Thursday, November 16, 2023

POKOK BELIAN - APA HEBATNYA?

POKOK BELIAN
(
Eusideroxylon zwaggenmerupakan  sejenis pokok kayu keras dari keluarga Lauraceae dimana ia adalah merupakan pokok yang lambat tumbuh membesar dan bukan jenis Dipterocarp. Pokok ini juga dapat ditemui secara semulajadi atau ia natif di Kawasan Borneo, Flores, Jawa dan Kepulauan Sulu. Pokok ini dikenali dengan kayunya yang memang tahan lasak, mahal dan banyak digunakan dalam pembinaan struktur binaan dan perabut terpilih. Penulis blog yang pernah bertugas di Sarawak berpeluang melihat pokok belian. Kayu belian tahan secara semulajadi disebabkan ciri-ciri anatomi uniknya dan kandungan ciri kualiti yang tinggi. Kayunya mampu tahan dari dedahan kepada tanah dan keadaan persekitaran lain tanpa kehilangan kekuatan yang jelas di laporkan. Beberapa tiang eletrik belian yang sudah diuji di Sarawak menunjukkan dimana proses pereputan permukaan pada garis tanah selepas 20 tahun ianya dipasang di tepi jalan yang kena hujan panas. Ujian juga melaporkan dimana dengan cara menggunakan mikroskop jenis elektron menunjukkan kehadiran rongga reput lembut pada dinding serat. Tambahan pula hanya ada sedikit serangan reput lembut pada dinding kedua iaitu dilaporkan berlaku pada beberapa tisu reput atau di bahagian lain dinding serat iaitu termasuk lamela tengah berlignin yang mana ia turut terurai. Bakteria juga turut banyak terdapat pada sel ini dimana ia mencadangkan penguraian tisu kayu pada permukaan mungkin hasil tindakan bersama fungi (kulat) pereputan lembut dan bakteria pengurai kayu. Kegunaan kayu belian ini sudah lama diketahui dimana dengan daya tahan yang elok terhadap serangan daripada mikroorganisma dan serangga maka kayu belian banyak diberi perhatian dalam pembinaan struktur pada bahagian luaran. Di samping itu dilaporkan dimana kadar ketumpatan kayu yang tinggi serta sifat kayu yang mudah dikerjakan juga menjadikannya pilihan dalam struktur sektor marin seperti pembinaan jeti dan kapal seperti kapal layar. Selain itu juga didakwa yang kayu belian juga digunakan untuk menghasilkan azimat, barangan kemas dan senjata peribumi. Bagaimana pun kini dilaporkan dimana pokok belian ini sudah terancam berikutan kehilangan habitat akibat eksploitasi berlebihan, kekurangan pertumbuhan sempurna serta kesukaran dalam penanaman semula. Pengeksportan kayu belian kini telah diharamkan dalam perundangan Indonesia dan Sarawak, tetapi penyeludupan haram masih berlaku lagi. Pokok Belian merupakan sejenis pokok kayu keras. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai faktapokok dan kayu belian untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Menarik laporan dari FRIM bertajuk 'Pokok Belian dengan diameter 30cm mungkin sudah berusia 120 tahun' untuk ianya di kongsikan faktanya sebagai spesis pokok yang sangat lambat tumbesarannya. FRIM nyatakan dimana tahukah semua dimana 
pokok belian dengan diameter 30 cm mungkin telah berusia 120 tahun (Sila anda lihat foto disebelah). Pokok Belian dengan nama saintifik, 𝘌𝘢𝘴π˜ͺπ˜₯𝘦𝘳𝘰𝘹𝘺𝘭𝘰𝘯 𝘻𝘸𝘒𝘨𝘦𝘳π˜ͺ merupakan antara pokok dengan pertumbuhan yang sangat lambat. Beberapa kajian telah merekodkan bahawa pertumbuhan pokok adalah sekitar antara 2-8mm setahun sahaja (memang sangat lambat).  Kayu belian merupakan antara yang paling berharga di Asia Tengara kerana kayunya yang sangat keras, mempunyai ketahanan semula jadi iaitu tidak mudah diserang anai-anai atau reput walaupun tanpa rawatan. 
Ciri kayunya juga mampu bertahan di dalam kawasan yang ditenggelami air dalam masa yang lama. Kepadatan kayu yang tinggi (835 - 1,185 kg/m³) dimana dengan ciri kekuatan kayunya menjadikan pokok ini turut dikenali sebagai 'borneo ironwood. dan ada masih bertanya kenapa diletakkan nama 'borneo?'. Ini kerana taburan asal pokok belian adalah di Borneo serta Jawa, Sumatera dan Filipina. Apa pun disebabkan oleh ciri keunikan dan sebagai tumbuhan asal di negeri Sarawak maka pokok ini diisyitiharkan sebagai pokok warisan negeri Sarawak pada 2019. Pokok yang boleh mencapai ketinggian 30meter - 40meter ini merupakan antara spesies pokok Malaysia yang dikategorikan dalam kumpulan kayu keras berat (heavy hardwood). Penggunaan meluas kayu belian dalam aktiviti pembinaan seperti struktur jambatan, rumah dan perabot serta kehilangan habitat menjejaskan populasi kayu belian sehinggakan ia disenaraikan sebagai Kayu Mudah Terancam (Vulnerable) iaitu ada dalam Senarai Merah IUCN (IUCN Red List). Dalam persekitaran semula jad terkini dianggarkan dimana jumlah pokok belian adalah matang ketika umur mencapai 200 tahun atau lebih (memang cukup lama). Apa pun sebagai usaha pemuliharaan dan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) maka kini penanaman pokok belian telah di jalankan di beberapa kawasan termasuk apa yang dilakukan oleh pihak FRIM. Bagaimana pun setelah berpuloh tahun pokok ini ditanam namun ia masih kecil berbanding dengan spesis pokok hutan lain yang ditanam sebagai satu perbandingan. Pengguna juga dapat memainkan peranan dalam pemuliharaan spesies ini dan khazanah negara amnya dengan usaha penanaman semula pokok belian.


Dalam laporan laim dinyatakan dimana Kayu Belian atau juga digelar sebagai 'Kayu Besi' ini adalah je
nis kayu yang paling sukar dan boleh bertahan lama. Apa pun dilaporkan istilah kayu besi lain berbeza di kawasan yang berbeza seperti nama tabulin, tulian, atau belian. Dilihat asalnya semasa ia masih pokok dimana ia mampu tumbuh dengan ia boleh mencapai ketinggian 35 meter dengan diameter 100 cm. Selalunya dibahagian kulit luar kayu besi mempunyai warna coklat kemerahan hingga coklat gelap. Apa pun penggunaan kayu belian ini memang ia berbeza-beza memandangkan tahap kekerasannya yang sangat tinggi. Selalunya kayu belian ini sering digunakan sebagai bahan binaan seperti tiang dan rasuk rangka rumah dan jambatan. Selalunya satu pokok kayu belian yang besar memang berharga mengikut spesisnya. Penulis suka merujuk mengenai bagaimanakah keadaan harga kayu beian kali ini. Apa pun sebaiknya sebelum membincangkan harga kayu belian lebih lanjut sebaikya dikenali akan jenisnya. Kini dengan cara berdasarkan warna dan kegunaannya dimana kayu besi boleh dibezakan menjadi 4 jenis iaitu Kayu Belian Lilin, Kayu BelianTando, Kayu Belian Kapor dan juga Kayu Belian Tembaga. Pertama adalah jenis Kayu Belian Lilin iaitu ia adalah salah satu jenis yang paling kerap digunakan oleh sesetengah orang. Kayu belian ini mempunyai ciri-ciri seperti berupa bar coklat yang lebih gelap. Biasanya kayu belian ini digunakan sebagai asas rumah atau untuk pembinaan lantai kayu dalam rumau yang sesuai. Kedua adalah Kayu Belian Tando dimana ia mempunyai ciri-ciri khas yang pada batangnya mempunyai warna coklat kemerahan. Kayu belian ini sering digunakan sebagai bahan lantai dan asas kepada sesebuah bangunan. Jenis ketiga adalah Kayu Belian Kapur dimana kayu belian ini adalah sangat sesuai untuk isnys dapat digunakan sebagai bahan pembinaan bumbung. Kerana kayu ini mempunyai batang coklat muda yang sangat mudah masa ia dipecahkan dan dibentuk. Akhir sekali ke 4 adlah jenis Kayu Belian Tembaga dimana seperti namanya dimana kayu belian tembaga ini mempunyai batang kekuningan. Biasanya jenis ini digunakan sebagai pembinaan lantai kayu atau asas kayu bangunan. Menarik jika di kongsi sama kaan Harga Kayu Belian kerana ketahanan kayu yang kuat dimana ada ramai orang menggunakan kayu belian ini untuk pelbagai tujuan seperti membuat rumah, struktur jambatan dan sebagainya. Harga kayu belian ini juga berbeza mengikut daerah kerana harga kayu belian di Sarawak berbeza dengan harga kayu belian di Sabah serta bandar-bandar lain. Apa pun dari beberapa sumber maklumat mengenai harga kayu belian berdasarkan saiznya sebagai punca rujukan sebelum membeli kayu belian ini. 


Sebenarnya harga Kayu Belian adalah mengikut saiz dan ia dijual dalam unit per meter persegi. Apa pun berikut adalah senarai harga beberapa kayu belian per meter persegi dengan saiz yang berbeza-beza. Harga tersebut adalah bagi ukuran 17 x 80 x 1.200 mm m2 ia berharga RM106.40, ukuran 18 x 80 x 1.200 mm m2 adalah berharga RM141.90,  berukuran 19 x 80 x 1.200 mm m2 ia berharga RM156.10, ukuran 19 x 90 x 1.200 mm m2 ia berharga  RM190.15, ukuran 19 x 100 x 1.200 mm m2 ia berharga RM212.85 dan bagi ukuran saiz 20 x 10 x 1.200 mm m2 ia dijual dengan harga RM227.00. Dalam pada itu dilaporkan diman aharga kayu ini selalu juga dijual sebagai harga Kayu Belian Per Bar (atau disebut setiap batang) dimana selain ia boleh dibeli dengan saiz satu meter dimana kayu besi juga boleh dibeli dalam unit setiap bar (Sila lihat foto disebelah). Pembeli  boleh membelinya dengan mengikut keperluan anda, contohnya saiz 2 x 10 x cm yang biasanya dijual pada harga sekitar RM85.13 setiap bar. Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana kayu belian juga ada di jual dalam bentuk harga pasaran sebagai Harga Kayu Belian Terpakai. Jika harga kayu belian yang baru dirasakan terlalu mahal maka para pembeli juga boleh mengambil kesempatan daripada mendapatkan atau membeli jenis kayu belian terpakai (used). Apa pun pilihan ini tepat pada masa ini terdapat banyak kayu belian terpakai yang terdapat di pasaran masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan lagi. Dalam kes ini sudah tentulah harganya juga lebih murah daripada kayu baru iaitu dilapangan dijual sekitar RM79.45 per meter padu. Paling takut hendak dengar adalah membelu jenis Kayu Belian Saiz Besar dimana jika ia berukuran saiz 20 x 10 x 1,200 cm dimana ia adalah saiz terbesar yang boleh anda perolehi di pasaran. Pembeli boleh mendapatkan kayu ini pada julat harga RM227.00 per meter persegi dimana walau pun dilihat harganya mahal akan tetapi ia berbaloi dengan kualiti kayu yang akan didapatkan. Keterangan ini menunjukkan dimana harga bahan kayu belian ini sangat berbeza mengikut pelbagai senario dan lokaliti serta sumbernya. Penjelasan ini adalah penting apabila memilih kayu belian untuk dijadikan bahan binaan dengan mengkaji tentang julat harga kayu belian mengikut size dan setiap bar untuk semua jenis.


Pada penulis blog sebaiknya sesuai untuk di kongsikan info mengenai 
5 fakta menarik tentang Kayu Belian. Apa pun selalunya penggunaan kayu belian dalam pembinaan memerlukan kos yang agak tinggi. Ini kerana kayu belian adalah sejenis kayu keras yang hanya boleh ditemukan di Borneo (Sabah dan juga Sarawak) dan Indonesia (Kalimatan dan Sumatera) yang merupakan sejenis kayu keras yang amat bermutu. Ia juga dipanggil sebagai 'Kayu Besi' atau 'Tebelian' kerana ia adalah sejenis kayu yang terkenal dengan ketahanannya. Ia adalah kayu yang keras serta ia tahan lama dan tidak mudah reput sehingga ia diberi jolokan nama 'Kayu Besi Borneo'. Apa pun pokok belian akan memakan Masa Ratusan Tahun Jadi Matang dimana ia tidak seperti pokok-pokok biasa, pokok belian mengambil masa yang lama sehingga mencecah ratusan tahun sebelum ia menjadi matang. Bagi sepokok kayu belian mencapai status matang ia selalunya memakan masa selama 100 tahun hingga 120 tahun. Ia dilaporkan memang Boleh Tahan Beberapa Dekad Atau SeAbad dimana kayu ini mempunyai ciri-ciri ekologi yang tinggi, anatomi unik dan tahan lama secara semulajadi. Ketahanannya dilaporkan ia boleh melangkau beberapa dekad atau abad andai berada dalam kondisi kering. Kayu belian untuk membuat petak kandang atau pagar kambing menjadi keinginan ramai penternak akan tetapi memang sukar untuk mendapatkan bekalannya dan harga tinggi. Selalunya aspek ketahanan ini juga adalah bergantung pada kematangan pokok atau kayu belian yang digunakan. Bagi kayu belian muda ia selalunya tidak tahan berbanding kayu belian yang matang. Kayu ini mempunyai kadar Permintaan Tinggi disebabkan ia adalah sejenis kayu dimana ketahanannya yang tidak mudah menyusut, kayu belian sentiasa menerima permintaan yang tinggi. Ia menjadi bahan pilihan dalam pembinaan berat dan binaan rumah seperti tiang rumah, dinding, jambatan dan lantai rumah. Sebab itulah kayu belian ini banyak digunakan dalam pembinaan rumah panjang suatu ketika dulu di Sarawak dan Borneo. Penggunaan kayu belian dalam pembinaan memang satu cara tradisional zaman dulu. Hari ini pelbagai barangan kraf dan peralatan atau perabot rumah turut menggunakan kayu belian yang boleh diwarisi dari generasi ke generasi. Selain kegunaan dalam pembinaan dimana jenis kayu belian juga banyak digunakan dalam pertanian tradisional khususnya untuk penanaman lada hitam. Oleh kerana ia tidak mudah reput tatkala terdedah pada air hujan dan serangan anai-anai atau serangga lain apa yang penulis blog lihat dimana kayu belian digunakan sebagai tiang sokongan kepada pokok lada. Disebabkan permintaan dan nilai pasaran yang tinggi inilah pokok-pokok belian di hutan belantara sentiasa menjadi sasaran syarikat pembalakan dan kian berkurangan serta sukar diperoleh. Keunikan lain adalah dimana bijinya adalah Keras dan ambil masa berbulan-bulan untuk proses percambahan. Biji benih pokok ini dikatakan memerlukan masa yang cukup lama yakni antara 4 - 6 bulan untuk bercambah kerana benihnya mempunyai kulit yang keras. Semuga artikel ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK BELIAN... LAMBAT TUMBUHNYA...
SEHINGGA 120 TAHUN... DITEBANGNYA....
HARGANYA MAHAL...IA TAHAN LAMA...
DIBUAT PERABUT.. BINA RUMAH JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 JamadilAwal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.