Thursday, December 21, 2023

IKAN TALANG DAN IKAN MASIN TALANG

IKAN TALANG
(Scomberoides lysan) adalah ikan yang selalu di dapati dengan cara memancing di laut tropika dengan mana ia  adalah ikan dari keluarga Carangidae (jack). Apa pun memang ikan talang selalu berada dekat dengan kawasan terumbu karang dan tersebar luas di seluruh Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Penulis blog ada banyak kali memancing di laut Mersing dulu dan dapat naikkan ikan talang ini semasa bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Mersing sekitar tahun 1998-2000. Memang seronok menaikkan ikan talang ini dengan masa menarik joran memberikan perlawanan yang hebat apa lagi kalau saiz ikan tersebut melebihi 1 kg beratnya. Dari segi ukuran dilaporkan domana ikan talang mampu mencapai hingga 110 cm panjang badannya dengan berat badan mencecah 11kg (ikan talang yang besar di lautan). Selalunya ikan talang mempunyai warna iaitu perak (silver) dengan warna gelap pada sirip atas dan sirip ekor serta deretan bintik hitam di kedua di bahagian sisi. Mengenali ikan talang dimana ia mempunyai jenis sisik seperti jarum tajam yang tertanam didalam bahagian kulit yang keras. Ikan ini juga dilaporkan ia mempunyai jenis sisik dibawahnya yang juga tajam dan ia tertanam di tengah badannya iaitu di bawah urat sisi. Bagaimana pun ikan talang ini tidak memiliki sisik seperti spesies tongkol. Ikan talang dilaporkan berada daripada kawasan timur dari Laut Merah dan Afrika bahagian timur sehingga ke Hawaii, Marquesas dan Kepulauan Tuamotu. Ia juga dijumpai berada di utara Jepun sehingga ke kawasan di New South Wales. Dari segi habitat dimana ikan talang selalunya suka tinggal dalam perairan yang relatif jernih dari permukaan hingga sekitar 100 meter. Ikan talang remaja selalunya berada atau mendiami perairan cetek atau kawasan berhampiran dengan pantai dan sesekali berada dalam kawasan air payau. Selalunya apabila ikan talang dewasa ia akan tinggal di kawasan terumbu karang dalam laut. Dari segi cara menangkap ikan talang biasanya nelayan akan gunakan pancing dengan umpan sesuai seperti sotong dan sebagainya. Ikan talang selain daripada di makan segar ia merupakan spesis ikan yang popular untuk dibuat ikan masin atau ikan kering dan memang banyak di jual di seluruh negara. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai ikan talang dan ikan masin talang untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.

 
Dilaporkan dimana ikan talang ini adalah spesis ikan 
jacks, scads, trevallies, queenfishes, runners, amberjacks, pilotfishes dan pampanos merupakan antara spesies ikan dalam keluarga besar Carangidae. Ikan Talang paling popular di Malaysia dijadikan Ikan Masin atau Ikan Kering atau pelbagai lagi produk proses. Membuat ikan talang kering memerlukan bahan asas termasuk Ikan Talang Segar (Jangan ambil ikan talang yang dari peti ais), Garam dan juga cuka. Cara untuk membuatnya dengan pertama sekali, siang ikan dan bersihkan segala isi perutnya dan di basuh bersih. Lepas itu di potong bahagian belakang ikan (bahagian kepala). Perlu juga dibersihkan lagi saki-baki isi perut dan insang dan mesti dicuci bersih-bersih sekali lagi. Kemudian ambil bekas besar dan aturkan ikan talang ini secara sama rata dan taburkan garam kasar. Kemudian di lapiskan lagi dengan ikan dan tabur lagi garam dimana sebaiknya dijadikan susunan ikan secara berlapis-lapis. Kemudian di tutup dalam bekas kedap udara dan diperap semalaman. Letakkan bekas tersebut di dapur sahaja dan tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Apa pun kemudian setelah cukup semalaman diperap maka ambil kesemua ikan yang diperap dan basuh sehingga bersih. Langkah seterusnya adalah menyusun ikan di atas para untuk menjemur (jika tiada para jemur khas maka boleh gunakan dulang). Kemudian ikan ini di jemur di bawah matahari terik hingga ke petang selama 3-4 hari dimana kena pastikan cuaca benar-benar panas. Apa jika ikan masih lembap perlu diulang proses pengeringan pada keesokan harinya. Ikan yang betul-betul sudah kering boleh disimpan lama dan tidak akan berbau. Ikan talang ini boleh terus di masak atau di jual atau di simpan dalam peti ais agar tahan lama. Terdapat beberapa tips untuk menghasilkan ikan talang kering yang sedap dan menyelerakan. Antaranya ialah dimana ikan yang telah kering itu boleh dibungkus dan disimpan di dalam peti sejuk dimana jika mampu boleh juga menjemur ikan kering di atas bumbung rumah. Ini untuk mengelakkan lalat datang menghinggap dan gangguan haiwan-haiwan peliharaan. Penting untuk sentiasa pantau ikan kering yang dijemur kerana ada kalanya serangga seperti tebuan suka makan ikan kering yang dijemur.


Banyak c
ara untuk memasak ikan talang kering dimana ada lebih dari 50 jenis masakan. Salah satu masakan yang jadi kesukaan penulis blog adalah Masakan Ikan Talang Masin Goreng Asam (Sila lihat foto disebelah). Apa pun menus ini merupakan menua yang sangat ringkas dan mudah tetapi sedapnya tidak terkata. Lebih enak apabila dimakan pula dengan nasi panas-panas dimana akan terus tambah nasinya. Bagi memasak menu ini disediakan bahan iaitu 300 gm ikan talang masin yang dipotong 4 bahagian, ½ cawan air asam jawa, sedikit minyak masak dan bagi bahan hirisan terdiri daripada 3 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, 3 tangkai cili merah, 3 tangkai cili hijau serta 5 tangkai cili api. Langkah untuk memasaknya dengan membasuh dulu ikan talang masin untuk kebersihan dan buang garamnya. Kemudian digorengkan ikan talang ini dengan api paling kecil sehingga masak. Jangan terlalu garing kerana ikan talang masin ini akan menjadi keras kalau terlalu garing. Kemudian diangkat dan asingkan. Dalam pada itu di tumiskan bahan hirisan tersebut dalam kuali sehingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan air asam jawa dan perlu dikacau rata. Seterusnya di masukkan ikan talang yang telah digoreng dan biarkan mendidih seketika dan matikan api dimana hidangan ini sudha boleh dihidangkan. Satu lagi menu yang mudah dan enak di makan adalah menus Ikan Talang Sos Tiram. Pertama dimana ikan talang masin digoreng bersama bawang besar dan cili kering. Kemudian bolej di campur dengan sedikit sos tiram untuk penambah perisa. Cili kering boleh dipotong kecil kalau nak ikan masin ini pedas sikit maka boleh dipotong besar-besar. Secara asasnya bahan perlu disediakan adalah 300 gm isi ikan talang masin, 2 biji bawang besar, 8 biji cili kering, 1 sudu kecil sos tiram dan oerisa. Cara masaknya dengan membersihkan isi ikan talang masin dan ketepikan dulu. Kupas kulit bawang dan dipotong kecil atau dibersihkan cili kering dan dipotong. Panaskan kuali berisi minyak secukupnya dan masukkan isi ikan talang masin dan di kacau sampai isi ikan ni masak kemudian masukkan semua bawang besar dan cili kering kacau lagi dan masukkan sos tiram. Kacau semua bahan dan biarkan bawang besar layu dan masak dimana kemudian boleh ditutup api dapur dan masukkan juadah ini kedalam pinggan yang sesuai untuk dihidangkan.


Menarik dikongsikan '
Acar ikan talang masin buka selera' seperti dilaporkan dalam beberapa media. Kisah dari Sungai Petani, Kedah dimana seorang peniaga nasi lemak telah mengambil kesempatan bulan Ramadan untuk mendapatkan sumber pendapatan sampingan dengan menjual acar ikan talang masin. Bagi  Nasirah Salehuddin (34) dimana dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah hari demi hari sehingga menerima lebih 200 tempahan setiap hari. Dia yang mula menjual secara dalam talian sejak Ramadan tahun lalu tidak menyangka acar ikan talang masinnya ditunggu-tunggu oleh pelanggannya Ramadan kali ini. Acar ini dijual hanya pada bulan Ramadan sahaja dimana dia tidak menyangka percubaan kali pertama tahun lalu membuatkan acar ikan talang masin ini dinanti-nantikan pelanggan saban tahun. Setiap tahun dia membuka tempahan lebih awal iaitu tiga minggu sebelum berpuasa dan sehingga kini lebih 2,000 bekas acar ikan talang masin terjual di seluruh negara. Idea menghasilkan acar ikan talang masin itu datang apabila dia memikirkan kesibukan kaum ibu menyediakan juadah berbuka puasa dan bersahur buat keluarga. Selalunya kuah acar itu dimasak sekurang-kurangnya lima jam bagi memastikan acar dapat disimpan dalam tempoh yang lama tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Dia akan memasak sekurang-kurangnya empat kuali besar acar dan memerlukan kira-kira 10 kilogram isi ikan talang masin setiap hari. Dia menggunakan isi ikan talang masin berbanding isi ikan lain disebabkan ramai yang menggemari ikan itu selain mempunyai isi banyak. Dia tidak kisah biarpun isi ikan talang masin dikatakan dijual dengan harga tinggi di pasaran akan tetapi dia menjual dengan harga murah, asalkan pelanggannya dapat menikmati acar yang diwarisi daripada arwah neneknya itu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN TALANG... MUDAH DI JUMPA...
IKAN SEGAR... DI KERINGKAN JUGA...
BANYAK MENU... BOLEH DI CUBA...
BELI ON-LINE... SENANG SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.