Saturday, May 13, 2023

DAUN KELAPA - PELBAGAI GUNA! (Part 3)

DAUN KELAPA
(Coconut Leaves) merupakan salah satu komponen pada pokok kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada bahagian buahnya, batang, pelepah, akar dan juga bahagian lain. Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) meruoakan tanaman yang ke empat terpenting di Malaysia dengan keluasan pada tahun 2022 adalah sebanyak 81,898 hektar dengan mampu untuk menegluarkan hasil sebanyak 561,780 metrik tan buah kelapa setahun (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Kawasan utama penanaman kelapa di Malaysia adalah di Johor, Sabah, Sarawak, Perak dan Selangor. Pengeluaran kelapa di Malaysia masih tidak dapat menampong kekurangan terutamanya di sektor perkilangan membolehkan Malaysia mengimport sekitar 230 - 260 juta biji kelapa tua (1 biji sama dengan 1 kg kelapa) dalam setahun oleh 18 buah syarikat yang diberikan kebenaran mengimport dari Indonesia oleh karajaan Malaysia melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS). Selain biji kelapa tua yang diimport dilaporkan sebanyak 8 juta kilogram isi kelapa dibawa masuk bagi sektor perkilangan kelapa di Malaysia. Tanaman kelapa di Malaysia telah mengalami penyusutan keluasan sejak tahun 1980'an apabila program khusus Rancangan Penanaman Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) melalui Jabatan Pertanian dihentikan. Banyak kawasan kelapa di Malaysia yang ditukar kepada tanaman kelapa sawit, ditebang untuk dijadikan kawasan perkilangan dan perumahan selain daripada ada yang ditinggalkan tidak berjaga begitu sahaja. Saya ada menulis lebih dari 300 artikel mengenai industri kelapa di Malaysia dalam blog ini semenjak 13 tahun lalu dan menjadi salah satu bahan rujukkan penting kepada banyak pihak. Banyak jenis makanan dan kuliner di Malaysia yang masih menggunakan kelapa sebagai bahan penting sama ada untuk masakan lauk, kuih mueh dan sebagainya. Buah kelapa adalah komponen paling penting yang digunakan didalam industri penanaman kelapa selaind aripada kegunaan pada bahagian daun, batang, akar sabut, tempurung, isi dan sebagainya. Artikel pada petang Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparka artikel yang ke 7,470 mengenai beberapa kegunaan Daun Kelapa seperti dilaporkan media untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua. 


Kisah yang unik dari Manila, Filipina dimana 'Daun kelapa jadi alternatif straw' amat unik kisahnya. Rekacipta seorang pemilik kafe di pulau Siargo di Manila dengan cara mengambil inisiatif untuk dia menggunakan daun kelapa bagi tujuan menggantikan penyedut minuman atau ‘lukay’ straw dalam usahanya untuk dapat memelihara alam sekitar. 'Lukay' adalah istilah tempatan untuk daun kelapa. Idea Sarah Tiu (37) itu selari dengan usaha global untuk menghentikan pencemaran plastik, masalah yang telah memberi kesan buruk terhadap lautan dan hidupannya. Sarah yang juga pengurus di Cafe Editha di Dapa, Surigao del Norte memberitahu Inquirer.net, dia memutuskan untuk menggunakan straw daun kelapa selepas satu lawatan ke pulau Corregidor dengan beberapa keluarganya. Mereka memesan air kelapa dan mereka akan menggunakan straw dari daun kelapa yang dipotong. Mereka juga laporkan diminta mengajar kerana kagum dengan idea itu. 
Dia yang pernah gunakan straw keluli tahan karat dan kertas mmasih aktif mencari inovasi baru. Selalunya ada ramai  pelanggan tidak sukakannya. Dilaporkan beberapa hari lalu Sarah berjaya memuat naik beberapa gambar straw daun kelapa yang digunakan di kafenya dan memberitahu ia mudah dibuat selain senang terurai. Kreativitinya menarik perhatian oleh ramai pengguna internet yang turut berkongsi idea mereka dalam mengimprovisasi penyedut minuman. Di negara kita mungkin sudah ada beberapa pereka daun kelapa yang digunakan sebagai penyedut minuman tetapi ia tidak diviralkan seperti laporan ini.


Penulis blog tertarik kisah dari Kota Bharu, Kelantan oleh portal bharian.com bertajuk '
Pacak rumpun daun kelapa halang angin kencang' untuk ianya dikongsikan. Dilaporkan dimana apabila kedatangan musim tengkujuh dan juga fenomena air pasang besar yang akan melanda setiap hujung tahun selalunya menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit terutama sepanjang pantai mengambil langkah berjaga-jaga. Walaupun benteng tebatan banjir sudah dibina sejak tiga tahun lalu di sepanjang Pantai Kundor di mana penduduk akan membuat alternatif lain termasuk memacak rumpun daun kelapa di perkarangan rumah bagi mengelak hempasan air laut serta terjahan angin kencang. Kaedah memacak rumpun daun kelapa itu dilakukan Mek Jah Yaakob (60 tahun) di belakang rumahnya yang hanya berjarak beberapa meter sahaja daripada pantai. Mek Jah dakwa kaedah itu dibuat setiap tahun oleh suaminya iaitu Isa Hassan (63) kerana terjahan angin kencang kerap menerbangkan atap zink rumahnya dan percikan air pantai yang masin juga menjadikan beberapa bahagian rumah rosak. Biasanya rumpun daun kelapa yang dipacak di tali yang diikat di beberapa batang pokok ini dibuat sejak tiga minggu lalu oleh suami bagi menghalang angin kencang menerjah rumah. Kaedah ini sudah kami buat sejak beberapa tahun lalu dan daun kelapa yang dipacak ini boleh tahan sehingga tiga bulan dan bertepatan dengan tempoh musim tengkujuh. Walaupun sudah biasa dengan limpahan air pasang serta angin kencang dimana biasanya situasi itu adakala mendatangkan kebimbangan berikutan, keadaan rumahnya yang uzur. Kebimbangan sama diluahkan seorang lagi penduduk lain dikenali sebagai Nik Abdul Aziz Mamat (67) yang sudah sebulan tidak turun ke laut untuk menangkap ikan disebabkan laut bergelora dan hujan sejak beberapa hari lalu. Apa pun dia yang lazimnya turun ke laut bersama isterinya akan menggunakan bot fiber kini mengisi masa lapang dengan menjahit pukat dan adakala tetap turun ke laut apabila situasi keadaan agak selamat. Setiap tahun rumah saya memang menerima kesan akibat air pasang yang biasanya berlaku menjelang Disember dan Januari selepas itu sehingga menyebabkan limpahan ke dalam rumah. Bagaimanapun selalunya mereka sekeluarga sentiasa memantau bagaimana perkembangan daripada pihak berwajib menerusi laman web atau media sosial sebagai langkah siap sedia sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan. Bagi Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berkata pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan di kawasan yang berisiko banjir dan menerima fenomena air pasang terutama kawasan pantai dan lembangan sungai. Bermula 3 November pada setiap tahun biasanya kerajaan sudah mengeluarkan arahan supaya aktifkan pusat kawalan operasi bencana di peringkat negeri dan daerah. Ada lebih 1,000 anggota APM di negeri ini dalam keadaan bersiap sedia dan dalam masa yang sama menasihati penduduk yang tinggal berhampiran kawasan yang berisiko agar berwaspada.


Dalam bulan pusasa pun ada yang masih '
Curi daun kelapa untuk buat ketupat' seperti di beritakan oleh media tempatan sinarharian.com baru-baru ini yang sesuai ditulis semula. Foto sebelah dilihat ada tanaman kelapa dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab yang mencuri daun kelapa muda dipercayai untuk membuat ketupat sempena perayaan Aidilfitri. Kisah berlaku di Tannjung Karang dimana dua beranak yang mana mereka mengusahakan tanaman kelapa terpaksalah  menanggung kerugian ribuan ringgit selepas tanaman itu dirosakkan pencuri yang mengambil daun muda pokok itu dipercayai untuk dijual sempena perayaan Aidilfitri. Bagi petani dikenali Mohamad Farid Yadan (32) mendakwa kejadian itu disedari bapanya Yadan Mabni (83) ketika hendak memulakan kerja-kerja meracun di kebun kelapa berkenaan kira-kira jam 8 pagi kelmarin. Dia tidak menolak kemungkinan daun kelapa muda ini dicuri untuk dijual bagi membuat ketupat sempena perayaan Aidilfitri. Jadi dia menasihati supaya peniaga daun ketupat memastikan mereka membeli dengan penjual yang dipercayai dan bukan melalui hasil curi. Kini permintaan daun kelapa muda sememangnya meningkat pada musim perayaan Aidilfitri yang tiba. Ini kejadian kali pertama berlaku sepanjang empat tahun kami mengusahakan tanaman kelapa kerana biasanya pencuri menyasarkan tanaman lain seperti pisang dan labu. Bapanya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 10 pagi di Balai Polis Tanjong Karang pada hari sama. Dia juga meminta sesiapa yang mengetahui kejadian ini menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.


Kisah lain dibeberapa media menyatakan bagaimana 'Serunai daun kelapa perlu di kekalkan' untuk generasi akan datang. Apa pun pada penulis blog yang pandai untuk membuat serunai atau 'trompet' ini dimana ia memang mudah membuatnya dan ia amat menyeronokkan dimainkan semasa zaman remaja di kampong dahulu. 
Serunai daun kelapa ini merupakan salah satu ciptaan yang direka oleh komuniti kanak-kanak di kampung sebagai salah satu alat permainan bagi mengisi masa lapang. Turut dicipta dikalangan budak kampong selain serunai ini adalah lastik, bedil rocoh, jebak burung dan pelbagai lagi jenis ciptaan yang dianggap sesuai untuk dimainkan mengikut musim-musim tertentu kerana masa dulu tidak ada gadget seperti handphone yang mana kini menjadi barang permainan utama dikalangan kanak-kanak dan remaja. Serunai ini biasanya dibentuk seperti tanduk iaitu mirip kepada tanduk kerbau dan daun kelapa yang dipilih adalah yang masih muda serta mudah dilentur. Serunai daun kelapa merupakan sejenis alat muzik tradisional yang dimainkan kanak-kanak dan remaja zaman dahulu. Sejajar pembangunan semasa dimana apa yang penulis blog lihat dimana alat muzik ini kian hilang dari radar pemikiran generasi abad ke-21. Ia diperbuat dari daun kelapa berbentuk tanduk dengan menggulung daun kelapa dan ada bahagian daun yang dilipat dua yang di letakkan dibahagian tirus dihujungnya. Apabila dimasukkan mulut dan ditiup maka akan keluarlah bunyinya 'preeeep' yang nyaring. Bagaimana pun bunyi ini boleh dibezakan bergantung kepada saiz mata serunai dan panjang serunai tersebut.  Artikel ini ditulis dalam tiga (3 ) segmen yang perlu dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAUN BERGUNA... DARI DAUN KELAPA....
DIBUAT PENYALI LIDI...IA SUDAH BIASA...
KELONGSONG KETUPAT...DIHARI RAYA...
BARANGAN AKSESORI... PELBAGAI GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Syawal 1444H).
Published from:
Taman Medan Indah, Raub, Pahang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.