Sunday, June 18, 2023

DURIAN - KESAN PERANG DAN CUACA

MUSIM BUAH DURIAN TAHUN 2023 agak unik berbanding dengan situasi pada tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana ada banyak laporan media seawal bulan Mei yang paparkan kisah-kisah harga durian premium yang dijual dengan harga agak rendah trtapi kisah ini dijangka akan menggembirakan para pembiat buah durian. Isu lambakkan buah durian, perang harga dan keluhkesah penanam serta pemborong durian sering dipaparkan dalam media tempatan bermula penghujunh Mei dan Awal Jun 2023. Di Malaysia ada seluas 685,366 hektar kawasan tanaman durian dengan jumlah pengeluaran hasilnya pada tahun 2022 direkodkan sebanyak 464,747 metrik tan dengan Negeri Johor mempunyai seluas 19,766 hektar (hasilkan 121,898 mt) diikuti dengan Negeri Pahang seluas 14,803 hektar (hasilkan 107,386 mt) dan ketiga adalah Kelantan seluas 8,667 hektar (hasilnya cuma 41,815 mt) saja  (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Penulis blog merujuk kepada akhbar sumber beritartm,gov,mt dimana menyatakan isu bagaimana 'Durian murah gamit penggemar' yang dipetik dari Kangar, Per;isa dimana sebanyak satu tan metrik tujuh jenis durian klon ditawarkan pada harga 30% lebih murah menjadi rebutan penggemar raja buah itu di Perlis. Dilaporkan iaitu usaha ini hasil inisiatif usahawan harumanis yang kini ada juga menawarkan durian klon untuk dinikmati masyarakat setempat di Kampung Teluk Jambu, Bintong pada harga berpatutan. Dilaporkan bagi Muhammad Aidil Akmal iaitu memandangkan tidak semua orang mampu membeli durian klon berikutan harganya yang tinggi maka pendekatan menjual pada harga lebih murah membolehkannya berkongsi rezeki bersama penggemar raja buah. Antara durian klon yang dijual dari sini adalah Durian Musang King, D13, IOI, Duri Hitam dan Tok Merah yang sering mendapat permintaan tinggi bukan sahaja di Perlis malah seluruh negara. Harga yang ditawarkan RM20 hingga RM35 sekilogram mengikut varieti yang sudah pastinya menjadi pilihan untuk dinikmati bersama keluarga. Kini dengan harga yang orang kata harga marhaen dimana harga yang berpatutan kita bawa satu tan setiap hari dan setiap hari kena habiskn sebnayak satu tan dan kalau tak habis akan dilelong. Pada tahun 2023 ini dilaporkan diimana bekalan durian yang diperoleh daripada pemilik dusun di Johor dan Pahang serta bakal ditambah bekalan durian dari Perak dan Kelantan selepas ini berikutan sambutan menggalakkan daripada penggemar durian akan diteruskan. Penulis blog mendapati isu kesan perang harga dan keadaan cuaca panas semasa mungkin antara punca harga durian pada tahun 2023 tidak memihak kepada pekebun durian. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan isu ini sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Portal harianmetro.com menyatakan dimana 'Lambakan sebabkan harga durian jatuh' juga wajar dikongsikan. Berita dari Batu Pahat, Johor nyatakan dimana disebebkan lambakan durian pada musim kali ini menyebabkan harga raja buah itu termasuk jenis Musang King dan IOI jatuh berbanding tahun-tahun sebelumnya. Durian Musang King kini dijual RM20 hingga RM35 sekilogram berbanding RM40 hingga RM45 tahun lalu, manakala IOI dijual pada harga RM15 - RM18 berbanding RM25 hingga RM35 sekilogram musim lalu. Bagi seorang peniaga durian di Muar, Mohd Faris Idris, 36, berkata perniagaannya musim ini agak mencabar memandangkan harga tidak boleh tinggi yang disebabkan permintaan kurang. Dakwanya memang untung tak banyak dimana pada tahun 2022 banyak tempahan diterima dan saya dimaklumkan kilang sudah tidak lagi membeli Musang King atau IOI untuk buat aiskrim kerana kebanyakan sudah tidak beroperasi. Penaiag lain iaitu Mohd. Rasidi Ibrahim (39) mendakw dia menurunkan sedikit harga kerana sambutan kurang menggalakkan. Dia pada minggu lepas menjual durian kacukan RM15 sekilogram akan tetapi sambutan agak perlahan dimana kemudian turunkan harga kepada RM12 sekilogram diman barulah ia mendapat sambutan. Sekarang perang harga durian juga bergantung kepada keadaan pasaran dan ketika ini kita tidak boleh letak harga terlalu tinggi yang menyebabkan kurang dapat sambutan. Durian Musang King kami jual antara RM30 hingga RM40, IOI (RM15 hingga RM25) dan durian kampung RM10. Hari ini mungkin harga tidak sama dengan hari esoknya atau harga hari lusa. Dilaporkan isu buah durian kali ini luruh serentak terutama di Batu Pahat dan Muar dan juga Pahang menyebabkan kejatuhan harga. Kejadian buah durian yang luruh serentak menyebabkan harga pasaran durian tidak memihak kepada pekebun. 


Dalam kes lain 'Durian luruh, harga runtuh tetapi peniaga mengeluh' dilaporkan oleh bhnews.com amat sesuai dirujuk. Isu lambakan dan hasil 'menjadi' pada musim kali ini menyebabkan pelbagai jenis durian termasuk Musang King, IOI serta kampung, mengalami kejatuhan harga berbanding tahun sebelumnya. Paling ketara ialah Musang King apabila harga kali ini sekitar RM20 hingga RM35 sekilogram, berbanding RM40 hingga RM45 seperti lazimnya. Durian jenis IOI pula dijual pada harga RM15 hingga RM18 berbanding RM25 hingga RM35 sekilogram tahun lalu. Seorang peniaga durian di Muar, Mohd Faris Idris, 36, berkata perniagaan durian musim ini agak mencabar memandangkan tidak boleh dijual tinggi manakala permintaan juga berkurangan. Kini jualan durian jenis Musang King dan IOI disifatkan amat perlahan dan pulangan lazimnya lebih kepada 'pulang modal'. Memang kini untung tidak banyak dimana kalau jual pun lebih kepada balik modal berbanding tahun lalu yang lebih banyak tempahan diterima. Kalau dalam minggu lepas dia jual durian kacukan RM15 sekilogram tapi sambutan agak perlahan. Saya turunkan harga kepada RM12 sekilogram dimana barulah ada orang singgah membeli. Sekarang ini harga durian bergantung pada keadaan pasaran dan ketika ini, kita tidak boleh letak harga terlalu tinggi yang menyebabkan pembelian agak perlahan. Dia juga ada menawarkan diskaun bagi pembelian melebihi 10 kilogram (kg) untuk pelbagai jenis durian iaitu harga dikurangkan RM2 bagi setiap kg. Durian Musang King kami jual antara RM30 hingga RM40, IOI (RM15 hingga RM25) manakala durian kampung cuma RM10. 


Isu bagaimana 'Permintaan durian kurang akibat cuaca panas yang berpanjangan dakwa Pekebun' yang disiarkan oleh Bernama memang wajar dikongsikan. Foto bagaimana En Yeap Gaun Fong menunjukkan isi buah durian yang dikutip di dusunnya ada dipaparkan. Kisah dari Balik Pulau, Pulau Pinang dimana akibat cuaca panas berpanjangan yang melanda negara kini, bukan sahaja menyebabkan permintaan terhadap buah durian semakin berkurangan, malah turut menjejaskan hasil pengeluaran raja buah itu, kata pengusaha dan pemilik 8321 Durian Plantation Yeap Gaun Fong. Dakwanya hasil tuaian musim durian kali ini adalah 30 peratus lebih rendah berbanding tahun 2022 lalu. Dilaporkan semasa pokok durian berbunga iaitu ada terdapat gugusan putik durian akan tetapi cuaca panas menyebabkan putik durian ini gugur. Cuaca panas juga menyebabkan orang kurang makan durian. Ramai pembeli datang akan tetapi mereka hanya membeli sebiji atau dua biji buah kerana kebanyakan mereka tidak berani hendak makan durian. Dakwanya juga harga raja buah itu juga jatuh sejak dua minggu lalu berikutan permintaan yang kurang. Dia yang mana memiliki enam ladang durian di seluruh Pulau Pinang, menambah bahawa berlaku kira-kira 50 peratus penurunan harga durian musim ini berbanding tahun lepas. Dakwanya dalam dua minggu lalu dia hanya menjual durian Musang King gred A pada harga RM75 sekilogram (kg) dan kini hanya RM50 sekilogram Semantera itu durian Udang Merah pada mulanya dijual pada harga RM50 sekilogram dimana ia kini dijual hanya RM35 sekilogram manakala durian kampung kini dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding RM20 sebelum ini. Memandangkan musim durian baru bermula tiga minggu lalu, beliau berkata sukar untuk diramal sama ada musim ini memberi untung atau sebaliknya. Pekebun disini masih perlu menunggu sehingga pertengahan atau akhir musim untuk mengetahui sama ada mereka akan dapat untung atau rugi kali ini. Mungkin terdapat peningkatan permintaan semasa cuti sekolah dan semasa jhari gaji.


Paling menyentuh adalah laporan dari portal kosmo.com dimana kes 'Harga Musang King Vietnam susut separuh dan cuma RM126 sekilogram' memang agak sesuai dikongsikan juga. Kisah ini dipaparkan pada 3 Jun 2023 dimana buah durian Musang King yang yang ditanam dan dijual di Vietnam menyaksikan harganya menjunam separuh di pasaran tempatan sejak dua bulan lalu berikutan lambakan bekalan, lapor portal berita VnExpress semalam. Terkini satu kilogram durian itu dijual oleh peniaga di Daerah 8 bandar raya tersebut pada harga 650,000 dong (RM126.71) iaitu sudah turun separuh berbanding awal Mac 2023. Akibat terdapat banyak bekalan dari kawasan selatan. Dua tahun lalu, saya terpaksa memesan seminggu lebih awal akan tetapi kini merela boleh mendapatkan bekalan setiap hari. Bagi seorang penjual di Daerah 1 pula dia mengambil kesempatan untuk membeli lebih banyak durian itu bagi setiap penghantaran di tengah-tengah kejatuhan harga. Dia yang telah membeli empat kali ganda lebih banyak berbanding bulan Mac tahun ini. Di media sosial pula dilaporkan ada penjual menawarkan harga rendah yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada 700,000 dong (RM136.45) untuk satu kilogram. Kalangan petani di selatan Vietnam menjual durian Musang King pada harga sekitar 130,000 (RM25.34) hingga 150,000 dong (RM29.24) untuk 1 kilogram. Seorang lagi peniaga, Dang Manh Khuong berkata, lambakan bekalan menyebabkan harga durian turun antara 50 hingga 70 peratus sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Apa pun dinyatakan dimana durian Musang King Malaysia dianggap sebagai durian terbaik dunia dan ditanam oleh petani Vietnam di Tanah Tinggi Tengah dan Delta Mekong negara itu.  Semuga artikel ini memberi i nfo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.Wasallam!!!...
MUSIM DURIAN... ADA PERANG HARGA....
DURIAN MUSANG KING...MENURUN IA...
KESAN CUASA... LAMBAKKAN JUGA...
DI VIETNAM JUGA... ISUNYA AGAK SAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.\
(17 Zulkaedah 1444H).
Posted from,
Room 113, All In Hotel,
Arau, Perlis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.