Thursday, August 10, 2023

SUBSIDI HARGA PADI NAIK RM500 SETIAP TAN!

SUBSIDI HARGA PADI NAIK RM500 SETIAP TAN adalah merupakan satu berita terbaik kepada semua pesawah padi di Malaysia pada 8 Ogos 2023 yang di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia!. Pada penulis blog langkah ini merupakan satu cara terbaik untuk meningkatkan pendapatan pesawah yang kini tertekan dengan kenaikan kos penanaman padi terutama kos bahan kimia seperti baha dan racun, kos upah kerja membajak dan beberapa kos lain. TANAMAN PADI (Oryza sativa) di Malaysia merupakan satu aktiviti penting yang membekalkan bahan makanan beras kepada penduduk Malaysia. Keluasan penanaman padi di Malaysia pada tahun 2021-2022 adalah seluas 647,859 hektar dimana keluasan pasel sawah padi adalah 428,780 hektar dengan melibatkan seramai 172,000 pesawah. Purata pengeluaran hasil padi Malaysia adalah 3,749 kg sehektar dimana purata penghasilan di kawasan Jelapang Padi sebanyak 4,206 kg/ha, di Sabah sebanyak 2,899 kg/ha dan di Sarawak pula sebanyak 1,792 kg/ha tan sehektar dimana. Hasil pengeluaran padi pada musim 2021-2022 adalah sebanyak 2.428 juta metrik tan dengan nilai pengeluaran RM 2.771 billion (Laporan Statistik Agromakanan, Kementerian Pertanian Malaysia Tahun 2022). Laporan tersebut juga menyatakan purata penghasilan padi sebanyak 3,749 kg sehektar dengan penghasilan peling tinggi mencecah sebanyak 10 metrik tan sehektar seperti di sekitar sawah di Sekinchan, Selangor. Jika padi tersebut diproses kepada beras, hasilnya sebanyak 1.677 juta tan metrik beras dihasilkan untuk kegunaan rakyat Malaysia. Ini mencukupi untuk bekalan sebanyak 70% kadar kecupan makanan (SSL - self sufficiency level) dalam negara dimana sebanyak 570,000 metrik tan lagi perlu diimpot dari luar negara. Tanaman padi merupakan tanaman keselamatan yang perlu di jaga untuk mempastikan bekalan makanan ruji sentiasa mencukupi untuk rakyat Malaysia. Artikel alam sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pengumuman Perdana menteri Malaysia dalam banyak media utama mengenai subsidi harga padi naik kepada RM500 setiap tan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua. 


Dalam portal bharian.com dilaporkan 'Kadar subsidi harga padi naik daripada RM360 kepada RM500 setiap tan mulai esok - PM' antara yang dipaparkan. Pengumuman dibuat di Parit Buntar, Perak dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan berkuat kuasa esok (9 Ogos 2023). Perkara itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Majlis Sentuhan Agromadani Peringkat Negeri Perak di Dewan Kerian Lermai, Perak. Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. Ketika mengumumkan kenaikan subsidi terbabit, Anwar secara sinis, menyindir pihak yang sebelum ini sering menyerang isu-isu peribadinya dengan memetik ungkapan 'hari ini umum, esok turun'. Dakwanya "Apa, perleceh lagi aku hari ini dapat kuasa esok turun. Sekarang, hari ini umum, esok naik harga padi seluruh Malaysia," katanya ketika membuat pengumuman itu semalam. Anwar berkata, peningkatan subsidi sebanyak RM140 itu diunjur membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun adalah satu-satunya kenaikan subsidi itu sejak kenaikan terakhir diumumkan kira-kira 25 tahun lalu. Pengumuman itu akan menyaksikan pesawah negara ini memperoleh RM1,700 bagi satu tan pengeluaran padi, bermula hari ini, yang bermatlamat meringankan beban pesawah, ia adalah bagi menggalakkan peningkatan produktiviti pengeluaran padi dalam kalangan pesawah. Apa pun pengumuman itu diharap melegakan pesawah yang turut berhadapan peningkatan kos input pertanian seperti harga baja dan racun yang membebankan mereka, terutama dalam keadaan harga padi menurun dan pemotongan pemutuan yang tinggi. "Kenaikan (subsidi padi) yang paling akhir adalah semasa Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan dulu, 25 tahu lalu. Alhamdulillah kini sudah jadi Menteri Kewangan, subsidi itu naik lagi dari RM360 kepada RM500. Menyentuh isu yang sering menjadi rungutan pesawah iaitu berkenaan pemotongan pemutuan beras (padi) basah dimana kerajaan akan mengawal keadaan itu dengan melatih pegawai Jabatan Pertanian untuk ditempatkan khusus di kilang padi. "Ada komplen (aduan) mengenai kawalan pemotongan permutuan sebab kadangkala betul, tetapi kadangkala harga yang patut dipotong lima peratus, tiba-tiba jadi 10 peratus. "Saya sudah bincang dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang mana nanti kita akan melatih Pegawai Pertanian khusus yang akan ada di kilang-kilang swasta bagi memantau secara bebas. "Ia supaya pengilang swasta tak potong beras basah ikut selera mereka, sebaliknya kena ada syarat tertentu. Berdasarkan perundangan, Padiberas Nasional Bhd (Bernas) terpaksa beli beras basah (selaku pembeli akhir) kalau orang tak mahu beli dari pesawah, jadi Bernas kena membelinya.


Dalam portal utusan.com pula ia ditulis 'Subsidi padi naik kepada RM500 setiap tan mulai esok' berkait dengan tajuk artikel kali ini. Foto bagaimana Anwar Ibrahim berucap pada program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Perak di Dataran Kerian Permai di Parit Buntar juga dipaparkan. Dilaporkan dimana kerajaan mengumumkan kenaikan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per tan metrik kepada RM500 per tan metrik berkuatkuasa esok. Perdana Menteri nyatakan dengan langkah itu bermakna pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 per tan metrik dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan golongan itu. Menurutnya, kenaikan kadar SSHP itu melibatkan implikasi kewangan tambahan sekitar RM360 juta setahun dan dengan itu, jumlah peruntukan SSHP akan mencecah RM1 bilion setahun. Beliau  telah arahkan supaya langkah ini dapat ia dilaksanakan segera dan berkuatkuasa pada hari esok.  Kenaikan kadar SSHP melibatkan implikasi kewangan tambahan sekitar RM360 juta setahun dan dengan itu, jumlah peruntukan SSHP akan mencecah RM1 bilion setahun. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Perak di Dataran Kerian Permai di Parit Buntar. Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalannya, Chan Foong Hin serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Ia merupakan kenaikkan terbesar SSHP sejak beliau menjadi Menteri Kewangan kira-kira 25 tahun lalu. Apa pun pelaksanaan ini kita tak mahu tunggu lama, pelaksaannya kita umum hari ini, esok naik!. Dakwanya pesawah kena ingat, kita (negara) banyak hutang iaitu RM1.5 trilion tetapi saya cari juga, berapa peruntukkannya? Ia mencecah RM1 bilion peruntukkan tambahan untuk pesawah setahun. Kerajaan juga komited untuk menyemak semula mekanisme penggredan padi berdasarkan parameter pengilangan iaitu daripada segi kualiti, kelembapan dan kebersihan varieti padi. Ini bagi menjamin harga yang berpatutan dan adil kepada pesawah padi. Inisiatif yang diumumkan itu diharap dapat meningkatkan pendapatan sara diri pesawah dan memastikan keterjaminan makanan ruji negara terus meningkat. Dalam masa yang sama ia merealisasikan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam menaik taraf sosioekonomi pesawah dan menoktahkan kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat.



Akhbar lain iaitu sinarharian.com.my pula paparkan berita 'Kadar subsidi harga padi naik kepada RM500 setiap tan mulai esok' juga menyentuh mengenai isu sama. Dilaporkan kerajaan mengumumkan kenaikan kadar subsidi harga padi daripada RM360 kepada RM500 setiap metrik tan bermula esok. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) itu membolehkan pesawah menerima sekurang-kurangnya RM1,700 setiap tan sekali gus meningkatkan pendapatan pesawah serta memberi motivasi untuk meningkatkan pengeluaran. Kenaikan itu melibatkan implikasi kewangan tambahan sekitar RM360 juta setahun dan jumlah peruntukan SSHP mencecah RM1 bilion setahun. Dakwnya semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1990-an dimana itulah pertama kali dia naikkan harga padi. Kemudian ia tidak naik lagi kerana kalau naik, kerajaan perlu tampung belanja. Kadar subsidi RM360 per metrik tan naik mulai esok kepada RM500. Ini kenaikan terbesar dalam sejarah. Kita tidak mahu kata umum hari ini laksana tahun depan tetapi kita umum hari ini esok naik harga padi seluruh negara. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Perak di Dataran Kerian Permai di sini pada Selasa. Hadir sama, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalannya, Chan Foong Hin serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Kerajaan juga akan menyemak mekanisme penggredan padi dengan menempatkan pegawai pertanian di kilang-kilang. Beliau juga ada menerima aduan masalah mutu beras basah oleh pengilang. Bagaimana hendak kawal apabila kadang betul, kadang tidak betul, kadang potong 5 peratus jadi 10 peratus. Beliau sudah bincang dengan kementerian, kita mesti latih pegawai pertanian khusus, dia akan ada di kilang swasta dan Bernas untuk pantau supaya pengilang tidak potong beras basah ikut selera mereka, dia kena ada syarat.  Anwar yang juga Menteri Kewangan beritahu kementerian bercadang akan menambah peruntukan bagi pelaksanaan penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun sebagai satu inisiatif meningkatkan pengeluaran beras negara. Walaupun unjuran awal RM3 bilion tidak cukup kita terpaksa tambah, kerajaan akan lakukan sebaiknya. Bagaimana dia boleh umum hari ini kerana pegawai kita bertungkus lumus bekerja, merancang dan beri pandangan dengan melibatkan pelbagai pihak termasuk Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Kementerian Ekonomi.

Akhbar Kosmo! juga tidak ketinggalan melaporkan '
Kadar subsidi padi naik RM500 mulai esok - Anwar' yang wajar dikongsikan. Dilaporkan kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dengan meningkatkan kadar subsidi daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan berkuat kuasa esok. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan langkah itu, pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1700 per metrik tan dan secara langsung akan meningkatkan pendapatan mereka serta memberi motivasi untuk tujuan meningkatkan pengeluaran. Dia beritahu “Peningkatan ini juga selari dengan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Saya telah arahkan supaya langkah ini dilaksanakan segera dan berkuat kuasa pada hari esok, 9 Ogos 2023. Dakwanya  kenaikan kadar SSHP melibatkan implikasi kewangan tambahan sekitar RM360 juta setahun dan dengan itu, jumlah peruntukan SSHP akan mencecah RM1 bilion setahun,” katanya ketika berucap sempena Majlis Sentuhan Agromadani Peringkat Negeri Perak di Dataran Kerian Permai di sini hari ini. Pada masa sama, beliau menegaskan kerajaan juga komited untuk menyemak semula mekanisme dalam cara penggredan padi berdasarkan parameter pengilangan iaitu daripada segi kualiti, kelembapan dan kebersihan varieti padi bagi menjamin harga yang berpatutan dan adil kepada pesawah padi. Anwar beritahu dimanainisiatif itu diharap dapat meningkatkan pendapatan sara diri pesawah dan memastikan keterjaminan makanan ruji negara iaitu beras semuga terus meningkat.  Dalam masa yang sama merealisasikan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam menaik taraf sosioekonomi pesawah dan menoktahkan kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat. Pada penulis blog walau pun berita ini membantu mengurangkan beban pesawah dalam menampong kenaikan kos usaha menanam padi akan tetapi jumlah RM1 billion yang tinggi perlu ditanggung oleh kerajaan juga membimbangkan. Berkemungkinan harga beras akan terus naik seperti yang berlaku diseluruh dunia dalam masa tidak lama lagi kerana banyak isu-isu berlaku dalam usaha pengeluaran beras ini. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..
HARGA PADI... SUBSIDI DINAIKKAN...
RM500 JUMLAHNYA..BAGI. SETIAP TAN...
PESAWAH GEMBIRA...KURANG BEBAN...
TERIMAKASIH... KEPADA KERAJAAN...  

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(22 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.