Saturday, August 26, 2023

TAHI KAMBING - SESUAIKAH IA SEBAGAI BAJA?

TAHI KAMBING (Goat Dung) 
merupakan salah satu sisa najis kambing yang dikeluarkan dan boleh dikumpulkan dibawan kandang kambing sepanjang masa. Persoalannya ramai ingin tahu adalah tahi kambing ini sesuai digunakan sebagai baha tanaman dan bagaimanakah kteknologi terbaik menggunakannya. Kambing Bela Jinak
 (Capra aegagrus hircus) apa yang penulis blog be;ajar dan lihat merupakan satu subspesies kambing yang dibela jinak daripada kambing liar berasal dari Asia Barat Daya dan Eropah Timur. Haiwan Kambing ini ia dirangkumkan dalam famili Bovidae bersama dengan beberapa spesies lain seumpama biri-biri kerana kedua-duanya tergolong dalam subkeluarga Caprinae. Apa yang dilaporkan dimana terdapat lebih 300 baka kambing yang berlainan. Kambing adalah antara spesies yang paling lama dibela jinak oleh tamadun manusia sebagai haiwan terbakan pelbagai guna termasuk untuk susu, daging, bulu, dan kulit di seluruh dunia malahan kini tahi kambing pun sudah ada kepentingannya. Pada tahun 2021 dilaporkan dimana jumlah ternakan kambing yang hidup di seluruh dunia mencecah 925 - 050 juta ekor (Sumber: FAO Stat). Laporan sama juga menyatakan dimana pengeluaran susu kambing segar terbanyak pada tahun 2012 masa itu adalah India (4.85 juta tan metrik), Bangladesh (2.608 juta tan metrik) dan Sudan (1.532 juta tan metrik) dan kini tahun 2023 ianya dilaporkan pada kedudukkan sama dari negara ini. Pada penulis blog Tahi Kambing atau Tinja Kambing adalah salah satu hasil dari aktiviti menternak kambing yang boleh ianya di menafaatkan sebagai baja organik yang sesuai untuk tanaman. Penulis blong sebenarnya memang tahu akan perkara ini semenjak remaja dulu kerana pernah memelihara kambing dan tahi kambing diambil dari kandang kambing akan di kumpulkan dan di letakkan di bawah pokok pisang dan hasilnya pokok pisang subur dan memberikan hasil yang lumayan. Selama ini ramai pe,baca blog mungkin hanya tahu yang aktiviti ternakan kambing dan kambing biri-biri hanya menghasilkan satu produk saja misalnya kambing pedaging hanya menghasilkan daging, manakala kambing tenusu mengeluarkan susu saja. Saya rasa ramai penternak sedia maklum tinja atau najis ternakan sesuai dijadikan baja bagi pelbagai jenis tanaman, sama ada untuk tanaman jangka pendek atau panjang. Pada masa ini telah ada teknologi dan teknik pemprosesan tinja yang biasanya dibuang begitu saja dimana ianya mampu bagi menyumbang kepada pencemaran alam sekitar telah boleh di proses untuk dijadikan baja yang dikenali sebagai 'Baja organik'. Artikel pada pagi ini sambil melihat deruan ombak dari tingkat 4 berada di Sand & Sandals Resorts, di Desaru, Johor saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai persoalan adalakah tahi kambing sesuai untuk dijadikan baja bagi bahan rujukkan semua.


Dalam Sektor Pertanian, mungkin anda pernah dengar berkenaan 'Baja organik' atau ada yang katakan lebih popular sebagai 'Emas Hitam' oleh usahawan tertentu dimana ia merupakan hasil tahi atau tinja kambing yang diproses atau dikitar semula. Baja jenis organik ini juga merupakan baja yang dihasilkan daripada punca ternakan yang tidak mempunyai sebarang bahan kimia atau bahan hormon lain. Hasil kajian dan pemerhatian mengenai aktiviti menternak kambing lazimnya mereka akan bermula dengan bilangan populasi yang sesuai untuk mendapatkan jumlah tahi kambing yang ekonomik untuk di proses. Lazimnya dengan jumlah kambing sebanyak 50 ekor maka penternak sudah boleh mengusahakan baja organik untuk meningkatkan lagi pendapatan dan menggantikan punca pendapatan utama asal. Disarankan juga hasil tinjauan penulis blog dimana projek ini merupakan pelengkap kepada bidang penternakan selain daripada mendapatkan hasil aktiviti penternakan untuk daging, kulit, susu dan sebagainya. Kuantiti tahi kambing lazimnya terkumpul di bawah kandang akan bertambah dari sehari ke sehari dan ia perlulah diuruskan dengan baik. Keadaan sesuai penghasilan tahi kambing ini sering dilaporkan kan berlaku isu mengujudkan pencemaran bau jika ia tidak diuruskan dengan betul dan mengakibatkan pencemaran dikawasan kandang kambing. Keadaan berkenaan boleh menyebabkan berlakunya serangan beberapa jenis penyakit kepada kambing yang diternak seperti penyakit radang paru-paru terutama pada ternakan tua dan terlalu muda. Kandang kambing yang disimen dibawahnya serta dilakukan pengumpulan tahi setiap masa akan membolehkan ia bersih dan boleh diproses.


Memang perlu belajar bagaimana cara membuat baja organik dari tahi atau tinja kambing. Dilaporkan b
aja organik tinja kambing memang elok dan bagus untuk hampir semua jenis tanaman. Apa yang menarik didakwa penggunaan yang berlebihan kesannya ia tidak akan merosakkan pokok kerana kandungan baja yang telah diuraikan (bakteria) mudah untuk diserap akar tanaman. Cara buat baja organik ini pun tidak sepayah mana tetapi apa yang penting adalah pengusaha perlu ada ilmu dan rajun sebab kerja yang agak memenatkan untuk memproses 1 - 2 tan baja jika dijalankan secara manual. Sebaiknya dapatkan modal untuk membeli beberapa peralatan seperti mesin pembancuh simen (cement mixer) yang bantu kerja memproses untuk menjadi lebih mudah. Beberapa alatan lain seperti kereta sorong, baldi, penyodok, tong penyimpanan, alat timbang dan lebih komersil jika mampu membeli jentera penyodok (bobcat). Dalam beberapa teknologi banya formulasi yang boleh diamalkan dalam membuat baha dari tahi kambing. Penulis blog paparkan antaranya dimana bahan-bahan asas perlu ada adalah Tahi Jambing (83%),  Abu sawit 10% (100 kg), Habuk kayu 5% (50 kg), Kapur atau Lime 2% (20 kg) dan Stardex sekitar 0.25% (2.5 kg). Cara-cara membuat baja organik ini dengan mengeringkan Tinja kambing. Tahi perlu betul-betul kering bagi mengelakkan mesin grinder tersumbat. Hancurkan tinja menggunakan mesin penghancur (grinder). Ratakan tinja yang hancur didalam petak 1. Kemudian ditabur habuk kayu, abu kelapa sawit, kapur dan stardec. Gaul dan balik-balikkan sehingga agak sebati semua bahan-bahan asas. Campurkan air dan mula menggaul dan periksa kadar kelembapan adalah sehingga 60% . Longgokkan sehingga membukit dan adalah seeloknya ditutup dengan kanvas bagi mengelakkan kes kekeringan. Selalunya proses mengurai tahi akan berlaku oleh bacteria stardec ini (suhu akan mencecah sehingga 70° Celcius). Perlu dibiarkan selama seminggu dan rekodkan tarikh. Pada minggu kedua perlu dimasukkan ke petak ke 2 dan tutup. Pada minggu ketiga di pindahkan ke petak ke 3 dan tutup. Pada minggu ke empat dipindahkan ke petak ke 4 dan biarkan terbuka. Ini bagi mempercepatkan pengeringan berlaku. Pada ketika ini diperiksa suhu sudah mula menurun dimana ini bermakna proses penguraian telah berkurangan dan bau tahi telah hilang. Selepas 4 minggu mekudian ia boleh diselerakkan baja organi tahi kambing yang telah siap ini untuk dikeringkan supaya boleh dibungkus untuk digunakan atau dijual kepada pelanggan.


Merujuk kepada beberapa pengalaman dan usahawan tempatan yang memperkenalkan baja tahi kambing ini dengan jenama 'Emas Hitam' atau 'Mas Hitam' akan dikongsikan. Baja organik ini dihasilkan daripada hasil buangan haiwan atau tumbuhan. Baja ini 100% tidak terdapat unsur-unsur bahan kimia, antibiotik atau hormon. Baja organik yang dihasilkan daripada proses pengkomposan tinja kambing menggunakan STARDEC yang ditambah dengan bahan abu, kapur dan habuk kayu gergaji dalam tempoh tertentu. Selain itu pellet atau makanan kambing juga harus dicampur dengan Probiotik STARBIO. Proses pengkomposan dimana pallet atau makanan kambing haruslah dicampur dengan STARBIO sebanyak 300gm -500gm bagi 100 kg pallet. Kemudian tinja dikumpulkan dibangsal pengkomposan yang mana lantainya sudah ditabur dan dilapisi dengan habuk kayu gergaji, kapur, abu dan STARDEC. Kemudian bahan ini harus berlapis lapis dengan tinja kambing yang baru sehingga ketinggian 1.5 meter. Biarkan timbunan selama seminggu. Dipastikan agar bangsal proses pengomposan menggunakan lantai tanah dan ternaung daripada hujan dan cahaya matahari secara langsung. Pada minggu kedua maka terbalikkan timbunan dengan memindahkannya ke petak berasingan. Suhu dalam timbunan pada minggu kedua akan naik hingga 60 darjah celsius dan ulang pembalikan pada setiap minggu hingga minggu kelima. Suhu dalam timbunan pada minggu ketiga dan keempat akan naik hingga 70 darjah celsius. Pada minggu kelima pula suhu akan turun antara 30-40 darjah celsius menandakan proses pengkomposan telah selesai. Semasa pembalikan dilakukan, pastikan keadaan kelembapan sekitar 60% dan jika terlalu kering hendaklah direnjiskan air. Bahan pengkomposan yang telah selesai ini, dicampur homogen dengan cara disisir cangkul dari atas ke bawah. Kemudian ditimbunkan pada tempat pemprosesan baja dengan ketinggian 1.5 meter juga. Di dakwa ciri-ciri produk ini yang ada dipasaran mempunyai suhu bilik sederhana, berwarna coklat kehitaman, suhu dalam timbunan antara 60 -80 darjah celsius, tidak berbau dengan kadar kelembapan atau kadar air ± 40%. Timbunan baja organik ini perlu dihancurkan dengan menggunakan mesin penghancur (grinder) yang berharga antara RM2,300 - RM2,500 dalam pasaran tempatan. Ia kemudiannya perlu ditapis menggunakan jaring dawai untuk mendapatkan tekstur yang seragam dan mengasingkan benda asing yang tidak diperlukan. Pembungkusan baja organik yang telah dihancurkan dan ditapis perlu di timbang mengikut saiz plastik pembungkusan mengikut kehendak pengusaha. Pembungkusan boleh dibuat menggunakan jenama tertentu (contohnya Casserose) dengan mengikut saiz 0.5 kg, 1kg, 5kg, 10kg atau 20kg mengikut permintaan pasaran. Apa pun antara faedah baja ini termasuk ia  akan menyelesaikan masalah pencemaran dan bau busuk tahi kambing, dapat menjimatkan kos penyediaan kumbahan najis ternakan dan juga menjimatkan kos letrik dan air. Selain itu faedahnya kepada penternak kambing adalah ia mesra alam sekitar, meningkatkan dayamaju projek, menarik minat pengusaha dan membantu mencapai sasaran Dasar Pedaging Negara. Dalam pada itu kelebihan Baja Kompos ini dimana ia tidak berbau, meningkatkan kesuburan tanah, meningkatkan mikrobia tanah, mengurangkan serangan hama dan penyakit, memperbaiki struktur dan mengemburkan tanah, memperbaiki pH tanah, merangsang pertumbuhan pokok, meningkatkan kualiti hasil pertanian serta amat sesuai untuk semua jenis tanaman samaada perladangan komoditi, sayur-sayuran, buah-buahan, pokok perhiasan dan bunnga-bungaan. Kini harga pasaran borong emas hitam kini adalah antara RM800 - RM1000 satu tan. Namun begitu jika dijual dengan bungkusan yang kecil dengan harga antara RM6 - RM8 sekilogram.


Dalam media tempatan bernama laporkan '
PPNT proses tinja baja organik' memang ia sesuai dikongsikan. Bernama laporkan Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) melangkah setapak lagi ke depan dalam bidang pertanian apabila membuka pusat pemprosesan tinja kambing di Kampung Pelam Hulu Terengganu. Pengurus Besarnya Sawalludin Ahmad berkata pusat berkenaan yang mampu memproses dua hingga tiga metrik tan tinja (tahi) kambing sehari, diwujudkan dua tahun lepas dengan perbelanjaan modal kira-kira RM10,000. Diantara tujuan kita membuka pusat dalam pemprosesan tinja ini ialah untuk mengukuhkan ekonomi selain untuk pasaran baja organik. Selain untuk membajai ladang kelapa sawit milik PPNT seluas hampir 200 hektar di Kampung Pelam serta untuk membaiki kesuburan tanah, PPNT memasarkan 32 metrik tan baja organik itu kepada 21 pertubuhan peladang seluruh Kelantan baru-baru ini.
Menurutnya tinja kambing itu dikumpul daripada ladang ternakan kambing yang diusahakan oleh PPNT sejak 11 tahun lepas. Ladang itu yang menternak 1,000 ekor kambing mampu menghasilkan tinja sebanyak kira-kira 60 metrik tan sebulan dimana untuk jangka panjang, PPNT mungkin menjalin kerjasama dengan PPN Kelantan dan PPK Jeli dalam projek penternakan kambing. Penternak disana boleh bawa tinja kambing kepada PPNTdan boleh  diproses dan seterusnya kita hantar balik kepada mereka tinja yang sudah diproses. Pihak PPNT berkemungkinan menggunakan baja organik itu untuk ladang mini vitato yang akan dibuka di kawasan seluas 33.5 hektar di Ru Tapai Setiu dan meminta pihak MARDI bagi menjalankan kajian sama ada baja organik itu sesuai untuk tanaman ubi vitato itu. 
Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...!
TAHI KAMBING... GELAP WARNANYA...
DIKUMPUL ... DIPROSES JADI BAJA...
BOLEH DIJUAL... POKOK SUBURNYA...
BACA ARTIKEL... SUDAH DAPAT IDEA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 441, Tingkat 4,
Sand & Sandals Resort and SPA,
Desaru Beach, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(8 Safar 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.