Wednesday, May 10, 2023

ANALISA DAUN KELAPA SAWIT - APA DIA?

ANALISA DAUN KELAPA SAWIT
merupakan satu teknologi penting didalam mempastikan pembajaan tanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) dapat dilakukan dengan lebih tepat. Apa pun pengurusan baja merupakan fasa penting dalam amalan agronomi penanaman kelapa sawit. Sebelum membeli dan mempastikan jenis baja yang hendak digunakan perlukan maklumat tentang kekurangan baja melalui proses analisa khas yang dikenali sebagai analisa daun. Pemilihan baja berkualiti tinggi dan boleh digunakan mengikut kesesuaian akan membolehkan pokok kelapa sawit tumbuh dengan sihat untuk menghasilkan tandan buah yang banyak. Memang terdapat pakej pembajaan standard yang disediakan oleh banyak pihak boleh dijadikan asas didalam pembajaan tanaman kelapa sawit. Kadar ini adalah umum dan sebaiknya diperhalusi kerana ookok sawit sebenarnya memerlukan baja berlainan jika pokoknya berlainan umur, faktur jenis tanah, aspek pengurusan tanaman dan aspek lain. Dari beberapa laporan dinyatakan tanaman sawit yang berumur 4 sehingga 6 tahun apabila diberikan amalan pengurusan baja yang sesuai dimana setiap pokok mampu menghasilkan jumlah tandan buah dengan purata 16 - 17 tan. Ini merupakan satu kes hebat dimana ia adalah memuaskan. Amalan menetapkan kuantiti baja pada kadar 2kg setiap pokok dan baja organik 2 - 3 kali setahun bagi memelihara keadaan tanah optimum untuk penyerapan nutrien yang optima oleh pokok sawit. Bagaimana pun teknik terbaik didalam menentukan kadar pembajaan kepada tanaman sawit adalah melalui analisa daun kelapa sawit. Artikel pagi raya kke 4 ini dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya kongsikan apa dia analisa daun sawit untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Secara tekniklnya dimana 
aspek agronomi tanaman kelapa sawit apabila pembajaan mengikut dos dan jenis tidak sesuai dengan keperluan tanaman kelapa sawit maka kesannya adalah tanaman tersebut mengalami kekurangan (defisiensi) unsur nutrien dimana ini boleh menyebabkan masaalah kepada tanaman yang menjadi 'stres'. Akibatnya adalah dimana apanila tanaman sudah mengalami 'stress' maka selalunya akan perlu waktu yang lama untuk memulihkannya serta memerlukan usaha yang cukup baanyak agar tanaman dapat mampu mengeluarkan hasil buah yang maksima kembali. Ada beberapa kes dimana pokok yang mengalami stres teruk akan menghasilkan hanya bunga jantan saja hampir pada 80% populasi tanaman disuatu blok tanaman berbanding dengan tanaman yang normal. Kejadian stres boleh juga disebabkan oleh masaalah  kekurangan air atau kkekurangn nutrien (makanan) bergantung kepada faktur mana yang paling lebih mendominasi. Bagaimana pun untuk mengetahui punca sebenar maka perlu dijalankan apa yang dikatakan sebagai aktiviti 'Leaf Sampling Unit' atau 'Analisa Contoh Daun' atau mengambil sampel daun yang berasal dari pelepah ke-17. Amalan teknik pengambilan sampel daun selanjutnya dan dianalisa di makmal bagi tujuan analisa kandungan unsur nutrien pada daun tanaman akan diketahui unusr apa yang kekurangan pada pokok sawit tersebut. Sebagai contoh jika hasil laporan makmal di interpretasi ternyata yang tanaman mengalami defisiensi unsur P (Phosforan). Fungsi unsur P pada tanaman adalah sangat berhubung rapat dengan cara rangsangan pembentukan buah. Maka adalah di syorkan agar pemberian baja P perlu dilakukan terhadap pokok tersebut diladang dengan betul.


Dalam beberapa laporan lain di lapangan dimana ada penanam kelapa sawit iaitu dikawasan lain yang mana dalam
waktu lebih kurang 9 bulan mereka melaporkan bahawa bunga betina sudah mulai banyak dan bunga jantan menurun iatu berlaku kes jantina (sex ratio) semakin tinggi bunga betina dikebun sawitnya setelah diberikan baja yang yang mengandungi tinggi bahan unsur P (Phosforan). Ia didakwa akan dan boleh berlaku disebabkan oleh kelalaian oleh pekebun sawit yang tidak cermat dalam menentukan dos dan jenis baja yang sesuai dan diperlukan oleh tanaman kelapa sawit yang mana ia boleh menyebabkan kesan stres kepada tanaman sawitnya. Apa pun amalan pembajaan kepada tanaman sawit adalah sati perkara penting untuk dilaksanakan. Ini kerana selain ia memberi kesan kepada pertumbuhan tanaman sawit tentunya ia juga akan memberi kesan kepada aspek ekonomi. Sebagai contoh dimana jika pemberian baja diberikan adaah dengan kadar dos yang rendah daripada keperluan dan syor standard apa lagi jika mereka menggunakan jenis baja yang kurang sesuai dengan keperluan tanaman maka penghasilan Tandan Buah Sawit (TBS) akan menjadi rendah dan kurang berkualiti disebabkan kekurangan nutrien diberikan. Keadaan ini mungkin berkait dengan kekurangan modal membeli baja, tidak cukup masa menabur baja atau keadaan cuaca yang kurang mendokong. Sebaliknya apabila dos baja yang telah diberikan berlebihan maka kesannya ia menyebabkan kos pembajaan meningkat. Tanaman sawit hanya akan menyerap sejumlah unsur nutrien sesuai dengan keperluannya sahaja. Apabila  baja berlebihan ini tidak terserap maka sisa unsur nutrien tersebut akan residu di dalam tanah atau hilang dihanyutkan air hujan.


Dalam menyentuh beberapa t
ips cara persediaan sebelum membaja tanaman sawit penting dikongsikan. Bagi pekebun sawit yang baru sahaja memulakan meanam seperti tanaman pokok kelapa sawit adalah perlu tahu masa yang sesuai untuk membaja supaya tanaman anda subur dan sihat. Ini kerana bagi pokok kelapa sawit dimana masa yang paling sesuai untuk membaja adalah apabila musim sedang sederhana lembap. Ini kerana baja memerlukan air untuk diurai sebelum diserap dalam akar pokok. Aktiviti ini membaja jika pada ketika musim panas sangat tidak sesuai. Selain itu musim hujan yang berterusan juga tidak sesuai kerana baja akan hilang disebabkan dilarikan oleh air yang mengalir di kawasan cerun atau larut resap dalam tanah kandungan pasir tinggi. Sebaiknya sebelum menabur baja, anda juga perlu memastikan kawasan membaja dibersihkan dan bebas daripada rumpai. Ini kerana rumpai akan bersaing dengan pokok kelapa sawit untuk mendapatkan baja yang diberikan. Asasnya pekebun sawit perlu memahami akan jumlah baja sawit yang diperlukan oleh tanaman sawit juga perlu dikawal dan diukur terlebih dahulu bagi mengelakkan membaja terlalu banyak atau terlalu sikit. Setiap peringkat kehidupan sawit memerlukan jumlah baja sawit yang berbeza. Merujuk kepada portal MPOB dimana jumlah baja sawit yang disyorkan adalah dimana pada Peringkat Pra-matang (umur pokok1-3 tahun) sebanyak 3.0-6.0 kg baja sawit per pokok per tahun dengan amalan kekerapan membaja sebanyak 3 kali setahun. Seterunya pada Peringkat Matang (umur pokok 4-18 tahun) disyorkan sebanyak 9.0-12.0 kg baja sawit per pokok per tahun dengan kadar kekerapan membaja juga diberikan 3 kali setahun. Kemudian adalah pada Peringkat Matang Tua (pokok berumur 19 - 22 tahun) dimana sebanyak 3.0 - 6.0 kg baja sawit per pokok per tahun dengan kadar kekerapan membaja sebanyak 3 kali setahun. Akhir sekli adalah pada Peringkat Tua (umur pokok lebih 24 tahun) dimana pemberian baja sawit dihentikan 2 tahun sebelum penanaman semula. Lazimnya tanaman sawit yang mendapat baja secukupnya akan cepat membesar dan berbuah dengan banyak dimana ini sekali gus akan memberikan hasil yang memuaskan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELAPA SAWIT... PERLU DIBAJA...
PILIHAN BAJA SESUAI...DIGUNA...
KELILING POKOK... TABUR SAJA....
MENGIKUT DOS... SESUAI MASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(5 Syawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.