Friday, August 11, 2023

AYAM PENCEN - ADA FAKTA MENARIK

AYAM PENCEN
atau AYAM TELUR TUA merupakan satu istilah yang diberikan kepada jualan ayam telur yang telah tidak produktif lagi untuk menghasilkan telur dan disembelih untuk dagingnya. Sebelum saya pergi jauh mengenai ayam pencen ini mari saya dedahkan info berguna mengenai industri ayam di Malaysia yang perlu anda ketahui. Purata seorang rakyat di Semenanjung Malaysia makan daging ayam adalah sebanyak 38 kg setahun atau 3.2 kilogram sebulan (Sumber: Laporan Statistik AgroMakanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2021). Kalau purata seekor ayam daging beratnya 1.5 kg seekor, maknanya seorang rakyat Malaysia akan makan 2 ekor ayam lebih sebulan. Sebanyak 30 juta ekor ayam daging diperlukan setiap hari atau sebanyak 94 juta ekor seminggu atau sebanyak 10,950 juta ekor setahun. Ini menunjukkan daging ayam merupakan satu sumber zat protin terpenting di negara kita. Penggunaan daging ayam di Malaysia adalah amat tinggi kerana ia merupakan jenis daging yang paling diminati oleh semua bangsa, umur, kaum, jantina dan disediakan dalam banyak masakan. Sebut sahaja 'ayam goreng', kita akan jumpa setiap hari dirumah, dikantin, pasar malam, pasar tani malahan menjadi hidangan utama Restoren KFC dan banyak restoran fastfood yang lain. Ini belum disebutkan makanan berasaskan ayam seperti Sate Ayam, BBQ Ayam, Ayam Percik, Ayam Panggang dan banyak lagi. Bercerita mengenai Nasi Ayam sahaja terdapat banyak rangkaian restoren berasaskan nasi ayam sehingga kepasaran global. Cerita katun UPIN dan IPIN juga menyatakan minat mereka makan ayam goreng. Keenakan ayam goreng berempah memang menjadi makanan kegemaran ramai. Ini belum lagi pelbagai jenis hidangan yang menggunakan daging ayam untuk dijadikan makanan penting. Sebanyak 22 juta biji telursebulan juga diperlukan oleh rakyat Malaysia setiap hari atau kasarnya dikira sebanyak 1 biji telur seorang sehari. Saya bagaimana pun saya akan menulis lagi artikel fakta menarik mengenai ayam pencen dalam "Anim Agro Technology" untuk menjadi bacaan dan rujukkan anda.


Ayam telur merupakan spesis ayam yang diternak bagi tujuan tugas khas iaitu bertelur. Ayam pencen pula adalah gelaran yang diberikan kepada ayam telur yang tidak lagi mampu bagi menghasilkan telur pada jumlah yang tinggi. Ini menjadikan kos penjagaan ayam tersebut adalah lebih tinggi berbanding pengeluaran (telur) menjadikan ayam ini pun terpaksa untuk dilucutkan tugasnya menghasilkan telur atau dalam bahasa lain sesuai untuk di sembelih dan dijadikan makanan daging ayam. Memandangkan usia ayam ini yang agak tua dan perlu untuk berhenti bertelur sebagai penelur maka di Malaysia ramai yang memberikan gelaran sebagai 'Ayam pencen'. Dari segi umur ternakan ayam walau pun usia ayam ini agak lanjut (walaupun tidak selanjut umur manusia) selalunya apabila dimakan maka tentu dagingnya sudah agak KERAS jika ia dibanding dengan daging ayam daging yang biasa dibeli dipasar. Bagaimana pun faktaya adalah dimana daging ayam pence sangat sesuai untuk beberapa kuliner tertentu termasuk di masak sebagai Rendang Ayam, Ayam Ungkep, Ayam Masak Kicap (semur) dan juga pelbagai menu masakan lain. Cara memasak rendang yang agal lama membolehkan rendang ayam pencen menjadi pilihnan ramai orang berbanding dengan ayam daging yang dibuat rendang ia mudah lembut dimana dagingnya mungkin akan terpisah dan tercerai daripada tulang. Namun begitu petua melembutkan daging ayam pencen dapat membantu untuk melembutkan lagi daging ayam pencen. Penulis blog memang sering juga membeli ayam pencen terutama untuk masak ayam ungkep dan rendang ayam. Beberapa kaedah untuk melembutkan daging ayam pencen seperti dengan merebusnya dalam 'pressure cooker' dalam jangkamasa ditemtukan. Ia juga boleh dilembutkan dengan menggunakan daun jambu batu rebus semasa memasaknya tau pun boleh mencampurkan bahan tempe ke dalam masakan (ia melembutkan isi daging ayam pencen). Kalangan orang kampung ada yang memasukkan daun pandan ke dalam masakan untuk lembutkan daging. Ada banyak petua lain yang dirasakan sesuai dengan jenis masakan dimana kalau masak kari gunalah tempe dan kalau masak rendang gunalah daun jambu batu rebus. Ada juga yang didakwa menggunakan baking powder dan getah papaya untuk lembutka ayam pencen ini. Dipasaran harga ayam pencen juga adalah jauh lebih murah berbanding ayam daging kerana ianya dikira sebagai ayam yang 'second grade' apabila ayam tersebut tidak digunakan oleh pengusaha telur ayam. Pengurusan cekap penternak ayam telur akan mengeluarkan dan menghapuskan ayam telur tua yang tidak produktif dengan baka induk ayam telur yang baru. Ia bertujuan untuk mengelakkan kerugian dan ia perlu dijual atau dilupuskan ke pasar dengan harga murah. Kalau dulu seekor ayam pencen cuma RM8 seekor (siap buang bulu dan dipotong) akan tetapi mulai tahun 2020 penulis blog dapati harganya sudah naik sekitar RM12 - RM15 seekor bergantung kepada saiz ayam dan likaliti. Penulis blog google di Lazada dimana seekor ayam pencen dihantar kerumah dengan harga RM15.00 seekor dimana ia masih mudah diperolehi secara belian diatas talian juga. Ayam pencen memang sedap walaupun isinya tidak sebanyak ayam biasa. Ia dikenali sebagai ayam tua ataui ayam pencen dimana tidak semua orang suk amembelinya. Ada yang dakwa ayam pencen merbahaya untuk kesihatan sebaliknya ada yang dakwa ia tidak sesuai dimakan. Bagaimana pun di Malaysia dilihat isu kenapa ayam pencen tetap jadi pilihan biarpun isinya tidak banyak dan liat pula?. Ramau pengguna dakwa disebabkan oleh rasa daging ayam pencen adalah lebih manis, kental, macam rasa ayam kampong dibanding dengan jenis ayam daging ayam biasa yang muda daripadanya. Kini memang ramai kalangan penggemar ayam pencen memang suka dengan isi ayam pencen dimana sudah ada cara untuk melembutkan dagingnya. 


Penulis blog kongsikan beberapa petua boleh di cuba untuk lembutkan ayam pencen. Pertama gunakan lada hitam yang ditumbuk bersama halia dan ia masukkan ke dalam periuk bersama ayam dan air. Seterusnga merebus ayam pencen sampai lembut. Petua kedua adalah menggunakan tebu dengan memasukkan sedikit potongan tebu ke dalam periuk rebusan ayam tadi dan masak sehingga empuk. Seterusnya ke tiga ada petua untuk gunakan daun pisang iaitu dengan memasukkan daun pisang yang sudah dipotong kecil ke dalam periuk berisi ayam dan direbus bersama. Petua yang ke em[at adalah dengan menggunakan air kelapa yang digunakan untuk merebus ayam pencen dimana kaedah ini merupakan kaedah paling popular dilakukan. Selain dari daging ayam pencen menjadi empuk didapati rasa daging ayam tersebut menjadi lebih enak. Caranya mudah iaitu rebuskan ayam bersama air kelapa sampai empuk dan ditoskan dan boleh masak macam biasa. Hasil daripada guna air kelapa, ayam akan jadi lebih sedap. Paling win adalah resepi bagaimaa buah nanas dilumurkan pada ayam pencen dan perap sekitar 30 minit. Kemudian basuh dan masak ayam macam biasa dimana pembaca blog jangan ayam kerana daging ayam tidak akan bertukar rasa malahan ia menjadi lebih sedap.


Penulis blog paling suka dengn hidangan Rendang Ayam Pencen, Ungkep Ayam Pencen dan juga Gulai Ayam Pencen. Ia amat enak dimakan dengan nasi putih dengan keluarga dan sering juga makanan ini dihidangkan semasa kenduri juga. Bagi menyediakan kuliner Gulai Ayam Pencen disediakan bahan iaitu terdiri dari 1 ekor ayam pencen (dipotong kecil sedang), 2 sudu besar rempah gulai, 8 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih, 1/2 inci halia, 1 biji ubi kentang di potong 4, kayu manis, bunga lawang, sedikit kerisik kelapa, 1 kotan santan kelapa, garam dan gula secukupnya serta  keping asam keping. Cara membuatnya dengan ayam pencen direbus dengan petua diatas sehingga empuk dan toskan dan asingkan. Seterusnya separuh dari bawang dimesin dan dibancuh dengan rempah gulai dan sedikit air. Separuh lagi dihiris dan ditumis bersama halia, kayu manis dan bunga lawang. Apabila berbau wang maka boleh di masukkan rempah gulai dan tumis sehingga garing dan naik minyak.  Masukkan ayam dan gaul supaya sebati dengan rempah dan masukkan air untuk mengempukkan ayam pencen. Masukkan juga ubi kentang. Selepas ayam empuk, masukkan santan, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali maka perlu di masukkan kerisik. Sesuaikan rasa dan kepekatan dimana ia sudah boleh dimatikan api diangkat dan dihidangkan untuk dimakan dengan nasi putih (Sila lihat foto disebelah). Memang mudah masak gulai ayam pencen ini selain daripada ia enak dimakan tetapi berkhasiat juga. Makanan ini memang sesuai dihidangkan kelapa seluruh ahli keluarga dan juga sesuai untuk majlis jamuan.


Fakta menarik dalam akhbar hmetro.com dimana 'Ayam pencen ganti ayam segar' memang menarik dikongsikan. Di beberapa bandar utama di Malaysia dilaporkan ayam pencen mula menjadi pilihan masyarakat selepas berlakunya krisis kekurangan bekalan ayam segar di beberapa pasar utama.  Ayam pencen yang dijual pada harga RM8 - RM12 seekor menjadi pilihan utama masyarakat berbanding ayam sejuk beku apabila bekalan ayam daging segar kehabisan. Ayam pencen memang menjadi pilihan masyarakat selepas bekalan ayam segar habis dijual. Walaupun harga ayam segar kini diturunkan kepada RM8.90 sen satu kilogram (kg) akan tetapi bekalan ayam segar dilaporkan masih sukar diperolehi dalam beberapa ketika. Penjual di pasar menyatakan mereka hanya memperoleh bekalan ayam segar daripada pemborong iaitu hanya sebanyak antara 50 dan 80 kg sehari sedangkan pesanan dibuat sebanyak 150 kg. Bekalan diperolehi tidak mampu untuk kami memenuhi permintaan pelanggan tetap iaitu pengusaha asrama sekolah dan beberapa restoran. Kini aktiviti penjualan ayam segar juga terpaksa dihadkan hanya dua ekor seorang pelanggan. Isu apabila bekalan ayam segar yang dijual kehabisan diatasi dengan menjual ayam pencen menjadi pilihan pelanggan. Berlakunya krisis kekurangan ayam segar lebih beberapa bula dahulu dapat digantikan dengan bekalan ayam pencen yang kini semakin mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Penjual ayam terpaksa membuat tempahan antara 100 serta 120 ekor ayam pencen sehari dimana ia mengatasi masaalah kekurangan ayam daging. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
AYAM PENCEN... RAMAI YANG SUKA...
MASAKAN RENDANG... UKNKEP JUGA...
HARGA MURAH... LEMBUTKAN ADA CARA...
PELBAGAI KULINER... PILIH RESEPINYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.