Monday, November 20, 2023

SAWI - JENIS SAWI DAN KHASIATNYA (Part 3)

TANAMAN SAWI
(Brassica spp Linn) merupakan sejenis tanaman sayur daun yang popular di usahakan di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Tanaman sawi yang merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Cruciferae yang singkat masa sekitar sebulan sebelum dituai dan dipasarkan dengan kekerapan tanaman 6 - 10 kali setahun. Keluasan tanaman sawi di Malaysia pada tahun 2022 adalah seluas 11,653 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 165,548 metrik tan (Sumber: Booklet Ststistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Tanaman ini paling luas di tanam di Johor iaitu seluas 4,095 hektar dengan penghasilan sebanyak 64,097 mt diikuti dengan Negeri Pahang seluas 2,176 hektar dan Negeri Perak seluas 1,154 hektar. Pada penulis blog mendapati ada beberapa jenis tanaman jenis sawi ini yang popular di tanam oleh petani di Malaysia seperti Sawi Hijau, Kailan, Sawi Putih, Sawi Jepun, Sawi Pakchoy, Sawi Kerinting dan beberapa lagi. Bagaimanakah sayuran sawi ini di gunakan sehingga ratusan metrik tan ini laku dipasaran?. Sayuran sawi ini banyak digunakan sebagai sayur (tumis, masak air dsb) tetapi juga ia banyak digunakan didalam masakan seperti mee goreng, mihun goreng dan seumpamanya. Sudah tentu masakan kailan ikan masin merupakan diantara menu makanan Ala Thai di restoren tomyam yang sangat popular di seluruh negara. Malaysia dilaporkan pengeskport utama sayuran daun jenis sawi ke Singapura untuk kegunaan penduduk tempatan dan di hantar ke kapal-kapal perdagangan yang beribu-ribu tan jumlahnya dalam sebulan. Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana sayur sawi biasa dijadikan berbagai macam olahan seperti ditumis sehingga disayur dan menjadi sayuran paling banyak dihidangkan kerana ia memang mudah, murah dan berkhasiat. Mungkin masih ramai kalangnan pembaca blog dan pengguna yang belum tahu secara betuk akan beberapa jenis sawi dipasaran kerana kebanyakan daun sawi hijau adalah berwarna hijau termasuk juga jenis sawi putih. Ada beberapa jenis sawi ternyata ia memiliki bentuk yang berlainan tentunya memakakan sayur sawi mempunyai manfaat yang baik bagi kesihatan tubuh, Tanaman Sawi (Brassica rapa var. parachinensis L.) pada penulis blog merupakan sejenis komoditi yang ditanam iaitu jenis sayur daun popular. Ia berasal dari China yang ditanam semenjan 2,500 tahun dahulu. Artikel pada subuh Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai beberapa jenis sawi dan khasiatnya untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana kebanyakan s
ayuran bergenus Brassica memang sangat popular di kalangan pengguna. Perkara ini adalah disebabkan kerana ia tidak hanya berpunca dari kandungan nutrisinya yang hebat akan tetapi sayuran jenis ini ini juga mudah tumbuh di berbagai negara dan cepat dituai. Beberapa kajian yang siap dijalankan saintis pula ada menyatakan dimana sayur sawi ini didakwa mampu untuk  meningkatkan imuniti badan seseorang. Salah satu bahan yang dkenali sebagai indole dilaporkan ia akan dapat dalam meningkatkan tindakbalas tubuh terhadap serangan patogen. Ini bermakna kesan positifnya dimana seseorang akan menjadi lebih kuat untuk melawan virus atau bakteria yang menyebabkan penyakit. Dalam kajian lain dilaporkan dimana ada jenis tanaman kobis juga mengandung isotiosianate dan sulforafana yang mempunyai sifat antikanser. Bahan ini juga dapat menurunkan kadar stres oksidatif sehingga mencegah pertumbuhan sel abnormal (tumor). Dalam beberapa kajian lain dilaporkan dimana ada beberapa jenis kanser yang mana ia berlaku berkemungkinan besar boleh dicegah dengan cara memakan sayuran ini secara rutin termasuk isu serangan mengenai Kanser Hati, Kanser Paru-paru, Kanser Prostat dan Payudara serta yang lainnya. Memakan sayur sawi membantu kepada seseorang dalam  Menjaga Kesehatan Jantung. Dilaporkan masa kini dimana masaalah penyakit jantung menyebabkan kematian yang cukup sering di Malaysia dan banyak belakan dunia lain. Penyakit ini terjadi akibat adanya gangguan atau kelainan fungsi jantung atau pembuluh darah di sekitar jantung yang terganggu atau tersumbat. Apa pun untuk menjaga jantung tetap sihat disyorkan agar kerap mengambil sayuran yang bergenus Brassica. Kelompok sayuran Brassica kebanyakan mengandung polifenol iaitu bahan seperti lignan, flavonoid dan fenolik. Ia berkaitan dengan laporan kajian dimana ada bermacam jenis bahan yang berperan dalam tindakbalas serangan patogen dan mampu menjaga kolesterol normal serta juga mampu memberi perlindungan dari sinar UV. Fungsi polifenol dilaporkan akan mampu mencegah terjadinya peradangan di tubuh dimana ia juga termasuk bagi menurunkan risiko penyakit jantung. Makan sayur saei datau brassica dilaporan ia Mampu melawan infeksi. Beberapa kajian menyatakan dimana jenis bakteria Helicobacter pylori sering kali menyebabkan infeksi pada sakit perut. Bahan seperti Antioksidan termasuk bahan Isothiocyanates yang ada pada sayuran sawi dapat mengurangi jumlah bakteria yang selalu menjadi penyebab infeksi tersebut. Selain itu bahan seperti antioksidan tersebut juga menghalangi bakteria Helicobacter pylori membiak sebagai zat sampah yang menjadi punca kepada sakit perut. 


Agak kurang di dengai bagaimana makana sayur sawi dilaporkan ia akan 
Menjaga kesihatan mata. Isu kesihatan mata selalu dikaitkan dengan Vitamin A dan zat Beta Karoten yang mana ia mampu menjaga organ mata. Bahan  kandungan beta-karoten dan vitamin A pada sayuran sawi dilaporkan ia merupakan bahan asas dari vitamin A yang penting untuk memelihara kesihatan mata. Dalam pada itu dilaporkan sumber Alfa-karoten pula adalah  terbaik dari hasil tanaman seperti labu, lobak, ubi, sawi putih dan buah avocado. Sayuran sawi didakwa mampu Menjaga Kesehatan Tulang kerana sawi mengandungi zat mineral zat besi yang berfungsi dalam menghasilkan bahan kolagen. Tubuh manusia memerlukan kolagen yang berperanan untuk menjaga kesihatan pada sendi. Kandungan kalsium dalam sawi juga mampu memenuhi keperluan kalsium yang sangat penting bagi organ tulang. Kalsium yang terkandung dalam sawi sebanyak 123 mg akan diserap dan berperanan menjaga kepadatan tulang sehingga terhindar dari kesan penyakit  penyakit osteoporosis. Makan sawi dikaitkan dengan Menjadi Awet Muda kerana proses penuaan dini adalah suatu keadaan dimana seseorang yang mengalami tanda-tanda penuaan sebelum waktunya. Biasanya ia terjadi dengan tanda seperti kulit berkedut, adanya garis kedutan di wajah, ada titik atau bintik hitam serta gangguan emosi yang kurang stabil. Bahan antioksidan dalam sawi mampu mencegah kemasukan radikal bebas dan membunuh radikal bebas dalam badan yang menyebabkan tanda-tanda proses penuaan awal. Ada dakwaan dimana sayur sawi mampu Menangani Radikal Bebas kerana adanya bahan antioksidan seperti Glukosinolat dan Alpha lipoic acid. Glukosinolate merupakan unsur yang mengandung sulfur sehingga sayuran yang mengandungi bahan ini akan mempunyai rasa pahit. Glukosinolate berfungsi mengatur sistem anti inflamasi dan antioksidan. Alpha lipoic acid adalah salah satu antioksidan yang dihasilkan di dalam tubuh dan berdasarkan daripada beberapa jenis sayuran hijau seperti sawi. Bahan ini berfungsi menangani sel radikal bebas yang masuk dalam tubuh sehingga mencegah terjadinya kes kanser pada tubuh. Dalam pada itu zat vitamin C dan vitamin A dalam sawi bekerja sebagai antioksidan yang mampu bagi mengatasi sel radikal bebas dan melindungi tubuh daripada kerosakan.


Khasiat sawi banyak dibuat kajian dimana ia dilaporkan akan 
Menjaga kesihatan sistem pencernaan kerana sayur sawi mengandungi zat Sulfophrane yang mana ia akan menjaga kesehatan pencernaan. Zat ini berperanan dalam ia mencegah pertumbuhan bakteria seperti Bakteria Helicobacter pylori yang melekat pada dinding dan usus perut yang mana kemudian ia akan mengganggu kesihatan lapisan perut. Serat dalam sawi berperanan penting dalam cara melancarkan pencernaan dan membantu proses penyerapan nutrisi atau penyerapan zat makanan. Bahan Vitamin B kompleks dalam tubuh juga berperanan dalam penyerapan karbohidrat, lemak dan juga protein dalam makanan yang dicerna. Dalam pada itu dilaporkan dimana kandungan vitamin C dalam sawi merupakan bahan antioksidan yang mampu mencegah pertumbuhan sel kanser terutama kanker pada usus. Didakwa dimana sawi akan Menjaga Kesehatan Otak dan Sistem Saraf kepada pemakannya. Zat kolin dalam sawi merupakan zat yang dapat larut dalam air dan lemak. Zat kolin berfungsi meningkatkan perkembangan fungsi otak dan sistem saraf. Zat kolin berperanan dengan menghasilkan Asetilkolin dan neurotransmitter. Neurotransmitter berfungsi dalam cara ,emindahkan isyarat-isyarat dari saraf pusat ke seluruh bahagian tubuh dan sebaliknya. Dalam pada itu zat Asetilkolin pula akan berfungsi meningkatkan daya ingatan seseorang yang makan sawi. Siapa sangka jika makan sawi akan dapat untuk Menurunkan Berat Badan?. Sawi merupakan sayuran yang mengandungi bahan serat yang dipercaya mampu menurunkan berat badan. Serat mampu melancarkan sistem pencernaan sehingga mencegah terjadinya sembelit atau susah untuk buang air besar. Serat mampu mendetoksifikasi racun-racun dan sisa metabolisme sehingga mencegah penumpukan lemak dalam tubuh. Sebab itu kemudian bahan racun dan sisa metabolisme ini akan dikeluarkan bersama najis. 


Dalam bab diatas penulis blog paparkan akan kebaikan sawi tetapi bab seterusnya akan membincangkan kesan sampingan dari memakan sawi (kalau berlebihan pula). Pertama dilaporkan dimana ia mungkin menyebabkan kes batu karang pada buah pinggang (ginjal). Ini kerana sayuran sawi mengandungi bahan zat oksalate dimana bia diambil dengan kadar banyak atau secara berlebihan maka bahan oksalate meningkat dalam badan. Akibat tingginya oksalate dalam badan akan menyebabkan terjadinya gangguan pada ginjal. Kesan sampingan seterusnya adalah dimana ia boleh menyebabkan kes Hipotirodisme kerana sawi mengandungi zat Goitrogen. Apabila makan sawi terlalu berlebihan maka kandungan unsur goitrogen dalam badan juga akan terus meningkat. Goitrogen yang terlalu banyak dapat mengganggu kelenjar tiroid yang fungsinya menghasilkan hormon tiroid. Kes seperti ini yang dirujuk sebagai hipotirodisme. Apa pin masaalah hipotirodisme merupakan suatu kelainan penyakit akibat kekurangan pengeluaran hormon tiroid dalam badan. Simptom isu ini bagi pesakit hipotirodisme adalah mudah lelah dan pening, berat badan naik tanpa sebab yang jelas, susah untuk konsentrasi, susah membuang air besar dan otot-otot menjadi lemah. Kesan Sisa Baki Racun Perosak mungkin berlaku jika memakan sawi dengan banyak kerana sawi merupakan sayuran singkat masa yang banyak gunakan kimia. Sesiapa yang terlalu kerap makan sawi yang bukan organim mungkin akan mengalami beberapa gangguan baik bersifat akut maupun kronik. Tanda yang bersifat akut antara lain seperti kes sakit kepala, keradangan pada mata, radang kulit, hilangnya koordinasi tubuhbadan sehingga boleh kehilangan kesadaran. Gangguan lain seperti menyebabkan gangguan sistem peranakan, cepat menopouse, penyakit Parkinson (gangguan sistem saraf) dan kanser. Selain itu juga memakan sawi yang tercemar oleh bakteria tanah dan telur cacing yang melekat dan sebagainya. Apabila sawi tercemar ini di makan ianya akan mengganggu pencernaan seperti kes keradangan, sakit perut dan cirit birit. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info  berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SAYUR SAWI... ADA BANYAK JENISNYA...
SAWI HIJAU... PALING RAMAI KENALNYA...
SAWI PUTIH... KAILAN IKAN MASIN ADA...
MEMBACA ARTIKEL... TAHU KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.