Sunday, November 19, 2023

KAMBING GURUN - SATU PENJELASAN

KAMBING GURUN
(Capriconis sumatraensis) adalah sejenis haiwan yang tergolong ruminan dari keluarga Bovidae iaitu satu keluarga dengan seladang dan lembu. Selalunyanya saiz kambing gurun ini lebih kecil daripada saiz Rusa Sambar tetapi lebih besr daripada Kijang. Kambing gurun ini dilihat mempunyai bulu berwarna hitam dengan di bahagian pada hujungnya berwarna kelabu. Bentuk telinganya adalah seakan telinga keldai dimana kedua-dua haiwan jantan dan betina adalah mempunyai tanduk. Penulis blog hanya beberapa kali melihat kambing gurun hidup semasa melawat zo dahulu. Apa pun melihat rajah diatas dimana kambing gurun mempunyai badan yang gempal serta bahagian leher yang tebal. Selalunya kamping ini natif atau boleh ditemui di Sumatera Utara dan Semenanjung Tanah Melayu, Thailand, Myanmar, IndoChina, Selatan China dan juga India. Di Semenanjung Malaysia spesis kambing gurun dilaporkan ia terdapat diseluruh negeri bagaimana kajian dan penyelidiknan kambing gurun ini pernah dilakukan di Perlis dan Negeri Sembilan sajaka secara saintifik. Habitat kambing gurun adalah dia mendiamu kawasan berbukit-bukit dan berbatu sama ada di tanah pamah, bukit-bukit atau kawasan gunung. Ia juga sesuai berada dikawasan hutan-hutan dan lembah-lembah berkayu dengan paras ketinggian diantara 6,000 - 10,000 dari paras laut. Dilaporkan dimana kambing gurun juga suka berada di kawasan kaki gunung yang lapang dan kawasan semak yang padat. Bagaimana pun dilaporkan dimana habitat utama kambing gurun adalah dikawasan pergunungan di Kashmir di India dan Banjaran Himalaya sehingga ke Assam dan di Bahagian Timur dan Selatan China dan Burma. Dia suka mencari makanan pada waktu pagi dan lewat petang iaitu memakan daun-daun kayu seperti daun lundai serta lumut-lumut yang berada dikawasan batu-batu gua. Apa yang penulis blog lihat di yoytube dan National Geographic dimana kambing gurun suka berjemur di tempat-tempat terbuka dan berbatu. Kini kewujudan kambing gurun liar semakin sukar di temui di Malaysia dan semakin berkurangan populasinya. Ini kerana kambing gurun banyak ancaman daripada pemburu atau pemngsa liar yang lain. Populasinya didakwa semakin berkurangan apabila berlaku penerokaan kawasan berbatu kampor yang merupakan kawasan habitat asalnya. Dalam beberapa laporan penulis blog dengar ada banyak spekulasi mengenai khasiat kambing gurun diantaranya mampu menyembuhkan penyakit tulang dan dijadikan ubat kuat. Apa pun kambing gurun (Capricorn sumatraensis) merupakan haiwan endangered yang dilindungi dibawah IUCN dan USDI pada tahun 1972. Di Malaysia haiwan ini juga dilindungi di bawah Jadual 1, Akta 76 iaitu Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Oleh itu semua usaha untuk melindungi kambing gurun di Malaysia dilakukan bagi mempastikan haiwan ini tidak hilang pada masa akan datang. Artikel pada petang Ahad ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah dan fakta di media tempatan mengenai kambing gurun untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dilaporkan dimana Kambing Gurun atau digelar juga sebagai 'Kambing Nubian' dari genus Capra sebenarnya ada dibanyak lokasi diseluruh dunia daripada spesis berlainan. Kambing gurun juga ia dilaporkan memang ada di benua Eropah, Asia dan Afrika dimana ia hidup meliar. Kalau di Asia Tenggara dan Indochina ada terdapat 15 spesis  kambing gurun tetapi di beberapa negara lain juga. Istilah 'Nubia' berkaitan dengan kambing gurun dimana 'Nubia' adalah sebuah kawasan di selatan Mesir iaitu di sepanjang Sungai Nil dan utara Sudan dimana spesis kambing gurun disana adalah spesis Capra nubiana (Sila lihat foto disebelah).  Spesis ini dilaporkan diantara spesis kambing gurun dominan terawal di kenalpasti dimana ia lebih sinonim dengan gelaran 'Kambing Gurun' sebenar. Dari segi sifatnya dimana kambing ini mempunyai ketinggian bahu 66-104 cm dengan berat badan 32-125 kg dan selalu suka memakan rumput, pokok renek dan tumbuhan lain. Taburan kambing gurun terutamanya yang terdapat di kawasan Eropah dan Asia serta benua Afrika berada dikawsan pergunungan yang berbatu. Selalunya kambing gurun jantan berukuran lebih besar daripada saiz kambing gurun betina. Kambing gurun yang matang akan membiak dimana seekor anak dilahiran dan dijaga ibunya untuk selama 6 bulan sehingga ia bercerai dari induknya.Apa pun lazimnya seekor kambing betina akan matang dan bersedia mengawan setelah berumur 3 - 3.5 tahun dengan lazimnya jangkahayat hidupnya adalah selama 12 - 22 tahun lamanya. Bergantung kepada spesis dan habitatnya dimana kambing gurun lazimnya akan berwarna coklat kekelabu dan bahagian badannya yang atas dilihat agak mendalam posturnya. Kambing Gurun Jantan lazimnya mempunyai janggut dan sepasang tanduk yang panjang serta melengkung. Daging kambing gurun di kebanyakan negara di buru untuk mendapatkan dagingnya, kulitnya dan pelbagai kegunaan lain. Dilaporkan daging kambing gurun rendah lamak, eksotik dan juga mengandungi 17 jenis asid amino, asid linoleik dan beberapa zat lain. Dilaporkan dimana populasi kambing gurun di seluruh dunia semakin berkurangan disebabkan aktiviti pemburuan dan kekurangan kawasan habitat asalnya.


Kambing gurun tidak di ternak dimana dalam lamanweb Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) dilaporkan jenis kambing yang di ternak adalah khusus untuk penghasilan daging, susu dan kambing dwi-fungsi. Secara am di mana di Malaysia iaitu industri penternakan kambing adalah kecil berbanding dengnan haiwan ternakan lain. Jika dibandingkan peratus industri ternakan di Malaysia dimana industru ternakan ayam daging (121.39%), Ayam telur (113.79%) dan lembu (24.88%) dalam nilai tahap saradiri. Apa pun bagi pengeluaran kambing dan daging kambing pada tahun 2007 hanya mencapai cuma 8.75%. Malaysia masih bergantung kuat kepada pengimportan kambing hidup dan daging kambing dari luar negara seperti Australia, New Zealand, Indonesia, Afrika Selatan dan dari Thailand. Peningkatan import di antara 3 - 5% pada setiap tahun dengan tahap sara diri hanya mencapai 9% pada tahun 2008 dengan sasaran untuk mencapai 35% pada tahun 2015, penternakan kambing adalah industri yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi. Penternakan kambing adalah satu bidang usaha yang mencabar. Ia bukan sahaja menuntut keupayaan penternak untuk menyediakan makanan dan persekitaran sesuai tetapi juga memerlukan sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang ini untuk sentiasa peka dan memahami tingkah laku serta keperluan aset hidup bernilai ini. Secara saintifiknya apa yang penulis blog ketahui dimana jenis Kambing Tempatan (Capra hircus) adalah haiwan ruminan kecil yang diletakkan di dalam keluarga Bovidae dengan subfamili Caprinae. Haiwan empat kaki berkuku dua ini berkeupayaan untuk menyesuaikan diri di dalam apa jua keadaan. Namun demikian ia lebih mudah mengadaptasi kawasan yang bercuaca yang panas berbanding sejuk. Berbeza berbanding ternakan ruminan lain seperti lembu dan bebiri, kambing lebih cenderung untuk memilih dan memamah pucuk serta daun-daun yang muda berbanding meragut di padang rumput. Keupayaan haiwan ini untuk memamah pucuk dan batang tanaman bukan sahaja menjadikan ia berkemampuan untuk hidup di kawasan yang sukar seperti gurun dan bukit-bukau, tetapi juga menjadikan ia sebagai agen biologi kawalan tanaman dan rumpai yang berkesan. Kambing mempunyai sifat unik yang kurang terdapat pada haiwan gerompok lain iaitu kecenderungan untuk meneroka kawasan. Sifat ini adakalanya memberi masalah pengurusan terutama sekiranya kambing diternak di dalam sistem semi intensif atau ekstensif. Setiap baka kambing mempunyai ciri-ciri yang unik. Secara am, baka kambing boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan baka ternakan mengikut fungsi iaitu pertama Jenis Kambing Pedaging Boer, Kacang, Black Bengal, Savanna, Kalahari Red dan Jermasia. Jenis kedua adalah Jenis Kambing Susu termasuk jenis Alpine, Saanen, Toggenburg dan jenis ketiga adalah Jenis Kambing Dwi Fungsi iaitu jenis kambing yang diternak bertujuan mendapatkan susu dan daging seperti jenis Jamnapari Anglo-Nubian. Kambing Gurun tidak boleh atau sesuai diternak lagi kerana ia dilindungi di bawah akta 76 atau Akta Perlindungan Hidupan Liar di Malaysia.


Dalam sebuah portal berita tempatan dilaporkan dimana 'Zoo Taiping Mahu Biak Kambing Gurun' yang sesuai dan berkaitan dengan artikel ini. Kisah dipetik dari Taiping, Perak dimana ada sebuah kandang kambing gurun yang dijangka siap bulan depan di Zoo Taiping dan 'Night Safari' akan dijadikan pusat pembiakan baka kambing gurun. Menurut kenyataan oleh Pengarah Zoo tersebut iaitu Dr Kelvin Lazarus berkata yang pihaknya telah membina enam bilik dengan ketinggian kira-kira 10 meter yang amat sesuai untuk dijadikan pusat pemeliharaan dan pembiakan kambing gurun. Kandang kambing gurun itu merupakan antara 12 kandang haiwan lain yang telah siap dibina membabitkan peruntukan RM3.8 juta daripada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dalam memajukan industri pelancongan di bandar Taiping. Dilaporkan dimana spesis kambing gurun dilihat semakin pupus dan usaha pembiakan bakanya perlu dijalankan bagi membolehkan ia dilindungi. Pihaknya juga kini sedang bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi menempatkan spesies kambing gurun yang hampir pupus itu. Pihak Zoo juga akan terus bekerjasama dengan Jabatan Perhilitan yang mana mereka telah mengenal pasti satu kawasan hutan di ibu kota yang mempunyai spesis kambing tersebut. Pasukan ini telah memasang perangkap sejak sebulan lalu untuk menangkap kambing berkenaan kerana kawasan habitatnya itu sedang dalam pembangunan. Projek ini dijangka akan membolehkan populasi kambing gurun tempatan diperbanyakkan dimasa akan datang dengan lebih siatematik dan selamat. Artikel ini bukan untuk promosi produk ini cuma menyentuh bagaimana dakwaan akan kehebatan testimoni mengenai produk minyak kambing gurun yang pembaca blog semua boleh fikir sendiri. Wasallam!!!...
KAMBING GURUN.. ADA DIMALAYSIA..
SEMAKIN PUPUS... DILNDUNGI AKTA...
DALAM ZOO... KITA BOLEH LIHATNYA..
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM ISINYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 RabiulAkhir 1445H).
Posted from:
Sg Rengit, Pengerang, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.