Friday, May 12, 2023

DAUN KELAPA - PELBAGAI GUNA! (Part 2)

DAUN KELAPA
(Coconut Leaves) merupakan salah satu komponen pada pokok kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada bahagian buahnya, batang, pelepah, akar dan juga bahagian lain. Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) meruoakan tanaman yang ke empat terpenting di Malaysia dengan keluasan pada tahun 2022 adalah sebanyak 81,898 hektar dengan mampu untuk menegluarkan hasil sebanyak 561,780 metrik tan buah kelapa setahun (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Kawasan utama penanaman kelapa di Malaysia adalah di Johor, Sabah, Sarawak, Perak dan Selangor. Pengeluaran kelapa di dalam Malaysia masih tidak dapat menampong jumlah kekurangan terutamanya di sektor perkilangan membolehkan Malaysia mengimport sekitar 230 - 260 juta biji kelapa tua (1 biji sama dengan 1 kg kelapa) dalam setahun oleh 18 buah syarikat yang diberikan kebenaran mengimport dari Indonesia oleh karajaan Malaysia melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS). Selain biji kelapa tua yang diimport dilaporkan sebanyak 8 juta kilogram isi kelapa dibawa masuk bagi sektor perkilangan kelapa di Malaysia. Tanaman kelapa di Malaysia telah mengalami penyusutan keluasan sejak tahun 1980'an apabila program iaitu Rancangan Penanaman Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) melalui Jabatan Pertanian dihentikan. Banyak kawasan kelapa di Malaysia yang ditukar kepada tanaman kelapa sawit, ditebang untuk dijadikan kawasan perkilangan dan perumahan selain daripada ada yang ditinggalkan tidak berjaga begitu sahaja. Saya ada menulis lebih dari 300 artikel mengenai industri kelapa di Malaysia dalam blog ini semenjak 13 tahun lalu dan menjadi salah satu bahan rujukkan penting kepada banyak pihak. Banyak jenis makanan dan kuliner di Malaysia yang masih menggunakan kelapa sebagai bahan penting sama ada untuk masakan lauk, kuih mueh dan sebagainya. Buah kelapa adalah komponen paling penting yang digunakan didalam industri penanaman kelapa selain daripada kegunaan pada bahagian daun, batang, akar sabut, tempurung dan sebagainya. Artikel pada petang Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparka artikel yang ke 7,469 mengenai beberapa kegunaan Daun Kelapa untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Daun kelapa sangat sinonim dengan budaya kehidupan didalam orang pribumi di Malaysia termasuk paling popular adalah dikalangan masyarakat Orang Asli. Penulis blog yang pernah bertugas di Jabatan Pertanian Negeri Pahang dan di Johor sering juga membuat projek-projek pertanian dalam masyarakat orang asli ini dengan kerjasama JHEOA. Antara projek yang pernah dijalankan adalah projek tanaman padi bukit, tanaman buah-buahan, tanaman sayuran, pisang, kelapa, koko dan projek dalam pemprosesan makanan. Penggunaan daun kelapa dalam masyarakat orang asli ada dibanyak lokasi dan acara. Antaranya yang penulis blog terlibar sama adalah dalam Maljlis Tarian Sewang. T
arian Sewang adalah sejenis tarian tradisional yang berasal daripada masyarakat orang asli. Pada asalnya tarian ini diadakan bagi tujuan perubatan dan didakwa ia turut merangkumi unsur-unsur spiritual dan ritual seperti pemujaan roh, semangat si mati serta aktiviti membuang bala. Walau bagaimanapun kini tarian Sewang telah diolah semula bagi tujuan persembahan dan hiburan semata. Tarian Sewang dipersembahkan dalam bentuk bulatan yang mana penari akan membentuk bulatan semasa persembahan diadakan. Tarian ini biasanya diiringi paluan alat muzik yang diperbuat daripada alam semulajadi seperti ketukan buluh. Penari akan dipakaikan dengan aksessori lilitan di kepala atau seakan topi yang dianyam dari daun kelapa, tali pinggang daun kelapa dan juntaian dari daun kelapa dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Pentas untuk tarian sewang juga dibubuh anyaman dari daun kelapa untuk mencantikkan lagi lokasi tarian sewang. Kini tarian sewang sudah dijadikan satu identiti khas budaya orang asli di Malaysia dan boleh dilihat melalui youtube serta tiktok. 


Pada masa sama dilihat dimana daun kelapa juga sesuai dijadikan produk aksesori terutama dibuat oleh kalangan masyarakat pendalaman dan terpencil. Daun kelapa yang sesuai akan dianyam untuk dijadikan aksesori seperti produk beg tangan, kalung, dompet dan kipas. Selalunya ada yang dibuat khusus untuk suatu mahlis ringkas akan tetapi ada jug ayang direka untuk ketahanan lebih lama dan dikomersilkan produk akesori tersebut. Penulis blog merujuk kepada beberapa produk yang diperbuat daripada daun kelapa dan sudah dikomersilkan diantaranya adalah Daun Kelapa Jadi Bakul, Daun Kelapa Jadi Topi, Daun Kelapa jadi Ketupat, Daun Kelapa Jadi Mangkok, Daun Kelapa Jadi Keranjang Buah, Daun kelapa, Daun kelapa jadi Hiasan Angsa, Daun kelapa jadi Pedang, Tikar panjang, Hiasan resepsi pengantin, Bentuk Kipas, Bentuk Lampu Tidur, Bentuk Piting, Bentul Bintang, Bentuk Hisangan bergantungan di pintu atau tingkap, bentuk trompet, bentuk buaya,, bentuk kancil, bentuk, ketam, bentuk hiasan cengkerik, bentuk kura-kura, bentuk burung, bentuk keris, bentuk mahkota, bentuk kubus, bentuk seekor ikan, bentuk tempat pencil dan pen dan banyak lagi produk anyaman dari daun kelapa. Apa pun dibeberapa lokasi dimana sudah ada banyak produk dari daun kelapa dan 
kerajinan tangan dari daun kelapa yang sudah dijual di pasaran. Aksesori dari daun kelapa bagaimana pun agak murah berbanding dengan produk kraf yang lain bergantung kepada kualitinya. Aksesori dari daun kelapa ini didakwa mempunyai keunikannya tersendiri.


Sejak lama dulu daun kelapa yang diambil lidinya akan lama ia digunakan sebagai Lidi Penyucuk Daging Sate. Lidi ini juga ia mudah dicari dan selalunya di gunakan lidi dari penyapu lidi kelapa yang baru dibeli atau dibuat khusus sebelum aktiviti menyucuk sate. Lidi yang dibuat ini akan berukuran besar dan sederhana besar akan dipotong-potong sekitar 15-20 cm dan ditajamkan pada satu hujungnya. Ketajaman dihujung lidi ini akan memudahkan kerja menyucuk daging sate ayam, sate daging lembu, satu perut, sate hati dan sebagainya. Apa pun lazimnya lidi sate ini hanya
 menggunakan bahagian tengah daun kelapa. Sejak dulu umumnya orang suka menggunakan lidi kelapa untuk date ayam sahaja kerana ia mudah masak dan harganya jauh lebih murah. Bagaimana pun pada zaman moden ini kebanyakkan penjual sate sudah menggunakan lidi sate daripada bahan buluh yang lazimnya lebih tahan dari lidi kelapa. Kini produk lidi sate dari buluh banyak yang produk diimport dari China dan sebahagian produk tempatan dimana ia banyak dipasaran dan penggunaan lidi kelapa didalam membuat sate semakin berkurangan. Memang agak sedikit pelik apabila mendengar daun kelapa dijadikan sebagai makanan ternakan ruminan. Dikalangan beberapa penternak lembu dan kerbau dimana mereka akan memberikan juga daun kelapa muda atau yang sudah agak tua sebagai bahan makanan. Ia sama juga dengan pemberian daun kelapa sawit sebagai bahan mentah makanan ternakan ruminan. Penulis blog ingatkan bagaimana pun hanya daun kelapa yang telah dibuang lidi dibahagian tenaghnya sahaja yang diberikan kepada ternakan. Ini kerana tulang lidi yang keras tidak dapat dihancurkan oleh ternakan dan memberikan masaalah pula kepada sistem penghadaman ternakan. Agak pelik apabila di negara jiran mereka menggunakan daun kelapa untuk bahan makanan. Dilaporkan dimana bahagian pucuk daun kelapa yang muda boleh dijadikan bahan untuk membuat makanan masin (asinan). Selain itu bahagian manggar atau pelepah daun kelapa untuk membuat ragi dan gula walau pun ia semakin dilupakan. Artikel ini ditulis dalam tiga (3 ) segmen yang perlu dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAUN BERGUNA... DARI DAUN KELAPA....
DIBUAT PENYALI LIDI...IA SUDAH BIASA...
KELONGSONG KETUPAT...DIHARI RAYA...
BARANGAN AKSESORI... PELBAGAI GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Syawal 1444H).
Published from:
Taman Medan Indah, Raub, Pahang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.