Pada penulis blog istilah Perahu atau Sampan atau Bot (boat) merupakan sejenis kenderaan air yang biasanya lebih kecil dari kapal. Sesetengah perahu boleh dibawa di atas kapal atau darat menggunakan treler malah salah satu pengertian perahu ialah sejenis lancang air yang boleh dibawa oleh kapal. Apa pun cara membuat perahu atau pemberian nama perahu ini berbeza-beza di seluruh Asia Tenggara kerana masyarakatnya memang ahli didalam menggunakan perahu untuk mencari ikan, berdagang dan merantau ejak turun temurun. Mereka pandai membuat perahu atau kapal dengan kepakara belayar sejauh mana di darat dan lautan. Sebelum proses membuat perahu bermula sebaiknya alat kelengkapan telah disediakan dan gunakan hanya papan kayu mesti kering. Proses pertama ialah membuat lunas bersama dabal dalam. Dilantur di tempat khas membuat perahu dimana selepas itu barulah proses menaikkan buris pertama. Buris pertama ini ialah memasang papan kayu di kedua-dua belah bertujuan untuk mencorak ‘kebisaian’ perahu. Selepas itu proses memasang jiak (dinamakan menjiak satu) dihadapan diman selepas selesai memasang jiak kemudian barulah dilakukan proses selanjutnya iaitu menaikkan buris kedua. Selepas selesai menaikkan buris kedua, barulah memasang jiak (digam) dan kondisi (tempat menyangkutkan enjin). Selepas selesai barulah menaikkan tunggul ketiga (sehinggalah seterusnya mengikut tempahan). Setelah habis buris maka proses lain seterusnya adalah meratakan buris. Selepas itu proses memasang tajuk di kiri dan kanan diikuti dengan proses menghalusi bahagian dalam kemudian barulah dicat (ikutlah citarasa penempah perahu papan). Selepas itu proses memasang Linggi barulah memasang kayu panjang iaitu kayu perantaraan memasang lantai dan seterusnya proses untuk memasang papan tong tangki mengikut besar tangki yang digunakan dan akhir sekali adalah proses memasang lantai. Kemudian adalah roses memasang tutup (tutup caruk seterusnya tutup siring) barulah memasang dinding angin. Setelah selesai dilakukan proses memasang tempat duduk barulah proses menutup tangki kemudian proses memanci paku disaluti dengan gam. Selepas itu proses menghalusi baru proses memvarnish dan kemudian proses dimana perlu diterbalikkan perahu untuk menyaluti gam diantara perapatan buris dan lepas proses menghalusi dilakukan lagi. Sebelum proses mencat dilakukan periksa dulu ke atas perahu tersebut untuk memastikan semua perapatan disaluti dengan gam untuk mengelakkan air masuk ke dalam perahu. Selepas selesai periksa baru dicat perahu itu dan memasang besi dan kemudian diterbalik kembali dan setelah semuanya selesai barulah menguji diatas air.
INTAN atau BERLIAN (diamond) merupakan perkataan yang berasa dari bahasa Perancis yang bermakna adalah 'bersinar' dimana ia dilaporkan iaitu sebenarnya merupakan bahan galian berbentuk kristal atau pun karbon allotrop (termasuk grafit dan fullerena). Ia juga merupakan galian yang paling terkenal dan berguna di antara 3,000 jenis mineral yang diketahui dengan harga yang sangat mahal jika berkualiti. Batu ini paling didambakan diinginkan ramai kerana mutu fizikalnya yang hebat terutamanya ciri kekerasan dan sifat optik iaitu keupayaan menyelerakkan cahaya. Ciri-ciri ini dan yang lain menjadikan berlian digemari sebagai barangan perhiasan dan pelbagai kegunaan pengilangan. Kebanyakan berlian sedia ada yang dilombong daripada lohong luahan gunung berapi daripada isi perut bumi yang berkedalaman sehingga150 km jauh dalam Bumi, di mana adanya tekanan dan suhu sesuai galian ini terhasil secara semulajadinya. Kebanyakan batu ini dilombong dari tengah dan selatan Afrika, namun sejumlah besarnya turut dijumpai di Kanada, Russia, Brazil dan juga di Australia. Sekitar 130 juta karat (26,000 kg) berlian dilombong setiap tahun iaitu sama dengan jumlah keseluruhan hampir USD9 billion. Hampir empat kali ganda daripada jisim itu dihasilkan manusia secara sintetik. Galian ini dikatakan mula dikenali dalam ketamadunan India sejak penemuan bahan sebegini yang dikaji wujud sepanjang sungai-sungai Penner, Krishna and Godavari dari seawal 3 - 6 alaf intan berlian ini ada dipakai dalam hiasan patung berhala mereka. Kemajuan teknologi melombong serta menggilap bahan ini sehingga memenuhi kehendak pasaran dunia yang semakin meningkat beserta pengiklanan dan pemasaran bahan ini yang berkesan menjadikan batu galian ini sangat direbutkan sejak abad ke-19. Dilaporkan dimana sebanyak 80% jumlah intan berlian yang dilombong (bersamaan kira-kira 135,000,000 carat (27,000 kg) setahun) tidak sesuai dipilih untuk tujuan perhiasan kerana tidak memenuhi kriteria tertentu (seperti penampakkan permukaan yang kusam atau ada cela; namun masih boleh dipakai dalam perindustrian kerana sifat kekerasannya yang paling tinggi berbanding batu-batu lain; malah batu intan ini mampu digunakan untuk memotong batu yang mengandungi intan sendiri dalam perlombongan galian sejenis. Mata berlian turut digunapakai dalam gerudi, gergaji ataupun bahan empelas. Batu ini mampu menahan pengaliran suhu yang tinggi dimana iaia mampu digunakan sebagai bahan penyimpan haba (heat sink) dalam penghasilan litar bersepadu elektronik. Daya tahan intan dilaporkan ia juga mampu dipergunakan dalam tujuan eksperimen atau tujuan penyelengaraan insystri penting dunia.
MEMBAWA INTAN... MEMANGLAH TIADA....
KALAU TAK SESUAI...SESUATI DITEMPATNYA..
PERLU DIPASTIKAN...CARA MELAKUKANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Rabiulakhir 1445H).
Posted from,
Desaru, Kota Tinggi, Johor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.