Wednesday, July 19, 2023

INDUSTRI NANAS NEGARA - POTENSI PASARAN

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1445!...
INDUSTRI NANAS NEGARA merupakan salah satu industri sektor tanaman makanan yang semakin diperkatakan oleh ramai pengusaha pertanian. Penulis blog yang sudah lama berkecimpong dengan teknologi dalam penanaman nanas sejak berpuloh tahun dulu dan pernah menerajui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan ada mempunyai banyak pengalaman di dalam industri ini. Pada masa dahulu Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang menanam nanas untuk di kalengkan (ditinkan) dan pernah menjadi antara negara pengeksport nanas kaleng yang hebat sehingga ditubuhkan agensi khas yang menjaga industri nanas dimana kini ia di kenali sebagai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang beribupejabat di Johor Bahru. Agensi ini yang diujudkan pada tahun 1957 yang memainkan peranan penting memajukan industri nanas negara daripada aspek penanamn, pemprosesan sehingga kepada program dalam pemasaran. Bagaimana pun trend penanaman nanas kini sudah banyak berubah apabila penanaman nanas untuk diproses dikilang sudah menjadi kepada penanaman nanas untuk pasaran nanas segar. Pengenalan beberapa varieti nanas premium termasuk Nanas MD2 telah membolehkan buah nanas ini di eksport kebeberapa negara dalam bentuk buah nanas segar. Nanas MD2 dilihat mendapat permintaan pasaran dunia kerana kualiti buahnya yang manis, tahan lebih lama dan juga sesuai untuk makan segar atau diproses dan nanas MD2 mempunyai permintaan tinggi diperingkat global. Penanaman nanas MD2 di Malaysia bermula secara komersil sekitar tahun 2015 apabila beberapa syarikat swasta dengan bimbingan LPNM untuk menanam secara komersial. Kini peranan menanam nanas premium ini di lakukan oleh sektor perladangan (estet) dan usahawan nanas komersial serta oleh pekebun kecil untuk pasaran domestik dan pasaran eksport. Kalau dahulu pasaran eksport nanas segar tertumpu kenegara Singapura sahaja tetapi kini nanas segar dari Malaysia sudah di eksport ke Timur Tengah, China, Korea dan ke Eropah.  Potensi pasaran nanas negar dan produk berasaskan nanas Malaysia boleh dikembangkan lagi dengan perancangan dan penglibatan lebih ramai pemain industri. Artikel pada petang Rabu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan dengan potensi pasaran nanas segar Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport berdasarkan kepada analisa khusus untuk dijadikan  bahan rujukkan semua.


Malaysia perlukan perancangan rapi dan penglibatan banyak pihak jika ingin cuba menjadikan tanaman nanas menjadi salah satu bidang pertanian yang kompetitif. Pada masa ini belum ramai yang terlibat dalam industri nanas walau pun industri ini sudah lebih 65 tahun bertapak di Malaysia. Pihak kerajaan melalui LPNM ada memberikan beberapa insentif didalam industri nanas negara dengan subsidi penanaman nanas, bantuan tanaman nanas premium, aktiviti pemprosesan, aktiviti pemasaran sehingga kepada latihan dan menyediakan kemudahan yang sesuai. Apa pun sebaiknya perlu diperkukuhkan lagi peranan oleh  stakeholder dalam semua rantaian (value chain) dari awal sehingga kepada pasaran. Produk Nanas Malaysia perlukan satu lagi lonjakan paradigma dengan mengukuhkan aspek persaingan (competitiveness) dengan bidangusaha tanaman lain seperti kelapa sawit, getah dan buah-buahan (khususnya durian). Perbezaan nyata yang kritikal dalam industri nanas dimana ia perlu 'ditanam baru' setelah satu musim penanaman selesai dituai. Berbanding dengan tanaman lain seperti durian yang hanya perlu menanam sekali sahaja dan pokok boleh berbuah sehingga 30 tahun lamanya. Isu pengeluaran buah nanas terutama untuk nanas premium seperti MD2 masih belum cukup banyak untuk pasaran eksport. Dalam beberapa kali membuat tinjauan menunjukkan harga ladang nanas MD2 untuk pasaran tempatan adalah lebih tinggi berbanding harga ladang nanas segar MD2 ditawarkan untuk pasaran eksport. Apa pun sering di nyatakan kekurangan kuantiti buah MD2 berkualiti untuk di eksport kerana ketiadaan data lengkap dapat disediakan oleh pihak agensi berkaitan jadual matrik pengeluaran nanas diseluruh negara. Isu ketidaktentuan harga nanas menghantui penanam nanas terutama mereka yang baru menceburi industri ini. Bagaimana pun nanas merupakan tanaman yang boleh dirancang jadual pengeluarannya dengan mengikut keperluan kerana ia boleh dilakukan aruhan untuk berbuah melalui aktiviti menghormon. Pengeluaran buah nanas tidak sama dengan pengeluaran buah bermusim seperti durian kerana ia boleh diatur jadual pengeluarannya. Ini merupakan satu kekuatan bagi industri nanas untuk ianya dapat di perkukuhkan lagi dimasa akan datang.


Diantara analisa Kekuatan (Strength) di dalam pemasaran buah nanas dari Malaysia adalah kemampuan penanam menghasilkan buah nanas premium yang berkualiti. Dalam beberapa tinjauan ada dilaporkan dimana beberapa negara pengimport nanas seperti ke negara Timur Tengah dan China menyatakan buah nanas MD2 yang di hasilkan di Malaysia mempunyai kualiti dan gred lebih baik daripada beberapa negara lain. Selain daripada memberikan rasa manis dan aroma terbaik didakwa tahap kesegarannya juga lebih baik. Bagaimana pun masih ada ruang untuk meningkatkan lagi piawaian buah nanas dan perlu ada kesepakatan dikalangan pengeluar nanas, agensi pelaksana dan pengeksport didalam aspek menentukan kualiti buah untuk pasaran domestik dan eksport. Kini buah nanas segar yang di eksport akan melalui beberapa proses rawatan dan pembungkusan yang amat sesuai dan mengikut keperluan pasaran dunia. Nanas Malaysia boleh mendapat 'quality premium product' dan 'Malaysian Brand' untuk tujuan promosi dan pemasaran diluar negara. Piawaian ini perlu di amalkan oleh semua pihak terlibat didalam rantaian nillai industri nanas. Pihak kerajaan dan swasta perlu agar dapat menyediakan kemudahan logistik dan bilik sejuk serta pusat rawatan buah nanas untuk memberikan keselesaan untuk aktiviti menyediakan buah nanas bagi tujuan pasaran domestik dan eksport. Buah nanas boleh dihantar ke negara destinasi melalui kapalterbang dan kapal laut dengan lebih terjamin dan cepat di terima pengguna dengan fasiliti dalam sistem pemasaran yang disediakan. Malaysia yang terkenal dengan jenama 'Halal Hub' membolehkan produk dari negara ini mempunyai kelebihan memasukki pasaran eksport. Apa pun kewujudan atache pertanian dibeberapa negara luar akan dapat membantu didalam memperkenalkan produk pertanian dari Malaysia termasuk nanas dan sebagainya. Bagi tujuan tersebut ada sesetengah negara yang tahap bersedia dalam 'market access' membolehkan produk nanas boleh dikembangkan dengan optima lagi.


Bagaimana pun masih ada banyak Kelemahan (Weakness) didalam pemasaran buah nanas dan produk berasaskan nanas yang perlu dilihat. Buah nanas segar merupakan jenis produk yang tidak tahan lama (short shelflife) berbanding dengan produk nanas proses. Ini menyebabkan ada risiko agak tinggi bagi buah nanas segar untuk diperpanjangkan kesegarannya sebelum sampai kepada pengguna. Sehingga kini hanya beberapa varieti sahaja yang sesuai memasukki pasaran eksport iaitu Nanas MD2 dan juga Nanas Josapine serta nanas N36. kelemahan nyata dimana masih kekurangan maklumat dan data pengeluaran buah nanas segar di seluruh negara dimana ini memang dilihat menyulitkan perancangan pemasaran dan juga boleh juga menyebabkan 
harga sentiasa tidak menentu dan tidak menyeluruh. Masih ada juga dikalangan pemikiran penanam nanas yang berfikir bagi saiz buah nanas besar dan berat lagi mahal sedangkan hanya buah yang sederhana sahaja mendapat pasaran dan harga baik. Ada kalanya bagi saiz buah besar tidak dapat dijual atau pun hatrganya agak ,urah. Piawaian dan pemahaman ini juga perlu diketahui oleh petani didalam menguruskan amalan agronomi. Kelemahan dalam mempastikan aspek kesedaran pekebun nanas terhadap permintaan pasaran juga agak rendah dimana ia memang perlu dipertingkatkan. Bagi zon Sarawak dan Sabah sebaiknya jangan tumpu kepada pasaran domestik yang kecil saiznya dan jika hanya tertumpu ke China sahaja untuk eksport sebaliknya kedestinasi lain yang terbuka luas. Ini termasuk membawa nanas dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia juga. Kekurangan bilik sejuk dan pusat pengedaran buah nanas segar perlu ditingkatkan untuk menjadikan buah nanas sentiasa dalam keadaan segar. Piawaian kualiti nanas juga perlu dipatuhi syaratnya bagi menjadikan industri nanas lebih berdayamaju.


Menyentuh mengenai analisa SWOT dimana Peluang (Opportunity) dalam pemasaran industri nanas Malaysia terbuka luas. Perlu dijadikan produk '
Malaysia Best Pineple Brand' agar mudah buah nanas segar dari Malaysia memasukki pasaran domestik dan antarabangsa. Penanam nanas sebaiknya dipersijilkan dengan GLOBAL GAP untuk membolehkan mereka memasukki pasaran dunia dengan lebih mudah. Ketika ini belum banyak ladang nanas yang mempunyai persijilan GLOBAL GAP walau pun sudag ramai yang sudah mempunyai persijilan MyGAP. Aspek 'tracebility' adalah penting didalam sistem pemasaran produk makanan masa kini. Pengeluaran buah nanas di Malaysia boleg dirancang mengikut ;market demand' dimana ia boleh disesuaikan dengan jadual penanaman dan jadual membuat aruhan pembunggan. Cara ini akan membolehkan buah nanas yang dihasilkan aalah seragam saiz dan beratnya. Bagi meningkatkan kuasa beli pengguna domestik maka perlu digiatkan lagi kempen makan buah nanas yang dikaitkan dengan khasiat dan sebagai makanan kesihatan. Secara umumya peningkatan rakyat negara akan menambahkan lagi jumlah permintaan makanan termasuk buah nanas. Malaysia yang mempunyai infrastruktur baik menjadikan ia menjadi lebih kopetetif didalam pemasaran buah agar dapat diterima kepada pengguna dengan masa singkat. Diantara aspek Ancaman (Threat) yang dihadapi dalam industri nanas segar adalah dimana berlaku isu 'persainagn harga' dengan negara pengeluar dan syarikat bertaraf antarabangsa lain terutama dari Filipina, Indonesia dan Thailand di rantau ini. Walau pun di negara mereka tiada bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi seperti di Malaysia akan tetapi buah nanas mereka masih lebih murah dipasaran antarabangsa berbanding buah nanas Malaysia. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
PASARAN NANAS... BESAR POTENSI...
PASARAN DOMESTIK... MELUAS LAGI...
EKSPORT NANAS... PERLU DITEROKAI...
BRAND NANAS MALAYSIA.. KENALPASTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Zulhijjah 1444H).
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1445..
19 Julai 2023.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.