Friday, October 20, 2023

TERNAKAN AYAM KAMPONG - FAKTA DI MEDIA (PT 2)

PENTERNAKAN AYAM KAMPONG
merupakan salah satu bidang usaha yang berpotensi untuk diusahakan dan ia boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau begitu apa yang penulis blog tahu dimana usaha untuk usahawan meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan kerana tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah sebenarnya kerana ayam kampung lambat membesar dan mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan jenis ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga mampu menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit dan tempoh pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk dapat mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi. Ayam kampung berpotensi untuk diusahakan dan selalunya ia boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau apa pun usaha untuk meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan disebebkan iaitu tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah kerana ayam kampung lambat membesar dan selalu ia mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit jumlahnya dan tempoh pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi. Pada penulis blog dimana ayam Kampung Kacukan (Ayam Kampung BaikBaka) telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia melalui kaedah pengacukan antara ayam kampung jantan dengan ayam penelur komersial betina. Hasil kacukan ini dapat menghasilkan anak ayam kampung yang boleh mengeluarkan jumlah telur yang lebih banyak dan saiz telur yang lebih besar. Di samping itu dilaporkan dimana ia juga menghasilkan anak ayam yang mempunyai saiz badan yang lebih besar, berat badan yang tinggi serta dapat dipasarkan dalam tempoh yang lebih singkat dengan pemberian makanan komersial. Penulis blog ada membuat beberapa tinjauan teknologi kebeberapa projek ternakan ayam kampong di Johor, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Perak untuk melihat amalan teknologi dan cara pengurusan ternakan ayam kampong. Penting penulis blog jelaskan akan perbezaan diantara Jenis Ayam Kampong Biasa dengan Jenis Ayam Kampong Kacukan (Baka Hibrid). Jenis ayam kampong biasa selalu mempunyai purat aberat badan jantan 1.2 kg seekor semantara bagi betina adalah 1.0 kg seekor. Kapasiti bertelur ayam kampong biasa sekitar 50 - 80 biji seekor setahun dimana ia akan sesuai dijual atau ia boleh dipasarkan dalam tempoh 6 bulan jangkamasa menternak. Bagaimana pun bagi Jenis Ayam Kampong Kacukan ia mempunyai berat badan 1.7 - 2.0 kg seekor bagi ayam jantan dan seberat 1.3 - 1.5 kg seekor nagi ayam betina. Kapasiti berterlu ayam ini sebanyak 120 -150 biji seekor setahun dan mengambil masa selama 3 -3.5 bulan jangkamasa ternakan sebelum dijual. Artikel pada subuh Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira kongsikan beberapa fakta di media mengenai ternakan ayam kampong untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Menarik fakta di media yang laporkan '
Jual ayam kampung RM16 seekor' yang menarik dikongsikan. Dipaparkan dimana ada longgokkan ayam kampung segar yang siap dibungkus yang dijual dengan harga RM16 seekor mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai di Muar, Johor. Kalau kini harga ayam segar naik mendadak di banyak tempat sejak beberapa minggu lalu tidak menghalang seorang peniaga ayam di kampung segar di Kampung Sungai Belukang, Jalan Batu Pahat-Muar di sini, untuk menjual bahan mentah itu dengan harga murah. Bagi peniaga Baharuddin Mohamed (45) yang membuka gerai di hadapan rumahnya itu dimana dia menjual ayam kampung segar itu pada harga RM16 seekor dan menawarkan promosi untuk tiga ekor pada harga RM50 sahaja (Sila lihat foto disebelah). Jika dibandingkan harga di pasaran, seekor ayam kampung segar boleh mencapai harga sehingga RM25 seekor, tapi di gerai saya menjual dengan harga yang begitu berpatutan. Langkah jualan murah ayam kampung segar berkenaan adalah untuk meringankan beban pengguna dan penduduk setempat yang memerlukan bahan mentah berkenaan. Ketika ini harga barang mentah dan keperluan lain agak tinggi, ditambah pula ramai pengguna yang terjejas pendapatannya kesan daripada situasi pendemik yang berlaku ketika ini. Bekalan ayam berkenaan adalah daripada ladang ayam yang dia sendiri usahakan menjadikan dia mengambil inisiatif untuk menjual ayam segar berkenaan secara terus dengan kadar harga yang lebih murah. Kini ada sebanyak 3,000 ekor ayam kampung segar habis terjual pada hari semalam dalam tempoh lebih kurang empat hingga lima jam beroperasi. Dia yang hanya berniaga di kawasan kampung dan pasaran untuk penduduk kampung yang berdekatan serta mempromosikan di laman media sosial. Memang dia tidak sangka pula perniagaan ayam kampung segar yang saya jual dengan harga murah menjadi tular di laman media sosial  dimana sejak tular, ada pelanggan yang awal pagi sudah datang ke gerai untuk mendapatkan ayam kampung segar berkenaan dan ada juga orang ramai daripada jauh yang menghubunginya daripada kawasan Johor Bahru dan Melaka. Jualan ayam kampung segar berkenaan sudah lama saya lakukan serta beberapa lagi jualan sayur seperti cili, terung dan buah tembikai dan tidak tertumpu pada satu-satu masa sahaja. Jualan ayam kampung segar ini saya akan teruskan pada masa akan datang di setiap hujung minggu serta bergantung pada bekalan ayam yang saya usahakan sendiri. 


Dalam media lain dilaporkan '
Asma tak menang tangan jual ayam kampung' dimana kisah dari Jerantut ini dakwa ketika peniaga ayam lain bergelut dengan krisis bekalan ayam, lain pula ceritanya buat Asma Moin dari Felda Jengka 8 apabila permintaan ayam kampung ternakannya meningkat sekali ganda. Dia yang dakwa berikutan masalah bekalan ayam di pasar sekitar daerah ini sejak kelmarin sudah tidak menang tangan mengendalikan permintaan tinggi ayam kampung ternakannya itu. Kalau biasanya cuma menjual sekitar 100 ayam kampung sehari tetapi kini meningkat sehingga 200 ekor sehari berikutan ketiadaan ayam di Pasar Besar Jerantut. Suaminya terpaksa membantunya untuk memproses ayam sebelum menghantarnya kepada pelanggan. Kini meskipun harga ayam kampung mahal berbanding ayam segar, ia mendapat permintaan tinggi terutama membabitkan peniaga kedai makan dan mereka terdesak mahu mengadakan kenduri. Permintaan yang tinggi ini tidak menimbulkan masalah bagi saya kerana mempunyai kira-kira lima reban ayam dengan stok sebanyak 5000 ayam kampung. Asma menceburi bidang ternakan ayam kampung ini sejak dua tahun lalu dan mengendalikan ternakan dengan bantuan suami.


Menarik laporan dalam portal berita  hmetro.com yang bertajuk '
Bekal ayam kampung organik' yang sesuai dijadikan contik dan fakta berkaitan. Kini ayam kampung organik sudah terbukti mempunyai isi yang lebih padat, sihat dan 30% rendah lemak jika berbanding ayam konvensional. Apa pun permintaan terhadap ayam kampung organik adalah tinggi dan sering menjadi pilihan bagi yang mempunyai bilangan ahli keluarga ramai kerana bebas ancaman toksin hormon dan lebih enak. Potongan daging yang lebih padat, berprotein dan tempoh memasak menjimatkan menjadikannya pilihan praktikal bagi rutin masakan harian. Bezanya, ayam diternak secara komersial dipercayai mengandungi hormon, antibiotik dan sisa racun perosak yang boleh menjadi ancaman kepada kesihatan. Oleh itu, peneraju pasaran pengeluaran ayam kampung organik Aqina berusaha mencapai dan mengekalkan mutu piawaian yang tinggi bagi pengeluaran ayam kampung organik. Bagi Pengarah Eksekutif Kumpulan Aqina Wesley Tan berkata, Aqina Farm berjaya menempa sejarah apabila diiktiraf sebagai syarikat pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menerima dua skim pensijilan iaitu Skim Pensijilan Organik Malaysia (MyOrganic) dan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Syarikatnya adalah pembekal pilihan daging sihat yang dikenali sebagai peneraju ladang ayam kampung sejak 20 tahun lalu. Ini juga dikenali sebagai salah satu syarikat pengeluar ayam kampung terbesar di negara ini. Beroperasi sebagai pusat sembelihan halal yang disahkan merangkap pusat pemprosesan di Taman Perindustrian Ulu Choh, Pekan Nanas, Johor. Mereka kini mempunyai kapasiti pengeluaran 6,000 ekor ayam setiap jam. Kami mempunyai kepakaran menternak ayam kampung secara tradisional dan organik yang mengambil masa lebih lama iaitu lebih dari 70 hari bagi ayam mencapai ukuran optimumnya iaitu tanpa pemberian antibiotik dan hormon pertumbuhan. Mereka juga percaya proses tumbesaran dan pemakanan lebih baik serta pergerakan yang aktif akan membuatkan ayam kampung lebih berkualiti dan enak. Ayam kampung organik mengambil dua kali ganda masa untuk mencapai berat pasaran iaitu kira-kira 81 hari kerana mereka tidak menukar makanan menjadi otot dengan begitu cepat jika dibandingkan dengan ayam komersial biasa. Ayam kampung organik ini adalah unik dan mewakili kualiti yang paling tinggi bagi ternakan di dalam pasaran organik apabila makanan bagi ayam diformulasi khas menggunakan formula kami sendiri. Ia mengandungi enzim bromelain semula jadi hanya boleh didapati daripada nanas MD2 yang turut mengandungi vitamin C dan B1, kalium, mangan dan fitonutrien. Syarikat yakin ayam kami bukan saja pilihan yang lebih sihat, tapi dagingnya juga lebih lembut untuk hidangan harian. Syarikat berharap untuk terus berkembang dan melabur dalam pemprosesan ternakan dan penghasilan termasuk penternakan ayam kampung. Selain itu, menjadi pembekal inovatif untuk menjadi pilihan daging yang lebih sihat kepada pengguna di seluruh negara. Ini  termasuk eksport ke luar negara termasuk Singapura dan negara ASEAN lain melalui pemborong, peruncit serta juga rantaian makanan atau minuman. Seorang pakar runding veterinar Aqina, Dr Gulam Shah Faizal Din dakwa kepentingan enzim bromelain sebagai probiotik dalam diet ayam. Enzim ini membantu meningkatkan imuniti dan memudahkan pencernaan. Syarikat ada membekalkan ayam kampung organik yang bebas daripada sisa antibiotik, hormon pertumbuhan dan mampu berdaya saing dengan ayam yang dipelihara secara konvensional.


Menarik fakta dan petua bagaimana melembutkan daging ayam kampong yang selalunya dilaporkan agak keras atau liat. Selalunya i
si ayam kampung (ini ayam kampong di sembelih jika duduk kampong yang agak tua) memang lebih pejal daripada ayam biasa atau ayam ternakan biasa. Ia tak mudah hancur dan sesuai dibuat rendang dan gulai. Masaknya memang agak lama sikit berbanding ayam biasa dan boleh gunakan alat periuk tekanan (pressure cooker) untuk melembutkannya. Apa pun penulis blog dapati dimana selain daging kambing dimana buah nenas juga boleh digunakan untuk mengempukkan isi atau daging ayam kampung. Cara penggunaannya adalah dengan menghancurkan nenas dan lumurkan rata-rata atas daging ayam kampong yang sudah dibersihkan dan ia kemudian lalukan di bawah air mengalir. Buah nanas yang mengandungi bromelin dan juga asid citrik dilaporkan mampu untuk melembutkan daging ayam kampong dan seterusnya menambahkan keenakan ayam tersebut. Cara lain adalah rendamkan ayam kampung ke dalam jus nenas untuk beberapa minit. Jangan rendam terlalu lama sebab nanti daging ayam kampung akan mudah berkecai dan mudah hancur bila masak. Kemudian ayam tersebut perlu cuci bawah air yang mengalir sampai bersih. Petua lain yang penulis blog pernah amalkan adalah dengan mengempukkan daging ayam kampung adalah dengan menggunakan daun betik. Kalau anda menggunakan cara ini, rasa daun betik tidak meresap ke dalam ayam. Cara penggunaannya sama dengan nenas. Baik nenas atau daun betik keduanya boleh membantu proses mengempukkan daging ayam kampung.Cara penggunaannya sama dengan nenas iaitu dengan cara menghancurkan daun betik dan lumur rata-rata atas ayam dan kemudian mesti ia dibilas bersih sebelum dimasak. Kaedah ke 3 adalah dengan mengambil sedikit halia dan tumbuk. Kemudian campurkan dengan sedikit garam. Perapkan ayam kampung yang ingin dimasak dengan campuran halia dan garam tersebut. Tak perlu perap lama sangat, setengah jam pun dah cukup. Selepas itu bilas dengan air dan masak seperti biasa. Ada juga orang tua-tua berpesan untuk mendapatkan ayam kampung yang rasanya manis dan daging cepat empuk, anda perlu masak dulu ayam kampung dengan gunakan air kelapa. Rebuskan sehingga ayam lembut selepas itu toskan airnya. Setelah itu bolehlah dimasak gulai ayam kampung kegemaran pembaca blog semua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
AYAM KAMPONG... IA MAHAL HARGANYA...
BOLEH DITERNAK... RAMAI YANG BERJAYA...
PASTIKAN BELAJAR...ILMU BAGAIMANA...
SUDAH ADA BUKTI... LAPORAN DI MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.