varieti Hibrid Nanas MS16 adalah terhasil daripada kacukan induk nanas Josapine (AC5) dan nanas tanpa duri dari Australia yang dibangunkan selama 10 tahun oleh MARDI di stesennya iaitu Pusat Penyelidikan Tanah Gambut (IPRS) di Pontian, Johor. Penulis blog adalah Ketua Pengarah LPNM pada tahun 2018. Dilaporkan dimana antara ciri keistimewaan nanas hibrid MS16 adalah didakwa buah nanasnya adalah lebih manis berbanding varieti nanas manis lain serta ia rangup dan tidak lidas. Pemerhatian di rak-rak pameran dinyatakan dimana purata anggaran berat setiap biji nanas tersebut adalah 1.5 kilogram (kg) sebiji. Dilaporkan Varieti Nanas MS16 adalah varieti tahan panas selain toleran kepada penyakit reput teras bakteria yang lazimnya menjadi musuh utama pengusaha nanas di negara ini. Pada penulis blog ada kemungkinan dimana nanas ini akan di daftarkan didalam Senarai Varieti Tanaman Kebangsaan di Jabatan Pertanian Malaysia dengan kod daftar sebagai AC17 atau AC18 bergantung kepada proses borang pendaftaran yang di hantar oleh MARDI kelak. Media laporkan dimana Majlis Pelancaran hidbrid nanas baharu itu telah pun ianya disempurnakan Ahli Parlimen Pontian iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya dan MP dari Daerah Pontian. Dalam kenyataan media Ahmad berkata dimana nanas hibrid MS16 itu dijangka mengubah industri nanas negara terutama dengan kedudukan Johor sebagai negeri pengeluar nanas terbesar negara dan sebahagian besar ladang nanas masih berada di Pontian. Dinyatakan juga dimana pihak MARDI memaklumkan hibrid baharu nanas MS16 ini adalah varieti terbaik nanas yang pernah dikeluarkan di Malaysia kerana kualiti rasanya lebih manis. Pada penulis blog dimana pengeluaran hibrid baharu nanas MS16 ini diharap dapat memperbaiki kedudukan Malaysia yang kini berada di kedudukan 23 sebagai pengeluar nanas dunia. Pengeluar utama nanas dunia di dahului oleh Costa Rica diikuti oleh Indonesia dan Filipina. Dalam kenyataan lain Ketua Pengarah MARDI dakwa dimana hibrid baharu nanas MS16 dijangka dipasarkan secara komersial di seluruh negara pada 2025 apabila sulur benih di edarkan pada tahun 2024 ini di tanam. Menambah kenyataan dimana ujian penanaman nanas MS16 dimulakan di Pontian sejak 2014 bagi memastikan kaedah dan hasil terbaik nanas berkenaan dapat dituai dan dikomersialkan secara meluas. Dalam majlis sama pihak MARDI turut menyerahkan 1,000 benih hibrid nanas MS16 kepada 12 pengusaha nanas di Pontian bagi memulakan penanaman nanas varieti ini. Pada penulis blog ketiadaan sulur benih MS16 ini akan menyebabkan penanam nanas akan kecewa kerana mereka tertunggu-tunggu lama untuk mendapatkannya iaitu kes yang sama dengan beberapa varieti baka baru tanaman lain dilancarkan MARDI sebelum ini (Rambutan, Kambing, Padi dsb) dan agak mengambil masa yang lama untuk pengusaha dapat diusahakan secara besar-besaran. Penulis blog merujuk lagi kenyataan media semasa pelancaran dimana dalam 13 bulan ditanam maka nanas MS16 dijangka dapat dituai dan dipasarkan ke seluruh negara. Orang ramai yang berminat mendapatkan benih hibrid nanas MS16 boleh hadir dan membelinya di Stesen MARDI Pontian untuk diusahakan. Dalam kenyataan lain dimana Negeri Johor akan meneruskan proses untuk mengeksport nanas ke China dengan lebih agressif pada tahun 2024 dimana kehadiran nanas MS16 ini akan menjadi satu pilihan lebih banyak kepada negara mengimport yang di pantau oleh LPNM. Artikel pada pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan pelancaran Nanas Hibrid MS16 dan pencirian nanas hibrid ini untuk ianya dapat dijadikan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.
Dalam meneliti akan varieti ini penulis blog merujuk kepada laporan dalam Bulletin Teknologi MARDI Bil 24/2018 dengan tajuk 'L6 - nanas Baharu Untuk Pasaran Segar' yang pernah saya tulis sebelum ini. Dilaporkan dimana proses pembangunan nanas L6 Nanas titisan L6 (selepas pelancaran di percayai diberikan nama MS16) yang terhasil melalui kaedah penghibridan yang berasaskan nanas komersil iaitu varieti Josapine (AC5) dengan nanas tanpa duri daripada luar negara iaitu varieti 53-116. Induk 53-116 merupakan genotip yang diperkenalkan ke MARDI pada 1993 melalui kerjasama pertukaran janaplasma dengan Maroochy Horticultural Station Nambour, Queensland, Australia. Genotip ini telah dibangunkan oleh Pineapple Research Institute di Hawaii. Dilaporkan dimana ciri buah nanas 53-116 agak manis iaitu dengan nilai kemanisann ~14 °Brix (Total Soluble Solid atau TSS) serta ia mempunyai saiz kecil seperti nanas varieti Josapine (1.16 kg). Dilihat lanjut dimana ia juga mempunyai bahagian tengah (core) yang kecil berukuran purata 16 mm. Pokoknya tahan penyakit reput teras bakteria dengan hampir 91% kadar survival. Induk Josapine amat disukai ramai disebabkan buahnya yang manis (16 °Brix) mempunyai warna yang menarik dan beraroma. Buah Josapine dilaporkan ia adalah lebih asidik (0.77% TTA atau Total Titrable Solid) dan mempunyai rasa lidas iaitu rasa nanas tulen. Di samping itu ciri buahnya tahan disimpan lama dan rintang kepada ‘gejala teras hitam’ (black heart disorder) iaitu kesan kecederaan sejuk dingin akibat suhu rendah semasa penyimpanan. Pokoknya sangat subur (vigorous) dimana ia mampu mengeluarkan sebanyak 2 - 3 sulur tanah dan berbuah awal di mana pusingan hasilnya kurang daripada satu tahun iaitu satu ciri istimewa yang tidak terdapat pada kultivar nanas lain. Kacukan antara kedua-dua genotip iaitu VArieti Nanas Josapine dengan Varieti Nanas 53-116 dari Australia ini dilaporkan telah menghasilkan populasi F1 yang terdiri daripada progeni (anak-anak) yang berlainan cirinya berdasarkan genotip nanas yang sememangnya bersifat heterozygous. Melalui beberapa siri penilaian dan pemilihan diikuti dengan ujian saling tindak genotip terhadap semua aspek persekitaran (Genotype x Environment) dimana ada satu titisan iaitu L6 yang mempunyai ciri-ciri terbaik nanas untuk pasaran segar telah dipilih. Ciri-ciri titisan L6 Titisan L6 telah menunjukkan prestasi lebih baik daripada kedua-dua induknya dari aspek kualiti buah dan sifat pokoknya terhadap ketahanan penyakit dan pengeluaran benih (sulur) (Jadual 1). Buah L6 mempunyai kulit yang agak nipis, berisi padat dengan saiz yang sederhana dengan purata berat 1.5 kg. Isinya sangat manis (TSS 16 – 23 °Brix), kurang asidik (0.47% TTA), beraroma, berwarna kuning menarik, mempunyai tekstur buah agak rangup dan kurang lidas berbanding dengan induknya Josapine.
Dilaporkan dimana varieti nanas MS16 ini telah membuatkan nanas tersebut amat sesuai untuk dimakan segar. Buah MS16 ini dilaporkan ia boleh dituai seawal indeks kematangan 1 - 2 berbanding dengan Josapine yang dituai pada indeks 4 untuk sedap dimakan. Pokok nanas MS16 adalah jenis piping-leaf iaitu daun tanpa duri (Sila lihat foto disebelah). Pokoknya bersaiz sederhana dan mengeluarkan banyak sulur tangkai (purata 6 unit sulur) yang boleh dijadikan sebagai bahan tanaman. Kedapatan sulur tangkai ini menjimatkan kos dan masa untuk proses pengeluaran benih tanaman bagi petani. Di samping itu dilaporkan dimana pokok MS16 menunjukkan tindak balas matangnya juga lebih singkat daripada nanas Maspine (AC4). Pengeluaran jambak bunga (red heart) adalah lebih kurang 45 hari selepas proses aruhan bunga (menghormon buah). Aruhan pembungaan boleh dilaksanakan menggunakan bahan iaitu campuran 50 ml Ethephon (Ethrel) dengan 360 g urea ke dalam 18 L air dan sejumlah 50 ml cecair campuran tersebut disembur pada tengah pucuk pokok nanas. Buah boleh dituai dalam masa 130 - 145 hari selepas proses aruhan hormon dimana ia bergantung kepada cuaca di mana tempoh masak buah adalah lebih cepat pada cuaca yang biasanya berkelembapan tinggi (musim hujan). Jambul yang dihasilkan adalah bersaiz sederhana iaitu 250 - 270 g. Pada penulis blog dimana Varieti Nanas Hibrid MS16 ini adalah ia amat sesuai ditanam di tanah jenis gambut dan juga mineral. Berdasarkan kajian peningkatan skala yang telah dijalankan di MARDI Pontian (pada tahun 2015 - 2017 sudah iaitu sudah 8 tahun lalu) iaitu melalui aplikasi agronomi dan pembajaan standard nanas dilaporkan hasil yang didapati ialah 45,675 kg/ha dengan jarak tanaman 30 cm x 60 cm di antara pokok dan 90 cm di antara batas. Bagaimana pun penanam nanas di tanah gambut agak berlainan cara amalan agronominya dengan cara penanaman nanas MS16 di atas tanah mineral.
Memang tidak banyak maklumat asas yang di berikan oleh MARDI kepada mereka yang baru hendak mengetahui akan nanas varieti baru ini kerana ia tidak diperincikan didalam laporan utama dalam media. Bagaimana pun penulis blog telah kongsikan maklumat tersebut sebagai bahan rujukkan semua. Pertama adalah bagaimana hendak tahu akan ciri-ciri tampang pokok nanas hibrid Varieti MS16 ini dimana dilihat yang pokoknya akan tumbuh subur sederhana tinggi di kawasan penanaman (Sila lihat fotoo disebelah). Dilaporkan dimana pada bahagian daunnya ia memang tidak berduri (sama seperti pokok nanas MD2) dimana ia memberikan keselesaan kepada pekebun nanas dari ketajaman duri pada daun nanas. Apabila di periksa dimana bahagian batangnya dilihat seakan ia kuat dan mempunyai saiz jambul sederhana besar diatas buahnya. Antara ciri lain mengenai pembakaan dimana dilihat nanas MS16 ini lazimnya ia mengeluarkan banyak sulur tangkai iaitu dengan jumlah purata 6 sulur sepokok. Ini membolehkan petani akan dapat menggunakan sulur tersebut dengan baik sebagai anakbenih. Kalay seekar ada 15,000 pokok bermakna jumlah anggaran anakbenih sulur adalah sekitar maksima 90,000 sulur atau sekitar 70 -65,00 yang dipilih sesuai untuk ditanam. Dalam kes lain dilaporkan dimana ada tindak balas pembungaan dengan kadar melebihi 80% selepas pokok matang di buat aruhan pembungaan (menghormon). Apa pun dilihat selalunya dilihat iaitu proses pengeluaran jambak bunga (red-heart) sektar 45 hari lepas aruhan dimana akhirnya buah nanas MS16 ini sudah boleh dituai sekitar 130 -145 hari lepas pokok dibuat aruhan. Buah nanas MS16 ini sesuai di tuai pada tahap indeks 0 sehingga indeks 1 dengan anggaran hasil yang berpotensi diperolehi sebanyak 46,000 kg/ha (46m t/ha). Apa pun melihat kepada pencirian buah nanas hibrid MS16 dimana ia adalah berbentuk silinder dengan mempunyai ciri kulit nipis tetapi ia adalah berisi padat. Jika di periksa dimana saiz buah nanas MS16 adalah dalam kelas sederhana iaitu dengan purata berat buah adalah 1.5 kg/buah (1.3 - 1.6 kg). Diperiksa lagi dimana warna isinya adalah kuning keemasan dimana dari analisa makmal ia mempunyai purata kandungan gula sekitar 17.59 °Brix (bacaan diantara 16 - 23 °Brix). Bagi penulis blog dimana ia mempunyai citarasa yang enak dengan ciri isinya yang agak rangup. Paling suka dimana nanas MS16 ini adalah ia beraroma dan memnag kurang lidas sesuai sebagai hidangan nanas segar. Dari segi ciri tangkainya pula dilihat ia mempunyai jenis tangkai buah (penduncle) yang agak panjang tapi kuat dengan purata 36.5 cm (35 - 43 cm) dan sesuai untuk dikomersilkan. Kepada penanam nanas yang membaca artikel ini mungkin tidak sabar untuk mencuba tanam nanas hibrid MS16 yang dilancarkan pada 16 Disember 2023 di Pontian, Johor. Diharap industri nanas negara akan lebih maju dengan pelancaran nanas baru ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DI IPRS PONTIAN... MARDI LAMA BUAT KAJIAN...
DIDAKW MANIS... TIDAK LIDAS BILA DIMAKAN...
SUDAH TAHU...ADAKAH BENIH DIBEKALAN?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Jamadilakhir 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.