Thursday, April 20, 2023

TANAH PASIR - SATU PENJELASAN

TANAH PASIR
(Sands) merupakan sejenis tanah yang mana ia terdiri dari bahan berbutir terbentuk secara semula jadi yang terdiri daripada batu dan zarah galian kecil yang halus. Saya belajar mengenai tanah termasuk 'tanah pasir' semasa belajar di universiti dahulu. Definasi tanah pasir yang digunakan oleh pakar kaji bumi adalah sebagai butiran pasir bersaiz ukur lilit antara 0.0625mm (atau ​1⁄16 mm, atau 62.5 μm) hingga kepada ukuran 2 milimeter (mm). Setiap butiran pasir adalah dengan julat saiz ini dikenali sebagai butiran pasir. Ciri kelas saiz pasir lebih besar berikutnya adalah anak batu iaitu dengan zarah antara 2 mm sehingga 64 mm. Saiz lebih kecil berikutnya dalam geologi adalah tanah lumpur dengan saiz zarah kecil daripada ukurlilit 0.0625 mm sehingga 0.004 mm. Spesifikasi saiz antara pasir dan anak batu telah kekal sama lebih dari satu abad akan tetapi dilaporkan zarah dengan ukur lilit sekecil 0.02 mm telah ditakrifkan sebagai pasir di bawah piwaian Albert Atterberg digunakan seawal abad ke-20. Piwaian kejuruteraan 1953 yang diterbitkan oleh Persatuan Pegawai Lebuh Raya Negeri dan Pengangkutan Amerika Syarikat (AASHTO) telah menetapkan saiz pasir minimum sebagai 0.074 mm. Spesifikasi minimum bagi Jabatan Pertanian Amerika Syarikat 1938 adalah 0.05 mm (USDA staandard). Pasir berasa kesat apabila digeser antara jari (lumpur, sebagai perbandingan akan berasa seperti tepung). Sebenarnya secara teknikal tanah (soil) merupakan lapisan terluar dari bumi yang pada awalnya berasal dari bebatuan yang mengalami proses luluhawa sehingga membentuk partikel-partikel halus atau disebut dengan regolite. Tanah merupakan kombinasi mineral dan bahan organik lainnya yang sangat penting kepada proses kehidupan diatas bumi memiliki sifat fizikal seperti bahan, tekstur, kepadatan dan lainnya. Proses luluhawa ini terjadi dalam jangka waktu yang cukup lama bahkan hingga ratusan atau ribuan tahun. Tanah memiliki peranan yang sangat penting bagi kegunaan dan juga kehidupan manusia yang mempunyai banyak ada jenis tanah tersebar diseluruh bahagian muka bumi. Kebanyakan sumber makanan berasaskan tumbuhan haiwan dan lain-lainnya adalah sebahagian besar daripada yang hidup diatas tanah. Salah satu jenis tanah yang paling sering dijumpai adalah tanah pasir terutama dikawasan gurun dan pantai. Artikel pagi 21 Ramadan 1444H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai penjelasan berkaitan tanah pasir untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Pada penulis blog mendapati dimana Tanah (Soils) 
merupakan lapisan terluar dari bumi yang pada awalnya berasal dari perbatuan yang mengalami proses luluhawa sehingga membentuk partikel-partikel halus atau disebut dengan regolite. Tanah merupakan kombinasi mineral dan bahan organik lainnya yang sangat penting dalam banyak jenis kehidupan diatas bumi memiliki sifat fizikal seperti bahan, tekstur, kepadatan dan lainnya yang berbagai. Profil tanah terdiri daripada beberapa lapisan iaitu merupakan batuan dilaposan paling bawah, lapisan tanah bawah, lapisan tanah atas dan juga sisa tumbuhan dan haiwan pada lapisan teratas (Sila  lihat foto disebelah). Proses luluhawa ini terjadi dalam jangka waktu yang cukup lama ribuan tahun malahan jutaan tahun. Tanah memiliki peranan yang sangat penting bagi kehidupan manusia didalam kelestarian litaran hidup di mukabumi. Berbagai jenis tanah tersebar diseluruh muka bumi dalam pelbagai jenis, fungsi dan ciri yang berlainan. Manusia hidup diatas tanah dan mereka akan mendapatkan manfaat baik secara lamgsung maupun tidak lagsung dari tanah dimana dikaji bawawa sumber asas makanan sebahagian besar adalah daripada tumbuhan dan tanaman yang hidup diatas tanah. Tanah memiliki jenis yang berbagai dan berbeza antara kawasan dimana ia bergantung pada proses kejadian luluhawa yang berlaku. Apa pun secara umumnya dimana kebanyakkan bentuk dan karekteristik tanah ini menjadikan tanah akan dikelaskan mengikut nama sesuai dengan klasifikainya. Terdapat banyak jenis tanah yang ada  tersebar di seluruh Malaysia seperti tanah latosol, tanah organosol dan tanah podsol, tanah pasir dan lainnya dimana ia ada dilaporkan didalam buku sains tanah. Buku mengenai maklumat tanah ini selalu menjadi rujukkan penting di Malaysia dimana ia berkait dengan aktiviti pertanian, pembinaan infrastruktur, bangunan, industri berasaskan tanah dan sebagainya. 


TANAH PASIR
merupakan salah satu daripada jenis tanah yang ada di Malaysia dimana saya ada menulis artikel sebelum ini untuk di baca (Sila klik disini). Tanah pasir adalah tanah dengan partikel  berukuran lebih besar dimana asasnya tanah ini terbentuk dari batuan-batuan beku serta batuan sedimen yang memiliki butiran besar dan kasar atau yang sering disebut dnegan kerikil. Tanah pasir memiliki kapasiti serapan air yang rendah disebabkan sebahagian besar adalah tersusun atas partikel berukuran 0.02 sehingga 2 mm. Tanah pasir pada umumnya belum membentuk agregat sehingga mudah berlaku aktiviti hakisan. Unsur yang terkandung di dalam tanah pasir adalah dilihat tinggi kandungan unsur P dan K yang masih segar dan belum siap untuk diserap oleh tanaman. Selain itu juga ada terdapat unsur N dalam kadar yang sangat sedikit. Tanah pasir tidak mempunyai kandungan air, mineral dan unsur nutrien sebab tekstur pada tanah pasir adalah sangat lemah. Tanah pasir juga memmpunyai tahap kesuburan yang amat rendah sehingga sedikit sekali tanaman yang boleh tumbuh di tanah pasir (Sila lihat foto disebelah). Tanah pasir memiliki rongga yang besar sehingga pertukaran udara dapat berjalan dengan lancar dan selalunya tanah pasir tidak melekit jika basah sehingga menjadikan tanah pasir mudah untuk diproses menjadi bahan lain seperti membuat kaca dan bahan tanah campuran. Tanah pasir mempunyai tekstur yang kasar dimana memang terdapat ruang pori-pori yang besar diantara butiran-butiran partikel sehingga keadaan tanah pasir adalah bercirikan mempunyai struktur yang peroi dan gembur. Apa pun ciri pasir seperti ini menjadikan tanah pasir ini memang ia punyai kemampuan yang rendah untuk dapat mengikat air. Pada dasarnya tanah pasir merupakan tanah yang dikelaskan sbagai tanah tidak sesuai untuk digunakan sebagai kebun untuk tanaman kerana partikelnya yang besar dan kurang dapat menahan air. Apabila digunakan sebagai media tanam tanpa dicamput bahan lain maka selalunya air disiram akan mengalami infiltrasi, bergerak kebawah melalui rongga tanah dengan cepat sehingga menyebabkan keadaan dimana akar tanaman kekurangan air dan pokok menjadi layu. Dalam pada itu kandungan nutrien tanah pasir sangat terbatas. Kandungan unsur Posforan (P) sangat sedikit sekitar 5.1 - 20.5 ppm. Kandungan bahan organik lain hanya sekitar 0.4 - 0.8 % sahaja dan kandungan unsur Natrium (Na) cuma sekitar 0.05 - 0.08% dan kandungan unsur Kalium (K) cuma 0.09 - 0.2% dan ia dikelaskan sebagai Tanah Tidak Subur.


Menjelaskan lagi akan ciri tanah pasir dimana lazimnya selain dari faktur kesuburan dimana aspek kepanasan atau SUHU (temperature) untuk tanah pasir terutama suhu di 
permukaannya adalah sangat tinggi pada waktu siang iaitu lazimya adalah pada suhu 30 Celcius. Ciri ini memang sangat tidak sesuai untuk pertumbuhan tanaman yang ada apa lagi jika ia terletak terus dikawasan lapang. Bagaimana pun kini dengan banyak teknologi pertanian miden isu tanah pasir yang tida subur sudah boleh diatasi. Di Malaysia sudah banyak tanah pasir terutama Tanah Bekas Lombong sudah dimajukan dengan tanaman seperti dibawah Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) kelolaan Jabatan Pertanian Malaysia. Antara projek yang berjaya adalah seperti di TKPM Sungkai di Perak, TKPM Marang, TKPM Rhu Tapai di Terengganu dan TKPM Sedili, Kota Tinggi, Johor iaitu di tanah pasir bris (Sila lihat foto disebelah). Penyediaan infrastruktur asas di kawasan TKPM tanah pasir seperti sistem pengairan, jalan ladang, rumah Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan sebagainya membolehkan kawasan tanah pasir dimajukan dengan tanaman makanan. Bagaimana pun keberadaan sistem pengairan sempurna dan pemberian baja organik amat penting bagi semua aktiviti pertanian diatas tanah pasir. Ini kerana bahan organik ini akan berfungsi sebagai pengikat atau pelekat kepada butrian pasir yang semulajadinya ia adalah bersifat bercerai dan mampu terikat atau menggumpal apabila dibubuh baja organik. Kesan pencampuran ini maka akan dilihat struktur tanah pasir kemudian akan berubah warna dan lebih sesuai untuk tanaman. Apa pun asasnya dimana bahan organik adalah berfungsi untuk menyerap air dan menyyuburkan tanaman. Bagaimana pun asas penting semasa meberikan baja organik semestinya menggunakan baja organik yang sudah matang dimana cirinya adalah ia sudah berwarna hitam, tidak berbau dan sedia ditabur. Ada kalangan petani yang cuba mencampurkan tanah pasir dengan tanah gambut akan tetapi sebaiknya mesti menggunakan jenis tanahh gambut yang setengah matang. Ciri-ciri tanah gambut setengah matang adalah apabila tanah gambut tersebut dipegang maka serpihan gambut yang keluar melalui celah-celah jari jumlahnya tidak banyak. Pemberian bahan organik pada tanah pasir dilakukan dengan jumlah yang tepat kepada tanah pasir dimana umunya adalah sekitar sebanyak 20 mt sehektar. Selain pemberian bahan organik pastinya diperhatikan kaedah pemberian air yang dapat dilakukan dengan cara pengairan sama ada dengan kaedah tradisional siraman atau menggunakan pam air untuk spraying atau sistem pengairan titis. Sifat tanah pasir yang mudah kering sebaiknya cara penyiraman harus dilakukan secara teratur. Teknik penyiraman pada musim kemarau harus sering dilakukan berbanding kekerapan penyiraman sewaktu musim hujan. Disyorkan dimana pada musim kemarau sebaiknya dapat dilakukan penyiraman 2 - 3 kali dalam sehari. Pada masa ini kegunaan tanah pasir dalam sektor pertanian sudah tidak menjadi satu bebanan apabila banyak teknologi boleh diadaptasi di Malaysia untuk menentukan keterjaminan makanan terus dicapai dan mencukupi. Semuga artikel ini memberi info berguna dalam menjelaskan akan tanah pasit sebagai bahan rujukkan semua. Wasallam!!!..
TANAH PASIR.. ADA DIMANA-MANA...
DULU TERBIAR...SEKARANG DIGUNA...
TEKNOLOGI MODEN... SUDAH ADA....
SUDAH JELAS... ADA NAK TANYA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Ramadan 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.