Wednesday, June 7, 2023

AGROTOURISM - PAKEJ DITAWARKAN

AGROTOURISM
atau 'Pelancongan Agro' merupakan satu gabungan perkataan iaitu konsep yang terbentuk dari dua istilah iaitu 'Agro' dan 'Tourism atau pelancongan'.  Apa pun konsep '
Pelancongan Tani' atau 'Agropelancongan' ialah gaya atau aktiviti melibatkan pelancongan yang berasaskan kepada kegiatan pertanian, perikanan dan penternakan serta yang berkaitan. Agropelancongan memiliki pelbagai jenis data tarikan daripada aktiviti pertanian itu sendiri seperti memetik buah-buahan, menanam pokok, memberi makan kepada ternakan sehingga memproses makanan hasil tani dan aktiviti kebudayaan tempatan. Agropertanian kini diberi perhatian sebagai salah satu program dalam mengembangkan lagi industri pelancongan di seluruh dunia. Aktiviti ini libatkan juga beberapa unsur komposisi yang merujuk kepada aktivii diatas tanah yang sudah dimajukan di mana pengunjung boleh melihat pelbagai aktiviti pertanian termasuk sektot tanaman, ternakan, ternakair, perhutanan, pemprosesan makanan dan kebudayaan setempat masyarakat. Ia juga lekukan beberapa aktiviti pelancongan dikaitkan dengan suatu perjalanan yang dilakukan untuk masa lapang. Agrotourism ialah pelancongan pertanian meliputi dusun buah-buahan, ladang, sayur-sayuran, kebun bunga serta penternakan lebah madu, kambing, lembu, rusa, perikanan, industri asas tani, eco-tourism dan lain-lain. Banyak destinasi pelancongan ini yang semakin popular dikalangan pelancong dari dalam dan luar negeri setelah mencapai tahap sesuai untuk dikunjungi melalui beberapa tawaran dan pakej-pakej yang disediakan. Selain melihat sendiri bagaimana proses penanaman dan penternakan dijalankan dimana para pengunjung juga dapat mempelajari berbagai perkara berkaitan pertanian serta serta produk yang dihasilkan. Bagaimana pun status agrotourism dibanyak negara telah hampir 'lenyap' semenjak pandemik covid-19 dimana hampir dua tahun ianya tidak difungsikan. Hanya pada tahun 2022 ia diaktifkan semula walau pun jumlah pengunjung tidak seperti sebelum pandemik. Kebanyakkan lokasi untuk agrotourism ini yang libatkan banyak aktiviti pelancongan yang berlaku di persekitaran luar bandar dimana ia juga dikenali sebagai pelancongan untuk kawasan luar bandar. Biasanya agrotourisme berlaku dimana di kampung-kampung yang tidak lebih dari dua ribu penduduk atau di dalamnya tanah yang bukan sebahagian daripada fabrik bandar tempat tinggal. Konsep penyediaan 'Homestay' pernah menjadi satu daya tarikan popular dikaitkan dengan konsep ini. Ada banyak rumah-rumah penduduk kampong dan petani yang menyertai program homestay. Ini boleh menjadikan pelancong agar akan menghabiskan malam di homestay yang diubahsuai untuk menjadi premis yang lebih selesa dan dapat menerima pelawat. Beberapa jenis daya tarikan utama agrotourism adalah kemungkinan bersentuhan dengan alam semulajadi, ketenangan, keindahan, perladangan, tasek, air terjun, hutan simpan dan paling terbaik ia sering dikaitkan secara eksklusif dengan peluang untuk mengetahui aktiviti ekonomi khususnya pertanian yang berlaku di kawasan luar bandar. Pengusaha program agrotourism di Malaysia mendapat bimbingan dari beberapa Jabatan dan Kementerian dari segi latihan melayan tetamu, penyediaan prasarana, penyediaan pakej lawatan, sajian makanan sehingga kepada penyediaan pemandu pelancong terlatih. Bagi pelancong luar negara mereka akan dibawa kekebun getah untuk menoreh, kekebun kelapa sawit untuk memetik buah, kekebun durian untuk ujirasa dan pungut buah durian yang gugur, kelaut untk mencandat sotong, ke kolam ikan air tawar untk menangkap ikan dan sebagainya. Lebih menarik apabila diadakan pakej-pakej kebudayaan lokal yang unik dalam agrotourism seperti permainan tradisional (main gasing, di tarik dalam upeh, main congkak, sepak takraw bulatan, main layang-layang, joget lambak, tarian ngajat dan sebagainya. Dalam aktiviti ternakan pula antara aktiviti kegemaran pencinta agrotourism ialah pergi ke ladang rumput ragut . Walaupun tidak mudah untuk menyelaraskan beratus-ratus haiwan ruminan dan menikmati hidangan dari haiwan ternakan disediakan ianya akan memberikan satu kepuasan kepada pengunjung. Artikel pada tengahari Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa pakej pelancongan agro dan dan juga bagaimana agrotourism ini berjalan untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Pemprosesan makanan juga menarik perhatian ramai dan membawa mereka untuk mencuba program agrotourism untuk pengeluaran pelbagai jenis makanan berasaskan kepada hasil ladang, kolam ternakan dan haiwan ternakan. Pelancong yang mengunjungi kawasan dusun durian contohnya bukan hanya ingin untuk mendapatkan buah durian premium dan ujirasa yang segar sebaliknya mereka juga akan mendapatkan beberapa produk lain berasaskan durian yang ada di pamer dan dijual dipremis pelancongan tanaman durian. Antara beberapa produk yang berasaskan kepada buah durian termasuk dodol durian, candy durian, jus minuman durian, kerepek biji durian, durian crepe, tempoyak dan banyak lagi. Terdapat banyak lokasi dusun durian di seluruh negara yang menyediakan pakej-pakej dalam 'pelancongan makan durian' dimana mereka akan dibawa ke dusun durian terutama dusun yang ada menanam durian premium seperti jenis Durian Musang King (D197) yang merupakan buah durian paling premium di Malaysia. Selain itu beberapa dusun durian menyediakan pakej untuk penginapan dan aktiviti lain dikawasan dusun. Selain Durian Musang King kini ada beberapa varieti durian lain yang menjadi buruan pelancong termasuk varieti Durian Duri Hitam (Black Thorn), Durian Merah, Durian Hajah Asmah dan beberapa lagi. Portal berita Bernama beberapa kali ada memuatnaik aktiviti pelancongan durian terutama dari Pulau Pinang dimana pihak 
Tourism Malaysia menyasarkan menjual 500 - 600 Pakej Durian Tourism mulai 1 Julai lepas hingga 31 Ogos setiap tahun iaitu sempena musim buah durian utama. Pakej tersebut dijalankan di sekitar negeri wilayah utara dan pihaknya menyasarkan pulangan lebih RM100,000 kepada pengusaha agensi pelancongan yang menyertai program berkenaan. Diantara pakej yang popular ditawarkan ialah Pakej 2 Hari 1 Malam bermula daripada RM290 seorang dan Pakej 3 Hari 2 Malam bermula daripada RM388 seorang dengan tempahan minimum empat orang bagi setiap pakej. Pijak Tourism Malaysia dengan kerjasama Kerajaaan Negeri dan Kemterian Pertanian serta Jabatan Pertanian turut ada menawarkan diskaun 10 peratus kepada pembeli pakej  tersebut. Program ini bertujuan merancakkan semula aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan domestik selain dapat membantu pengusaha dusun durian malah ia juga dilihat berupaya menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi penduduk setempat. Tourism Malaysia telah juga menjalinkan beberapa kerjasama dengan lima pengusaha pelancongan dalam membangunkan pakej durian yang menggabungkan elemen-elemen ekopelancongan, agropelancongan, arkeo- pelancongan dan pengembaraan lasak. Sebanyak lima buah pengusaha iaitu Sykt Kurma Travel and Tours Sdn Bhd, Adventure360 Tours Sdn Bhd, Time Free Vacation Sdn Bhd, M.Maha-Izah Transport and Tours Sdn Bhd dan Asia Gateway Tours. Maklumat lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan boleh diperoleh menerusi laman web Tourism Malaysia yang boleh dicapai di www.malaysia.travel. Kerajaan dalam masa sama berharap lebih ramai pengendali pelancongan bukan sahaja di negeri wilayah utara malah seluruh Malaysia dapat terlibat dengan pakej pelancongan agro seumpama ini.


Portal berita kosmo.com laporkan kisah bagaimana '
Pelancong Singapura buru Durian Udang Merah Kukup' dan ia  amat menarik dengan tajuk artikel ini. Foto disebelah menunjukkan bagaimana Rohaizad menunjukkan durian udang merah Kukup di gerainya di Bandar Permas, Kukup, Pontian kepada ramai pelancong Singapura. Kisah dari Pontian, Johor ini dimana walaupun tidak sehebat nama durian udang merah Balik Pulau, Pulau Pinang, namun durian udang merah Kukup kini semakin mendapat tempat dari kalangan para penggemar raja buah tersebut. Rata-rata durian udang merah Kukup datang dari beberapa buah kawasan seperti Kampung Sungai Durian, Serkat, Telok Kerang dan Rambah di mana pokoknya telah berusia lebih 20 tahun. Menurut peraih dan penjual durian iaitu Rohaizad Abdul Rashid (43) walaupun berdepan de­ngan faktor cuaca ketika durian berbunga pada awal Januari lalu, namun masih ada rezeki bagi pemilik tanaman durian udang merah ini. Sejak durian mula gugur tiga minggu lalu kini dia yang merupakan peniaga buah-­buah­an sepenuh masa kini sibuk membeli durian daripada pekebun mahupun mereka yang menghantar ke gerainya. Selepas ber­akhirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 kini buah-buah durian kini mula gugur dan memberi peluang kepadanya untuk membantu memasarkan seperti tahun-tahun sebelumnya.  Dengan bantuan ahli keluarga dia akan pergi dari satu kebun durian ke kebun durian lain pada awal pagi dengan membeli terus daripada pekebun mengikut harga pasaran semasa. Meman­dangkan tanaman durian udang merah Kukup tersebut ditanam di atas tanah liat didakwa rasanya ada yang manis, lemak dan ada rasa pahit sekali gus menarik minat pelanggan untuk membelinya. Dianggarkan keluasan tanaman durian merah jenis ini ada kira-kira 10 hektar dengan setiap pemilik mempunyai 0.4 hingga 1.2 hektar atau kurang daripada itu. Dia menjual durian Udang Merah Kukup ini mengikut gred iaitu lingkungan Gred A dengan harga RM28 sekilogram, Gred B (RM20) dan Gred C (RM15). Mengenai cara grading pula ia dibuat berdasarkan kepada saiz dan anggaran berat buah durian di mana berat antara 1.3 - 2.0 kg bagi Gred A, Gred B berat 1kg dan Gred C buah yang beratnya satu kilogram dan ke bawah. Selain menjual durian udang merah Kukup dimana dia juga yang mempunyai tujuh orang anak juga menjual durian kampung dengan harga RM9 sekilogram manakala jika dijual harga lelong iaitu 10kg dengan RM90 atau secara pukal bagi satu bakul RM100. Setakat ini perniagaan durian udang merah Kukup dan lain-lain durian boleh mencecah sebanyak satu tan setiap hari dan meningkat pada hari Jumaat, Isnin dan Ahad apabila lebih ramai pelanggan datang. Pada hari-hari tersebut ramai pelancong akan ke Tanjung Piai dan Kukup Laut termasuk dari Singapura dan Johor Bahru akan singgah di gerainya untuk menikmati durian.  


Terbaru dimana bernama.com laporkan 'Perluas Durian Tourism ke beberapa negeri termasuk Selangor untuk tarik pelancong asing' disiarkan pada 30 Mei 2023. Kisah dari Tangkak, Johor dimana  Tourism Malaysia menyasarkan ramai penglibatan pelancong asing dalam pakej ‘Durian Tourism 2023’ iaitu sebagai usaha mempromosikan musim durian di seluruh negara era pasca pandemik covid-19 pada tahun 2023. Pengarah Pakej Tourism Malaysia Shahrin Mokhtar berkata ia susulan kesinambungan kejayaan kempen itu tahun lepas yang melibatkan pelancong domestik sahaja kerana sekatan perjalanan sebelum ini.. Pada edisi kali ini pula dimana pakej ‘Durian Tourism 2023’ akan dapat diperluaskan ke beberapa buah negeri di Johor, Pahang, Selangor, Perak, Kedah dan Perlis berbanding hanya di Pulau Pinang sahaja tahun 2022. Tourism Malaysia telah pun mengambil inisiatif memasarkan pakej Durian Tourism 2023 di luar negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Brunei dan Singapura agar ada pelancong dari negara berkenaan berkunjung ke Malaysia. Apa pun dalam masa yang sama kerajaan akan juga dapat memperkenalkan betapa kelainan ciri 'durian premium’ iaitu berbanding durian di tempat lain serta mempunyai kelebihan juga keistimewaannya yang tersendiri. Kenyataan ini diberi kepada pemberita selepas pelancaran Pakej Durian Tourism 2023 di Dusun  Durian Happy Fruit Tangkak. Dalam pada itu turut menggalakkan pemain industri yang terlibat dalam pakej berkenaan untuk mempelbagaikan aktiviti antaranya mengutip durian, menikmati buah-buahan tempatan lain, menikmati pelbagai jenis minuman seperti yang berasaskan halia, membuat tempoyak, pengalaman tinggal di kampung serta menyediakan aktiviti sukan sampingan.  Kempen Pakej Durian Tourism tahun ini bermula pada 30 Mei sehingga 31 Ogos kini  mendapat kerjasama daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta 13 pengendali pelancongan tempatan. Ada sejumlah 18 pakej yang menarik disediakan bermula daripada RM50 seorang bagi bufet durian sehinggalah pakej tiga hari dua malam dengan harga bermula RM1,740 seorang. Kini diharapkan menerusi pakej yang ada ditawarkan ini akan dapat memperkenalkan lebih banyak destinasi 2nd-tier yang mampu memberi impak kepada lebih banyak kegiatan ekonomi setempat. Pakej ini didakwa ia juga akan mampu memberikan kesedaran terhadap perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar selaras dengan teras 5 dalam Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 dan memperkukuhkan komitment terhadap pelancongan lestari. Maklumat lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR yang disediakan ataupun menerusi laman web Tourism Malaysia.


Pihak mediaprima juga melaporkan dimana '
Pelancongan agro' adalah satu yang menarik untuk dilaporkan. Foto sebelah dimana anak kambing yang comel mampu menarik perhatian pengunjung dalam agrotourism. Apa pun dilaporkan lazimnya aktiviti perladangan dilihat sebagai sumber ekonomi yang diraih menerusi jualan langsung hasil tanaman atau ternakan kepada pasaran secara makro selain menjadi salah satu industri yang penting di negara ini. Bagaimanapun, dalam tempoh sekitar lima tahun kebelakangan ini, sektor itu sudah berkembang kepada subsektor yang mampu untuk meraih pendapatan lain menerusi aktiviti pelancongan atau lebih dikenali sebagai pelancongan agro. Pelancongan agro adalah aktiviti melancong ke kawasan pertanian atau penternakan yang memberi peluang kepada pelancong untuk turut serta dalam aktiviti yang dilakukan pengusaha. Memandangkan sektor agro begitu luas aktivitinya memberi peluang kepada pelancong untuk melakukan pelbagai kegiatan bersama pengusaha. Ini kerana di Malaysia terdapat aktiviti agro seperti penternakan, penanaman buah-buahan, penghasilan tenusu dan pertanian pelbagai tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan produk makanan. Sudah tentu aktiviti bersama pengusaha memberi kepuasan dan pengalaman berbeza kepada pelancong kerana dapat mempelajari dan melihat sendiri bagaimana proses penghasilan sesuatu produk makanan atau minuman yang melalui pelbagai peringkat sebelum dijual ke pasaran umum. Sebagai contoh jika melawat ke kawasan ladang ternakan lembu atau kambing, orang ramai diberi pendedahan berkenaan cara menternak haiwan itu dan melihat sendiri proses penyembelihan serta memerah susu. Ada juga pengusaha yang memberi peluang kepada orang ramai untuk melakukan sendiri proses memerah susu kambing atau lembu bagi merancakkan lagi aktiviti lawatan mereka ke ladang berkenaan. Di ladang buah-buahan pula, pelancong boleh melihat proses penanaman pokok dan memetik buah atau ke kilang. Tidak ketinggalan dalam aktiviti penanaman padi misalnya, ada juga pengusaha yang memberi peluang kepada pelancong untuk membajak tanah dan menuai padi. Aktiviti menuai padi pelancong akan berada di kawasan bendang yang sememangnya terdapat pelbagai aktiviti sampingan lain seperti menangkap ikan yang menghuni di kawasan tali air sekitarnya. Sudah tentu aktiviti ini sangat menyeronokkan.  Bagi warga bandar khasnya kanak-kanak, mereka dapat melihat sendiri bagaimana beras dihasilkan. Pada masa sama, pembelajaran juga dapat diterapkan.  Sebenarnya ada terdapat juga pengusaha di pelancongan agro yang menyediakan kemudahan sampingan lain kepada pengunjung seperti inap desa. Ia bagi memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri pengalaman menjadi petani dalam tempoh beberapa hari. Sesuai dengan konsep inap desa iaitu pengunjung tinggal bersama pemilik kediaman berkenaan, pelancong berpeluang menimba pengalaman mengikuti pelbagai aktiviti pertanian atau perladangan. Lebih menarik jika kanak-kanak dapat ikut serta dalam aktiviti agro. Terdapat juga pusat pelancongan agro tempatan yang menyediakan perkhidmatan lawatan kepada pelajar sekolah ke ladang ternakan dan dusun buah-buahan. Ada keperluan menyediakan tempat menginap memudahkan pelancong untuk berada di taman pelancongan agro. Ia sering mendapat sambutan ketika cuti sekolah kerana aktiviti pelancongan agro sememangnya mempunyai kesan positif untuk pendidikan luar kelas yang berlangsung secara tidak formal. Bagi mereka yang gemar merakam gambar, pusat pelancongan agro juga boleh dijadikan sebagai destinasi mengabadikan pelbagai sudut gambar yang menarik terutama bertemakan alam semula jadi. Di beberapa pusat pelancongan agro di Malaysia juga menawarkan keindahan ladang bagaikan berada di negara empat musim. Ini kerana elemen kehijauan, binatang ternakan dan aktiviti petani sememangnya menjadi latar unik sebaik gambar dirakam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PELANCONGAN AGRO... PULIH KEBALI...
SELEPAS PANDEMIK.. JADIKAN IS SEPI...
BANYAK TARIKAN... DURIAN DAH PASTI...
BERKUNJUNGLAH... DIPUASKAN HATI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3-A01, Kairos Villla,
Pantai, Seremban,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.