Friday, December 15, 2023

JENIS KELAPA RENDAH TERPILIH - APA DIA (PART 3)

KELAPA RENEK (Dwarf Coconut) merupakan salah satu kumpulan kelapa yang ada di tanam di Malaysia selain daripada jenis  Kelapa Tinggi (Tall Coconut) dan juga Kelapa Hibrid (Hybrid Coconut). Industri kelapa di negara ini dilihat semakin cerah berdasarkan peningkatan permintaan terhadap produk-produk sediada dan pelbagai produk baru. Produk sediada seperti kelapa parut, kelapa parut kering, kerisik, santan kelapa, serbuk santan dan minyak kelapa manakala produk-produk baru yang ditambah nilai samada dalam bentuk makanan atau bukan makanan seperti minyak kelapa dara (VCO), jeli kelapa, nata de coco, kelapa muda, karbon teraktif dan produk kraftangan berasaskan kelapa. Pada penulis blog yang memang lama terlibat terus dengan industri kelapa di Malaysia mendapati dimana ada program pembangunan khas industri kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia sejak tahun 1970'an oaotu Program Rancangan Pemulihan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) dengan penanaman kelapa varieti Malayan Tall (CN1) yang dihentikan pada tahun awal 1980'an. Kemuidan dalam setiap Rancangan Malaysia di laporkan pembangunan kelapa adalah melalui Bahagian Pembangunan Tanaman Industri, Padi dan Florikultur (PTIF) kemudian telah mengesyorkan varieti kelapa MATAG (CN13, CN14 dan CN15), MAWA (CN3) dan Kelapa Pandan CN6 ( dimana saya pernah bertugas di Jabatan Pertanian masa itu. Kelapa varieti ini adalah ditanam untuk ditanam oleh petani terutama di Johor, Selangor dan Perak dan beberapa kawasan di negeri lain. Kesemua varieti bari ini dilaporkan ia mampu untuk berikan hasil yang tinggi. Ketinggian pokok boleh mencapai ketinggian sehinggan 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (pokok Kelapa Rendah Malaya). Bilangan buah setandan di antara 14 - 16 biji. Bagaimana pun pengeluaran benih kelapa MAWA oleh Jabatan Pertanian telah dihentikan pada tahun 2015. Dalam pada itu jenis Kelapa Pandan atau dinamakan sebagai 'kelapa wangi' atau ‘aromatic dwarf’. Ia mula diperkenalkan di Thailand pada sekitar tahun1971 dan dikenali dengan nama ‘Makprow Nam Horn’, kini mula popular di negara ini. Isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Kelapa pandan jenis rendah dihasilkan secara pendebungaan terbuka dan ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Buahnya berwarna hijau, kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Boleh mengeluarkan sehingga 10 - 22 biji bagi setandan. Anak benih pokok pandan mudah dikenali melalui aroma pandan pada hujung akar yang dihancurkan atau aroma pandan yang terhasil apabila bahagian bawah lai daun yang dilayur dengan api tetapi terkini kaedah paling tepat adalah melihat ciri khasnya (Sila Klik Disini). Artikel pada petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan bincangkan 8 jenis kelapa rendah atau Kelapa Renek (dwarf veriety) yang ada di Malaysia untuk dijadikan pilihan pekebun kelapa di seluruh Malaysia amnya sebagai bahan rujukkan.


5.  KELAPA RENEK PANDAN (CN6)

VARIETI POKOK KELAPA PANDAN
(Cocos nucifera) atau dikenali sebagai 'Aromatic Coconut' telah berjaya untuk didaftarkan dengan nolbor daftar CN6 dan ia merupakan sejenis varieti kelapa yang semakin meluas ditanam di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Kelapa Pandan yang telah didaftarkan dalam Senarai Pendaftaran Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dengan kod CN6 dilakukan pada tahun 2014. Varieti Kelapa Pandan merupakan varieti kelapa jenis rendah yang mampu menghasilkan banyak buah kelapa di mana airnya berbau pandan. Kelapa ini juga sudah dikenali sebagai 'kelapa wangi' kerana mempunyai isi dan air yang beraroma pandan walau pun ada kalanya baunya akan berkurangan terutama diminum semasa munsim hujan. Walau pun kelapa ini dipercayai berasal daripada negara Thailand tetapi sebenarnya ia telah ditanam di negara kita sejak lama dan berpuloh tahun dahulu dengan pemilihan varieti yang lebih baik (Domesticated variety). Kelebihan kelapa pandan lagi kerana ia jenis kelapa rendah dengan ketinggian optima sekitar 6 meter sahaja dengan tandan dan buahnya berwarna hijau (Seakan menyamai varieti Malaysan Green Dwarf atau MGD). Bentuk buah dan saiz buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Setiap pokok dewasa yang dijaga baik mampu menghasilkan sebanyak 12 tandan setahun dengan purata bilangan buah setandan diantara 10 - 12 biji. Hasil dari penelitian dan tinjauan penulis blog di ladang beberapa Pusat Pertanian Jabatan Pertanian diseluruh negraa dan di kebun-kebun petani ada mendapati kelapa pandan mampu untuk menghasilkan sebanyak 28,000 biji buah sehektar setahun atau purata sebanyak 130 biji sepokok setahun. Apa pun dilaporkan dimana varieti kelapa pandan disyorkan ditanam untuk memenuhi bekalan kelapa muda dalam negara dan sebahagian diekspot kenegara jiran (Singapura, Thailand dan Brunei). Penelitian penulis blog di beberapa rangkaian premis yang menjual Kelapa Pandan Thailand Original (buah yang diimport dari Thailand) ianya dijual dengan harga runcit RM10.00 sebiji. Harga ladang kelapa pandan sekitar dahulu hanya RM 1.00 - RM 1.50 sebiji 10 tahun dahulu tetapi kini ia sudah naik berganda pada tahun 2022 apabila dihidangkan direstoran dan Hotel harganya mencecah RM5.00 - RM6.00 sebiji dan keatas. Anak pokok kelapa pandan tulin boleh dikenali dengan melalui beberapa pemeriksaan bau pada benih yang dikeluarkan dan menepati prosedur Skim Pengesahan Bahan Tanaman yang diperiksa oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Dilaporkan dimana Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia mampu mengeluarkan lebih 50,000 benih kelapa pandan tulin setahun dari ladang benih mereka. 
Ciri khas yang boleh menentukan ia adalah varieti kelapa pandan dimana pokok kelapa pandan yang sudah mula berbunga dan berbuah akan dilihat mempunyai struktur seapan 'Kepak' pada pelepahnya yang ada mayang atau bunga atau putik buah (Sila klik disini). Struktur kepak ini seakan serabut berjaring yang berwarna coklat ini seakan berbentuk tigasegi dengan hujung yang tirus menghala kebahagian pucuk daun. Ia boleh ada disebelah pelepah atau dikedua belah kepaknya bergantung kepada beberpa faktur. Ciri seperti ini agak unik dilihat pada pelepah pokok kelapa pandan yang tiada pada kebanyakan varieti kelapa yang lain. Hasil daripada penelitian penulis blog juga mendapati pokok kelapa pandan yang tulin ini mempunyai saiz perdu batang pokok yang menegak (tiada tapak kaki gajah) dan ianya menepati atau menyamai dengan ciri bentuk batang pokok kelapa renek yang lain. Kepada pemilik pokok kelapa pandan boleh memeriksa ciri ini untuk mempastikan ia memang pokok kelapa pandan tulin yang benihnya boleh dijadikan anakbenih setelah membuat pemilihan yang disesuaikan dengan prosedur. Lazimnya beniih kelapa pandan yang tulin boleh dijual diantara RM6.00 sehingga RM15.000 sepokok.


6.  KELAPA RENEK TACUNAN (CN17)

KELAPA RENEK TACUNAN
(Cocos nucifera) merupakan sejenis varieti kelapa yang popular ditanam di Filipina sebagai satu varieti kelapa renek berhasil tinggi. Penulis blog dapati varieti kelapa Tacunan telah didaftarkan dalam senarai varieti tanaman pada 30 April 2020 dengan nama Tacunan Green Dwarf oleh  Stesyen Pertanian Ulu Dusun, Jabatan Pertanian Sandakan (UDARS), Sabah. Menurut sumber dari Philiphines Coconut Authority (PCA) yang penulis telah berbincang dengan beberapa pegawainya di Manila ada menyatakan, kelapa varieti tacunan ini merupakan varieti kelapa terbaik digunakan untuk menghasilkan produk makanan berasaskan kelapa. Ia mempunyai permintaan tiinggi dikalangan penanam, pemproses dan juga para pengeksport kelapa di Filipina. Ia sesuai diproses untuk menghasilkan pelbagai produk dari produk berasaskan isi kelapa dan air kelapa serta penghasilan minyak kelapa dan gula dari kelapa (Nira dan Gula Melaka). Terdapat seluas 3.6 juta hektar tanaman kelapa di Filipina yang mana ia telah menduduki tempat kedua terluas menanam kelapa selepas negara Indonesia iaitu seluas 3.8 juta hektar. Malaysia kini hanya mempunyai sekitar 95,000 hektar keluasan tanaman kelapa (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian MAlaysia 2014). Penanaman kelapa dinegara yang berpulau seperti Filipina dan Indonesia merupakan pilihan terbaik untuk menjadi sumber ekonomi penduduknya. Philippine Coconut Authority (PCA) telah mengenalpasti dua varieti kelapa renek di negara mereka untuk di komersilkan iaitu Varieti Galas Hijau dan Varieti Tacunan. Kedua-dua varieti ini telah lulus untuk disyorkan penanamannya kerana ciri asas seperti saiz buah yang besar, kandungan berat isi yang baik, kandungan air yang banyak dan berkualiti, ketebalan isi serta kepadatannya (firmness). 
Ketika penulis bersama mengukur buah tersebut di UDARS mendapati, purata ukurlilit 'polar' buah sepanjang 62cm dan juga ukurlilit 'equatorial' buah adalah 55cm. Kemudian sabut kelapa dikeluarkan dan ditimbang dimana ia memebrikan bacaan 381 gram. Kajian mengenai jumlah isipadu air dalam kelapa tacunan adalah purata sebanyak 238 ml sebiji. Ini amat sesuai untuk dijadikan industri air kelapa dan cconut shake (boleh dapat 2-3 gelas!). Apa yang istimewa mengenai kelapa tacunan ini juga mengenai kandungan dan tahap kemanisan airnya dengan bacaan 8.9%TSS (Total soluble sugar) iaitu agak manis. Berat tempurung yang dikira sebanyak 212 gram sebiji dan memberikan berat isi segar sebiji kelapa dimana ia memberikan purata 460 gram. Kajian sterusnya mendapati ketebalan isi kelapa adalah sekitar 10.7mm. Analisa dilakukan terhadap kelapa tacunan dimana berat kopra yang dihasilkan sebanyak 247 gram sebiji dengan hasilkan kandungan minyak sebanyak 53ml. Purata berat buah kelapa muda untuk kegunaan air minuman pula adalah sekitar 3,837gram dimana ia mempunyai air dan sabut basah yang besar. Varieti kelapa tacunan ini atau Tacunan Green Dwarf (TACD) dijangka akan menjadi salah satu varieti kelapa premium di Malaysia dimasa akan datang jika anakbenih sudah banyak dikeluarkan dengan perancangan baik. Sehingga artikel ini ditulis dimana pokok induk yang dijaga baik sudah berumur 7 tahun dan sudah sesuai untuk dikembangkan sebagai pokok induk. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaa blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELAPA RENEK...RENDAH SAHAJA....
CEPAT BERBUAH...TIGA TAHUN SAJA....
BUAHNYA KECIL... BANYAK JUMLAHNYA...
MARI TANAM.. DAPATKAN BENIHNNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
28 Jamadilawal 1445H.
Posted from:
Room 1826, Hotel Pullman,
Kuching, Sarawk.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.