Thursday, October 12, 2023

PROSES PENGILANGAN PADI KEPADA BERAS (Pt 2)

BERAS (Rice) merupakan makanan asasi rakyat Malaysia dimana ia dimakan setiap hari. Beras diproses daripada aktiviti penanaman padi (Oryza sativa) yang merupakan satu industri penting sektor pertanian negara dimana ia menampong iaitu sekitar 60-70% kadar kecukupan sendiri (SSL) dan bakinya adalah beras yang diimport. Beras yang diimport selalu terdiri daripada beras premium yang harganya lebih mahal daripada beras tempatan yang dikawal dengan harga iaitu RM2.60 sekilogram. Sebahagian besar kawasan penanaman padi berada di kawasan jelapang padi di seluruh Malaysia dimana penanaman dilakukan dua kali setahun iaitu pada musim utama dan luar musim. padi yang dituai akan melalui pelbagai proses daripada proses menuai, membanting, mengangin dan mengilang. Kualiti padi yang dituai dan dihantar kekilang padi ini akan ditentukan kualitinya sebelum ditentukan harganya. Di Malaysia terdapat banyak kilang memproses padi sama ada milik kerajaan (GLC) atau milik swasta yang akan membeli dan memprosess padi menjadi beras dan diedarkan kepada pengguna melalui sistem yang kompleks. Walau pun masih ramai yang suka membeli beras premium seperti beras jamsime (beras wangi), beras panjang (beras basmati) dan sebagainya akan tetapi kebanyakan orang Malaysia akan memakan beras tempatan yang banyak grednya. Bagi makanan istimewa seperti Nasi Beriyani, Nasi Minyak, Nasi Dagang, Nasi Arab dan sebagainya mereka akan selalu menggunakan beras panjang (basmati) kerana ia adalah makanan di gemari ramai semasa kenduri dan sebagainya. Bagi penulis blog mendapati dimana semasa membayar zakat fitrah sebelum hari raya puasa lazimnya pemungut zakat akan bertanya jenis beras di makan kerana kadar zakat yang perlu dibayar adalah berlainan jumlahnya. Ramai pembaca dan orang ramai tidak pernah mengunjungi kilang beras sama ada yang bersaiz besar atau yang bersaiz sederhana atau kecil. Bagi penulis blog sudah lebih 10 kali dapat melawat kilang memproses beras besar daripada milik Bernas dan yang kecil-kecil milik swasta semasa bertugas dahulu. Memang penulis blog selalu ditaklimatkan semasa membuat lawatan kekilang beras dan memahami akan proses-proses yang dilakukan dalam kilang-kilang tersebut. Artikel pada petang Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka kongsikan bagaimana proses penghasilan beras daripada padi dikilang tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Proses pengupasan padi di kilang selelu dijalankan dengan menggunakan alatan sepasang pengupas getah. Pengupas getah berputar dengan perbezaan kelajuan (1:1.3) menyebabkan padi yang dialirkan akan terperangkap di celah 122 getah dan mengalami aktiviti proses pengupasan. Sepasang getah pengupas padi berukuran garis pusat 22 cm, 15-20 cm lebar dan 3 cm tebal berupaya mengisar sebanyak 100-200 tan padi bergantung pada jenis padi, mutu getah dan keberkesanan sistem pengangln (aspiration) alat pengupas padi. Bagaimanapun, di kebanyakan kilang padi milik swasta keupayaannya hanya mencapai sekitar 100 tan sahaja. Daya pengupasannya pula masih rendah dengan puratanya adalah sebanvak 80.5% dan pcngeluaran beras hancur scbanvak 5.2%. Daya pengupasan dan ketahanan getah pengupas padi boleh dipertingkatkan dengan meningkatkan mutu padi, mutu getah dan sistem penganginan. Kemudian dengan kaedah membekalkan angin yang mencukupi lazimnya mutu padi yang bersih boleh didapati dan dengan mengekalkan tahap perbezaan kelajuan putaran getah pada nisbah (1 : 1.3), keupayaan pengupasan dapat ditingkatkan menjadi 85 - 90% dan ketahanan getah pengupas dapat dilanjutkan dengan lebih lama. Proses ini memang penting dilakukan dengan betul agar kualiti beras yang dihasilkan akan lebih baik dan menguntungkan semua pihak.


Proses seterusnya adalah jenis Proses Pengasingan Sekam dimana selepas biji padi di kupas kulitya maka beras perang dan sekam akan diasingkan dengan cara iaitu mengangin. Had laju angin dan kadar bagi taburan bcrasi sekam adalah dua faktor vang perlu dikawal untuk mengelakkan kehilangan padi dan beras. Kira-kira 0.88% padi atau beras hilang ketika proses pcnganginan dijalankan. Ini adalah ia disebabkan oleh alat tersebut yang tidak dikawal dengan teliti. Jika keadaan ini tidak drkawal maka lazimnya sebanyak 2.0 kg padi akan hilang setiap jam bagi daya pengisaran 1 metrik tan padi. Jika 60% keluaran padi negara dikisar di kilang swasta maka jumlah kchilangan padi bersama sekam dianggarkan boleh mencapai I,800 tan banyaknya setahun. Seterusnya adalah Proses Pemisahan Padi dan Beras Perang. Dua jenis alat pemisah padi dan beras perang digunakan di kilang padi adalah dari jenis dulang (tray type) atau meja berpetak (compartment type). Kedua-dua alat ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya. Pemisah padi jenis dulang mudah diolah untuk mendapatkan ketulenan beras perang dan padi pada tahap 100% dan 85% akan tetapi daya pemisahannya (tan/jam) agak rcndah jika dibandingkan dcngun jenis mcja berpetak. Pemisah padi jenis meja berpetak berupaya mengasingkan beras dan padi masing-masing pada kadar ketulenan 99.7%Jan 76%. Bagaimanapun keupavaannya boleh clipertingkatkan bagi mencapai tahap vang dikehendaki dengan mengawal akan pcralatan tersebut daripada segi sudut kecondonsan, bilangan anjakan dan jumlah padi-beras yang diisi. Paling unik adalah Proses Pemutihan Beras dimana proses ini adalah bahagian terpenting dalanr pemprosesan padi. Penulis blog faham dimana tujuan utama proses ini adalah unturk mengeluarkan dedak tanpa merosakkan biji beras. Sebanrak 4 - 10% dedak harus dikeluarkan bergantung pada jenis beras. Di kilang swasta dimana lazimnya proses pemutihan adalah bertujuan untuk mengeluarkan 8 - l0% dedak bagi menghasilkan beras gred satu dan kualiti beras gred dua (A1, A2, B1 dan B2). Bagaimana pun sekitar 10 - 19% beras hancur akan ianya dihasilkan bergantung pada bilangan alat pemutih yang digunakan (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan tiga alat pemutih menghasilkan beras yang lebih bermutu berbanding dengan penggunaan dua alat pemutih. Ini disebabkan suhu beras dapat dikawal dan proses pemutihan lebih cermat dan perlahan. Beras penuh yang dihasilkan meningkat menjadi 83.3% iaitu lebih 2% daripada penghasilan beras dengan menggunakan dua alat pemutih. Alat pemutih yang biasa digunakan adalah ia bergaris pusat 80 cm vang disusun secara siri sebanyak dua atau tiga buah dan mempunyai daya pemutihan di antara 1.5 - 2.5 metrik tan beras setiap jam. Penggunaan tiga alat pemutih bagaimanapun lebih digalakkan kerana ia dapat memutihkan beras dengan lebih berkesan serta menghasilkan beras yang bermutu setanding dengan beras vang dikilang di kompleks BERNAS sedia ada.


Proses seterusnya adalah Proses  Penggredan Beras dimana cara penggredan beras dilakukan secara mencampurkan komponen beras berasaskan isipadu atau berat belum dilaksanakan dengan meluas pada peringkat kilang swasta. Kesulitan bagi mendapatkan ketulenan beras penuh dan beras hancur ketika pengasingan menyebabkan proses pencampuran tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Pengasingan beras penuh daripada beras hancur dengan menggunakan pengayak beras dan silinder penggred (tricur cylinder) hanya mampu mencapai ketulenan sekitar 94%. Penggunaan pengayak beras sahaja dapat mengumpulkan beras penuh ke tahap 88% iaitu 7% lebih rendah daripada kehendak sebenar beras gred satu (Al atau B1). Konsep penggredan beras vang sebenar adalah sebagaimana yang dilakukan di kilang-kilang BERNAS. Beras baru selepas diputihkan dipisahkan kepada tiga komponen iaitu Beras Penuh, Beras Hancur Kasar dan Beras Hancur Halus dimana kesemuanya pada tahap ketulenan 95% atau lebih. Komponen-komponen ini kemudianya dicampurkan kembali berasaskan berat atau isipadu dengan menggunakan cara 'volumetric unloaders' bergantung pada jenis gred beras yang akan dihasilkan. Sebagai kesimpulan dilaporkan dimana kilang padi komersial memainkan peranan utama dalam proses menjadikan padi kepada beras di Malaysia. Jumlah muatan pengilangan dianggarkan sebanyak 1.9 juta tan pada tahun 1984 dan 1.3 juta tan pada tahun 1987 dan terus meningkat pada tahun 2022/2023. Bagaimanapun dilaporkan dimana mutu padi atau beras ketika diproses masih belum dapat mencapai kehendak mutu pengilangan sebagaimana yang dicadangkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) terutama bagi kilang kecil yang kekurangan peralatan untuk pengilangan. Beberapa perubahan perlu dilaksanakan di kilang-kilang tersebut termasuk usaha pembersihan padi dengan cara mengangin perlu disediakan bersama alat pemisah logam. Kedua dengan cara alat pengupas padi perlu dibekalkan dengan sistem penganginan yang cukup dan getah pengupas harus dijaga atau ditukarganti supaya nisbah kelajuan berada pada tahap (1 :1.3). Ketiga adalah dengan mempastikan kadar kehilangan padi bersama sekam perlu dikawal. Kehilangan sebanyak 0.88% adalah tinggi dan perlu dikawal dengan berkesan. Keempat disyorkan penggunaan pemisah padi dan beras dari jenis meja berpetak adalah lebih berkesan. Kilang-kilang kecil padi digalakkan menggunakan alat ini bagi meningkatkan daya pengeluaran. Seterusnya ke lima adalah dengan sekurang-kurangnya tiga pasang alat pemutih padi harus disediakan bagi memproses beras. Ini dapat lagi ia meninggikan penghasilan beras penuh ke 83.3% setanding dengan kilang besar GLC sedia ada. Akhir sekali yang ke 6 adalah dengan mempastikan sistem penggredan padi harus terdiri daripada pengayak beras, penggred silinder dan alat untuk pencampur beras (volumetric unloader) untuk menghasilkan beras bergred yang tepat dan seragam. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Semuga tulisan ini memberikan sedikit ilmu mengenai cara bagaimana hasil laporan kajian kepada kilang padi memberi manafaat kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

DARI SAWAH... KILANG PADI PROSESNYA...
PADI DIGREDKAN... DIKERINGKAN JUGA...
DIKISAR DIKILAT JUGA... BERAS JADINYA...
DI GRED BERAS PUTIH...DI EDARKAN PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
\WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.