Thursday, June 8, 2023

ISU HARGA DURIAN TAHUN 2023

MUSIM BUAH DURIAN
(Durio zibethinus) tahun 2023 sudah tiba lagi. Malaysia yang mempunyai kawasan durian seluan 85,366 hektar dilaporkan telah mengeluarkan sebanyak 459,747 metrik tan buah durian pada tahun 2022 (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya). Penulis blog ada menjangka penghasilan buah durian pada 2023 akan tinggi disebabkan oleh keadaan iklim dan cuaca yang menyokong dan juga teknologi yang bertambah baik serta isu pengeluaran ikut susunan binneal. bagaimana pun ada laporan bagaimana harga durian akan dipengaruhi oleh isu pengeluaran dari China sendiri. Pada tahun 2023 pula ada beberapa isu mengenai pengeluaran dan harga buah durian diaporkan oleh banyak media dan sosmed meliputi durian premium dan durian biasa. Paling menarik dalam akhbar sinarharian.com dimana dilaporkan 'Tahun 2023 digeruni pengusaha durian' yang wajar dirujuk. Di laporkan dimana di Pulau Hainan di negara China dengan keluasan lebih 2,000 hektar tanaman durian premium yang dijangka mengeluarkan hasil pada Jun 2023. Dilaporkan juga dimana pada tahun 2023 akan menjadi tahun yang 'digeruni' oleh pengusaha durian tempatan apabila media China melaporkan mereka akan mengeluarkan hasil keluaran pertama raja buah itu pada Jun 2023 dan menurut pakar yang menulis buku geopolitik dan sejarah ekonomi iaitu Ahmad Faezal menyatakan kini peniaga durian lokal akan menghadapi masalah yang sangat ketara memandangkan sebelum ini China mengimport sebanyak 825,000 tan durian berjumlah RM17.732 billion setiap tahun. Ia berlaku apabila penanaman durian yang dilakukan China di Pulau Hainan dengan keluasan lebih 2,000 hektar itu dianggarkan akan menghasilkan lebih banyak durian menyebabkan negara itu susah untuk mengimportnya lagi. Tahun 2023 merupakan tahun yang digeruni peniaga duriandi Malaysia disebabkan ada laporan media di China yang laporkan buah durian China akan mula masuk pasaran. Memang sudah menjadi satu agenda di China dimana ada satu satu perangai unik iaitu sekali kalau mereka sudah mula hasilkan durian atau produk lain memang susahlah mereka hendak import lagi termasuk dari Malaysia. Bukan negara China tidak mahu mengimport langsung dan memang mereka masih import tetapi jumlah dan isu harga akan menjadi halangan selain daripada isu permit import. Dilaporkan negara 
China telah lama melakukan kerja penyelidikan berkaitan perkara tersebut dan setelah empat tahun diusahakan kini tindakan mereka tentang isu durian akhirnya mendatangkan hasil. Kawasan tanaman tersebut seluas Kuala Lumpur dan dianggarkan menghasilkan lebih banyak buah durian pada masa akan datang. China sasar bekalan tahunan dari ladang domestik antara 45,000 hingga 75,000 tan setiap tahun. Walau pun 75,000 tan itu baru 9% berbanding jumlah import mereka tetapi isunya adalah negara China sudah pasti akan cuba kembangkan legi teknoloi dan pengeluaran dalam industri durian ini untuk menghasilkan lagi banyak (durian). Mereka membuat penyelidikkan bagaimana tingkatkan produktiviti dan kualiti kerana ada ramai saintis disana. Isu ini menyebabkan sejak kebelakangan ini didakwa di Malaysia isu pasaran durian dilihat sedang 'mendidih' dan boleh diibaratkan terdapat 'gelembung harga' yang akan mengganggu harga raja buah tersebut dalam pasaran. Meskipun masih mendapat permintaan hebat dari China namun ia mungkin berkurangan setelah negara tersebut boleh menghasilkan buah tersebut di masa akan datang. Jika kadar permintaan terhadap raja buah tempatan menurun maka kesannya gelembung harga akan pecah menjadikan nilainya jatuh mendadak kerana berlaku lambakan buah yang tidak dieksport ke luar negara. Artikel kali ini daya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan isu harga durian di Malaysia pada tahun 2023 untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog dan pemain industri durian semua.


Dalam laporan oleh bharian.com dimana '
Durian luruh, harga runtuh, peniaga mengeluh' disiarkan pada 32 Mei 2023 adalah wajar dikongsikan. Kisah dari Batu Pahat, Johor dimana lambakan dan hasil 'menjadi' pada musim 2023 kali ini menyebabkan pelbagai jenis durian termasuk Musang King, IOI serta kampung, mengalami kejatuhan harga berbanding tahun sebelumnya. Paling ketara ialah durian  Musang King apabila harga kali ini sekitar RM20 - RM35 sekilogram berbanding RM40 - RM45 seperti lazimnya dulu. Durian jenis IOI pula dijual pada harga RM15 hingga RM18 berbanding RM25 hingga RM35 sekilogram tahun 2022. Menurut seorang peniaga durian di Muar, Mohd Faris Idris (36) dimana perniagaan durian musim ini agak mencabar lagi  memandangkan tidak boleh dijual tinggi manakala permintaan juga berkurangan. Kini jualan durian jenis Musang King dan IOI disifatkan amat perlahan dan pulangan lazimnya lebih kepada 'pulang modal'. Memang dia dakwa untung tidak banyak dimana kalau jual pun lebih kepada balik modal berbanding tahun 2022 lalu yang lebih banyak tempahan diterima. Menurut seorang lagi peniaga Muhammad Ali Rasidi dimana dia menurunkan harga jualan kerana sambutan yang kurang menggalakkan. Dakwanya minggu leps dia jual durian kacukan RM15 sekilogram tetapi sambutan agak perlahan dan kemudian dia menurunkan harga kepada RM12 sekilogram dimana barulah orang singgah membeli. Sekarang ini harga durian bergantung pada keadaan pasaran dan penjual memang tidak boleh letak harga terlalu tinggi yang mana ia menyebabkan pembelian agak perlahan di gerainya dekat Peserai, Batu Pahat. Dia ada juga menawarkan diskaun bagi pembelian melebihi 10 kilogram (kg) untuk pelbagai jenis durian, iaitu harga dikurangkan RM2 bagi setiap kg. Bagpeniaga lain iaitu Nasir Majnon (41) mendakwa pasaran ketika ini menyaksikan harga turun naik untuk semua jenis durian. Bagi durian Musang King dia jual antara RM30 - RM40, IOI (RM15 - RM25) manakala durian kampung cuma RM10 sahaja dimana sekarang ini harganya mungkin harga tidak sama dengan esok atau lusa. Durian kali ini telah luruh serentak terutama di Batu Pahat dan Muar serta Pahang. Dulu kita boleh ambil durian dari Pahang jika di Batu Pahat belum tiba musim luruh. Sekarang isu 'luruh serentak' telah pun menjadikan pasaran durian tidak menentu.  


Akhbar kosmo.com.my pula laporkan isu daripada Pulau Pinang dimana '
Harga musang king jadi RM20 sekilogram dua minggu lagi' menarik dikongsikan. Kisah dari Gerogetown melaporkan dimana para penggemar durian premium kini boleh menarik nafas lega selepas harga durian jenis Duri Hitam (Black Thorn) dan juga Musang King dijangka turun hingga RM20 sekilogram dalam masa seminggu dua ini. Tinjauan ada yang telah menjualnya dengna harga RM20 sekilogram (Sila lihat foto dsebelah). Isu ini berikutan pengusaha kebun durian di Balik Pulau sudah sepakat untuk berbuat demikian bagi dapat memberi peluang kepada ‘kaki’ durian Balik Pulau merasai kenikmatan sebenar hasil buah keluaran tempatan itu tahun ini. Harga semasa sbelumn ini bagi Varieti Duri Hitam adalah RM90 sekilogram, Musang King (RM65/kg), Kacang Hijau (RM30/kg), Durian Ms dan Durian Lipan pula RM33/kg, manakala D604 dijual pada harga RM24/kg. Seorang petani pengusaha durian yang mahu dikenali sebagai Brian berkata, isu kenaikan harga durian oleh pelanggan sering dibangkitkan dalam mesyuarat bersama pemilik-pemilik dusun sebaik tiba musim durian pada setiap tahun. Apa pun pada tahun 2023  ini, hasil perbincangan dimana ramai memutuskan untuk menurunkan harga bagi kesemua jenis durian, selain dijamin tidak berlaku sebarang kenaikan sehingga habis musim hujung tahun ini. Dilaporkan dimana pada setiap kali dibuat mesyuarat, mereka dapat banyak rungutan daripada ramai pelanggan berhubung harga durian yang sentiasa naik dan tak pernah turun sejak pengusaha mengeksport buah itu ke China sejak 2018. Tahun 2023 ini kalangan pengusaha durian sedaya upaya mahu turunkan harga durian bagi meringankan bebanan pengguna terutama penggemar durian. Mereka juga yakin dimana kali ini semua orang dapat merasai durian Balik Pulau dan tidak teragak-agak untuk membelinya walau hanya sebiji bagi durian premium. Harga pasaran durian duri hitam daripada peringkat pembekal 2023 adalah RM60 sekilogram, berbanding RM85 tahun lalu, musang king dari RM75 kini dijual RM60 seki­logram, manakala udang merah dan hor lor dijual RM28, penurunan hingga RM14. Bagi seorang peniaga durian dikenali Mohd. Hilmi Che Rose ada memberitahu yang penurunan harga durian dijangka berlaku dalam tempoh tujuh hingga 10 hari lagi mulai minggu ini. Ini kerana pada ketika itu banyak buah yang sudah luruh dan ada di pasaran walau pun sekarang ini kadar permintaan terhadap buah durian makin tinggi akan tetapi buah pula yang tak banyak luruh lagi. Harga buah masih kekal untuk permulaan mmusim seperti tahun lalu dan harga mungkin turun dalam masa tujuh hingga 10 hari lagi. Keputusan penurunan harga dibuat selepas pihaknya memahami keadaan ekonomi semasa ketika ini terutama dalam kalangan pengguna dan peminat durian tempatan. Ia dapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pelanggan luar seperti dari Johor, Kuala Lumpur, Kedah dan Perak terutama pada hujung minggu. Pelanggan di Pulau Pinang masih kurang membeli durian mungkin kerana mereka me­nunggu gaji hujung bulan, selain banyak wang dikeluarkan semasa Aidilfitri. Dia baru memulakan operasi perniagaan sejak lima hari lalu di Anjung Indah, Balik Pulau. Kini ada kira-kira 300 hingga 400 kilogram (kg) buah durian pelbagai jenis sudah laris dijual terutama hujung minggu, manakala hari biasa dianggarkan sebanyak 100 hingga 200kg.


Dalam pada itu sinarharian.com juga laporkan '
Jangan jual durian terlalu mahal' sesuai dijadikan bahan rujukkan. IA laporkan dimana mengambil kira tempoh pengeluaran hasil yang lebih panjang, rata-rata penggemar raja buah berharap peniaga tidak menaikkan harga secara keterlaluan. Dilaporkan disebalik isu kesengsaraan akibat musim panas atau El Nino yang melanda negara pada ketika ini hingga September 2023 seperti yang dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia, ternyata memberi sedikit khabar gembira buat peniaga durian. Ini kerana ia bukan itu sahaja baik untuk tanaman durian malahan sudah tentu penggemar raja buah itu mudah dapat menikmati keenakannya dalam tempoh lebih panjang jika dibanding berbanding tahun-tahun sebelum ini kesan musim panas. Sebelum ini akhbar ini melaporkan musim durian dijangka mengeluarkan hasil sehingga pertengahan Oktober sekali gus membuka pintu rezeki lebih luas kepada pekebun serta peniaga durian. Berkisar tentang penjualan raja buah itu, setiap tahun ada sahaja rungutan yang tidak sedap didengar terutamanya melibatkan harga jualannya. Durian Musang King dan Black Thorn yang menjadi kegilaan 'hantu durian' sebelum ini pernah mencecah harga RM60 - RM100 sekilogram. Pun begitu pada penghujung tahun 2022 lalu durian Musang King yang menduduki tangga teratas penggemar durian negara dijual sekitar purata RM17 sekilogramDifahamkan dimana yang pengeluaran durian musang king pada ketika itu adalah yang terbanyak dalam tempoh tiga tahun sehingga dimana ia menyaksikan berlaku lambakan ketika puncak pengeluaran. DIjangka pada tahun 2023 ini dengan mengambil kira tempoh pengeluaran hasil yang lebih panjang, dimana rata-rata ramai penggemar raja buah berharap peniaga tidak menaikkan harga secara keterlaluan. Pada masa sama ada terdapat juga gesaan pihak berwajib melakukan pemantauan agar tiada pihak yang menjual durian dengan harga 'cekik darah'. Bagi seorang pekebun durian iaitu Kelly Lim seperti disiarkan akhbar ini diambil kira maka tidak akan timbul isu kenaikan harga yang mendadak. Menurut Kelly lagi pengeluaran yang bertambah membolehkan peniaga menjual dengan harga lebih murah. Jika ketika ini mereka menjual secara timbang kilo, mungkin selepas ini kata Kelly, peniaga akan menjualnya mengikut bilangan, misalnya RM10 untuk sebiji durian. Para peniaga yang menjual durian pada harga lebih murah dan berpatutan masih mampu meraih keuntungan. Bagaimana pun bagi ramai peminat fanatik durian dimana biarpun tempoh pengeluaran hasil durian yang panjang berpada-padalah apabila menjamah buah ini. Selain daripada gula yang tinggi dimana buah durian juga tinggi dengan kandungan potasium. Maka mereka yang mempunyai masalah buah pinggang, haruslah mengelakkan pengambilan raja buah ini.


Pada penulis blog laporan terkini oleh kosmo.com paling menarik dan relevan dalam isu harga durian tahun 2023. Kisah yang bertajuk '
Durian tak mahal, kita yang tiada duit' memang tepat kupasannya. Apa tidaknya musim durian bermula sebaik sahaja ramai orang Islam berbelanja besar untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023. Ini berkait juga pada penulis blog isu kenaikan kadar bahan makanan dan belanja bulanan yang perlu dikeluarkan disebabkan kenaikan yang berlaku. Apa pun akhbar ini laporkan dimana setiap kali tiba musim durian maka topik yang paling rancak hendak dibualkan mengenai raja buah itu ialah tentang harganya. Apa yang pelik dimana ada kalangan pihak yang bising itu merupakan orang yang tidak sanggup membelanjakan duit untuk membeli pada harga yang ditawarkan dimana orang berduit rileks saja. Mereka selalu akan berpendapat, buat apa membazir hanya untuk membeli durian yang berat kulitnya hampir mencecah satu kilogram. Tambahan pula beberapa ulas isi yang ada di dalam buah itu hanya mengambil masa sekejap untuk dimakan. Rugi dan bermacam-macam tohmahan dilemparkan kepada raja buah itu. Sedangkan ia hanya mengikut aturan alam yang hanya menjelma sekali setahun apabila tiba musimnya. Apa pun memang kasihan kepada durian Musang King, Durian Kunyit, Durian Udang Merah, Durian IOI, Durian Kahwin, D24 dan lain-lain yang sering menjadi bahan umpatan. Masalahnya adalah harga yang ditawarkan bukanlah mahal tetapi ramai sebenarnya yang tiada duit untuk membelinya. Di komesn dimana buat apa jual mahal kalau sekilogram durian serendah RM13 boleh dapat beli beras, garam dan gula. Kalanggan pengguna pula ada yang malas membeli durian kerana sudah serik ditipu contohnya semasa penjual mengopek sedikit buah durian ditunjukkan nampak isinya yang lemak dan gebu tetapi bila pulang apa yang gebu itu tadi hanya sedikit sahaja dan selebihnya keras dan tawar. Bagi orang yang mempunyai pokok durian dan berbuah lebat berasakan dialah yang berkuasa ketika musim durian. Pemilik pokok durian juga boleh jual secara pajak, tepi jalan, borong dan isi sahaja dengan mengikut harga semasa. Namun begitu jika dia seorang yang berlapang dada maka dia boleh sahaja menjualnya pada harga di bawah pasaran kerana buah durian datangnya dari pokok yang sama saban tahun. Memang biasanya tidak ada modal besar yang perlu dilaburkan dalam penjagaannya tidak seperti peniaga makanan yang setiap hari bergelut mengasingkan modal dan untung untuk membeli barangan basah. Didakwa kos tenaga buruh pula tidak ramai dimana para pekerja hanya diperlukan untuk membersihkan kebun dan mengutip hasil sebelum dijual kepada peraih. Pada penulis blog ini kurang tepat kerana kenaikan kos bahan input seperti baja dan racun kimia di Malaysia meningkat sehingga 156% pada tahun 2022 dan 2023. Dalam pada itu dilihat dimana peranan peraih pula didakwa mereka ini yang sebenarnya bertanggungjawab menentukan turun naik harga durian di pasaran. Nilai durian menjadi sekali atau dua kali ganda selepas dicampurkan dengan segala macam kos semasa berniaga dan kesannya pula pengguna yang yang akan menerima kesannya. Pihak berkepentingan seharusnya berhenti menyokong penjualan harga melampau durian kayangan ini. Pengguna pula jangan mudah memuji atau mengeji makanan tanpa mengetahui apa di sebaliknya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Sehingga artikel ini ditulis belum ujirasa atau makan durian lagi kerana masih batuk dan selsema. Wasallam!!!...
ISU HARGA DURIAN... BAGAIMANA IA?....
DI CHINA... LEBIH 2 RIBU HEKTAR ADA...
DURIAN PREMOUM... RM20 SAHAJA...
TAHUN 2023... NIKMATI BERSAMA-SAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Zukaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.