Sunday, August 27, 2023

RACUN RUMPAI - FAKTA YANG PERLU TAHU

RACUN RUMPAI
(Weedicide) ialah racun makhluk perosak yang digunakan untuk membunuh rumpai dan tumbuhan yang tidak dikehendaki dikawasan kebun atau di tanah lapang. Apa pu dilaporkan ada terdapat dua jenis sifat racun rumpai iaitu Racun Selektif (memilih) dan Racun Tidak Selektif (tidak memilih). Racun rumpai selektif hanya mematikan rumpai atau spesis rumpai tertentu sahaja manakala ia akan meninggalkan tanaman dalam keadaan terkawal. Sesetengah tindakan ini adalah dengan mengganggu pertumbuhan rumpai dimana ia selalunya bersifat "peniruan" hormon tumbuhan. Pemilihan mungkin disebabkan oleh translokasi, penyerapan berbeza, perbezaan fizikal (morfologi) atau fisiologi antara spesies tumbuhan.Antara contoh racun rumpai selektif adalah seperti 2,4-D dan Imazapic. Racun rumpai jenis tidak selektif pula akan bertindak terhadap spesies tumbuhan tertentu dan akan mematikan tumbuhan yang terkena racun. Ia digunakan untuk membersihkan tapak perindustrian, tanah sisa, jalan kereta api dan semak di benteng keretapi dan sebagainya. Dilaporkan dimana Racun seperti Paraquat, Glufosinate, Glyphosate adalah racun rumpai tidak selektif. Ia membunuh semua jenis tumbuhan yang disentuh olehnya. Kuantiti racun jenis ini dengan kuantiti sedikit digunakan di kawasan perhutanan, sistem pastura dan pengurusan kawasan yang terdapat hidupan liar seperti di kawasan Zoo Binatang. Saintis laporkan dimana ada sesetengah tumbuhan yang mampu untuk ianya menghasilkan racun rumpai secara semula jadi seperti genus Juglans (walnut) atau pokok Syurga dimana cara tindakan seperti ini atau beberapa interaksi kimia berkaitan digelar alelopati. Penulis blog dapati dimana racun rumpai digunakan secara meluas dalam bidang pertanian dan pengurusan rumput turf. Di USA dilaporkan dimana hampir 70% daripada jumlah racun makhluk perosak yang digunakan adalah racun rumpai. Begitu juga di Malaysia dimana penggunaan racun rumpai adalah luas digunakan dalam mengawal rumpai dalam semua aktiviti berkaitan. Antara puncanya ialah racun rumpai dapat mengawal rumpai dengan lebih baik, murah dan menjimatkan masa serta kesan yang signifikan. Di Malaysia apa yang penulis blog lihat dimana corak penggunaan racun rumpai tidak banyak berbeza dengan negara-negara lain yang lebih maju kerana aplikasi teknologinya adalah mengikut prosedur khusus. Lazimnya kos atau perbelanjaan terhadap racun rumpai meningkat 15% setiap tahun akan tetapi semenjak perang Rusia-Ukraine dan pasca-pandemik covid 19 dilaporkan kenaikan harga racun rumpai meningkat sehingga lebih dari 150%. Seperti penulis blog jangkakan dimana kos racun dan bahan input kinia lain seperti baja akan terus meningkat selagi tiada cara-cara lain yang lebih baik sebagai pengganti untuk mengawal rumpai. Kini petani yang menggunakan bahan kimia dalam sistem amalan agronomi di ladang atau kebun merasa tertekan dengan ancaman kos ini yang menghimpit pendapatan mereka dan kualiti hasil pertanian mereka. Artikel pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa fakta yang perlu tahu mengenai racun rumpai sekadar menjadi bahan rujukkan pembaca blog semua.


Racun Rumpai Jenis Sistemik adalah jenis racun yang menyerap kedalam sistem rumpai dan membunuh rumpai dengan mengganggu proses metabolism dalaman rumpai. Sebagai contoh racun jenis 'monoron' menghalang proses Fotosintesis. Lain-lain racun mungkin merosakkan proses pernafasan, metabolism, karbohirat, lemak dan juga protein. Cara bertindak jenis racun ini adalah dengan mengganggu proses metabolism tumbuhan yang berkenaan. Biasanya racun rumpai jenis ini juga dapat membunuh rumpai dengan lebih berkesan. Selalunya racun jenis ini kesannya terhadap rumpai adalah lambat iaitu selama 2-3 minggu. Setengah-setengah petani mencampur racun sentuh dengan racun sistemik untuk mendapat kesan yang cepat. Ini tidak sesuai dilakukan walau pun kesannya nampak nyata. Racun sentuh akan membunuh tissue dan apabila tissue telah mati pergerakan racun sistemik akan tergganggu. Menggunakan tahap atau kadar kepekatan yang tinggi juga tidak sesuai untuk racun ini. Kepekatan yang tinggi akan menyebabkan kematian pada tissue tertentu dan ini akan menghalang pergerakan racun ke bahagian akar rumpai. Kepada petani yang ingin membeli racun rumpai perlu memahami jenis racun apa yang hendak dibeli adalah amat penting. Petani boleh bertanya terus kepada penjual racun tersebut dan kemudian mempastikan dengan membaca label pada botol racun.


Jenis Racun Rumpai Sentuh bertindak dengan sentuhan kepada bahagian tanaman (daun dan batang) dan akan matikan rumpai. Kesan racun sentuh adalah cepat dan dapat dilihat tumbuhan layu dalam beberapa jam sahaja selepas penyemburan dijalankan. Racun Sistemik bertindak dengan diserap kedalam seluruh bahagian tumbuhan dam rumpai akan mati perlahan-lahan. Lazimnya proses racun ini lambat dilihat. Selepas 2-3 hari pun kesan racun jenis ini tidak dapat dikesan lagi. Keberkesanan racun ini agak lama berbanding dengan racun sentuh. 
Pada asasnya cara racun bertindak ada dua cara iaitu dengan cara 'Sentuh' dan dengan cara 'Sistemik'. Apa yang penulis blog maksudkan dengan satu konsep penggunaan racun sentuh samalah seperti menebas rumpai yang tidak dikehendakki. Racun sentuh akan membunuh bahagian yang kena dengan racun sahaja manakala yang tidak terkena masih hidup lgi. Bahagian akar dan mungkin batang yang terlindung akan hidup dan akan tumbuh semula. Ia sangat berkesan pada rumpai daun lebar yang tumbuh semusim. Racun sentuh sesuai digunakan bagi kawasan yang telah ditanam dan disembur secara jalur atau semburan bulatan dibawah kanopi tumbuhan. Lazimnya untuk ini campuran dengan racun pracambah adalah dicadangkan. Untuk kawalan yang menyeluruh bagi rumpai saka, racun ini perlu digunakan berulang-ulang dalam jangkamasa yang pendek. Tujuannya adalah untuk mengurangkan dan terus menghabiskan simpanan makanan dalaman dalam tisu yang tidak terkena racun. 


Portal berita dari bharian.com ada mempaparkan kisah bagaimana 'CAP gesa haramkan penggunaan glyphosate' untuk dikongsikan. Pernah dilaporrkan bagaimana CAP menggesa Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Racun Makhluk Perosak (MRLP) supaya mengharamkan penggunaan ‘glyphosate’ dan racun rumpai berasaskan bahan itu kerana memberi kesan ke atas kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar. Ia berlaku apabila dulu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Racun Makhluk Perosak (MRLP) supaya mengharamkan penggunaan 'glyphosate' dan racun rumpai berasaskan bahan itu kerana memberi kesan ke atas kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar. Malah bahan itu juga dikategorikan sebagai karsinogen yang boleh dilapor menyebabkan barah kepada manusia serta pelbagai masalah kesihatan. Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata individu yang banyak terdedah kepada racun rumpai itu lebih berisiko mengalami barah yang dipanggil 'non-Hodgkin limfoma (NHL)'. Penemuan itu amat membimbangkan berikutan bahan glyphosate yang paling banyak digunakan dalam racun rumpai. Dilaporkan bahawa kira-kira 8.6 bilion kilogram racun rumpai berasaskan glyphosate sudah disembur di seluruh dunia sejak 1974. Penggunaannya sudah meningkat 15 kali ganda sejak tanaman kejuruteraan genetik diperkenalkan pada 1996 yang mana majoriti daripadanya adalah tanaman kejuruteraan genetik (GE) toleran glyphosate. Kebimbangan mengenai kesan kesihatan glyphosate memuncak apabila Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser (IARC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan racun rumpai itu sebagai kemungkinan karsinogen kepada manusia pada 2015. Ia tambah meruncing dengan peningkatan bukti bahayanya kepada manusia dan saman undang-undang terhadap pengeluarnya (Monsanto). Antara individu yang terdedah kepada racun rumpai berasaskan glyphosate mempunyai 41 peratus peningkatan risiko mendapat non-Hodgkin limfoma (NHL). Walaupun tidak terdedah, sisa atau residu glyphosate boleh memasuki tanaman GE menerusi rantaian makanan. Susulan itu, CAP sudah menghantar memorandum kepada MAFI dan LRMP pada 25 September lalu berhubung gesaan berkenaan.  Menerusi laman sesawang Jabatan Biokeselamatan Malaysia mendedahkan bahawa daripada 40 tanaman GE diluluskan bagi makanan, makanan haiwan dan pemprosesan, sebanyak 11 daripadanya adalah toleran kepada glyphosate. Semuga tulisan ini sedikit sebanyak berikan info kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
RACUN RUMPAI... SELALU DIGUNAKAN...
RACUN SISTEMIK....IA LAMA BERKESAN..
RACUN SENTUH... MUDAH DIGUNAKAN...
KESELAMATAN RACUN... DIUTAMAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Safar 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.