Penulis blog memang pernah ditanya bagaimanakah cara menanam bawang putih yang betul dan mudah untuk penjagaannya. Apa pun ia perlukan komitment tinggi didalam menanam bawang putih sendiri jika ingin berjaya. Ini kerana bawang putih merupakan tanaman yang sering digunakan dalam kehidupan manusia sama ada didalam masakan, perubatan disebabkan akan fungsi serbaguna dan dijamin khasiatnya. Bawang putih ataupun tergolong dalam keluarga bawang yang berbentuk serumpun umbisi setelah matang. Walau pun tanaman ini tidak ditanam secara komersial di Malaysia kerana kurang sesuai dari segi iklim tetapi ia masih boleh dicuba. Iklim di Malaysia yang lembap dan hujan sepanjang tahun akan menyebabkan risiko penyakit terhadap bawang putih dan menyebabkan kerugian besar jika ditanam di kebun terbuka. Ini yang menyebabkan Malaysia adalah pengimport tegar bawang putih terutama dari China dengan kuantiti banyak. Apa pun kalau hendak menanam sendiri dikawasan keliling rumah masih boleh diusahakan. Apa yang penting ada ilmu dan juga pengalaman didalam menanam bawang putih. Dari segi kesesuaian dimana disebabkan iklim Malaysia yang tidak bersesuaian dengan tanaman ini maka cara terbaik boleh dilakukan adalah dengan mengubah persekitarannya. Tetapi jika ingin menanam bawang putih pada skala komersial agak luas maka ianya akan memakan kos yang tinggi dari segi pembuatan Rumah Pelindung Hujan (SPH) dan sebagainya. Apabla kos bagi pengeluarannya tinggi maka bawang putih ditanam perlu dijual mahal sedangkan kos bawang putih import adalah jauh lebih murah. Maka bagi mencuba menanam bawang putih di rumah boleh dilakukan pada skala kecil sahaja agar kos didalam pengeluarannya rendah dan mendapat hasil bawang putih yang segar. Apa pun asasnya tanaman bawang putih dikebun ia memerlukan persekitaran bersuhu tinggi dan kering. Ia juga boleh dilakukan dengan membuat SPH mini dikawasan kecil dikawasan rumah yang mudah dibina asalkan mendapat sinaran matahari. Boleh juga menanam bawang putih ini dengan menggunakan bekas media seperti pasu atau kontena yang mudah diuruskan. Penting untuk mengetahui tentang kesesuaian tanah yang sesuai untuk tanaman ini dari jenis loam berpasir dengan nilai pH 5.5 - pH7.
Jika ingin menanam dikawasan terbuka sebaiknya kerja penyediaan tanah dengan menggemburkan dulu tanah dengan gunakan alatan sesuai seperti cangkul. Bagaimana pun jika ditanam dalam bekas boleh dapatkan media tanaman daripada kedai nurseri sahaja atau beli di kedai DIY. Tanah yang sudah digemburkan boleh dinaikkan batas setinggi 60 - 150 cm lebar dan 20 - 50 cm tinggi serta panjang ikut kesesuaian tanag agar penanaman mudah dijaga. Penanaman dilakukan sebaiknya setelah tanah disiapkan lebih 1 minggu dan dibubuh baja oranik. Dalam menanam bawang putih sendiri sebaiknya memilih bahan tanaman atau benih sesuai sebelum menanam. Secara teorinya penanaman bawang putih boleh ditanam dengan dua cara sama ada menggunakan biji benih atau pun menggunakan umbusinya. Menanam menggunakan biji semakin susah dilakukan kerana proses yang agak rumit dan disyorkan menggunakan umbisinya sahaja. Sumber benih boleh didapatkan dari kedai dengan memilih bawang merah yang segar, sihat dan didalam rumpunnya. Kemudian setiap bawang ini diceraikan menjadi beberapa ulas. Ia boleh disemai dahulu akan tetapi kalau dikeliling rumah atau dalam pasu boleh ditanam terus sahaja. Bagi kaedah penanaman pada batas sebaiknya menggunakan ulas bawang yang disediakan dimana ulas bawang itu ditanam pada kedalaman 2-3cm dari paras permukaan (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog syorkan agar jarak tanaman bawang putih adalah ja Manakala untuk jarak penanamannya pula adalah 15 cm x 15 cm dengan rapi dan tersusun. Pastikan saiz umbisi melebihi berat 1.5 gram setiap ulas sebelum ditanam. Elakkan menanam benih yang sangat kecil. Cara penanaman betul dan disiram membolehkan ia akan bertunas dalam masa 6 - 8 hari selepas ditanam.
Selepas ditanam selalu perlu perhatikan amalan agronomi dengan menyiramnya tetapi jangan terlalu berlebihan. Seperti dengan tanaman lain, bawang putih juga perlu disiram secara berkala sebanyak 2 kali sehari. Namun begitu penyiraman perlu secara beransur dikurangkan dalam tempoh 2-3 minggu terakhir kepada sekurangnya 1 kali sehari sebelum penuaian. Periksa benih yang tidak tumbuh dan disulam dengan benih lain dselepas seminggu ditanam. Daun yang tumbuh perlu diperiksa selalu dari serangan perosak dan penyakit. Pembajaan tanaman ini dengan berikan baja yang terbaik bagi tanaman bawang putih adalah baja organik kerana ianya lebih murah, mudah didapati dan selamat untuk tanaman. Penggunaan baja organik berasaskan tahi ayam. Pemberian baja perlu dijalankan iaitu secara berperingkat iaitu pada masa awal penanaman, pada pertumbuhan tunas dan peringkat pertumbuhan isi. Kadar yang diperlukan adalah lebih kurang 20-30g sepokok bagi setiap peringkat tersebut. Ada kalanya bunga akan keluar pada tanaman bawang putih berwarna putih dimana ia memang perlu dicantas segera atau dibuang disebabkan ia akan mendominasi penyerapan nutrien dimana ini akan menyebabkan pertumbuhan umbisi bawang terjejas. Selain itu memang secara teknikal tanaman bawang putih amat sensitif terhadap kelembapan yang tinggi dan disyorkan agar tanaman ini ditutupi bahagian permukaannya dengan sungkupan bagi mengawal kelembapan berlebihan. Antara jeni serangan yang paling umum terhadap bawang putih adalah oleh Nematod dan White root disease. Cara pencegahan daripada masalah tersebut adalah dengan amalan pertanian baik dari segi operasi dan kebersihan. Kebiasaannya petani yang arif tentang kesihatan lebih cenderung menggunakan pendekatan yang lebih organik bagi menghasilkan tanaman yang sihat dan selamat untuk dimakan iaitu dengan semburan menggunakan white oil. Penyakit tersebut berpunca daripada virus dan kulat dimana amalan menggunakan racun kulat pada kadar yang bersesuaian masih relevan untuk digunakan. Daripada kajian dan pemerhatian dimana proses menuai bawang putih ini selalunya mempunyai 2 peringkat iaitu peringkat menuai daun dan peringkat mengambil umbisinya. Penuaian daun bawang putih ini sesuai dilakukan selepas 1 bulan penanaman dimana daun bawang yang masih hijau dipotong dengan pisau tanam untuk pelbagai kegunaan. Manakala untuk menuai umbisi bawang putih sesuai dilakukan dalam tempoh 6-8 bulan selepas penanaman. Apabila dilihat banyak daun yang bertukar kekuningan, jaly atau hampir kering menunjukkan yang bawang tersebut diperingkat matang dan sesuai dituai dengan mencabutnya dengan tangan. Menudian bawang ini perlu dibersihkan dari ptanah dan dijemur sehingga kering. Sebaiknya semua hasil bawang putih perlu disimpan pada kawasan yang kering sekurangnya lebih daripada 18°C bagi melanjutkan jangka hayat penyimpanan. Kalau menanam dan menuai sendiri bawang putih dikeliling rumah boleh mencabut serumpun dua sahaja sesuai dengan keperluan untuk menggunakannya. Semuga artikel ini memebri info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!!...
BATAS DISEDIA... DALAM PASU JUGA...
BENIH DITANAM...DISIRAM DAN DIJAGA...
SUDAH MATANG... DICABUT MENUAINYA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Ramadan 1444H).
Esok Hari Raya 1 Syawal 1444H
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.