Saturday, October 21, 2023

SEKTOR PERTANIAN - SATU KARANGAN

SEKTOR PERTANIAN
(Agriculture Sector) bagi Malaysia dan banyak negara lain didunia merupakan nadi terpenting dalam membangunkan ekonomi negara. Berikan punca dan usaha-usaha dalam merancakkan industri pertanian negara. Apa pun dizaman moden ini dimana ketika dunia terus mengharungi arus globalisasi dan modenisasi dimana Malaysia telah pun banyak mengalami pembangunan yang pesat dalam bidang ekonomi terutamanya dalam sektor perindustrian. Rentetan daripada itu dilihat dimana sektor pertanian telah semakin di sisikan atau agak kurang diberikan perhatian didalam arus pembangunan semenjak 1980-an dahulu. Kerajaan lebih banyak menumpukan kepada sektor perkilangan atau perindustrian serta pekhidmatan dan industri 'Oil and Gas'. Walau bagaimanapun di bawah Misi Nasional, kerajaan telah meningkatkan kedudukan sektor ini semula dalam pelan pembangunan negara kita iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan sehingga RMK sekarang ini dengan dahulu menyediakan Dasar Pertanian Negara (DPN) sehingga terkini meyedikakan Dasar Agro Makanan Negaran (DAN).  Kementerian yang bertanggungjawab juga telah banyak kali bertukar nama daripada hanya Kementerian Pertanian (MoA) kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) dan terkini sebagai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).  Bberapa dasar dan strategi pembangunan pertanan negara telah disesuaikan selepas dunia dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dan ketika itu dilihat dimana produk hadil seperti minyak kelapa sawit bertindak sebagai “penyelamat” ekonomi Malaysia.  Selain itu kerajaan juga mendapati bahawa Malaysia memperuntukkan berbilion-bilion ringgit untuk mengimport makanan sehingga meningkatkan defisit ekonomi negara. Penulis blog merujuk data pada Julai 2023 dimana disebebkan jumlah p
ermintaan pengguna serta faktor tukaran mata wang asing menyebabkan nilai import makanan negara meningkat hingga mencecah RM62 bilion setahun berbanding RM48 bilion pada tahun 2022. Kebanyakan barang makan tersebut adalah bahan impport untuk industri ternakan dan pemprosesan makanan seperti jagung bijirin, kacang soya, daging, susu, coklat dan beberapa jenis lagi. Dalam mengatasi isu ini kerajaan perlu meningkatkan pengeluaran makanan tempatan serta perlu untuk merancakkan lagi kegiatan sektor pertanian yang melibatkab semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menjanakan sektor pertanian. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai karangan untuk peperiksaan untuk dijadikan bahan rujukkan pelajar semua.


Peranan ke
rajaan memainkan peranan kritikal di semua peringkat sehingga ke akar umbi didalam usaha untuk mampu meningkatan sektor pertanian yang perlu diperhebatkan. Masyarakat Malaysia juga hendaklah memberikan sinergi yang tinggi dan menggembleng tenaga bagi dapat  menjayakan target negara seperti satu peribahasa 'bagai aur dengan tebing' dimana ia mestui terus bersaa. Pihak pengusaha tanaman, ternkan, ternakair dan industri asas tani (pemprosesan makanan) serta sektor perkhidmatan pertanian (agriculture service) semestinya boleh berganding bahu dengan bajet sedia ada dan bajet swasta didalam memacu sektor pertanian dan kecukupan makanan. Setiap tahun kerajaan melalui pelbagai kementerian dan pihak swasata juga menyediakan bajet besar didalam pembangunan sektor pertanian negara. Tujuan penyediaan bajet tahunan ini adalah untuk keperluan menghasilkan bahan makanan yang mencukupi, selamat dimakan serta berkualiti. Kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk petani dan juga pengusaha-pengusaha pelbagai komoditi seperti  tanaman, ternakan, ternakair, industri pemprosesan makanan dan juga sekktor perkhidmatan pertanian. Sebaiknya semua para  pengusaha perlu menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin. Jika dapat dilaksanakan dengan baik maka ianya akan dapat mengurangkan beban pengusaha sektor pertanian termsik sektor tanaman bagi menampung kos keperluan tanaman yang memerlukan beribu-ribu ringgit seperti baja dan racun serangga. Kerajaan juga selama ini ada memberikan baja berkualiti kepada pengusaha tanaman dan petani secara percuma terutama didalam sektor penanaman padi. Tanaman padi di Malaysia yang mempu menampung sehingga 70% kadar saraan sendiri (Self sufficiency level - SSL) terus menerima pelbagai insentif seperti insentif baja padi, insentif racun, insentif meratakan tanah sawah, insentif harga padi, insentif kualiti padi dan sebagainya.


Di Malaysia masih ramai kalangan dari rakyatnya yang masih bergantung hidup kepada sektor pertanian terutama kalangan pekebun kecil tanaman kelapa sawit, ggetah, pesawah padi, penanam buah-buahan, penanam sayuran, pemprosesan makanan dan banyak lagi. Apa pun memang bidang pertanian ini juga sudah  mengambil bahagian dalam sumber pendapatan hidup mereka terutama mereka yang tingga di kawasan Rancangan Tanah FELDA, FELCRA, Ladang GLC dan juga dikawasan kampong tradisional. Walau pun ada sebahagian kalangan pengusaha pertanian dimana jumlah pendapatan mereka ada yang kini setanding dengan jumlah  pendapatan individu yang berkerjaya di dalam bidang lain (Perindustrian atau perkhidmatan) akan tetapi ianya ahak jarang di war-warkan. Dalam mengambil contoh dimana jika satu ruas tebu mungkin mencecah dua ringgit dimana serumpun tebu terdapat 10 ruas maka sudah pasti serumpun itu bernilai RM20.00. Pengusaha tebu akan mendapat keuntungan yang lebih semasa bulan Ramadhan iaitu bulan puasa kerana permintaan orang ramai untuk jus air tebu meningkat masa ini Tebu boleh dijadikan sebagai sumber minuman yang menarik minat masyarakat sama ada disediakan sebagai minuman segar atau di botolkan dan disejukbekukan. Pendapatan seorang penanam dan penjual tebu tentu dapat raih RM20,000 atau lebih dalam setiap musim penanaman. Jika umur tebu ini mengambil masa 3-6 bulan maka sudah tentu purata pendapatan bulanannya mencecah RM4,000 - RM5,000 sebulan. Jika dikira maka sewajarnya akan lebih ramai kalangan orang muda yang tertarik untuk ereka dapat menceburi bidang pertanian secara komersial. memang ada insentif kepada poplongan muda untuk menceburi bidang pertanian kerana memang ada disediakan latihan, kurusus dan khidmat nasihat teknikal penanaman tebu selain daripada insentif bantuan kewangan dan barangan input daripada pihak berwajib. Pendek kata industri pertanian di Malaysia memang amat baik untuk golongan muda berecimpong didalamnya.


Semenjak 2020 sehingga kini 2023 dimana kos bahan input pertanian terutama kos untuk membeli baja kimia dan racun kimia semakin meningkat seingga lebih 150% daripada harga sebelumnya. Peperangan Rusia-Ukraine dan bencana alam diseluruh dunia dilaporkan memyebabkan berlaku kenaikan kos bahan input dan kos bahan makanan diseluruh dunia. Pengusaha pertanian perlu terun mendapatkan teknologi terbaik yang sesuai dengan bajet dan menghasilkan produk makanan yang berkualiti serta sesuai dengan harga dipasaran untuk menjamin pendapatan seimbang. Ada juga syor untuk menggunakan baja organik diaplikasikan dalam menghasilkan hasil tanaman yang segar. Dilaporkan dengan kombinasi penggunaan baja kimia dengan penggunaan baja organik ianya akan dapat mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan segar dengan kos lebih rendah. Meninjau dari aspek aktiviti penanaman sayur-sayuran yang menjadi salah satu aktiviti penting penghasilan sayur dimana Malaysia mampu mengeluarkan sayuran untuk kegunaan sendiri dan juga untuk dieksport ke negara jiran. Kalangan pengguna tempatan masih memerlukan sayuran yang segar dan terjamin selamat yang ada dijual di pasar basah, asar tani, pasar malam, pasaraya dan kedai-kedai runcit setiap hari. Penanam sayuran di Malaysia hendaklah menghasilkan sayuran segar yang berkualiti serta sebaiknya mendapat persijilan MyGAP atau pun persijilan MyOrganik daripada Jabatan Pertanian Malaysia.  Persijilan ini menjamin bahawa produk tersebut telah mengikut prosedur pel=rladangan baik untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Dala pada itu para petani yang berjaya mendapatkan GLOBALGAP sudah boleh memasarkan produk mereka ke pasaran antarabangsa terutama dikalangan negara-negara maju. Kini dikalangan masyarakat Cina, Jepun dan masyarakat Asia yang lain mereka dipercayai telah membuat baja kompos sejak dahalu lagi. Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan terurai kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil ‘humus’ melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma tanah seperti bakteria, cacing dan kulat. Baja kompos mempunyai peranan yang penting bagi tanah, ia berupaya meningkatkan dan mempertahankan kesuburan sifat kimia, fizik dan biologi dalam tanah tersebut. Baja kompos juga dapat memperbaiki struktur dan lapisan tanah. Walau bagaimanapun, hasil dari pemerhatian, penggunaan baja kompos dalam bidang pertanian pada masa kini masih lagi pada tahap skala kecil. Hal ini demikian kerana nutrien yang dibekalkan baja kompos tidak setanding dengan baja kimia. Maka, baja organik harus diguna oleh pengusaha-pengusaha dalam mengusahakan tanaman agar hasilnya bermutu tinggi.


Kebanyakan kawasan tanah pertanian di Malaysia mempunyai kemudahan bagi mengadalah sistem  pengairan yang lengkap. Tanah juga subur dan sesuai untuk bercucuk tanam dimana ia juga telah diperkuatkan lagi dengan sejarah penjajahan British di Tanah Melayu. Selain daripada menjadi tempat yang strategik dimana salah satu faktor yang menarik minat penjajah untuk menakluk Tanah Melayu ialah tanah yang subur dan kekayaan bahan mentah. Petempatan yang lengkap dengan pengairan juga kini terlibat dalam industri pertanian. Mengambil contoh dari Sungai Petani, Kedah dimana kalangan  penduduk tempatan menggunakan kemudahan pengairan seperti tali air untuk penanaman padi. Dengan adanya kemudahan pengairan, sektor pertaniaan negara akan lebih stabil dan juga hasil pertanian dapat mencukupi keperluan rakyat. Kemudahan pengairan ini juga dapat menyumbang sedikit sebanyak peluang penduduk tempatan untuk menjana pendapatan dengan wujudnya sumber protein. Misalnya, penternakan ikan air tawar seperti ikan patin. Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah seratus lapan puluh ringgit sekilogram. Pengairan juga dapat mengatasi masalah kekurangan air hujan apatah lagi musim kemarau serta keadaan cuaca yang tidak menentu. Semua individu pasti tahu cuaca di Malaysia sememangnya cuaca panas dan hujan sahaja kerana faktor lokasi iaitu berdekatan dengan garisan Khatulistiwa. Terkini dengan kemudahan ini maka aktiviti penanaman dua jenis tanaman atau lebih dapat diusahakan serta tapak pertanian boleh diperluaskan. Ilmu itu penting untuk kemajuan dalam kehidupan bertamadun kerana ilmu itu umpama pelita yang menerangi kegelapan hidup kita. Ilmu perlu dituntut sebagai bekalan di hari muka. Ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian juga merupakan penyebab peningkatan dalam sektor pertanian. 


Pada masa ini dilaporkan memang sudah wujud institusi yang mendedahkan ilmu penanaman atau pengusahaan dalam bidang pertanian kepada anak watan pewaris bangsa. Hal ini demikian kerana remaja-remaja dapat mewarisi sistem pertanian yang berkualiti untuk masa akan datang. Tamsilnya, Institut Pertanian Sabah. Matlamat institusi ini ialah untuk memberi latihan pertanian bagi melahirkan Juruteknik Pertanian supaya dapat memenuhi keperluan tenaga pekerja mahir di sektor awam dan swasta. Seterusnya, mereka juga akan memberi latihan kemahiran dan pengkhususan kepada pelajar untuk mewujudkan bakal usahawan pertanian. Institusi pertanian seperti ini bukan sahaja di Sabah dan Sarawak tetapi terdapat Institut Pertanian Tropika iaitu di Universiti Putra Malaysia. Latihan pertanian juga diberi kepada masyarakat melalui kursus-kursus yang terbuka. Jelaslah bahawa industri pertanian ini dapat ditingkatkan mutunya dan menjadi maju dengan usaha semua pihak. Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Pertanian dan sektor swasta perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian kita. Jurusan Pertanian di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji penggunaan ilmu sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan penternakan. Mereka hendak memastikan bahawa industri hilir dalam pertanian dapat dimajukan untuk meningkatkan pendapatan kaum petani seperti lada dapat dijadikan sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi. Sengkuang telah diproses sebagai bahan kosmetik dan sebagainya. Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Pegawai Kementerian Pertanian terutamanya MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) sewajarnya menawarkan bengkel atau kursus untuk memberikan khidmat nasihat serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada petani kita untuk menggunakan bioteknologi yang canggih. Apa pun sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, sektor pertanian mempunyai asas yang kukuh dan potensi yang baik serta prospek yang cerah untuk dimajukan. Kita harus menggunakan segala kepakaran yang ada untuk memajukan bidang ini demi kestabilan ekonomi negara. Rakyat Malaysia pertu berfikiran terbuka dan positif terhadap potensi sektor ini. Kita juga wajar menjadikan kejayaan negara-negara maju khususnya Jepun yang telah berjaya menguasai sektor perindustrian tetapi dalam masa yang sama terus membangunkan bidang pertanian untuk kesejahteraan hidup rakyatnya bak kata peribahasa Melayu, “yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan”. Semug atulisan ini memberi satu karangan terbaik kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KARANGAN DITULIS... SEKTOR PERTANIAN....
BANYAK FAKTA... SEMUA ADA DI JELASKAN...
KEPADA PELAJAR... HADAPI PEPERIKSAAN...
SILA DIBACA... DAN KEMUDIAN DI FAHAMKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 RabiulAkhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.