Wednesday, October 11, 2023

PROSES PENGILANGAN PADI KEPADA BERAS (Pt 1)

BERAS
(Rice) merupakan makanan asasi rakyat Malaysia dimana ia dimakan setiap hari. Beras diproses daripada aktiviti penanaman padi (Oryza sativa) yang merupakan satu industri penting sektor pertanian negara dimana ia menampong iaitu sekitar 60-70% kadar kecukupan sendiri (SSL) dan bakinya adalah beras yang diimport. Beras yang diimport selalu terdiri daripada beras premium yang harganya lebih mahal daripada beras tempatan yang dikawal dengan harga iaitu RM2.60 sekilogram. Sebahagian besar kawasan penanaman padi berada di kawasan jelapang padi di seluruh Malaysia dimana penanaman dilakukan dua kali setahun iaitu pada musim utama dan luar musim. padi yang dituai akan melalui pelbagai proses daripada proses menuai, membanting, mengangin dan mengilang. Kualiti padi yang dituai dan dihantar kekilang padi ini akan ditentukan kualitinya sebelum ditentukan harganya. Di Malaysia terdapat banyak kilang memproses padi sama ada milik kerajaan (GLC) atau milik swasta yang akan membeli dan memprosess padi menjadi beras dan diedarkan kepada pengguna melalui sistem yang komplikated. Walau pun masih ramai yang suka membeli beras premium seperti beras jamsime (beras wangi), beras panjang (beras basmati) dan sebagainya akan tetapi kebanyakan orang Malaysia akan memakan beras tempatan yang banyak grednya. Bagi makanan istimewa seperti Nasi Beriyani, Nasi Minyak, Nasi Dagang, Nasi Arab dan sebagainya mereka akan selalu menggunakan beras panjang (basmati) kerana ia adalah makanan di gemari ramai semasa kenduri dan sebagainya. Bagi penulis blog mendapati dimana semasa membayar zakat fitrah sebelum hari raya puasa lazimnya pemungut zakat akan bertanya jenis beras di makan kerana kadar zakat yang perlu dibayar adalah berlainan jumlahnya. Ramai pembaca dan orang ramai tidak pernah mengunjungi kilang beras sama ada yang bersaiz besar atau yang bersaiz sederhana atau kecil. Bagi penulis blog sudah lebih 10 kali dapat melawat kilang memproses beras besar daripada milik Bernas dan yang kecil-kecil milik swasta semasa bertugas dahulu. Memang penulis blog selalu ditaklimatkan semasa membuat lawatan kekilang beras dan memahami akan proses-proses yang dilakukan dalam kilang-kilang tersebut. Artikel pada petang Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya amat gembira kongsikan bagaimana proses penghasilan beras daripada padi dikilang tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam negara dimana isu 'kemana hilangan beras tempatan' dan kenaikan harga beras import menjadi berita viral sepanjang tahun 2023. Banyak laporan di media tempatan membincangkan isu ini kerana kepentingan beras sebagai bahan makanan utama rakyat Malaysia memang terbabit dengan slogan 'keterjaminan makanan' negara. Semalam 10/10/2023 dilaporkan kerajaan meny
ita kilang beras di Kedah yang sorok 180 tan metrik beras. Sebuah kilang beras di Kedah disita selepas disyaki menyorok beras putih tempatan berjumlah 180 tan metrik dianggarkan bernilai RM405,000 iaitu menerusi Operasi Beras Putih Tempatan (OP BPT) yang dijalankan. Ada dakwaan media dimana padi belum di tuai dan masih diperingkat penanaman lagi dan ada jawapan pihak tertentu dimana beras tempatan ini di tukar pembungkusannya oleh pihak tertentu dan dilabel serta dijual sebagai 'Beras Import' yang harganya lebih mahal dan tidak dikawal oleh kerajaan. Pengguna masih terpinga-pinga akan isu kenaikan harga beras terutama kalangan para peniaga makanan yang bergantung kepada beras sebagai bahan asas makanan yang dijualnya. Para peniaga ini seba salah sama ada hendak menaikan harga makanan di tambah dengan kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak, telur ayam. daging ayam dan bahan mentah lainnya. Pemeriksaan oleh pihak berkuasa di kilang pemborong dan pengedar beras dilakukan dan pemeriksaan di premis jualan beras juga dilakukan tetapi masih belum reda sehingga artikel ini ditulis. Pada penulis blog sebaiknya dilihat juga data rekod pengeluaran hasil padi, rekod kemasukan dan pengeluaran beras di kilang dan juga rekod pengedaran beras dengan lebih cekap. Bagaimana pun peranan pengilang padi juga perlu dipertingkatkan kepasitinya dalam membantu isu kekurangan beras dalam negara terus bermain. Sebenarnya melihat sejarah dimana perusahaan memproses padi telah  dijalankan sejak tahun 1921. Pada tahun itu terdapat 37 buah kilang padi kecil yang berdaftar. Angka ini terus meningkat dari tahun ke tahun hingga pada tahun 1974 dilaporkan terdapat 964 buah kilang padi yang  beroperasi. Pada tahun 1979 skim subsidi padi telah dilancarkan. Proses pembelian dan juga penjualan padi dijalankan di kilang-kilang yang menyediakan  kemudahan pemberian subsidi harga manakala bakinva milik Lembaga padi padi. Kilang-kilang kecil yang tidak bertaraf komersial mengalami kekurangan bekalan padi dan kurang kegiatan kemudian di tutup. Pada tahun 1987 dilaporkan dimana jumlah kilang padi komersial di Semenanjung Malaysia menurun menjadi 295 buah. Sebanyak 269 buah adalah milik swasta manakala bakinva milik LPN nasa itu. 


Memandangkan peranan yang dimainkan oleh kilang-kilang swasta begitu besar, maka perlulah satu bentuk maklumat dikeluarkan untuk menggambarkan mutu pengeluaran beras pada setiap peringkat pengilangan di kilang-kilang tersebut. Maklumat tersebut dapat menjelaskan keupayaan pemprosesan dan kadar kerosakan bijirin padi yang diproses oleh semua kilang-kilang swasta di Semenanjung Malaysia. Bahan dan kaedah pengeluaran beras pada peringkat kilang swasta telah dikaji pada tahun 1983. Ianya melibatkan 90 buah kilang iaitu sebanyak 40 di Kedah, 24 kilang di Pulau Pinang, l5 kilang di Perak, .6 buah kilang di Perlis, sebuah di Johor, 2 buah kilang di Kelantan dan 2 kilang di Selangor. Keupavaan mengilang di antara 2 tan hingga 6 tan padi dimana setiap jam. Kajian tersebut dibuat dengan membuat lawatan dan memeriksa aliran pemprosesan dan mengambil contoh padi (2 kg) pada setiap peringkat operasi pengilangan. Jenis analisis contoh padi disesuaikan dengan kawasan tempat contoh padi diambil dimana sebanyak 118 keputusan penilaian mutu padi dan beras dari setiap kilang dikumpul dan dinilai secara menyeluruh bagi mendapatkan mutu purata pengeluaran beras di kilang-kilang swasla di Semenanjung Malaysia. Laporan mengenai p
eralatan pengilangan di kilang beras swasta dimana ada terdapat dua susunan aliran pengilangan di kilang-kilang padi komersial swasta. Ia terdiri dari kilang yang mempunyai muatan kurang daripada 2 tan padi/jam dan kilang yang mempunvai muatan melebihi 2 tan padi/jam. Setiap satu siri alat pengilangan terdiri daripada alat pembersih padi, pengupas padi, pemisah sekam. pemisah padi dan beras kisar, pemutih beras, pengayak hcras darr bin menyimpan beras. Kilang jenis besar biasanya nrempunyai dua atau tiga set alat pengilangan tambahan. Kilang jenis ini juga mengamalkan tiga peringkat proses pemutihan dan menggunakan penggred silinder untuk menggred beras dengan lebih berkesan. Dengan adanva alat pengilangan tambahan pula maka kilang jenis ini dapat menghasilkan beras yang lebih bermutu berbanding dengan kilang kecil.


Adalah penting melihat bagaimana cara p
roses pengilangan dan mutu hasil setiap kilang berjalan. Fungsi dan kehendak keupayaan alat pengilangan adalah sebagaimana yang dicadangkan oleh Pertubuhan Makanan cian Pertanian. Semasa tiba di pintu kilang setiap bekalan padi akan diperiksa kualitinya bagi menentukan kandungan air, tahap kematangam, kandunag bahan lengai (batu, daun dsb) dengan menggunakan peralatan khusus (Sila lihat foto disebelah). Padi ini akan dikumpulkan di suatu segmen sebelum dikeringkan dan melalui proses selanjutnya. Apa pun proses pembersihan padi di kilang swasta menggunakan kelengkapan pembersih padi jenis pengayak berukuran di antara 1.5 - 2.0 meter padu (m2). Pengayak buatan tempatan ini terdiri daripada dua keping logam yang berlubang. DIlihat dimana kepingan di sebelah atas bergaris pusat I cm dan di sebelah bawah bergaris pusat I mm. Padi dicurah dan diayak di atas permukaan kepingan logam tersebul. Bahan asing yang garis pusatnya melebihi I cm atau kurang daripada 1 mm diasingkan. Sejumlah 3% bahan asing dipisahkan dengan cara ini. Padi setelah diproses masih mengandungi 3.5% hingga 6% bahan asing. Padi tersebut masih perlu dibersihkan dengan cara yang lebih berkesan. Kebersihan padi boleh ditingkatkan dengan menggunakan alat pengangin. Bahan asing yang ringan seperti hampa dan habuk dapat diasingkan. Padi yang telah bersih sepatutnya dilalukan atas alat pemisah logam (magnetic separator) untuk mengasingkan paku, dawai dan lain-lain. Bagaimanapun, dua kelengkapan ini belum lagi ia digunakan dengan meluas di kilang kecil swasta. Kilang tersebut kerap mengalami kerosakan alat pengupas padi dan alat pemutih beras. Pewujudan bahan asing selalunya boleh mengurangkan muatan pengisaran kilang dengan cara mengurangkan keupayaan alat pengupasan dan menambah beban keupayaan alat pengasing sekam. Di kebanyakan kilang kecil swasta dimana daya pengisaran padi berkurangan sebanvak 4-6% disebabkan oleh benda-benda asing yang terdapat dalam padi. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TODAY IS MY BIRTHDAY!......11 OCTOBER..
DARI SAWAH... KILANG PADI DIPROSESNYA...
PADI DIGREDKAN... DIKERINGKAN JUGA...
DIKISAR DIKILATKAN... BERAS JADINYA...
DI GRED BERAS PUTIH...DI EDARKAN PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
\WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.