Wednesday, May 3, 2023

BUAH NADIR DAN KEPENTINGANNYA (Part 2)

BUAH-BUAHAN NADIR
merupakan jenis buah-buahan yang tumbuh secara semulajadi atau ditanam tetapi ia jarang-jarang ditanam di peringkat komersial. Kebanyakan buah nadir ini apa yang penulis blog ketahui adalah ia ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dalam dusun atau dijadikan pohon teduhan di kawasan halaman rumah. Pengalaman penulis blog seasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia yang terlibat terus dengan dokumentasi mengenai buah-buahan nadir ini mendapati ada lebih 60-70 spesies buah-buahan nadir telah dikelaskan ke dalam kategori buah-buahan nadir dan diterbitkan dalam risalah rasmi jabatan. Setiap kali ada pameran Hari Peladang dan Neayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA memang penulis blog ada terlibat menyediakan bahan pameran buah-buahan nadir ini untuk dilihat oleh para pengunjung. Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Kemudian dibuat pemerhatian dimana penulis blog mendapati buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar. Dilihat iaitu pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya ia ada banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir hutan. Apa pun didapati spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti Buah Tampoi dan Buah Salak. Selain dimakan dalam keadaan segar penulis blog dapatia ada juga beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga berpotensi untuk diproses. Antaranya Buah Sentul, Asam Jawa, Cermai dan sebagainya. Biasanya terdapat juga buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat dan ia bagaimana pun sesuai diproses untuk dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan hampir-hampir dilupakan maka ada usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini oleh pihak Jabatan Pertanian dan organisasi lain untuk dijadikan janaplasma. Artikel pada pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira untuk kongsikan mengenai kepentingan buah nadir untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Kategori Buah-buahan Liar (Wild Fruits) agak jarang dibincangkan dimana-mana forum. Pada penulis blog buah-buahan liar kebanyakannya hidup liar secara semula jadi sama ada di hutan-hutan atau di kawasan terbuka atau kawasan belukar. 
Buah-buahan liar sama ada yang hidup di kawasan terbuka atau buahbuahan hutan kebanyakannya dipulihara dalam keadaan in-situ iaitu di kawasan semula jadinya. Buah-buahan ini nampaknya tidak begitu terjejas selagi habitatnya tidak diganggu. Namun demikian, penebangan hutan yang berleluasa, pembinaan empangan, pertukaran hutan menjadi tanah pertanian serta pembangunan yang terlalu pesat kini akan memberi kesan yang hebat kapada habitat semula jadi spesies buah-buahan ini. Oleh itu, usaha perlu dibuat bagi mengumpul spesies buah-buahan ini dan memuliharanya dalam keadaan ex-situ sebelum mengalami kepupusan. Buah-buahan ini sering digunakan oleh manusia selain menjadi sumber makanan kepada haiwan seperti haiwan burung, monyet, tupai dan sebagainya. Buah-buahan ini dimana ia kebanyakannya masih belum diteroka akan potensinya. Penulis blog kenal beberapa spesis buah liar ini seperti yang terdpat di hutan iaitu Buah Kandis (Sila lihat foto disebelah), Buah Jentik, Buah Mundu, Buah Kerdas, Buah Durian Hutan, Buah Sengkuang, Buah Mempaung, Buah Rambutan Pacat, Buah jentik-jentik (Sila lihat foto paling atas sekali), Buah Bangkung, Buah Perah dan Buah Keledang. Buah liar ini ada dari famili Anacardiaceae, Bombacaceae, Euphobiaceae, Fagaceae, Flacourtiaceae, Guttiferae, Hypoxidaceae, Lecythidaceae, Leguminocsae (Kekacang), Melastomataceae, Meliaceae, Moraceae, Myrsinaceae, Myrstaceae, Palmae, Pasiffloraceae, Rubiaceae, Rubiaceae, Rutaceae, Tilaceae, Sapindaceae, Solanaceae, Sonerratiaceae dan Sterluliaceae. Bagi buah liar dari famiili Anacardiaceae terdiri dari Buah Kundang (Bouea macrophylla), Buah Rawa (Mangifera macrophylla), Buah Remia (Bouea macrophylla) dan Buah Sengkuang (Dracontemelum dao). Buah liar dari famili Bombacaceae  terdiri dari buah Durian Daun (Durio lowianus) dan juga Buah Durian Beludu (Durio oxleyanus), Buah Durian Burung (Durio graveolens). Buah Liar dari famili Elaeocarpaceae adalah Buah Ceri (Mutingia calabura). Buah Liar dari famili Euphorbiaceae adalah Buah Jentik-jentik  (Baccaurea polyneura) seperti foto paing atas sekali, Buah Larah atau Buah Tampoi (Baccaurea griffithii), Buah Melaka (Phyllantus emblica), Buah Perah (Elateriosperma tapos), Buah Mempaung (Baccaurea lanceolata), Buah Rambai Tikus (Baccaurea brevipes), Buah Setambun (Baccaurea parviflora), Buah Taban (Baccaurea reticulata) dan Buah Tampoi Bunga (Baccaurea bracteata). Memang tidak mudah untuk membaca apa lagi mengenali akan buah-buah liar ini setakat membacanya.


Seterusnya adalah jenis buah iar dari famili F
agaceae terdiri daripada Buah  Berangan (Castanopsis inermis). Buah Liar seterusnya adalah dari famili Flacourtiaceae iaitu Buah Kepayang (Pangium edule), Buah Rokam Manis (Flacourtia rukam), Buah liar dalam famili Guttiferae pula termasuk Buah Asam Gelugur (Garcinia atroviridis) seperti foto disebelah, Buah Asam Kandis (Garcinia xanthochymus), Buah Beruas (Garcinia hombroiniana), Buah Kandis (Garcinia cowa), Buah Mundu (Garcinia dulcis) dan juga Buah Kandis Gajah (Garcinia griffithi).  Buah Liar dari famili Hypoxidaceae termasuk Buah Lumbah (Curculigo latifolia). Buah liar dari famili Lecythidaceae adalah Buah Putat (Barringtonia racemosa). Paling sering dijumpai mungkin buah liar dari famili Leguminosae (keluarga Kekacang) iaitu Buah Keranji (Dialium indum), Buah Kedawong (Parkia javanica), Buah Petai (Parkia speciosa), Buah Kerdas (Pithecellobium bubalinum), Buah Jering (Pithecellobium jiringa), Buah  Kerdas Hutan atau Buah Belangkas Hutan (Pithecellobium kunstleri). Seterusnya adalah buah liar direkodkan dari famili Melastomataceae iaitu Buah Senduduk (Melastoma malabatricum). Buah liar dari famili Meliaceae adalah Buah Sekiat (Aglaia sp.) dan Buah Bekak (Reinwartiodendron cinerium). Seterunya buah liar dari famili Moraceae atau famili Urticaceae adalah Buah Bangkong (Artocarpus polyphema), dan Buah Kulur (Artocarpus camansi), Buah Miku (Artocarpus lowii), Buah Tampang (Artocarpus nitidus) dan juga Buah Tempunik (Artocarpus rigidus). Penulis blog sudah melihat 65% daripada senarai buah liar disenaraikan diatas setelah bertugas dalam Jabatan Pertanian lebih 37 tahun. 


Seterusnya dalam senarai Buah Liar ada dari famili Myrsinaceae yang terdiri dari Buah Mata Ayam (Ardisia crispa) dan Buah Mata Pelanduk (Ardisia elliptica). Buah Liar dari famili Myrtaceae pula adalah Buah Kemunting (Rhodomyrtus tomentosa), Buah Muyu (Eugenia claviflora) dan juga Buah Salam (Syzygium polyantha), Buah liar dari famili Palmae selalu diambil untuk digunakan seperti Buah Kabung (Arenga saccharifera), Buah Kelubi atau Buah Asam Paya (Salacca conferta), Buah Rekam (Salacca wallichiana). Seterusnya adalah buah liar dari famili Pasiffloraceae iaitu Buah Letup-letup (Passiflora foetida). Buah liar dari famili Rubiaceae adalah popular dan ramai yang kenal iaitu Buah Mengkudu (Morinda citrifolia) yang pernah viral mampu untuk meningkatkan kesihatan pengguna dan sebagai anti kanser. Buah liar seterusnya dari famili Rutaceae adalah Buah Limau Kapya (Triphasia trifolia). Seterusnya buah Liar dari famili  Sapindaceae adalah Buah Kasai (Pometia pinnata), Buah Lotong (Nephelium cuspidatum var. eriopetalum), Buah Mata Kucing (Dimocarpus longana ssp. malesianus), Buah Rambutan Pacat (Xerospermum noronhianium), Buah Redan (Nephelium glabrum) dan Buah Sanggul Lotong (Nephelium cuspidatum var. ophiodes), Buah Liar dari famili Solanaceae adalah Buah Cipluan (Physallis minima), Buah Terung Asam (Solanum sp.) dan Buah Terung Pipit (Solanum torvum). Sementara itu buah Liar dari famili Sonneratiaceae adalah Buah Pedada (Sonneratia caseolaris), Buah Berembang (Sonneratia alba). Buah liar dari famili Sterculiaceae pula adalah seperti Buah Kembang Semangkuk (Scaphium macropodum). Buah Liar dari famili Tiliaceae adalah Buah Cenderai (Grewia paniculata), Buah Cenderai Paya (Grewia miqueliana) dan juga Buah Sanga atau Buah Medang Manik (Elaeocarpus jackianus). Sebahagian besar buah liar ini jarang penulis blog jumpa kecualii yang ada disimpan dalam Bank Janaplasma MARDI dan Jabatan Pertanian semasa bertugas dahulu. 
Artikel ini ditulis dalam Lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca artikel ini semuanya. Semuga tulisan ini mampu memberi info berguna kepada semua pambaca blog anim agro technology yang ke 7,464 kali ini. Wasallam!!...
BUAH NADIR... BANYAK JENISNYA...
JARANG DITANAM... SIKIT HASILNYA...
BANYAK GUNA... SEPERTI DIDAKWA...
KOLEKSI TANAMAN....JANAPLASMA...
BACA ARTIKEL...IA AMAT BERGUNA...

By, 
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Syawal 1444H).
SELAMAT HARI RAYA!!!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.