Saturday, May 6, 2023

BUAH NADIR DAN KEPENTINGANNYA (Part 5)

BUAH-BUAHAN NADIR
merupakan jenis buah-buahan yang tumbuh secara semulajadi atau ditanam tetapi ia jarang-jarang ditanam di peringkat komersial. Kebanyakan buah nadir ini apa yang penulis blog ketahui adalah ia ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dalam dusun atau dijadikan pohon teduhan di kawasan halaman rumah. Pengalaman penulis blog seasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia yang terlibat terus dengan dokumentasi mengenai buah-buahan nadir ini mendapati ada lebih 60-70 spesies buah-buahan nadir telah dikelaskan ke dalam kategori buah-buahan nadir dan diterbitkan dalam risalah rasmi jabatan. Setiap kali ada pameran Hari Peladang dan Neayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA memang penulis blog ada terlibat menyediakan bahan pameran buah-buahan nadir ini untuk dilihat oleh para pengunjung. Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Kemudian dibuat pemerhatian dimana penulis blog mendapati buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar. Dilihat iaitu pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya ia ada banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir hutan. Apa pun didapati spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti Buah Tampoi dan Buah Salak. Selain dimakan dalam keadaan segar penulis blog dapatia ada juga beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga berpotensi untuk diproses. Antaranya Buah Sentul, Asam Jawa, Cermai dan sebagainya. Biasanya terdapat juga buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat dan ia bagaimana pun sesuai diproses untuk dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan hampir-hampir dilupakan maka ada usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini oleh pihak Jabatan Pertanian dan organisasi lain untuk dijadikan janaplasma. Artikel pada pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira untuk kongsikan mengenai kepentingan buah nadir untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam portal bharian.com bertajuk 'Kelebihan buahan nadir kurang didedahkan' adalah berkaitan dengan tajuk artikel bersiri ini untuk ditulis semula. Kisah dari Putrajaya melaporkan dimana m
ungkin ramai selalu mendengar kiasan orang lama seperti 'sayang-sayang buah kepayang, dimakan pahit, dibuang sayang' tetapi berapa ramai yang pernah melihat atau mengetahui kegunaan buah berkenaan. Buah kepayang (Pangium edule) adalah satu tumbuhan yang dimasukkan dalam kategori pokok nadir yang bermaksud spesies tumbuhan yang hanya tinggal sedikit atau kini jarang ditemui. Dalam erti kata lain dimana pokok nadir ini jarang dijumpai dan kelebihannya juga tidak didedahkan kerana baunya yang kurang menyenangkan, rasa yang sangat kuat dan sedikit masam membuatkan ia kurang digemari masyarakat. Sila baca info mengenai buah kepayang tulisan saya dengan pautan disertakan (Sila klik disini)Buah Kepayang memang unik kerana ia mengandungi toksin yang beracun iaitu Hidrogen cyanide. Didakwa dimana pada keseluruhan buah mengandungi juga bahan racun jenis Glukosid ginokardin yang menghasilkan Asid prusik (dikenali asid hidrosianik). Kajian makmal juga menunjukkan bagi buah segar  ia memang mengandungi sebanyak 14.8 % minyak kuning yang wangi dan buah kepayang yang kering mengandungi 44.7 % minyak kuning yang wangi. Buah kepayang banyak digunakan dalam masakan manakala daunnya digunakan sebagai penghalau serangga. Apa pun cara penyediaan pula ia perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya apabila dimakan, ia tidak memudaratkan atau mengakibatkan kesan sampingan seperti pening kepala. Kalau di Sarawak dimana buah kepayang ini dihiris dan dibiarkan pada air mengalir semalaman untuk membuang racun yang ada pada buah berkenaan. Selepas racunnya hilang barulah buah ini digoreng. Dalam pada itu di Melaka pula ada kaum baba dan nyonya menggunakan biji buah kepayang ini dalam masakan mereka seperti asam pedas sebagai penambah perisa. Daunnya pula digunakan untuk menghalau serangga. Dulu kita tidak mempunyai peti ais untuk menyimpan makanan. Jadi, ikan yang sudah dikeringkan atau disalai akan dibungkus menggunakan daun kepayang kerana serangga tidak akan mendekati makanan yang dibalut menggunakan daun kepayanga. Kini Taman Botani Putrajaya mempunyai koleksi buahan nadir yang lengkap di negara ini yang telah mengambil masa hampir 10 tahun untuk mengutip setiap biji benih spesies pokok berkenaan. Koleksi dari utara hingga selatan dan masuk ke segenap pelosok kampung semata-mata bagi mendapatkan biji benih pokok nadir tertentu untuk disemai di taman ini. Petugas juga turut mencari biji pokok nadir ini di Sabah dan Sarawak tetapi malangnya pokok yang disemai tidak berbuah, berkemungkinan besar berpunca daripada persekitaran yang berlainan dan agroiklim. Antara pokok nadir yang terdapat di Taman Botani Putrajaya ialah tampoi, belimbing, pokok riang, riang dot, buah mentega, buah bidara, mempisang, gajah beranak, rokam dan kerkup.  Apa pun dilaporkan kebanyakan buahan nadir ini boleh dimakan, ada yang makan bersama kuah rojak atau diletakkan dalam sambal belacan kerana rasanya yang masam. Buah mentega itu juga didakwa mempunyai manfaat tersendiri iaitu mujarab untuk mengelakkan mata daripada rabun dan penyakit selaput mata. Buah mentega juga baik untuk sistem pencernaan kerana kandungan serat yang tinggi di dalamnya dapat menyembuhkan sembelit. Bagi mereka yang mengalami kekurangan darah atau anemia, buah mentega sesuai untuk dimakan kerana kandungan zat besi di dalam buah itu dapat mengatasi masalah berkenaan. Bagi mereka yang sukakan kecantikan, buah mentega dapat membantu menghalus dan mencerahkan kulit secara semula jadi serta melambatkan proses penuaan.


Dalam portal hmetro.com laporan bertajuk '
Usaha semai buah nadir' sesuai dituis semula untuk pembaca bog ini. MARDi dalam usaha menyemai benih dan menanam buah nadir termasuk binjai bagi tujuan untuk menyelamatkan buah-buahan itu daripada terus pupus serta lenyap sebagai khazanah warisan. Bagi Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Bank Gen dan Biji Benih (GB) Dr Mohd Norfaizal Ghazalli mendakwa kini disebabkan arus pemodenan negara yang semakin pesat, ia turut mengancam spesies buah nadir termasuk binjai yang mengandungi vitamin C (Sila lihat foto disebelah)Buah binjai jenis drup berwarna perang muda atau perang kekuningan sementara permukaan kulitnya kasar dan bersisik. Ia berbentuk bujur telur dengan saiz 12-19 cmpanjang dan 6-10 cm lebar sementara isinya berwarna putih kekuningan, berjus, berasa masam manis, berserabut sederhana kasar ke kasar. Ada terdapat beberapa jenis yang berbeza daripada segi saiz dan warna kulit. Rasa dan kualiti buah berbeza dari yang manis, masam-masam manis hingga masam. Pokok binjai berbunga mengikut musim dan ia juga biasanya berbunga dan berbuah sekali dalam setahun atau selang dua ke tiga tahun sekali. Musim pembungaan pokok binjai ialah pada Mac hingga April sementara tempoh matang sekitar Jun hingga Julai. Pokok binjai biasanya ditanam petani untuk mendapatkan buahnya sama ada dimakan segar sementara buah mudanya dijadikan jeruk ataupun dimakan bersama sambal belacan. Malah pokoknya juga bersaiz besar hingga mencecah 36 meter (m) tinggi. Ukur lilit batang 210 sm, kanopi berbentuk kubah sementara batang berwarna kelabu kemerahan. Bahagian dalam batang berwarna merah jambu, bertekstur sederhana lembut dengan cairan resin hitam sekiranya kulit kayunya dilukakan. Daunnya dengan panjang tangkai 0.5 - 2.5 cm, berbentuk sayap manakala daunnya tebal bak kulit, berbentuk eliptik, obovat atau lanseolat dengan saiz 9 -30 x 3.5 - 9 cm. Dilihat mercu daun runcing, dasar daunnya tirus sementara urat daunnya meruncing ke atas. Urat sekunder 14 hingga 33 pasang tidak kelihatan dengan jelas. Bunganya berwarna ungu atau ungu pucat. Kaliks dengan lima lobus bersaiz 5-8 x 1-1.25 mm, cakera berbentuk kusyen, stamen lima dan filamennya bebas. Pokok binjai biasa akan ditemui di kawasan perkampungan atau hutan terutama di sekitar negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Perak, Melaka dan Johor. Kajian lanjutan untuk buah binjai seperti khasiat isi buah binjai dan potensinya di samping usaha bagi aktiviti pemuliharaan kepelbagaian spesies mangga liar lain di Malaysia dilakukan. Ini adalah bagi memulihara dan untuk memelihara kemandirian spesies buah nadir agar terus terjamin.


Berlainan kisah di UMP, Pahang dimana dilaporkan dalam portal UMP iaitu '
Tanam pokok nadir khazanah buat generasi muda' wajar dilakukan
Dalam usaha menambahkan kehijauan kampus dan kesinambungan usaha universiti didalam memelihara persekitaran kampus yang lebih lestari maka Pejabat Naib Canselor (PNC) Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengambil inisiatif melaksanakan Program Tanam Pokok Inisiatif Kampus Hijau Lestari di kawasan khas tumbuhan nadir seluas 5.3 ekar yang terletak berhampiran tasik UMP Pekan. Apa pun menurut Timbalan Pendaftar Kanan, PNC, Zainuddin Mat Hussin dimana penganjuran program ini ialah untuk menyokong usaha yang dilakukan universiti dalam usaha melestarikan alam dan memelihara persekitaran kampus hijau UMP. Pokok buah-buahan nadir kini semakin diancam untuk kepupusan dek era globalisasi dan arus pemodenan negara yang semakin pesat sekali gus turut mengancam spesiesnya. Kini dilaporkan generasi muda hari ini juga kurang mengambil tahu berkenaan khazanah ini. Aktiviti menanam pokok turut berpeluang mengenali jenis pokok dan memantau proses pembesarannya serta akan menjadi tanda ingatan dan nostalgia buat warga kampus melalui pokok yang ditanam.  Kini selain mengeratkan hubungan baik dengan rakan sekerja, program ini memberi peluang warga kampus untuk mengenali pokok yang jarang ditemui seperti pokok kuning telur dan binjai. Pokok ini jarang diketahui umum tetapi pokoknya masih lagi ada dijumpai di Malaysia. Tanaman pokok buah binjai atau nama saintifiknya Mangifera caesia adalah antara buah nadir yang semakin kurang dikenali dan diminati. Buah binjai juga berbeza dari segi saiz, warna kulit dan memiliki rasa manis, masam manis, masam serta lemak manis. UMP juga sudah mempunyai dusun yang telah mula menghasilkan buah-buahan sejak ditanam beberapa tahun lalu. Antara pokok-pokok yang terdapat di dusun UMP seperti durian, mangga, ciku, nangka madu, durian belanda, mata kucing dan lain-lain lagi. Manakala pokok buah-buahan nadir yang terdapat di kampus pula antaranya adalah keranji, tampoi, mentega dan jentik-jentik. Tanaman pokok kelapa Matag yang dikategorikan sebagai viral apabila dikatakan saiznya rendah namun boleh menghasilkan buah yang banyak apabila ditanam dengan cara yang betul. Pada masa ini dilaporkan ada sebanyak 27.5 peratus telah digazetkan sebagai kawasan hijau di dalam kesemua kawasan kampus. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan ini mampu memberi info berguna kepada semua pambaca blog anim agro technology yang ke 7,467 kali ini. Wasallam!!...
JARANG DITANAM... SIKIT HASILNYA...
BANYAK GUNA... SEPERTI DIDAKWA...
KOLEKSI TANAMAN.... JANAPLASMA...
MEMBACA ARTIKEL...  INFO DITERIMA...

By, 
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Syawal 1444H).
SELAMAT HARI RAYA!!!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.