Tuesday, May 2, 2023

BUAH NADIR DAN KEPENTINGANNYA (Part 1)

BUAH-BUAHAN NADIR
merupakan jenis buah-buahan yang tumbuh secara semulajadi atau ditanam tetapi ia jarang-jarang ditanam di peringkat komersial. Kebanyakan buah nadir ini apa yang penulis blog ketahui adalah ia ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dalam dusun atau dijadikan pohon teduhan di kawasan halaman rumah. Pengalaman penulis blog seasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia yang terlibat terus dengan dokumentasi mengenai buah-buahan nadir ini mendapati ada lebih 60-70 spesies buah-buahan nadir telah dikelaskan ke dalam kategori buah-buahan nadir dan diterbitkan dalam risalah rasmi jabatan. Setiap kali ada pameran Hari Peladang dan Neayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA memang penulis blog ada terlibat untuk menyediakan bahan pameran buah-buahan nadir ini agar dilihat oleh para pengunjung. Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Memang ada  dibuat pemerhatian dimana penulis blog dapati buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar. Melihat dimana pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya ia ada banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir kawasan hutan. Apa pun didapati spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti Buah Tampoi dan Buah Salak. Selain dimakan dalam keadaan segar penulis blog dapatia ada juga beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga ada yang berpotensi untuk diproses. Antaranya Buah Sentul, Asam Jawa, Cermai dan sebagainya. Biasanya terdapat juga buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat dan ia bagaimana pun sesuai diproses untuk ianya dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan ia hampir dilupakan maka ada usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini oleh pihak Jabatan Pertanian dan organisasi lain untuk dijadikan aboretumatau bank janaplasma. Artikel pada pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira untuk kongsikan mengenai kepentingan buah nadir untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Pada penulis blog mendapati Malaysia adalah sebuah 
negara yang bertuah kerana dikurniakan dengan berbagai jenis dan spesies buah-buahan yang mana kebanyakannya berasal dari negara ini. Beberpapa spesis buah-buahan ini kini sudah di komersilkan keperingkat antarabangsa seperti Durian Musang King, Kelapa Matag, Mangga Harumanis Perlis, Nanas MD2, Belimbing Besi, Betik Eksotika dan beberapa lagi. Pada penulis blog umumnya dimana buah-buahan di Malaysia boleh dibahagikan dalam tiga kelas untuk mudah dipelajari iaitu Jenis Buah-buahan Utama, Jenis Buah-buahan Nadir dan Jenis Buah-buahan Liar dimana ia dikelaskan mengikut jenis status penanaman dan tujuan untuk kegunaannya. Banyak spesies buah-buahan ini berpotensi sama ada untuk dipasarkan sebagai pengeluaran buah segar, buah-buahan proses, ulam-ulaman dan sayur-sayuran, buah yang berkhasiat sebagai ubatan, buah digunakan sebagai unsur landskap dan spesies buah yang selalu pelbagai guna. Pemuliharaan spesies buah-buahan seperti ini adalah sangat diperlukan terutama ketika negara Malaysia menuju ke arah sektor perindustrian dimana jika tidak di beri perhatian akan semakin dilupakan. Status pemuliharaan seperti engujudkan Bank Janaplasma (Germplasm Bank) dan serta langkah-langkah mengatasi kepupusannya dilakukan oleh Jabatan Pertanian, MARDI, Universiti dan pihak sawasta tertentu. Dari banyak laporan dinyatakan dimana Malaysia adalah sebuah  negara yang kaya dengan flora dan fauna ini dikurniakan dengan berbagai-bagai spesies buah-buahan. Hasil daripada aktiviti penyelidikan pakar dimana dianggarkan tidak kurang 370 spesies buah-buahan yang boleh dimakan memang ada terdapat di negara ini. Apa pun penulis blog dapati dimana kebanyakannya buah-buahan yang berasal dari negara ini memang masih boleh ditemui di dalam hutan dan kawasan kampong tradisional. Beberapa spesies buah nadir dari luar negara juga telah diperkenalkan dari negara ini seperti di Taman Pertannian Sabah di Tenom, Sabah yang menanam banyak spesis dari luarnegara dan ada yang berjaya melalui proses adaptasi dengan iklim negara ini. Penulis blog ada membuat tinjauan teknologi ke Taman Pertanian Sabah di Tenom dan menulis beberapa artikel berkaitan perkara ini. Dalam pada itu penulis blog tertarik dengan Durian isi Merah di Pust Pertanian Tawau, Sabah yang ditulis dalam blog ini (Sila klik disini) untuk dibaca. Memang unik buah nadir dikenali sebagai durian merah (Durio graviolen) ini untuk buah nadir ini diperkenalkan (Sila lihat foto disebelah). Walau pun rasanya agak kurang enak berbanding varieti durian komersil lain tetapi harganya dipasaran agak baik.


Buah-buahan di Malaysia iaitu terdiri dari Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar mengikut kaedah pengkelasannya. Buah-buahan Utama atau pun Buah-buahan Komersial pada penulis blog adalah jenis buah-buahan yang mempunyai nilai komersial iaitu sama ada untuk dimakan segar mahupun setelah diproses. Buah-buahan ini kini dimana kebanyakannya ditanam secara meluas pada tahap komersial. Ada juga jenis buah ini masih luas berada sebagai tanaman bercampur disusun tradisional dikampong-kampong di sekitar rumah atau kebun. Penulis blog merujuk kepada Jabatan Pertanian dimana dinyatakan ada sebanyak 16 spesies buah-buahan dikelaskan kepada 4 kategori sebagai buah-buahan utama di Malaysia. Buah dalam 
Kumpulan I merupakan jenis buah-buahan yang tidak bermusim iaitu boleh didapati sepanjang tahun, digemari ramai dan memang ia berpotensi untuk dieksport. Buah tersebut adalah Pisang (Musa sapientum) Buah Betik (Carica papaya), Buah Nanas (Ananas comosus), Belimbing (Averrhoa carambola), Buah  Tembikai (Citrullus lanatus), Buah Melon (Cucumis melo), Buah Jambu batu (Psidium guajava). Penulis blog dapati bagi Kumpulan II adalah jenis buah-buahan bermusim yang berpotensi untuk keperluan tempatan dan juga eksport. Ia terdiri daripada Buah Mangga (Mangifera indica), Buah  Durian (Durio ziberthinus), Buah Nangka (Artocarpus heterophyllus), Buah Rambutan (Nephelium lappaceum) dan Buah Buah Limau (Citrus spp.). Bagi Kumpulan III pupa dilaporkan terdiri dari buah-buahan yang digemari ramai tetapi belum dieksploit untuk ditanam secara komersial dan pasaran eksport seperti Buah Duku Langsat (Lansium domesticum), Buah Ciku (Achras sapota), Buah Cempedak (Artocarpus cempeden) dan juga Buah Manggis (Garcinia mangostana). Akhir sekali buah-buahan utama yang termasuk dalam Kumpulan IV terdiri daripada buah-buahan yang berpotensi untuk diproses termasuk Buah Durian Belanda (Annona muricata), Buah Jambu batu (Psidium guajava) dan beberapa lagi. Saya ada menulis beratus-ratus artikel dalam blog ini mengenai kesemua senarai buah-buahan utama yang telah saya senaraikan diatas untuk dibaca.


Dalam pada itu 
Buah-buahan Nadir dimaksudkan sebagai buah-buahan yang agak jarang-jarang ditanam di peringkat komersial dan kurang dikelani dikalangaan orang ramai. Jabatan Pertanian sering mengadakan pameran dan promosi mengenai buah-buah nadir ini untuk dikenali orang awal saban tahun. Ini kerana penulis blog dapati dimana kebanyakan pokok buah nadir cuma ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dalam dusun atau dijadikan pohon teduhan di halaman rumah. Dilaporkan ada lebih 60-70 spesies buah-buahan nadir yang telah dikelaskan oleh Jabatan Pertanian sebagai Buah Nadir Di Semenanjung Malaysia. Penulis blog memang suka Buah Jambu Susu atau Jambu Gelas yang ada tumbuh debgan baik dan buahnya banyak dikampong di Gersik, Muar, Johor setiap muism berbuah (Sila lihat foto disebelah). Selain buahnyayang manis da agak kelat dimakan segar dimana buah ini sesuai juga dijadikan rojak buah. Sila baca tulissan saya mengenai Jambu Gelas dengan pautan disertakan (Sila klik disini) untuk membacanya. Pengkelasan buah nadir mudah dibahagikan mengikut famili untuk lebih udah difahhami iaitu daripada famili terdiri dari Anacardiaceae, Anonaceae, Apocynaceae, Ebenaceae, Elaecocarpaceae, Euphobiaceae, Flacuortiaceae, Geraniaceae, Gnetaceae, Gutiferae, Leguminosae, Meliaceae, Moraceae (Urticaceae), Myristicaceae, Myrisinaceae, Myrtacae, Palmae, Punicaceae, Rhamaceae, Sapindaceae, Sapotaceae dan Stercoliaceae. Buah Nadir dalam famili Anacardiaceae adalah Buah Amra (Spondias pinnata), Buah Asam kumbang (Mangifera quadrifida), Buah Bacang (Mangifera foetida), Buah Binjai (Mangifera caesia), Buah Gajus (Anacardium occidentale), Buah Kedondong (Spondias cytherea), Buah Kuini (Mangifera odorata), Buah Kundang (Bouea macrophylla), Buah Lanjut (Mangifera lagenifera), Buah Pauh (Mangifera petandra), Buah Remia (Bouea microphylla), Buah Sepam (Mangifera longipetiolata). Bagi buah didalam famili Annonaceae termasuk Buah Nona kapri (Annona reticulata), Buah Nona Sri Kaya (Annona squamosa), Buah Nadir dibawah famili Apocynaceae pula cuma disenaraikan iaitu Buah Kerandang (Carissa congesta). Seterusnya adalah jenis buah nadir daripada famili Ebenaceae iaitu Buah Mentega (Dispyros discolor). Buah nadir seterusnya dari famili Elaeocarpaceae pula adalah Buah Ceri (Mutingia calabura), Buah dari keluarga Euphorbiaceae (Bergetah) pula adalah Buah Buni (Antidesma bunius), Buah Cermai (Phyllantus acidus), Buah Jentik-jentik (Baccaurea polyneura), Buah Melaka (Phyllantus emblica) dan juga Buah Rambai (Baccaurea motleyana).  Pokok buah rambai kini semakin pupus kerana tidak dikomersilkan dan semakin sukar untk mebeli buah rambai berbanding buan yang lain. 


Buah dari famili Flacourtiaceae pula terdiri dari Buah Kerkup (Flacourtia jangomas) seperti foto disebelah, Buah Rokam Manis (Flacourtia rukam), Buah Rokam Masam (Flacourtia inermis), Buah dari famili Geraniaceae adalah terdiri dari Buah Belimbing Masam (Averrhoa bilimbi), Buah Nadir dari famili Gnetaceae termasuk Buah Melinjau (Gnetum gnemon). Buah nadir dari famili Guttiferae adalah Buah Asam Gelugur (Garcinia atroviridis) dan Buah Cerapu (Garcinia prainiana). Sementara itu buah nadir dari famili Leguminosae (Kekacang) adalah seperti Buah Asam Jawa (Tamarindus indica), Buah Petai (Parkia speciosa) adalah juga Buah Jering (Pithecellobium jiringa). Seterusnya buah nadir dari famili M
eliaceae terdiri daripada Buah Sentul (Sandorium koetjape) dan Buah Langsat Embun (Lansium sp.). Buah Nadir dari famili Moraceae (Urticaceae) pua terdiri dari Buah Ara (Ficus auriculata), Buah Kulur (Artocarpus camansi) dan juga Buah Sukun (Artocarpus communis). Dalam pada itu buah nadir dari famili Myristicaceae terdiri dari Buah Pala (Myristica fragrans). Buah dari famili Myrsinaceae adalah Buah Mata Ayam (Ardisia crispa). Buah nadir dari famili  Myrtaceae adalah Buah Cermai Belanda (Eugenia uniflora), Buah Jambu Air (Syzygium aqueum), Buah Jambu Semarang (Syzygium samarangense), Buah Jambu Bol (Syzygium malaccense), Buah Jambu Mawar (Syzygium jambos), Buah Kerian (Syzygium cumini), Buah Muyu (Eugenia claviflora), Buah Salam (Syzygium polyantha), Buah Nadir dari famili Palmae (Arecaceae) pula terdiri daripada Buah Salak (Salacca edulis). Buah nadir seterusnya dari famili Punicaceae adalah Buah Delima (Punica granatum). Buah nadir dari famili Rhamnaceae adalah Buah Bidara (Zizyphus mauritiana), Buah dari famili Rutaceae adalah Buah Bilak (Aegle marmelos), Buah Gelinggai (Limonia acidissima), Buah Limau Cembol (Citrus reticulata), Buah Limau Cula (Citrus sinensis), Buah Limau Kesturi (Citrus microcarpa), Buah Limau Nipis (Citrus aurantifolia) dan Buah Limau Pagar (Fortunella polyandra). Buah Limau Tambun (Citrus grandis). Buah nadir dari famili Sapindacceae adalah seperti Buah Ceri Terengganu (Leppisanthes alata), Buah Gegelek (Leppisanthes fruticosa), Buah Kasai (Pometia pinnata), Buah Kelat Layu atau nama lain Buah Mertajam (Leppisanthes rubiginosa), Buah Lotong (Nephelium cuspidatum var. eriopetalum), Buah Mata kucing (Dimocarpus longana ssp. malesianus), Buah Pulasan (Nephelium ramboutan) dan Buah Redan (Nephelium glabrum).  Buah nadir dari famili Sapotaceae adalah Buah Sauh (Manilkara kauki) dan Buah Kameto (Chrysophyllum cainito). Akhir sekali adalah buah nadir yang terdiri dari famili Sterculiaceae iaitu Buah Kelumpang (Sterculia foetida).   
Memang tidak mudah untum mengenali apa lagi dapat ujirasa sebahagian buah nadir yang ada di Malaysia dari senarai diatas. Tulisan ini ambil masa 15 hari untuk disiapkan. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan ini mampu memberi info berguna kepada semua pambaca blog anim agro technology yang ke 7,463 kali ini. Wasallam!!...
BUAH NADIR... ADA BANYAK JENISNYA...
JARANG DITANAM... SEDIKIT HASILNYA...
TAK BANYAK GUNA..SEPERTI DIDAKWA...
KOLEKSI TANAMAN....BANK JANAPLASMA...
MEMBACA  ARTIKEL... TERBAIK INFONYA...

By, 
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Syawal 1444H).
SELAMAT HARI RAYA!!!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.