Thursday, July 20, 2023

LIPAS DAN CIRI KEHEBATANNYA

SERANGGA LIPAS
(Cockroach) merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea yang sering dijumpai dimana-mana lokasi terutama didalam rumah tinggal bersama manusia. Serangga lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki dimana ia amat menjijikan dan menakutkan ramai orang. Daripada laporan yang penulis blog rujuk dinyatakan ada terdapat kira-kira 4,500 spesis lipas diseluruh dunia dimana hanya sekitar 30 spesis sahaja yang selalunya dikaitkan dengan tempat tinggal manusia dimana ia menjadikan habitat sebagai tempat tinggal. Dari jumlah tersebut sekitar empat (4) spesis lipas memang terkenal sebagai serangga perosak dan menyebabkan masaalah kepada kehidupan manusia dan haiwan lain. Lipas adalah sejenis serangga kuno yang telah lama melalui proses adaptasi sehingga hari ini walau pun sudah wujud semenjak 320 juta tahun dahulu. Lipas adalah  merupakan serangga yang mana ia sangat lasak dalam semua jenis keadaan daripada tahap sejuk di Artik sehingga suhu yang panas dikawasan tropika dan juga di padang pasir. Lipas dekat rumah akan hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar dan bahan organik lain yang boleh dikunyah dan dihadamkan diperutnya. Sebenarnya kewujudan lipas juga telah menyebabkan ia menyumbang kepada industri pengawalan serangga perosak yang bernilai jutaan ringgit setiap tahun diseluruh dunia dengan mana kebanyaknya syarikat swasta beroperasi tetapi masih gagal menghapuskan lipas sepenuhnya. Dimana-mana premis termasuk pasaraya, pasar malam, kedai runcit akan dan bahan kimia mengawal lipas dapat di lihat dimana ada dijual pelbagai jenis perangkap lipas bagi tujuan untuk menghapuskan lipas tetapi masih gagal. Perangkap jenis bergam dengan umpan hormon atau makanan merupakan yang paling biasa dibeli dan digunakan. Artikel subuh ini sempena cuti Maal Hijrah 1445 dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa peranan dan kisah menarik mengenai serangga lipas untuk ianya dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Dalam beberapa laporan kajian ada yang menyatakan dimana s
ecara umumnya serangga lipas yang rakyat Malaysia kenal lazimnya berwarna hitam, perang dan ia selalu mempunyai sayap. Bagaimana pun saya akan tambahkan tiga lagi spesies lipas (croaches) untuk dapat memberikan pengetahuan akan beberapa jenis dan kepelbagaian spesies. Pertama dikenali sebagai LIPAS AMERIKA (Periplaneta americana) yang mana jenis ini selalu dijumpai di dalam rumah diseluruh dunia. Ia juga sering juga di panggil sebagai 'Household cochroach' yang berada dimana-mana dalam rumah. Warnanya agak merah keperangan dan mempunyai garisan kucing dibahagian belakang kepala. Umumnya dilaporkan ia adalah sejenis lipas yang paling orang benci kerana sering muncul dan paling digeruni apabila ia terbang dalam rumah. Bukan pelik lagi kerana jenis LIPAS MADAGASCAR dari keluarga Blaberidae pula yang digelar sebagai 'Lipas Gergasi' kerana bersaiz besar daripada lipas jenis lain. Di laporkan Lipas Madagascar dikategorikan antara lipas bersaiz besar di dunia dan tidak bersayap. Spesis ini mempunyai tujuh kategori yang mana kebanyakannya mengikut lokaliti. Ianya adalah adalah Cape mountain cockroach (Aptera fusca), Lipas gua kerdil (Blaberus fusca), Lipas Dubia (Blaptica dubia), Lipas pisang hijau (Panchlora nivea), Lipas mendesing Madagascar (Gromphadorhina portentosa), Lipas berbintik (Nauphoeta cinerea) dan Lipas Surinam (Pycnoscelus surinamensis).  Lipas ini dilihat ia mempunyai bentuk yang panjang dan lapisan kulit yang seakan-akan perisai kulit (Sila lihat foto disebelah). Uniknya dimana ada sesekali dilaporkan ada manusia suka membela spesies ini untuk dijadikan haiwan peliharaan pets). Jenis ketiga adalah LIPAS HITAM atau ada yang gelarnya sebagai 'Lipas Perisai' atau nama saintifiknya sebagai Catara rugosicollisSpesies ini memang lain macam sikit. Bentuk badan yang hitam dan seakan-akan perisai perang yang telah dibom. Lipas ini lazimnya ia boleh ditemui di kawasan hutan gunung. Para pakar entomologist Malaysia telah menemui spesies ini wujud di kawasan hutan Gunung Gading, Sarawak dan didaftarkan. Serangga lipas dilaporkan mempunyai ciri ketahanan terhadap radiasi nuklear dalam beberapa dos rawatan. Kajian menujukkan beberapa spesies serangga termasuk lipas mampu bertahan pada dos radiasi 10x ganda berbanding manusia bergantung kepada keadaan dan jenis radiasi. Namun para penyelidik masih berbincang berkaitan kemampuan ketahanan ini sama ada berikan kesan yang berkaitan survival individual atau bagaimana tahap kemampuan menghasilkan telur yang tidak mati.


Antara kehebatan lipas adalah dimana dalam banyak-banyak serangga ia memang ditakuti oleh kebanyakan manusia. Manusia agak takut atau geli dimana malahan ada yang agak berasa teramat jijik dengan lipas meskipun ia cuma makhluk berbadan kecil. Apa pun sebenarnya walaupun ia berbadan kecil namun serangga itu tetap digeruni tambahan pula jika ia merayap, menyelinap dan terbang bebas di atas kepala pasti boleh membuatkan sesiapa sahaja panik dan terjerit-jerit kegelian meminta tolong. Rasa geli iaitu terhadap serangga ini mungkin dianggap biasa. Namun jika ia menjejas kehidupan seharian maka pakar juga menyarankan supaya mendapatkan bantuan dengan pendedahan secara bertahap. Bagaimana pun terdapat segelintir manusia yang langsung tidak gentar sama sekali oleh serangga berkaki enam ini. Beberapa fakta menarik mengenai serangga lipas yang mungkin ramai tidak tahu juga saya paparkan. Paling ramai tidak tahu dimana Lipas Boleh Leperkan Badannya. Ini dapat dilakukan semasa ia bergerak atau lipas ini untuk menyorok dikawasan sempit. Semasa bergerak ia boleh meloloskan diri melalui tempat yang sempit kerana ia boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter sahaja. Ia berbuat demikian dengan mengangkangkan kaki-kakinya ke sisi tubuh. Kehebatan kedua dimana Lipas Boleh Tukar Kelajuan Ketika Berlari sebagai keunikannya. Saintis melaporkan dimana lipas mampu menukar kelajuannya ketika berlari dengan menukar kedudukan kaki mereka kepada gaya tripodal. Gaya ini meningkatkan lagi fleksibiliti dan akan dapat mengurangkan rintangan dan membolehkan ia berlari sehingga sepantas 320km/jam lajunya. Memang hebat lipas yang ada kehebatan ini.


Kehebatan seterusnya adalah dimana Lipas Mampu Hidup Tanpa Kepala dan ia adalah benar. Kajian mendapati dimana lipas masih mampu hidup sehingga dua hingga tiga minggu setelah kepalanya terputus. Ini kerana dilaporkan yang lipas boleh hidup kerana ia masih boleh bernafas melalui liang di badan walaau pun akhirnya lipas ini akan mati selepas tempoh itu kerana kehausan dan kelaparan. Dari segi habitat dimana Lipas Hidup Dalam Berkumpulan tetapi ia tidak berstruktur seperti semut dan lebah. Antara ciri lain mengenai tabiat lipas adalah ia akan makan dan kemudian ia membuang najis. Kajian mendapati dimana najis lipas mempunyai bahan kimia yang akan menarik lipas-lipas lain untuk datang berkerumun akan tetapi mereka tidak bersosial atau berstruktur seperti semut. Jangan terkejut kalau kehebatan lipas dilama Lipas 
Ada Yang Boleh Melompat. Memenag amat menakutkan bila lipas boleh melompat kerana ramai orang takut kepada lipas terbang dan kemudian ia melompat. Kajian saintis mendapati terdapat jenis lipas di Afrika Selatan yang boleh melompat seperti belalang dan spesis ini memang lincah melompat dan tidak suka duduk diam. Tahukah pembaca blog anim agro technology jika Lipas Boleh Gigit Manusia. Ini kerana serangga omnivor ini makan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan atau juga kulit manusia. Ramai pembaca mungkin pernah bengkak atau sakit dibibir setelah kena gigit lipas semasa tidur malam, Walaupun gigitan lipas dilaporkan tidak mendatangkan kemudaratan seperti sengatan lipan, kala jengking dan labah-labah tetapi ia menyebabkan situasi yang menakutkan dan tidak diingini sesiapa sahaja. Dalam pada itu dilaporkan dimana Lipas Suka Masuk Telinga kerana selalunya ada tahi telinga menghasilkan asid lemak berwap yang mampu untuk menarik perhatian lipas. Lubang telinga yang kecil, sempit dan lembap juga dirasakan sesuai untuk lipas ini menjadikan mungkin sebagai tempat tinggal. Oleh itu penting memberihkan tempat tidur anda dari sebarang lipas yang mungin masuk telinga semasa tidur. Paling hebat dimana ada penulis blog melihat di yoytube da TV dimana Lipas Dijadikan Makanan Eksotik dibeberapa negara. Sebagai contoh iaitu dimana di negara China, Vietnam, Thailand, Kemboja (Sila lihat foto paling bawah). Dilaporkan dimana serangga lipas ada diternak di ladang secara besar-besaran untuk dibekalkan kepada pengusaha-pengusaha makanan dan juga diproses menjadi ubat tradisional serta kepada beberapa syarikat kosmetik. Makanan lipas yang di masak dengan ramuan khusus menjadi kegemaran kalangan masyarakat yang meminatinya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang dituis pada 1 Muharram 1445 Hijrah kali ini. Wasalam!...
SERANGGA LIPAS... HEBATNYA DIA...
PELBAGAI SPESIS.. DISELURUH DUNIA...
MUDAH DIJUMPAI... DIMANA SHAJA...
DIJADIKAN MAKANAN... SIAPA SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Muharram 1445H).  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.