Saturday, June 17, 2023

IKAN AIR TAWAR VS IKAN AIR MASIN - APA BEZA? (Pt 2)

Lazimnya dipasar ada dijual IKAN AIR TAWAR, IKAN AIR MASIN dan IKAN AIR PAYAU untuk dinikmati setelah siap dimasak. Kalangan pembaca blog dan pengguna lazimnya ada yang suka makan ikan laut (air masin) dan tidak suka makan ikan air tawar dan sebaliknya berlaku juga orang yang suka makan ikan air tawar dan sebaliknya tidak suka makan ikan laut. Terdapat banyak fakta yang boleh dibincangkan tentang ikan air masin, ikan air tawar dan juga ikan air payau untuk ianya dijadikan bahan rujukkan. Asasnya ikan air tawar hidup dengan persekitaran air tawar dan ikan air masin hidup dipersekitaran air masin. Penulis blog jelaskan apakah dia perkara asas yang membezakan diantara Air Masin (Saline water) dengan Air Tawar (Fresh Water) untuk dijadikan bahan rujukkan. Asasnya dimana perbezaan utama antara air masin dan air tawar ialah kandungan kemasinan dimana kedua-duanya mengandungi garam atau natrium klorida akan tetapi bagi air tawar mengandungi hanya sedikit garam. Umum mungkin tahu dimana di lautan luas dibumi ia mempunyai ekosistem air masin manakala bagi mukabumi tasik, sungai, sungai, paya dan kolam ia mempunyai ekosistem air tawar. Kelikatan air laut, atau rintangan dalaman untuk mengalir, adalah lebih tinggi daripada air tawar kerana perbezaan kemasinan. Setiap jenis air membolehkan haiwan, marin dan hidupan tumbuhan yang berbeza berkembang maju. Merujuk kepada ekosistem Air Tawar sebenarnya di dalam kolam dan tasik ada terdapat beberapa zon yang menawarkan suasana berbeza yang terbaik untuk jenis kehidupan tertentu. Tingkat atas dipanggil zon litoral iaitu ia merupakan rumah kepada alga, tumbuhan akuatik dan ikan. Haiwan Amfibia dan juga beberapa spesis haiwan serangga juga tinggal di zon litoral. Dalam pada itu penulis blog faham dimana di zon kedua atau pun dipanggil zon limnetik akan ada plankton yang mana ia berkembang subur serta beberapa jenis ikan. Terakhir adalah pada kedudukkan zon ketiga dipanggil zon profundal. Satu lagi jenis ekosistem air tawar ialah tanah lembap. Di dalam tanah lembap dimana seseorang boleh menemui pelbagai jenis hidupan tumbuhan yang mana kebanyakannya terdiri dari hidupan hidrofit dimana ia berkembang untuk berada dalam persekitaran lembap. Banyak burung dan amfibia juga dilihat tinggal di kawasan itu. Di sesetengah tanah lembap yang mana ia mempunyai air masin maka ia jadi tanah lembap tidak selalunya dianggap sebagai ekosistem air tawar. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas beberapa fakta mengenai ikan air tawar dan ikan air masin untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam mebicarakan isu ini lebih baik penulis blog bincang b
agaimana cara sesuai untuk membezakan diantara Jeins Ikan Air Masin dengan Jenis Ikan Air Tawar. Dalam beberapa bulu dan laporan kajian dinyatakan memang ada terdapat beberapa perbezaan di antara ikan air masin dengan ikan air tawar. Secara prpfesional perbezaan ini dibahagikan secara ilmiah yang merangkumi sama ada ia perbezaan rasa dan isi ikan, struktur tulang dan juga nutrien yang dihasilkan. Apa pun memang tidak dinafikan semua ikan adalah sumber protein tanpa lemak dan asid lemak Omega-3 yang baik untuk jantung. Namun, disebabkan perbezaan ekosistem ikan ini berbeza, ia menjadikan proses bernafas dan mencerna bahan nyahtinja juga berbeza. Ia sekaligus memberi kesan kepada aspek fisiologi ikan. 
Pada penulis blog amat sesuai untuk kali ini dibincangkan akan fakta beberapa perbezaan yang ada pada jenis ikan air masin dengan jenis ikan air tawar. Walau pun penulis blg suka makan kedua-dua jenis ikan ini akan tetapi cara penyediaannya juga memainkan peranan penting. Menyentuh mengenai perbezaan Rasa Ikan dimana ikan dari tasik dan sungai air tawar mempunyai ekosistem yang unik yang berbeza dengan ekosistem di lautan. Oleh sebab itulah ikan air tawar dan ikan air masin mempunyai rasa dan kualiti yang berbeza. Ikan air masin cenderung mempunyai rasa yang lebih kenyang tetapi juga mempunyai rasa masin atau pun digelar sebagai “briny”. Sekiranya hendak menikmati ikan yang mempunyai rasa lautan sebaiknya pilih ikan air masin sebagai pilihan terbaik untuk dimakan. Dalam pada itu pula sebaliknya pemilihan ikan air tawar tidak mempunyai rasa masin dan cenderung mempunyai profil rasa yang lebih ringan. Sekiranya sesiapa yang tidak menggemari rasa yang unik maka memilih ikan air tawar adalah pilihan terbaik. Apa pun penulis blog dapati dimana bagi jenis ikan laut seperti ikan tenggiri, ikan kerapu, ikan kembung, ikan merah dan banyak lagi mempunyai rasa yang sedikit kuat dan harganya juga agak mahal. Perkara ini pada penulis blog adalah disebabkan isinya mengandungi lebih daripada 30% lemak dalam daging (Sila lihat foto disebelah). Ikan jenis ini sesuai dimakan dengan pelbagai cara penyediaan daripada di masak sambal, masak kari, di bakar atau dipanggan sehingga djadikan ikan proses seperti ikan kering atau di makan mentah juga.


Perbezaa pada R
upa Luaran Ikan atau pun marfologi ikan dimana dilaporkan jens ikan air masin kebiasaannya ia telah mengubah varian struktur yang mana ini membolehkan mereka mencari makanan dengan cekap berbanding dengan jenis ikan air tawar. Melihat kepada ciri-ciri marfologinya dimana komponen yang nyata membezakannya adalah bahagian Gigi dan Sisik mereka. Ini kerana ikan yang berada di lautan luas selelunya dilaporkan mempunyai gigi palatine dan gigi vomerian iaitu di bahagian atas mulut dan lidah. Mereka memerlukan gigi yang kuat dan tajam untuk mengisar makanan dengan lebih mudah selain perlu bersaing dengan ikan-ikan lain yang lebih kuat. Bagaimana pun terdapat juga beberapa spesis ikan air tawar yang memunyai ciri-ciri gigi dan sisik yang sama dengan ikan air masin. Mengenai sisik pula dimana lazimnya ikan air tawar mempunyai sisik besar dan luas sementara ikan air masin mempunyai sisik kecil. Bukan itu sahaja apabila diteliti lagi dimana jenis ikan air tawar kebiasaannya mempunyai sisik di seluruh badan. Dalam pada itu untuk ikan air masin kadang-kadang hanya menutupi sebahagian badannya dengan sisik yang mungkin bagi membantu mengekalkan kepada peraturan osmotik mereka. Aspek seterusnya dalam perkara ini adalah berkaitan dengan Perbezaan Tulang IkanPerbezaan yang paling ketara antara ikan air masin dan ikan air tawar adalah struktur tulang mereka. Jika dilihat dari luaran apa pun kedua jenis ikan ini dilihat mungkin kelihatan sama akan tetapi apabila anda membukanya untuk membuat debone, anda akan melihat perbezaannya. Ciri penting bagi jenis ikan air masin cenderung mempunyai tulang yang lebih besar dan lebih mudah untuk melaksanakan 'debone' dengan betul berbanding dngan jenis ikan air tawar. Sementara ikan air tawar memerlukan masa dan perhatian tambahan untuk dapat memastikan bahawa semua tulang yang kecil tidak tertinggal sewaktu debone. Aspek ke tiga adalah mengenai Kandungan Nutrien dalam ikan tersebut. Perbezaan utama nutrien adalah bahawa ikan air tawar cenderung mempunyai jumlah kalsium, asid lemak tak jenuh tunggal dan asid lemak yang lebih tinggi. Terdapat beberapa perbezaan kecil lain antara spesies ikan tertentu seperti jenis ikan salmon air tawar mengandungi lebih banyak folate dan vitamin A daripada salmon air masin. Kepada pembaca blog semua perkongsian ini ia mungkin ia dapat membantu agar pembaca mengetahui perbezaan di antara ikan air masin dan ikan air tawar. Pada pendapat penulis sendiri memilih jenis manakah ikan yang lebih baik dan sedap rasanya ia bergantung kepada keadaan habitat dan juga jenis ikan. Semua ciri ini mungkin boleh berbeza di kawasan yang berbeza mungkin terdapat bekalan makanan yang berbeza yang boleh menjejaskan kualiti ikan tersebut.


Merujuk kepada sebuah laporan kajian mengenai c
ara terbaik untuk membezakan diantara Jenis Ikan Air Tawar dengan Jenis Ikan Air Masin yang enulis rujuk sesuai dikongsikan. Dilaporkan dimana jenis ikan air tawar adalah spesies ikan yang menghabiskan kebanyakan atau keseluruhan masanya tinggal di dalam air tawar seperti habitat di sungai dan tasik dengan kadar kemasinan kurang daripada 0.05%. Walaupun beberapa jenis ikan boleh hidup di dalam air masin atau air tawar akan tetapi majoriti besar memerlukan persekitaran tertentu. Komposisi air menentukan di mana ikan air masin dan ikan air tawar boleh hidup. Aspek fisiologi ikan yang disebut osmoregulasi menunjukkan perbezaan utama antara ikan air masin dan ikan air tawar. Osmoregulasi merujuk kepada cara pengawalan aliran air di seluruh badan mereka serta termasuk komposisi tisu badan dan insang. Bahagian tisu badan dalam ikan air masin mengandungi kurang garam daripada air di mana ia hidup. Kerana persekitaran yang masin di dalam air luar menarik air dari tisu badan, ikan air masin sentiasa kehilangan air melalui kulit dan insangnya. Selalunya untuk mengimbangi dan mencegah dehidrasi maka ikan air masin meminum air garam yang banyak, menghasilkan sedikit air kencing dan merembeskan garam dari air ini melalui insangnya.  Dalam pada itu sebaliknya, tisu badan di dalam jenis ikan air tawar mengandungi lebih banyak garam daripada air di mana ia hidup. Akibatnya air akan terus mengalir ke dalam badan ikan air tawar melalui kulit dan insangnya dan ikan itu tidak mempunyai sebab untuk mengambil air tambahan dengan meminumnya. Ikan air tawar mengelakkan lebihan air dalam tisu badan dengan menghasilkan sejumlah besar air kencing. Pada penulis bloh jika ditanya apakah ikan air tawar hidup dalam air masin dan ikan air laut hidup dalam air tawar? Jawapannya tidak kerana ciri-ciri ikan air tawar hanya sesuai di persekitaran air tawar manakala ikan air masin sebaliknya. Dalam pada itu aspek fisiologi ikan yang disebut osmoregulasi menunjukkan perbezaan utama antara ikan air masin dan ikan air tawar. Osmoregulasi merujuk kepada cara pengawalan aliran air di seluruh badan mereka serta termasuk komposisi tisu badan dan insang. Tisu badan dalam ikan air masin mengandungi kurang garam daripada air di mana ia hidup. Kerana persekitaran yang masin di dalam air luar menarik air dari tisu badan, ikan air masin sentiasa kehilangan air melalui kulit dan insangnya. Untuk mengimbangi dan mencegah dehidrasi, ikan air masin meminum air garam yang banyak, menghasilkan sedikit air kencing dan merembeskan garam dari air ini melalui insangnya. Sebaliknya, tisu badan di dalam air tawar mengandungi lebih banyak garam daripada air di mana ia hidup. Akibatnya, air terus mengalir ke dalam badan ikan air tawar melalui kulit dan insangnya dan ikan itu tidak mempunyai sebab untuk mengambil air tambahan dengan meminumnya. Ikan air tawar mengelakkan lebihan air dalam tisu badan dengan menghasilkan sejumlah besar air kencing.  Apa pun jika ditanya apakah ikan air tawar hidup dalam air masin dan ikan air laut hidup dalam air tawar? Jawapannya tidak kerana ciri-ciri ikan air tawar hanya sesuai di dalam persekitaran air tawar manakala ikan air masin sebaliknya.


Menarik pertanyaan m
engapa ikan aut tidak boleh hidup di Air Tawar dan Sebaliknya?. Asasnya ikan yang hidup di laut mmang tidak boleh hidup di air tawar walaupun kedua-duanya adalah air. Mungkin ramai sudah sedia maklum bahawa ikan air masin (hidup di laut) tidak akan hidup di dalam air tawar (hidup di sungai). Keadaan ini mungkin mengecewakan bagi peminat-peminat ikan akuarium (bagi mereka yang masih kecil). Namun adakah ramai pembaca mengetahui sebab sebenar mengapa ikan-ikan ini tidak boleh menyesuaikan diri dalam dua keadaan ini. Dalam kes ini masih terdapat spesies-spesies ikan yang mampu berhijrah di antara air masin dan air tawar iaitu dalam beberapa peringkat pembesarannya seperti Ikan Solmon (Sila lihat fto disebelah). Apa pun keadaan fizikal ikan yang hidup di air masin adalah berbeza daripada ikan-ikan yang hidup di dalam air tawar. Ini kerana, ikan-ikan yang hidup di dalam air masin mempunyai kandungan garam yang tinggi di dalam daging (sel-sel badan) mereka. Perpindahan ke dalam persekitaran air tawar akan membuatkan air diserap ke dalam badan mereka - yang menyebabkan sel-sel badan mereka menjadi kembung yang menyebabkan kematian. Berbeza pula dengan ikan air tawar. Apabila ia diletakkan di dalam air masin, air di dalam badan mereka akan mengalir keluar dan menyebabkan sel-sel badan ikan terhidrasi. Keadaan ini adalah disebabkan oleh keseimbangan tekanan antara dalaman sel-sel badan dan juga persekitarannya yang juga dikenali sebagai Osmosis. Osmosis adalah pergerakan cecair melalui membran separuh telap (semipermeable membrane), daripada larutan yang kurang tepu ke bahagian larutan yang tepu. Membran separa telap merupakan penghalang yang mempunyai liang-liang kecil yang membenarkan molekul air melepasi nya, namun ia terlalu kecil bagi molekul garam, gula atau molekul-molekul lain untuk melepasi nya. Ia sama seperti membran pada permukaan sel yang menghalang molekul yang bersaiz besar dari melapasinya, namun molekul bersaiz kecil seperti air, dapat melepasi nya dengan mudah. Apa pun keadaan ini dipengaruhi oleh tekanan osmotik (osmotic pressure), iaitu tekanan yang bertindak ke atas aliran molekul air di antara membran separa telap. Pada masa molekul air melepasi membran separa telap ke bahagian yang mempunyai ketepuan tinggi, tekanan osmotik juga akan bertambah. Apabila kedua-dua bahagian mecapai keseimbangan, tiada lagi molekul air akan melepasi membran tersebut. Pada masa ini, tiada lagi tekanan osmotik. Tekanan osmotik ini menyebabkan berlakunya 3 keadaan pada sel yang juga mempengaruhi, mengapa ikan-ikan hanya mampu hidup dalam keadaan air tertentu sahaja. Keadaan tersebut dikenali sebagai “tonicity” yang terbahagi kepada kes iaitu  Hypertonic dimana ketepuan yang lebih tinggi di luar sel, menyebabkan air mengalir ke luar sel mengecut. (Ikan air tawar ke dalam air masin). Keadaan Hypotonic apabila ketepuan tinggi di dalam cel, yang menyebabkan air masuk ke dalam sel, yang menjadikan ianya mengembang. (Ikan air masin ke dalam air tawar). Terakhir adalah keadaan Isotonic dimana keadaan seimbang yang membolehkan sel-sel berada dalam keadaan tetap. Seperti sel-sel darah merah yang berada di dalam cecair plasma. Ikan-ikan yang hidup di dalam air mengalami perbezaan ketepuan cecair yang berbeza di dalam air laut mahupun di dalam air sungai. Namun perbezaan in tidaklah terlalu tinggi di antara air laut yang sungai yang mempunyai perbezaan yang ketara. Perbezaan ketara ini menyebabkan kerosakan yang boleh membawa maut kepada ikan-ikan tersebut. Namun begitu masih terdapat kumpulan ikan-ikan yang boleh hidup di dalam air tawar dan air masin pada peringkat-peringkat berbeza kehidupannya yang dikenali sebagai “euryhaline fish”. Kumpulan-kumpulan ikan ini juga terbahagi kepada 2 kumpulan iatu Kumpulan Ikan Anadromous iaitu jenis ikan yang menetas di dalam air tawar dan membesar di lautan dan kembali semula ke air tawar hanya untuk bertelur seperti ikan-ikan striped bass, sturgeon, smelt dan yang paling terkenal adalah salmon. Kedua adalah Kumpulan Ikan Catadromous iaitu ikan yang tinggal di dalam air tawar, namun berhijrah ke laut untuk membiak. Contoh yang paling terkenal bagi kumpulan ini adalah European Eel. Artikel ini paparkan serba sedikit mengenai kehidupan hidupan-hidupan yang hidup di dalam air tawar dan juga air masin. Bukanlah mudah untuk hidupan-hidupan ini mengubah persekitaran hidupan mereka dimana  ini juga antara lain menunjukkan kesan pencemaran boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Sekiranya anda adalah peminat ikan hiasan, maklumat ini diharap dapat menambahkan lagi pengetahuan anda mengenai hobi yang ramai juga meminati. Artikel inii ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN AIR TAWAR... BANYAK JENISNYA...
IKAN DI LAUT... TIDAK MASIN ISINYA....
HENDAK BELI... MEMILIH YANG MANA...
BACA  ARTIKEL....FAHAM SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Zulkaedah 1444H).
Posted from:
Room 510, Bertam Resirt Water Park,
Bertam, Pulau  Pinang, Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.